Pernah dengar? Macam pernah dengar kan?
Sebelum saya berkongsi tentang The Power of Compounding, saya ingin kongsikan berkenaan soalan ramai orang ini.
Ramai yang bertanya, macamana nak maintain positiviti. Macamana nak sustain energy.
Apa yang boleh saya kongsikan ialah :
1. Luangkan sejam sehari untuk membaca buku.
Atau baca apa-apa artikel yang akan buatkan anda bertambah semangat untuk mulakan hari. Atau artikel yang membuka minda anda. Atau artikel yang positif dan memberi idea kepada anda.
Please avoid baca bahan bacaan gossip artis, cerita hantu, atau bahan hiburan lain.
YOU ARE WHAT YOU READ!.
Sangat rugi ya bagi yang tak suka membaca. Kerana terlalu banyak ilmu berada dalam buku-buku. Dan saya perhatikan, orang berjaya sangat suka membaca.
2. Dengar program radio dalam kereta.
Kalau boleh dari cd. Dan yang terbaik dengar cd-cd ilmu.
Atau kalau nak dengar boleh dengar ikim.fm. Yang lain bukan tak boleh dengar. Kalau saya, saya risau dengar radio ni sebab banyak kata-kata yang akan absorb dalam subconscious mind kita.
Kata-kata orang yang kita tak perasan baik atau buruknya, positif atau negatifnya. Kita tak perasan, minda kita absorb je. Lama-lama akan menjadi kepercayaan kita.
Ingat tak Teori Bakul yang saya pernah share? Itulah yang saya cuba filter. Supaya bakul saya tak penuh dengan perkara yang tak perlu.
3. Selalu hadiri seminar atau kursus
Nampak tak perkataan selalu? Bukan setahun sekali ye. Atau dah bertahun-tahun tak masuk seminar dah. Itu bukan mentaliti orang berjaya.
Kerana orang berjaya sentiasa rasa tak cukup. Sentiasa dahagakan ilmu. Sentiasa fikir nak lagi dan lagi.
Anda cuba perhatikan diri anda. Kalau lama tak masuk kelas, bagaimana keadaan diri anda? Macam makin negatif kan? Produktiviti pun macam menurun.
Inilah maksudnya The Power of Compounding. Sangat amazing sebenarnya bagi orang yang pernah mengalami.
Semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita boleh belajar lagi. Dan semakin banyak yang kita tak tahu.
Begitu juga dengan menulis. Ramai yang kata tak tahu menulis. Kerana dia tak mulakan. Cuba mulakan dengan sebaris ayat. Dan buatlah selalu. Anda akan perasan, idea akan bertambah-tambah. Amazing!..
Ada satu lagi contoh The Power of Compounding. Ada tepung sekilo. Linda buat jadikan karipap pusar. Jadilah 20 biji karipap contohnya. Beli tepung katakan rm3 sekilo. Boleh jadi 20 biji karipap kali 50sen sebiji. Jumlah yang dapat rm10. Dari RM 3 menjadi RM 10.
Inilah dia contoh The Power of Compounding. Rugi kalau kita tak apply The Power of Compounding untuk otak kita sebenarnya.
Ok jutawan, kalau anda selalu membaca, attend classes atau mendengar ilmu, insyaallah positiviti akan maintain dan produktiviti juga akan bertambah-tambah.
YOU ARE WHAT YOU READ.
YOU ARE WHAT YOU LISTEN TO.
YOU ARE WHAT YOU WATCH.
💖
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..
💖