Monday, April 8, 2013

TESTIMONIAL BERANI BERNIAGA 2013 - Roslan bin Md Desa

TESTIMONIAL DR AZIZAN OSMAN BERANI BERNIAGA 2013

Nama saya Roslan bin Md Desa,berasal daripada Sri Manjung,Perak.Pemilik syarikat Ina Seri Impian Enterprise.Kepakaran kami ialah dalam membantu ramai orang di luar sana mengurangkan kadar uric asid, kolestrol dan angin berlebihan dalam badan,agar hidup sihat berpanjangan menggunakan teknik rawatan Bekam kiSunnah.

Saya berniaga sejak tahun 2007,tetapi malangnya perniagaan saya seperti "Hidup Segan,Mati Tak Mahu".Kebanyakan penduduk di Seri Manjung belum tahu atau tidak tahu langsung akan kewujudan perkhidmatan kami,walaupun saya percaya perkhidmatan kami adalah antara yang terbaik di Ipoh.

Pelanggan kami ketika itu sangat sedikit dan ada hari-hari tertentu tiada langsung jualan atau pelanggan yang masuk ke kedai kami.Rata-rata pendapatan kami hanya dalam anggaran RM200-RM300 sehari sahaja.Bermacam yang saya fikirkan dan ikhtiar untuk meningkatkan jualan.Namun semuanya tidak mendatangkan hasil,macam ada yang tidak kena.

Pada tahun 2011,diatas desakan kewangan dan keinginan yang tinggi untuk memperbaiki perniagaan saya,saya mengambil langkah tekad untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman, anjuran Richworks. Percaya atau tidak,setelah belajar dari ilmu berniaga dan pemasaran dari Dr Azizan yang bukan hanya pakar di dalam transformasi minda tetapi transformasi perniagaan secara praktikal,jualan perniagaan  saya meningkat lebih 3 kali ganda dalam masa 3 bulan.

Semakin ramai pelanggan di kawasan Seri Manjung sudah mula tahu dan datang ke kedai kami untuk menerima rawatan.Kami juga menerima pelanggan  yang datang bukan hanya daripada kawasan persekitaran,malahan ada yang datang sejauh Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Sarawak.Jika sebelum ini yang datang untuk membuat rawatan cuma pelanggan daripada golongan orang kebanyakan, k/ada pelanggan terdiri dari mereka yang bergelar Datuk/Datin,golongan professional  seperti Doktor dan Pensyarah.

Kami terpaksa membuka satu lagi cawangan di kawasan  yang sama untuk menampung jumlah pelanggan yang kian meningkat.Hari ini,pendapatan syarikat kam juga telah meningkat lebih 1000% kepada RM 2000-RM3000 sehari.Kami mensasarkan pada pertengahan tahun 2013 ini, pendapatan harian syarikat kami akan meningkat sehingga RM5000 sehari dan di dalam perancangan untuk membuka  lagi satu cawangan di Kuala Lumpur.

Kenapa sebelum ini saya gagal?Pada pendapat saya,faktor utama kegagalan berkali-kali saya dan mungkin ramai usahawan lain di Malaysia adalah kerana mereka tidak mahu belajar dari mereka yang telah berjaya.Tidak ada mentor,ilmu,sistem,tindakan yang luar biasa serta impian yang besar.Mungkin juga mereka  tidak istiqomah melakukan sesuatu perkara dengan luar biasa seperti yang selalu dikongsi oleh Dr.Azizan Osman.

Bagi anda yang tercari-cari cara bagaimana untuk memulakan perniagaan atau ingin meningkatkan

Sunday, April 7, 2013

AURA PECAH!!...

AURA PECAH!!...

Dah lama, dah bertahun-tahun saya dengar mentor saya cakap, orang yang senyum dan happy dalam kelasnya akan lebih mudah meresap ilmu daripada orang yang mukanya masam, kelat, ketat...sebab orang yang mukanya kelat ketat masam semua ni, dia biasanya ada baaaaanyaaak masalah, dan dia bawak segala masalah dalam kepala hotak dia bersama-sama ke dalam kelas..Dan, selalunya..orang macam ni seolah-olah mempunyai dinding di hadapannya yang  memblock dirinya..Dia mungkin dipaksa masuk ke kelas..dia mungkin di ajak atau di pujuk isteri untuk masuk ke kelas..sedangkan dia TAK RELA sebenarnya...Hanya nak ambik hati isteri saja tu..Tapi dalam hati dia, menyumpah-nyumpah tak suka ditarik-tarik ke kelas-kelas macam tu...Aku dah pandai, aku dah hebat, tak payah belajar dengan mamat yang entah dari mana asal usulnya ni..aku tak pernah dengar pun pasal mamat ni...Kesiaaaaannnn kannn?..

Walaupun dah lama disebut-sebut disuruh-suruh senyum dan enjoy dalam kelas..supaya ilmu lebih senang absorbed, tapi saya dulu pun sama jugak tak berapa faham...ingatkan saja je mentor ni nak bagi diorang senyum, nak bagi diorang lebih excited dan respond..barulah mentor pun akan absorb energy daripada participants yang averagenya dan selalunya berjumlah 2000 orang ke atas.Tapiiii...minggu lepas saya belajar sesuatu..Setiap kali kelas mentor kami ni..kami akan membawa kenalan-kenalan dan dealer-dealer ke kelas-kelas Dr.Azizan dengan niat untuk membuka minda mereka dan supaya mereka belajar sesuatu..Kali ni, saya bawak K.Sara Patin Tempoyak Meletops,yang sebenarnya dia sendiri tak tahu pun tentang kehebatan mentor kami ni..Dia pernah dengar nama mentor, tapi dia tak sangka sehebat itu..

Dan sepanjang masa dalam kelas ini...dia sangat enjoy...kalau terkena atau ..tersentap dengan kata-kata sinis Dr.Azizan, dia gelak..gelak..gelak...gelakkan dirinya sendiri..hehe..Dia sangat positif dan bertenaga, jadi saya tengok dia senang absorb dan faham apa yang disampaikan oleh Dr.Azizan.Serius...saya tengok dia lebih faham dari orang-orang lain yang dah lama masuk ke kelas.Baru saya faham betul-betul KUASA SENYUM & HAPPY MINDED!!! 

Lepas kelas, kami berbincang di cafe dan kami dilayan dengan tak bestnya oleh pelayan di situ..Kak Sara kata, jangan marah-marah dikk...AURA PECAH nanti..Bagi saya, orang yang baru 1st time boleh cakap macam tu adalah orang yang betul-betul faham apa yang dia belajar tadi..sedangkan saya sendiri pun tak berapa master bab-bab aura ni...Jadi, disebabkan Kak Sara, sampai sekarang saya tak suka marah-marah dan tengok orang yang marah-marah sebab takut AURA PECAH!..Memang mentor selalu sebut, tapi kalau kita tak guna kat luar, kadang-kadang kita boleh terlupa. Jadi lepas kejadian tersebut, saya sentiasa teringat pesanan Kak Sara, jangan marah-marah..nanti AURA PECAH!!..

Dan..yang saya katakan dia cepat absorb ilmu tu ialah..balik saja dari kelas, malam itu juga dia dah bertindak!Dia belajar tentang FAST ACTION FAST RESULT dan SPEED!!..Saya sangat kagum,katanya dia tak tahu buat Facebook Page, dia suruh saya ajar..tapi belum ajar betul-betul lagi,malam tu dah create Pagenya sendiri..dia suruh saya tengokkan..saya tak sempat..esoknya, dah penuh dengan testimonial bagai dalam pagenya..siap video testimonial pun ada..kagum betul saya tengok!..Semalam, saya jumpa dengan Kak Sara, dia sangat excited bercerita..tiba-tiba ramainya peminat ikan paten tempoyak datang ke cafenya, sampaikan dia teringin nak bukak restoran!..Dan..yang lebih hebatnya, dia kata semenjak balik dari kelas, dia dah dapat collect beberapa page database customernya..Saya rasa insan yang TERPILIH saja yang boleh bertindak sampai ke tahap macam ni, betul tak?..

Sebenarnya, cerita panjang-panjang ni bukan nak promote Kak Sara ke..apa ke..betul, tak ada niat pun..tapi nak bagi faham sangat-sangat tentang betapa perlunya kita pergi belajar dalam keadaan POSITIF (positif tentang guru), SENYUM & GEMBIRA..Jadi, teringat jugak pada anak-anak kita yang ke sekolah..Sepatutnya mereka pun sama jugak..dari awal pagi, happykan diorang..cakap pekara-perkara yang menyeronokkan, topik yang diorang suka..biar sebelum sampai sekolah tu, buat sampai diorang gelak-gelak..tak payah takut-takutkan pasal cikgu ke, homework ke..Kalau terlupa buat homework, saya senang je...ajar diorang mintak tolong pada Allah, balik rumah diorang cerita, cikgu terlupa kot nak suruh hantar homework tu..

Yang bestnya, just to share, lepas kes Kak Sara tu..saya betul-betul nakkan anak-anak saya happy dalam perjalanan ke sekolah..tiba-tiba di radio lagu Jimmy Palikat, tajuk ANAK KAMPUNG ..melodinya sangat indah, sangat sedap dan catchy kan?..Tapi kami anak beranak tak tahan nak tergelak-gelak dengan liriknya yang sangat KESIAAANNNN....Sori wahai penulis lirik..mungkin ada sebabnya dia tulis macam tu, dia nak menarik perhatian kita agaknya..Tapi saya katakan pada Adam Haqimy dan Arissa Sophia, kesian betul la ANAK KAMPUNG ni....TOLONGGG lahh jangan la jadi macam dia..Sangat give up, sanggup lepaskan orang yang dia cintai dan cantik pulak tu sebab dia miskin..Saya kata pada mereka, kenapa tak buat bisnes ke..cari la jalan supaya tak miskin..Nanti besar, jangan suka pada lelaki macam ni kay adik..Abang pun jangan pulak jadi macam orang ni kay..Kesiaaaann..kesiaaannnn.. Sori sekali lagi penulis lirik, harap saya tak disaman..tapi saya salute kamu kerana lirik memang catchy, cuma maksudnya sangat tak memberi semangat kepada anak-anak kita..lebih kepada suruh mengaku kalah sebelum bertanding!..hehe...HAVE FUN!!

ANAK KAMPUNG (Jimmy Palikat)

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik..
Memang tidak padan & tidak sepadan...

Aku anak kampung
Tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja
Memang tidak padan
Cantik ba kau itu
Banyak yang tergoda
Lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada 
Adapun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut
Hidup kau kan sengsara..
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain..

Engkau masih muda 
Cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya

Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal 
Tiada guna



Friday, April 5, 2013

CUCI KOLAM

SEDEKAH DAN CUCI KOLAM

Kami diajar untuk banyak bersedekah supaya dengan cara bersedekah ini dapat mencuci kolam kita..Apa dia cuci kolam tu? Cuci kolam tu maksudnya..jika kita ada duit tak kira banyak atau sedikit dalam simpanan kita, tapi kalau kita tak keluarkan sedikit untuk bersedekah..kolam kita akan berkeladak.Ye lah, kalau air masuk..masuk, masuk je ke dalam kolam..tapi tak ada saliran yang bagus untuk keluarkan air yang lama dan masukkan air yang baru..warna air pasti menjadi keruh kan? Penuh berkeladak kolam kita..sistem circulation air tu tak betul..Sama lah jugak dengan wang di dalam poket atau wallet kita..atau dalam bank kita..

Ada orang suka kumpul duit. Kumpul ataupun simpan, lebih kurang sama je maksudnya kan..Simpan..simpan..simpan..kumpul..kumpul kumpul...Seronok tengok duit makin bertambah-tambah dalam akaun..Setiap bulan diharamkan untuk ganggu duit tu semua..Dekat mak ayah pun tak bagi, sebab nak kumpul dulu duit banyak-banyak..nanti dah banyak baru nak bagi...Itu pun kalau sempat mak ayah merasa..

Pernah tak tengok orang macam ni? Akhirnya apa terjadi pada duit-duitnya?Selalunya, tak kemana pun duit-duit tu..Tiba-tiba ada emergency!..Kereta accident..atau enjin rosak kena ganti enjin baru..Rumah di serang anai-anai yang teruk,kena buat major service..kalau tak habis kitchen cabinet yang kita buat mahal-mahal tu dimakan anai-anai..Apa lagi? Kena lah keluarkan duit yang berjuta-juta sangat lah tu dalam akaun, dan akhirnya macam tu lah...sampai bila-bila pun duit-duit tu semua macam tak boleh nak lekat..ada je emergency..Lagi teruk kalau simpanan tu dinamakan simpanan kecemasan..Memang banyaklah akan terjadi kecemasan..hehe..Macam mana saya tau? Sebab orang yang disebut kat atas tu saya lah..hehe...

Tapi bila dah belajar tentang cuci kolam ni..memang MasyaAllah tak ternilai ilmu ni sebenarnya..Rupanya, bila ambik sedikit portion duit kita tu untuk bersedekah, ada RM100 dalam purse, kita sedekah 10 ringgit..kalau ada 10 ringgit dalam wallet, sedekah 5 ringgit atau seringgit..Kalau kita terbiasa nak cuci kolam atau cuci beg duit kita..nak atau tak nak..perasan tak duit tu sentiasa ada je...tak pernah terasa kekeringan duit..lama-kelamaan mentaliti kita akan bertukar..mentaliti kita orang miskin akan bertukar menjadi kita orang kaya, ye lah walaupun ada 20 ringgit je dalam wallet, tapi dapat jugak bersedekah 5 ringgit bagi peminta sedekah makan..Kan kita lebih kaya dari peminta sedekah tu..Kalau selalu buat macam tu,hati kita akan menjadi semakin bersih,hati kita akan menjadi semakin tenang..

Ada jugak yang bertanya, kalau dalam wallet ada 10 ringgit saja..tiba-tiba ada kawan yang nak pinjam cukup-cukup 10 ringgit..Jadi berapa banyak kita nak bagi? Sebenarnya terpulang pada anda..Lagi banyak lagi bagus rasanya..Kat situ pun kita boleh test tahap keyakinan kita pada Allah sebenarnya..kalau kita benar-benar yakin Allah akan membantu kita, kita bagi je kesemua duit yang ada dalam wallet kita..dan selebihnya kita berserah saja pada Allah..Angkat tangan berdoa pada Allah, supaya Allah membantu kita kerana kita dah ketiadaan wang contohnya kawan kita sangat memerlukan duit 10 ringgit tu..dan cuma itu saja yang kita ada..Tengoklah pasti ada miracle yang akan berlaku..Magic dari Allah SWT..

Adik saya pernah menceritakan yang duit dalam wallet dia tinggal beberapa ratus saja, memang dalam simpanan tak ada lah kot..hehe..tapi masa tu mak saya nak guna duit, dia pikir pikir..nak bagi berapa daripada apa yang dia ada? Kalau aku bagi semua..aku dah tak ada apa-apa dah..Oh ya, masa tu dia nak isi minyak kereta..dia pun decide dia guna duit untuk isi minyak je, selebihnya dia bagi pada mak..dia pun tak tau ada berapa..dia bagi kesemuanya..Katanya, memang betul-betul magic ke miracle ke..tak tau lah..tiba-tiba kawannya sms, dia dah masukkan duit payment kek..Dia kata Alhamdulillahhhh...terasa sangat bersyukurrr..Bukankah itu bukti-bukti kebesaran Allah? Bukti bahawa Allah Maha Berkuasa?..





Thursday, April 4, 2013

TERFIKIR NAK RESIGN?

Ada yang tengah befikir-fikir nak resign..Dah lama dah teringin nak resign tu, tapi tak berani..masih tercari-cari bisnes apa yang nak dibuat..Ada pulak yang memang dah ada bisnes pun..tapi masih bekerja,pun takut nak resign..Kalau masih tercari-cari tu logik lah jugak nak takut..tapi kalau dah ada on going business, macam pelik jugak, nak takut apa?

Saya tak akan kata macam tu kalau saya tak pernah alami..Suami pun pernah alami..Kami dulu bekerja jugak..Tapi, saya memang tak takut pun masa nak resign sebab memang dah lama impikan, dah lama inginkan. Betul, dulu masa zaman bekerja, saya tak exposed pun lagi pasal visualisation ni..Tapi dah lama exposed pasal berangan ni.hehe..Ingat lagi, lepas solat kat ofis..saya selalu membayangkan apa yang saya buat kalau saya dah berhenti kerja. Saya imagine saya hantar anak ke sekolah..Saya masak untuk mereka..Itu yang saya SANGAT nak!Selalu terbayang benda tu..Dan bila ingat-ingat balik..betul lah, yang dulu saya angan-angankan dah jadi kenyataan pun. Baru faham, kalau kita bayangkan dalam keadaan keinginan kita yang sangat tinggi, plus dengan rasa excited,membuak-buak..maka perkara tu memang boleh terjadi..Besstt dapat hantar dan ambik anak dari sekolah ni..Spend quality time dengan anak-anak dalam perjalanan, itulah anugerah yang tak terhingga yang Allah berikan.Terima kasih Ya Allah..

Suami pun sama jugak..dia pun dulunya bekerja dah hampir 15 tahun..ingat senang dia nak resign? Takut, risau..semuanya ada..tapi dia fikir sampai bila nak hidup kelam kabut? Life tak ada..siang bekerja, dalam masa kerja kalau ada masalah di kedai..terpaksa setelkan jugak..balik kerja sambung bisnes..Masa awal-awal bukak kedai tahun 2010 dulu, sebelah malam pun kami terpaksa keluar untuk hantar kek lagi..Bukan dekat,kadang sampai ke Nilai..Kesian anak-anak, siang busy, malam pun terpaksa tinggalkan diorang jugak..Badan letih,penat..macamana nak perform di ofis? Bukan senang nak bahagi masa macam tu...

Masa nak resign, bukan senang jugak suami nak mintak restu dengan parents..Suami bagi abah confident, katanya kalau apa-apa terjadi pada kami nanti,jangan risau..dia pasti boleh bekerja semula di mana saja..selama ni, abah pun tau..ex boss suami semua sayangkannya..Masa nak resign pun, diorang counter offer..drag berbulan-bulan sampai bagi time off untuk suami dapat pegi ke kedai buat urusan bisnes..Jadi, yang saya belajar kat sini, sangat penting kita kena perform yang terbaik di tempat kerja..bila nak resign, rasa tak takut pun..apa-apa hal boleh kerja balik kat mana pun, sebab kita ada skill dan experience..Tapi, kalau masa zaman bekerja pun lemau..malas nak pi ofis...kerap MC..kerap cuti...mak bapak kita tengok pun risau..kalau perangai macam tu, siapa tak risau? Mak bapak mana nak restu kalau nak resign?

Ada seorang adik yang jumpa kami baru ni..Dulu bekerja, sambil kerja sambil buat insurance..Pastu income dah ok sikit..dia resign. Itu fine..ingatkan dah resign sure lagi dasyat incomenya..tup tup baru berapa bulan, dah susah hati...dah nak kerja balik..Awat pulak ni? Dia kata bisnes dia agak slow...pastu mak dia pun dah bising-bising suruh kerja balik..Tapi, rupanya maunya mak dia tak bising..Dia dah comfort zone rupanya!..Konon dah cukup income insurance tu..tak cari client baru..Kejanya di rumah, tidur sampai tengahari..bangun tidur main game..Mak ayah mana yang tak susah hati? Kalau kita jadi parents macam ni kita pun suruh dia kerja apa saja..asalkan kerja, dan tak lah main game 24 jam..Jadi, jangan salahkan insurance..slow lah..itulah..dia yang tak keluar cari client, tak buat marketing..Pastu nak salahkan mak pasal tak bagi restu dia berniaga, ya lah kalau perangai macam tu sapa nak restu? Betul tak?...Tunjuklah performance kita kat ibu bapa kita bagi adik-adik yang bujang ni..Tunjuk semangat kita nak bisnes..Tunjuk kebolehan kita..

Seorang lagi yang saya kagum ialah adik saya sendiri Mohd Edib..sorry, bukan nak naik bakul..tapi dia pun sama...dulu nak resign jenuh nak explain kat abah..dia nak buat kek jugak..Tapi, hari-hari di psycho abah..cerita macam-macam masalah kat ofis dia..Sambil-sambil kerja, dia buat part time bisnes..jual kek yang abah buat..Dia tunjukkan kesungguhan dia..balik ofis, dia terpaksa hantar kek sampai ke tengah malam..So dia selalu bagitau abah, dia letih..kat tempat kerja dia tak boleh perform..Mak ok sporting gila...dia memang encourage kami berbisnes, tak nampak langsung dia risaukam kami yang nak buat bisnes..Sebab apa? Sebab mak ayah ni pasti tahu macamana cara kita bekerja? Kalau kita selalu berbual dengan mereka bab nak kaya contohnya..Diorang pasti tahu semangat kita..Keyakinan diorang datang dari apa yang kita tunjukkan kepada mereka..apa tindakan kita..Confidentkan diorang, tapi kalau asyik bergolek-golek tidur, main game saja...mak bapak mana yang nak restu?

WALLAHU'ALAM..

ALLAH MAHA BIJAKSANA



Wednesday, April 3, 2013

MACAMANA BOLEH SURVIVE?

Semalam, kami ditanya oleh salah seorang kenalan, macamana akak dan abang survive masa mula-mula dulu? Masa zaman pakai kereta Proton Saga Model tahun 1996 tu? Hehe..siap sebut model tahun berapa tu..Kereta yang sangat banyak jasanya..mula-mula nak dapatkan kereta tu pun sebenarnya tak ada duit..sebelum dapat kereta tu, kami cuma ada kereta Naza Citra..Dengan Citra tu lah saya hantar kek..dengan Citra tu lah saya terpaksa hantar suami ke ofisnya dulu, baru boleh saya pakai Citra untuk urusan seharian..

Buat delivery kek dengan kereta Citra adalah satu pengalaman yang perit..mau tak nya, bisnes pun baru bertapak, cash flow belum bagus...sangat sakit pakai Citra masa tu sebab makan minyak betul..Masa tu  nak bubuh minyak pun tak ada duit..duit kek tu lah buat rolling, kadang-kadang tak lepas jugak..TERPAKSA pinjam duit suami..Nasib baik suami sangat supportive dan memahami..mula-mula ok lah memahami kan..hehe, tapi lama-lama dia pun pelik jugak..kata bagus bisnes ni, tapi asyik dok pinjam duit dia..

Sebab terlalu banyak meminjam dari suami..dia rasa tak confident dengan bisnes ni. Dia suruh saya cari kerja..bila hari-hari disebut, saya pun terpaksalah cari kerja jugak..saja nak puaskan hati dia..Tapi, dapat beberapa interview, saya buat ala-ala kadar, langsung tak bersungguh-sungguh..saya dapat rasa, mesti tak dapat..hehe..memang saja je, strategi.....Jadi,suami terpaksa merelakan saya teruskan berbisnes..

Strategi ke 2. Kek banyak return pada mulanya...Dulu buat resepi yang bakar tu..Tak dapat nak meet customer's satisfaction..buat..buat buat.....return..return,return..buat lagi, return lagi..Tapi strategi nak bagi suami 'condifent', bagitau maid Kak Wati...cepat-cepat buang yang return tu, jangan bagi Abang Ady nampak..bila dia balik dari keja, dia tanya amacam bisnes? ohh..very good...heee...dia tak tahu pun sebenarnya dah buang 1 plastik sampah kek yang tak laku..kek yang return..

Semalam Nadrah tanya, akak tak nanges ke banyak return? Seriously to say...langsung tak nanges. susah hati memang ada, tapi tak nangis pun.Sebab dalam hati ni, sangatlah tingginya confident level yang bisnes ni boleh boom!..Dari dulu memang saya amalkan enjoy the journey, perasaan risau saya atau susah hati tu tak mengganggu langsung urusan-urusan lain...Just enjoy, dan jangan perasaan risau kita tu nanti berjangkit dan mengganggu emosi orang di sekeliling kita..Especially masa tu saya tak suka mengganggu emosi maid saya Kak Wati, sebab dia yang buat kek..takut nanti dia pun tak boleh nak fokus..

Disebabkan kereta Citra tu makan minyak..kami pun terpaksa beli kereta Proton Saga yang berjasa tu..beli cash harga 5 ribu..ingat ada sangat duit?..5 ribu tu pun pinjam duit abah di Penang.Itu kira last resort lah tu,janji dengan abah..kami bayar bulan-bulan..abah kata suka hati lah nak bayar berapa sebulan..huhu...terharu....2 tahun jugaklah baru habis hutang dengan abah..TQ abah!..

Masa tu Nadrah...akak ni nak beli t-shirt pun tak mampu..masa tu join fitness, diorang jual t-shirt untuk group kitorang ni, tapi akak sorang je yang tak order-order lagi..Dok mikir ni, nak beli..tak beli..20 ringgit tu...last last decide, tak payah beli lah...duit tu macam-macam boleh buat...Orang pakai kasut yang special untuk satu kelas di gym ni..akak je pakai sport shoe biasa je..harga masa tu seratus lebih kasut tu..mahainyaaa....tapi nasib baik ada Kak Rose..dia ada banyak kasut, orang kaya yang baik hati...dia sedekahkan kat akak..wink wink!!..Best giler dapat kasut yang mahal....TQ K.Rose!..

Setahun hingga masuk tahun kedua, kami tak dapat merasa apa-apa hasil dari bisnes kek ni..Akak ni, bukan setakat pinjam dengan abang, dengan maid pun pinjam..Seriously, punya la tak nak bagi abang tak confident, tukar strategi..Strategi ke 3..stop pinjaman dengan suami. Pinjamlah dengan maid...hehe..Kak Wati punyalah sporting..tapi bila dapat je payment terus bayar balik, tapi esok pinjam lagi..macam tu lah seterusnya..Sampai 11 tahun Kak Wati bersama kami....TQ Kak Wati yang banyak membantu..

Itulah antara yang kami lalui Nadrah n Din...bukan terus terus jadi macam sekarang..awal-awal kena ada kepahitan, sebab nak mengajar kita untuk jadi kuat..Kalau terus berjaya, kita susah nak appreciate pencapaian kita..Lalui saja proses-proses yang memeritkan..tapi kalau nak minimize kesusahan-kesusahan ini, kena lah cari ilmu..Itu yang kami lambat..selepas 4 tahun baru cari ilmu..Lepas ke kelas Dr.Azizan Osman, barulah kami semakin yakin...kami nampak jalan dan caranya..Kami dapat ilmu, belajar tentang sistem..belajar tentang prinsip-prinsip dan law yang perlu kita apply dalam kehidupan dan bisnes, baru tahu tentang The Power of Connection...Bila dah dapat semua tu, bisnes meningkat, meningkat sampai tak sempat nak merasa prosesnya..rasa macam cepat sangat berlaku..

Alhamdulillah, syukurr...Terima kasih Ya Allah kerana Allah memakbulkan doa kami untuk mendapat ilmu yang sebaik-baiknya,maka Allah melorongkan kami mendapat guru-guru yang hebat..Semoga Allah memberi segala yang terbaik,kesihatan,keberkatan,kekayaan,kejayaan untuk Dr Azizan Osman dan guru-guru kami yang lain seperti Dr.Azhar Sarip juga.Kami akan terus menggali ilmu dari guru-guru yang terbaik ini.


Tuesday, April 2, 2013

ANDA TAHU TAK APA YANG ANDA NAK?

ANDA TAHU TAK APA YANG ANDA NAK?

Selama ni, saya tak perasan pulak ramai yang tak tahu sebenarnya apa yang dia nak dalam hidup dia...Dia hanya mengikut arus sahaja..Lepas SPM, semua orang akan bertanya soalan yang sama..nak sambung belajar kat mana? Jadi, mentaliti kita..lepas SPM,sambung belajar..ambik degree contohnya. Lepas grad, semua orang akan tanya, kerja di mana? Mentaliti kita, lepas grad kena kerja...lagi best, mak ayah paksa kerja di Putrajaya..Lepas tu tunggu lah turn untuk naik pangkat...Dan seterusnya macam tu lah...hidup ikut flow saja..bukan ikut apa yang kita nak.

Sebenarnya dalam hati teringin jugak jadi macam orang lain..berbisnes...jadi kaya..banyak duit..suka hati nak melancong sana sini, dapat tolong mak ayah di kampung, dapat bawak family pergi umrah..Tapi, kita? Ikut saja flownya...tak berani nak buat dan nak hidup seperti yang kita nak..tak berani nak tukar mentaliti kita..tak berani nak jadi diri kita..kita hidup seperti apa yang ibu bapa kita nak..kita jalani kehidupan ikut sama seperti orang di sekeliling kita..sama seperti kawan-kawan kita semua..

Kalau ada kawan yang berjaya sikit, bukan nak dekati, tapi lebih menghindari..sebab dalam hati berkata, malu lah..dia dah berjaya, aku belum...dia dah kaya..aku sederhana...dia memang pandai berniaga..aku kena bekerja...Tapi adakah anda tahu, dia juga seperti anda? dulu dia juga tak berjaya..dulu dia juga sederhana..dulu dia juga bekerja..sama kan? Tapi apa yang menyebabkan dia berjaya? Kenalah dekati dia..kenalah berkenalan dengan dia, kenalah berusaha memahami apa yang dia tahu? Mungkin ada rahsia-rahsia tertentu yang dia tahu tapi kita tak tahu?

Sebenarnya sangat sedih dan terkejut jugak kalau impian dan matlamat atau keinginan kita sendiri pun kita tak tahu.Bila saya faham tentang ini, baru saya tahu..ohhh rupanya, bila kita tak tahu matlamat hidup kita, kita tak ada senarai apa yang kita nak, atau apa yang kita nak buat dalam hidup..., macamana Allah nak tahu apa yang kita nak, kan? Bermaksud, kita tak bersedia untuk menerima...Kita tak tahu The Power of Receiving....bukan The Power of Giving saja yang penting.., receiving pun penting jugak..Bila kita at state of receiving, maksudnya..kita bersedia untuk menerima, Insyaallah kita akan DIBERI...DIBERI..DIBERI..

Semalam, kami menerima rakan lama yang menghasilkan serunding. Perniagaan ni dah lama dari ibu ayah makcik pakcik semua memang pandai buat serunding ni..Memang melalui bisnes ni lah, ibunya membesarkan anak-anak seramai 12 orang.Sangat inspired kan? Couple ni datang kerana nak tanya pasal macamana nak marketkan..Ok..fine..Tapi sebelum tu, kami belek-belek bekas serunding dia memang dah cantik sangat dah..packaging superb..Tapi, saya agak tak berapa ok dengan nama produknya..yang seolah-olah nama ala-ala English sikit.Ok lah tu...bila suami tanya, kenapa nama macam tu? Katanya...nama tu lecturernya yang bagi pendapat kena nama lebih global..senang nak masuk market antarabangsa nanti..senang untuk eksport dan sebagainya..Katanya,lecturer dia kata...kalau u letak nama islamic atau nama kemelayuan, nanti u tak boleh target bangsa-bangsa lain...Nanti diorang tak beli..Hmmm..sama macam kes Dr Azizan tanya lecturernya lah ni..hehe..suami tanya lecturer tu memang buat bisnes ke? Hehe..Tak terjawab kawan kami tu..sori la banyak-banyak...just nak bagi nampak dan fahammm..kan?

Rupanya, baru saya perasan..dia sendiri tak tahu target dia siapa..dia tak tahu dia buat serunding tu untuk siapa.Kenapa kita sibuk-sibuk nak dapat market bangsa lain sedangkan bangsa lain cuba memasuki market orang kita? Bangsa lain boleh nampak lubuk di Malaysia ni sebenarnya adalah orang kita..sebab kita yang paling ramai..kuasa membeli adalah pada orang kita..nama produk diorang atau company pun nama islamic macam mesjid, nama berkat, nama cahaya iman, nama surah itu surah ini..Kita ingat produk orang kita, tapi sebenarnya tidak..Kita  pulak nak buat makanan halal..tapi nak bagi kat bangsa asing? Nak eksport? Makanan halal di negara sendiri siapa yang nak tolong buatkan? Bukan kata salah nak eksport, bagusss...tapi untuk market antarabangsan nanti kita re brand lah..betul tak?

Kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup kita....Untuk yang berbisnes, target market kita kena jelas..Nak jual untuk siapa?..Macam semalam baru belajar dari Seminar Berani Berniaga, mentor kata kena ada matlamat yang jelas..Kita kena tahu ke mana kita nak pegi. Kalau kita tak ada matlamat pagi ni nak ke tempat kerja kita, atau ke ofis kita...sudah tentu kita masih bergolek-golek di atas katil..sampai bila-bila pun akan bergolek-golek lah di atas katil..Orang lain dah berkali tukar tilam yang mahal dan untuk kesihatan..kita masih pakai tilam dari zaman mak ayah kita dulu..dah banyak hama tapi kita yang tak nampak....Macam mana saya tahu? Sebab dulu pun saya macam tu....

WALAHU'ALAM....

ALLAH MAHA PEMBUKA JALAN...

Monday, April 1, 2013

ANTARA ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR BERANI BERNIAGA 2013 - SACC MALL (31/3/2013)

1.Prinsip pertama dalam hidup adalah bersyukur. 
2.Barangsiapa bersyukur dengan nikmatku, Aku akan tambah lagi...
3.Dulu Dr.Azizan citer, dia selalu komplen....salahkan mak lah...sebab tu dulu dia gagal..
4.Peter Lau kata, " Kau perlu berterima kasih dengan Tuhan"
5.Orang yang banyak komplen tidak ada masa nak bersyukur, Orang yang bersyukur tidak ada masa nak komplen.
6.TINDAKAN adalah penting, tapi paling penting lagi adalah MATLAMAT.
7.Asyik pikir pikir pikir.......dah 48 tahun tak start-start.
8.Yang paling penting adalah KEINGINAN yang TINGGI..
9.Selalunya keinginan dia lemau, suam-suam kuku..wam warm chicken shit..
10.Perkara baru yang Dr.Azizan belajar dari Richard Branson ialah, 1) Nampak matlamat dengan jelas, kau nak pegi mana? 2)SENYUM - enjoy the journey...ramai orang yang tak enjoy...
11. Kalu tokey restoran ikan paten meleleh...muka hawau,jangan harap lah rezeki nak masuk...
12.Antara bisnes Dr.Azizan dari Department yang kecik, bisnes untuk TM bernilai RM2.8 billion.
13.Man Jadda Wa Jadd, Siapa yang buat..dia yang dapat..
14.Bina ekonomi kita sendiri, kita tak akan risau dengan ekonomi dunia.
15.Strategi pemasaran- kena memahami EMOSI manusia..
16.Isunya kalau kita pandai buat karipap sedap macam mana sekalipun tapi kalau orang tak tahu, kita makanlah sendiri..
17.Kelemahan bangsa saya kata Dr. Azizan Osman ialah majlis ilmu tak nak pegi...baca pun tak nak...
18.Bermulalah di mana kita boleh bermula
19.Tanpa seringgit pun adan dah boleh start buat bisnes.
20.Masalah student Dr Azizan dari Johor, buat online bisnes, sale RM 130 K , tapi masalahnya..tak ada masa nak pi melancong ( masalah yang best )
21.Masalah student Dr Azizan di Kedah pula, sale dah RM 40K-50K sebulan, buat bisnes online jugak..maknya suruh cari kerja jugak sebab ingat anaknya malas asyik gentel facebook je.. dia suruh pegi kerja macam orang lain.
22. Kalau nak buat bisnes untuk jadi kaya, u tak akan kaya.
23.Tapi kalau u nak buat bisnes sebab nak tolong selesaikan masalah orang, sooner or later u akan kaya.
24.Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap dan apa yang saya buat, semuanya adalah doa..
25.Belajar tukar apa yang kita cakap.
26.Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang.
27.Tukar programming - Bila besar nanti nak buat bisnes, bukan nak kerja dengan kerajaan.
28.Rasulullah tak pernah makan gaji
29.Kalau esok mati, alhamdulillah...masalah selesai..what if tak mati-mati lagi?
30.Apa yang kita buat sekarang, untuk next generation.
31.Sepatutnya lagi banyak bisnes, lagi banyak duit, lagi banyak masa..
32.Kalau nak jadi pemain squash terbaik, boleh ke belajar dengan Misbun Sidek?
33.If u want to be successful, change your friend!..
34.For things to change, I must change first!..
35.Kalau tak ada keinginan yang tinggi, 2-3 ekor biawak lalu depan kedai pun..akhirnya tutup kedai...
36.Berapa banyak pun duit u nak..tapi mesti bersedekah..

Dr.Azizan sentuh pasal AURA
1. Kenapa nak Aura besar? Supaya mudah didekati, di sukai..
2.Gunalah apa-apa doa dan mandi garam.

Cara bersihkan AURA
1.Mandi garam 21 hari (the best sebelum tidur)
2.Beristighfar setiap hari (min 101 kali) selama 21 hari
3.Selawat 1000 kali selama 21 hari (boleh installment, asalkan complete dalam masa sehari)
4.Tak boleh marah-marah..kemarahan bocorkan aura..The moment dia marah, aura dia pecah..

Terima kasih di atas ilmu Aura kepada Dr.Azizan Osman dan Dr.Yusry yang dijemput menceritakan lebih lanjut tentang Aura...

Ilmu Dr.Yusry
1.Hidup jangan dihantui..(pengalaman-pengalaman pahit)
2.Bagi orang yang happy, dia mempunyai tenaga yang banyak
3.Kalau kita bahagia, tenaga lebih baik..
4.Yang paling penting, hidup biar SENYUM dan sentiasa dalam keadaan TENANG

Terlalu banyak ilmu aura Dr Yusry kalau nak share..untuk yang nak tahu lebih lanjut boleh REFORMAT bersama Dr Yusry 26/4/2013 & 27/4/2013 di Life Rich. 

Terima kasih kepada Dr Azizan Osman & Richworks di atas ilmu yang sangat-sangat bernilai, Semoga Allah memberi segala kebaikan,keberkatan,kekayaan, kesihatan & kejayaan kepada Dr Azizan Osman sekeluarga serta Richworks..Thank you!