Tuesday, July 2, 2013

ILMU AFDLIN SHAUKI @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA 29/6/2013 (MENARA PGRM)p

ILMU AFDLIN SHAUKI @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA 29/6/2013 (MENARA PGRM)

1.Orang yang nak berjaya, dia ada inisiatif , buat yang lebih dari apa yang sepatutnya.
2.Rahsia orang kaya terus kaya? Orang kaya sentiasa mencari ilmu (masuk kursus ).
3.Afdlin dipaksa isteri untuk masuk kursus.
4.Apa yang dia tak sedar, kita terlalu taksub nak kaya pada masa hadapan, kita tinggal kebahagiaan sekarang (Afdlin terlalu sibuk mencari kekayaan untuk keluarga,tapi dalam masa yang  tiada masa untuk keluarga)
5.Dia mula berfikir macamana nak pasifkan income dia? Masa tu incomenya RM15-20 ribu sebulan.
6.Beliau masuk kursus 'self awereness'.
7.Ia membuatkan beliau sedar, banyak lagi yang dia tak tahu.
8.Beliau belajar untuk memaafkan.
9.Beliau belajar tulis impian, set date. Bila set date, kita akan commit.
10.Setengah orang tak suka di push, tapi sebenarnya,kalau ada yang push lebih baik.
11.Cari kawan yang boleh push u.
12.Upgrade mind, buat apa yang kita sangka kita tak boleh, sebenarnya boleh.
13.Kisah inspirasi, Afdlin nak ada studio, tapi tak ada wang.Bila Afdlin menyuarakan kepada contractor Cina tersebut, dia boleh tolong buatkan dan Afdlin bayar installment, mengambil masa 6 bulan untuk selesai bayar sedangkan bilik studio tu siap dalam masa 2 minggu saja.
14.Dalam hidup, saya bermula di Flat Sri Sabah, kata Afdlin.
15.Afdlin dapat 2 biasiswa, duit biasiswa hantar bagi mak ayah.
16.Sekarang ni bayar sekolah anak 30 ribu 1 semester.Kenapa kita nak berkira untuk anak-anak belajar?
17.Afdlin pergi kursus,ingat ajar nak jadi kaya..tapi dia ajar untuk jadi orang baik.Tapi itu sangat penting.
18.Dalam kursus tersebut, dia dipaksa buat community service,Afdlin pilih HUKM.
19.Kursus tu memaksa saya tolong orang.
20.Rahsia orang-orang kaya pergi kursus setiap tahun, selalu upgrade mindanya.Contoh Tony Fernandez, Dr.Azizan Osman.
21.Minda kita adalah macam iceberg, apa yang kita tahu hanya di permukaan sahaja. Masih besar iceberg di dasarnya.
22.Impian Afdlin untuk membantu orang Palestin.
23.Dari dia memberi, memberi....dia dapat, dapat...
24.Pemikiran orang miskin, bila kaya nanti baru nak tolong.
25.Otak kita adalah satu pemberian Allah yang paling powerful. Kerana dengan minda inilah, kita dapat capai apa yang kita impikan.

Terima kasih Tuan Afdlin Shauki atas ilmu yang dikongsikan. Kami sangat menghargai jasa baik Tuan sudi berkongsi dengan kami.Semoga Tuan Afdlin Shauki dan keluarga dilindungi, dirahmati, diberkati Allah selama-lamanya dan semoga segala impian Tuan Afdlin Shauki diperkenankan Allah SWT.  Amiiinnnnn....

Monday, July 1, 2013

ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA-29/6/2013 (MENARA PGRM)

ILMU DR.AZIZAN OSMAN @ SEMINAR HIDUP LUAR BIASA-29/6/2013 (MENARA PGRM)

1.Orang yang tak tengok tv adalah petanda anda orang luar biasa.
2.99% orang mengkorupkan minda melalui tv.
3.Kebanyakan cerita macam ni, orang miskin jadi kaya lepas kaya  kahwin lain..sedangkan yang banyak buat macam tu orang miskin..
4.Banyak kes, dulu isteri tak perasan suami balik sebab sibuk tengok cerita korea....sekarang isteri tak perasan suami balik sebab sibuk main candy crush, kena concentrate sebab nak naik level..
5.Kerja..kerja macam gila tapi tak ada duit pun..
6.Kerja..kerja macam nak mampus tapi hutang makin banyak
7.Kerja..kerja..last-last asyik gaduh suami isteri, sebab kerja dah 18 tahun tapi gaji tak cukup-cukup.
8.Kenapa saya tahu? Sebab dulu saya macam tu...
9.Saya bukan milionaire, saya multi-millionaire
10.Saya ada 24 buah syarikat.
11.Testimonial dari Penang, seorang perempuan datang dengan ibunya.Ibunya menceritakan, bulan Februari 2013, anaknya pegi IMKK. Dalam IMKK dia dapat idea.Sepanjang menjahit tak pernah dapat lebih daripada RM3 ribu.Lepas IMKK, sale 15 ribu sebulan.Dia terkejut, anak dia dah jaga solat, buat tahhajjud, solat dhuha...Mak dia menangis, mak dia kata apa yang Dr.Azizan dah buat?
12.Miskin tanpa keberkatan nak mampos namanya..
13.Ramai orang ingat, orang tu jadi jutawan sebab anak orang kaya..
14. Dr.Azizan bukan datang dari keluarga orang kaya, orang biasa-biasa saja..
15.Pada tahun 2008, Dr.Azizan buat keputusan untuk berkongsi ilmu membantu usahawan melayu yang lain pulak, sebab tengok ramai usahawan melayu yang bisnes yang melingkup.
16.Salah satu sebab ubah hidup Dr. Azizan bila timbul perkataan SEDAR diri..
17.Banyak orang yang dah 18 tahun berulang di federal hiway, tapi dia kata OK JE...
18.Dr.Azizan nak perbaiki 5 perkara iaitu 1) Nak mencari KEBAHAGIAAN LUAR BIASA  2) Nak KEKAYAAN  dari segi kewangan 3) Nak KEJAYAAN 4) Nak mencari KEBERKATAN 5) Nak cari KESIHATAN
19.Ramai yang tak hidup luar biasa sebab tak upgrade otak dia.
20.Ferrari, setiap kali keluar sentiasa upgrade
21. Apalah erti banyak duit tapi tak ada masa..
22.Selagi u hidup,u boleh experience apa yang u nak..
23.Life is all about u wanna have the best experience.
24.Saya nak buat benda kecik pun berjaya, benda besar pun berjaya
25.Kejayaan tidak ada kat luar, ia datang dari dalam.
26.Keberkatan adalah sesuatu yang sangat mahal.Keberkatan tidak boleh dibeli, tapi boleh di cipta.
27.Dulu Dr.Azizan pikir nak jadi kaya saja..terlupa kesihatan..
28.Lagi banyak nak kaya, lagi banyak hutang.
29.Dulu CGPA Dr.Azizan 3.72, beliau adalah 1 of the best student, dia ingat dia dah pandai..rupanya dia SEDAR CGPA anda tak menentukan anda jutawan atau tak.
30.Menuntut ilmu mesti dengan orang yang pernah melaluinya.
31.Ramai billionaire tak ada diploma..Sebab kalau dia ada diploma, dia akan set kewangan atau gaji dia setakat 2 ribu saja.
32.Ramai yang tak tahu kenapa dia nak kaya.
33.Lebih teruk, tengok orang kaya always sangka negatif, tak naklah kaya nanti lupa diri..Sedangkan berapa ramai orang miskin yang lupa diri?
34.SEDAR DIRI datang bila kita start JUJUR menilai diri kita..
35.Ada banyak sumbangan yang boleh dibuat untuk kita contribute kepada DUNIA ( start dengan dunia u dulu).
36.Kalau u nak kaya, apa sebab kritikalnya?
37. SEDAR, JUJUR, BERSYUKUR.
38.Di mana anda berada, setiap hari u submit kesyukuran.
39.Lebih banyak kita appreciate, lebih banyak kita dapat..
40.Dr.Azizan faham, betapa mudah dapat hidup berkat dengan bersyukur.
41.Ibu keramat hidup, selalu cium ibu..kalau ibu tersentap, lorong pintu rezeki akan tutup.
42.Orang bersyukur tidak akan merungut, orang yang merungut tidak bersyukur.
43.Kalau bahasa negatif, programming salah, dia akan effect keturunan kita.
44.Ilmu John Asyraf, saiz otak kita semua adalah hampir sama, cuma NILAI je tak sama.
45.Ada orang dah set 2 ribu ringgit seorang.
46. Income kita tak ada kena mengena dengan CGPA kita.
47.Income berubah bila kita start upgrade.
48.Kenapa perlu kaya? Boleh guna duit u untuk bantu orang lain. Syria perlu senjata, boleh bantu?
49.Jangan fikir pasal nak kaya, u fikir macamana nak tolong orang lain, nak jadi problem solver.
50. Ramai yang ingat nak kaya kena berniaga.Berniaga bukan the only solution.
51.Ramai yang meniaga pun melingkup!
52.Kita kena TAHU macamana nak menambah NILAI.
53.Kerja keras tak boleh buat u kaya sebenarnya..Cuba tengok orang yang kerja keras gila..kerja pagi, siang malam..tapi hutang banyak jugak..
54. Kita tak diajar di sekolah bagaimana jadi jutawan? Kita tak diajar how do u build financial success?
55.Pendapatan kita tak menentukan besok kita.Tndakan kita menentukan besok kita.
56.Orang miskin dia akan pikir dapat duit nak belanja.
57.Orang yang income 5 ribu capacity otak dia 5 ribu, kalau dapat lebih, otak u tak dapat handle, diri u sendiri akan sabotaj, balik semula ke income 5 ibu.
58.Orang yang boleh memberi dia = KAYA.
59.Dulu saya mintak, sekarang saya jadi PEMBERI.
60. Kata Habib Sheikh kepada Dr. Azizan, " Antum sudah berada di  kabel generator yang besar.Elektrik ibarat seperti rezeki. Kenapa ada yang tak dapat elektrik? Sebab install meter kecik..Macamana nak dapat lebih? UPGRADE meter. Bila u upgrade meter, u akan sampai tahap ada janakuasa sendiri.
61. Tahap pemikiran manusia menentukan tahap pendapatan manusia.
62. 4 perkara perlu upgrade.Upgrade Cara Kita Berfikir. Upgrade Emosi/ Jiwa/Hati. Upgrade Kata-kata.Upgrade Cara Bertindak.
63.Orang yang meminta sentiasa miskin.
64.Kalau dengar orang tu banyak komplen, dia miskin sebenarnya.
65.Bukan Allah tak bagi elektrik kat kita, kita yang tak upgrade elektrik kita.

Terima kasih Dr. Azizan Osman di atas ilmu yang superb ini!....Dan terima kasih kepada u all kerana sudi membaca :). Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat...Amiinn...

Friday, June 28, 2013

APA SUMBANGAN KITA?

APA SUMBANGAN KITA?

Kita sering meminta dengan Allah..Macam-macam yang kita minta...Kalau dalam list tu dah beratus lah permintaan kita..Tak apa, itu semuakan hak kita..Hak kita adalah meminta..Hak Allah adalah memberi..Allah memang suka jika kita meminta kerana Dia hendak memberi..Dia ingin menunjukkan kekuasaanNya, bahawa hanya Allah Maha Pemberi...

Untuk kita bermula dalam bisnes atau dalam kerjaya..kita mulalah dengan Allah..Kalau kita nak berhenti kerja dan berbisnes, tapi masih pening-pening tak tahu nak buat bisnes apa, tak tahu macamana nak mula...Dah mula risau, dah mula rasa buntu..

Apa kata sebelum bermula apa-apa, kita berbalik kepada Dia, Allah Maha Pencipta..Tanyakan pada Allah, apakah sumbangan kita sebenarnya di dunia milik Allah ini? Adakah kita dihidupkan hanya untuk menghabiskan umur kita semata-mata untuk diri kita sahaja? Kenapa saya cakap macam tu? Ye lah, mana taknya..Dengan duit gaji yang selama ni kita dapat, kepada siapa lagi kita sumbangkan? Adakah gaji itu hanya untuk bayar duit rumah SENDIRI? duit kereta SENDIRI? duit baju SENDIRI? duit makan SENDIRI ?duit sekolah anak-anak SENDIRI? semuanya SENDIRI....Tak ada portion orang lain langsungkah dalam jumlah gaji kita tu? Okaylah, ada yang kata dia memang bagi setiap bulan untuk mak ayahnya SENDIRI...Nampak tak? semuanya tuding ibu jari untuk diri sendiri..Itu sajakah sumbangan kita?...

Betul, tak semestinya kita sumbangkan duit ringgit..Macam-macam cara lagi kita boleh sumbangkan kepada orang lain..Tanya saja pada Allah, apa sumbangan kita? Kenapa kita dilahirkan? Pasti ada sebabnya..Pasti ada peranan kita yang lebih besar dari sumbangan untuk DIRI SENDIRI...Bukan bila sebut sumbangan, kita hanya ingat sumbangan kerajaan..Kali ini kita ubah..kita yang akan mula menyumbang dulu....

Bagaimana?...Nak sumbang apa?...

Tanyalah pada Allah, apa yang boleh kita buat untuk menolong lebih ramai orang lagi? Bukan setakat kita minta, minta, minta...Tapi kita bermulalah dengan memberi..memberi..memberi dulu..Sebab itu kita tanya pada Allah saja apa yang kita boleh beri lagi..Apa yang boleh kita sumbangkan dalam hidup ini? Jangan sampai hidup kita menjadi sia-sia...

Sama juga, dalam bisnes pun sama...Sebelum bermula apa-apa, tanya pada Allah dulu, bisnes apa yang boleh membuatkan kita menolong ramai orang? Apa yang kita boleh beri kepada DUNIA?...Kita start dengan berfikir untuk memberi dulu...Insyaallah kalau kita bermula dengan Allah, segala pulangannya, keuntungannya, kita tak payah fikir dulu, ia akan datang macam magik je..Ia akan datang dengan sendirinya...Kita akan jadi MAGNET...MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN !!!!...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA LUAS (AL-WASI')
Orang yang memiliki beban pekerjaan dan tanggungjawab yang berat rasanya tidak dapat mereka pikul akan beroleh kekuatan dan keringanan jika mereka terus-menerus membaca nama ini.Orang-orang yang mempunyai penyakit iri dan dendam akan sembuh dengan berulang-ulang membaca nama ini. Membaca Ya Wasi' sebanyak 170 kali dapat menyembuhkan seseorang dari kemurungan.



Thursday, June 27, 2013

KITA BERJAYA ATAU TAK...ADALAH BUKAN KERANA NASIB!

KITA BERJAYA ATAU TAK...ADALAH BUKAN KERANA NASIB!

Kalau kita ada peluang berkongsi pengalaman dengan orang yang berjaya, berani-beranikanlah cakap dengan dia yang kita nampak dia berjaya disebabkan kerana dia bernasib baik!..Tunggu apa jawapannya...Tentu dia tak berapa selesa dengan tanggapan macam tu..Kenapa? Kerana sememangnya tiada siapa pun berjaya kerana cuma disebabkan dia bernasib baik!..

Kalau kita percaya yang punca kejayaan adalah disebabkan nasib...Masyaallah, ramai lah yang susah nak berjaya..Baik tak payah buat bisnes, kerana kita akan rasa, buat bisnes macamana pun belum tentu kita akan berjaya..belum tentu nasib kita..

Teringat kata-kata tentang nasib ini 5 tahun lalu......

Masa tu saya dah 2 tahun berniaga kek...Nak tahu apa mereka kata pada saya?....Mereka kata, dia tu boleh lahhhhh buat bisnes kek macam tu....Dia tu, nasib dia sangat baik, sebab ada Kak Wati (pembantu rumah)..Kak Wati tu rajin....Kak Wati tu pandai buat kek....

Ingat saya suka ke orang cakap macam tu kat saya?...Maaf lah, bila mereka kata macam tu, saya tersentak sebenarnya...sedih jugak di sudut hati...Maksudnya, kalau tak ada pembantu yang bagus macam tu, mungkin saya tak akan berjaya!..Macam tu lah kot apa yang mereka rasa terhadap saya...

Tapiii.....

Setakat tersentak sajalahhh....Kata-kata tersebut langsung tak menakutkan saya...Tambah menaikkan semangat saya lagi!..Saya yakin bahawa kejayaan saya masa 2 tahun itu BUKAN disebabkan NASIB!!!...Kalau saya betul-betul percaya dengan kata-kata yang tak memotivasikan itu, pasti saya akan sangat takut kalau pembantu saya lari ke..pembantu saya nak berhenti kerja ke....Tapi, semua tu tak ada di minda saya masa tu..Yang saya tahu dan saya yakin, hanya SATU!...Rezeki datang dari Allah, itu saja yang saya pegang kuat-kuat!...

Disebabkan keyakinan saya yang kuat itulahh...bila Kak Wati atau Master Chef kami dicuri orang...., kami tak goyah..alhamdulillah...Kami dapat mencari pengganti yang baik..Perniagaan terus macam biasa malahan alhamdulillah lebih meningkat lagi walaupun yang dikatakan NASIB saya itu dah tak ada..Genap setahun yang lalu, Kak Wati tak ada...di curi orang....Tapi, saya ingat lagi saya katakan pada suami...Ujian ini adalah untuk kita lebih YAKIN PADA ALLAH!! Allah nak tunjuk kepada kita bahawa betullah apa yang kita katakan sebelum ini..Kita tak bergantung pada NASIB, nasib kita bukan terletak pada Kak Wati seperti yang dikatakan itu..Tidak!!!...Kita BERGANTUNG HANYA PADA ALLAH!! ALLAH yang memberi rezeki kepada kita...

Ada jugak yang dikatakan bernasib baik sebab dia datang dari keluarga yang kaya..Dia boleh lahhh...tengok lah siapa mak ayah dia...Kalau sayalah, mesti tak sedap dengar orang cakap macam tu...sebab macam lah sebagai anak nii..yang tahu hanya nak tumpang kekayaan mak ayah saja....Kita tak ada kebolehan kah?..Kita tak ada keistimewaan kah?...Kita tak ada nilai kah?..Kalau macam tu, semua anak orang kaya akan berjaya lahh...Sebab dia ada banyak modal?..Macam tu ke? Maaflah....realitinya TIDAK!...Mungkin betul dia ada banyak modal..dia boleh buat loan dengan ibu bapanya, tapi...kalau dia tak kuat, dia tak ada ilmu dan sistem, dia boleh invest berjuta ringgit untuk marketing sekalipun...Lihatlah....banyak yang dah suam-suam kuku!!...Na'uzubillah...

Sebenarnya, tiada yang berjaya disebabkan nasib...Kecuali kalau dari kecik mak suka sebut, anak bertuah betull...itu mungkin!..Sebab itu DOA IBU....Itu citer lain...

Jadi, tak perlu risau-risau dah pasal nasib semua tu...Dan, ingat..tak ada yang gagal juga disebakan NASIB TAK BAIK pulakk...Tidak, sama sekali tidak!!..Duduk diam-diam, pikir balik..Sebenarnya, apa yang u kecapi sekarang ni...adalah apa yang u create di minda selama ini...Kejayaan atau kegagalan kita sekarang ini adalah apa yang kita fikirkan 5 tahun lepas..Kita yang sebenarnya nak jadi macam sekarang ni..Kita sendiri yang dah bayangkan semua ini...Kita sendiri yang sering berkata-kata untuk sampai ke tahap ini...Sedar tak sedar sebenarnya, semuanya dah ada di minda kita !!..

WALLAHU'ALAM

ALLAH MAHA TERSEMBUNYI (AL-BATIN)
Jika kaum beriman membiasakan diri membaca nama ini sebanyak 33 kali sehari maka alam batin mereka akan jadi terang, mata hati mereka akan terbuka,mereka akan mulai melihat hakikat yang sebenarnya dan memahami makna segala sesuatu, ataas izin Allah.





Wednesday, June 26, 2013

PENIAGA FAHAMLAH PERASAAN PESAING ANDA....

Ada yang datang mengadu dengan kami dua tiga hari lepas...mengadu tentang competitornya. Bukan apa, seperti biasalah yang pernah dengar..Competitor dia suka betul buruk-burukkan nama dia..Dibawanya macam-macam version cerita supaya orang lain semua bencikan dia..tak sukakan dia..supaya dia mendapat lebih perhatian...

Takpe, suami cakap...itu semua perkara biasa...U betul-betul nak buat bisnes ke tak? Kalau betul-betul nak buat bisnes..inilah antara yang perlu kita hadapi.Baik tak payah buat bisnes kalau tak nak persaingan.Dalam bisnes, kita tak boleh lari persaingan..Lagipun kerana persainganlah akan membuatkan otak kita menjadi kreatif dan inovatif...

Jangan risaulah kay..Sepatutnya semua business owner perlu faham perasaan competitor kita jugak..First of all, kalau dia burukkan u, u cuma perlu faham je perasaan dia..Bagi saya mungkin dia belum faham kesan atau akibat daripada sikapnya yang suka memburuk-burukan orang itu..Dia mungkin tak ada ilmu lagi..atau belum serap dan faham ilmu-ilmu tersebut.

Atau boleh juga kita faham mungkin sebab dia masih muda, masih belum berpengalaman..Untuk competitor yang berusia pula, mungkin dah biasa dengan pemikiran orang-orang sekelilingnya yang sebegitu..Memang kita pun dah faham benar denagan sikap mereka ni..Bukan apa, kerana..mereka dulunya tak terdedah dengan ilmu-ilmu positif yang kita belajar ni..Biasanya diorang dah biasa dengki-berdengki.Maafkan saya, mungkin tak semua...tapi banyak yang kita dengar macam tu lahh...

Tapi...Di zaman sekarang ni, kita dah faham..kita kena ada toleransi..Kan lebih bagus kalau kita dapat berkenalan dengan competitor kita..Kalau kita dapat berkenalan dan berkawan dengan competitor,kan sangat hebat namanya tu..Kami teringin nak buat macam tu sebenarnya dengan competitor-competitor kami..Kami ada lebih dari 10 orang competitor... Tapi, alhamdulillah...semuanya tak ada yang macam adik yang datang mengadu tu..Semuanya buat kerja masing-masing je..Semuanya pun nak cari makan maa...

Lebih baik kita bekerjasama daripada bertelagah sesama sendiri..Memalukan kepada bangsa lain saja..Gaduh sesama bangsa kita..Kita kena faham, bisnes ni...bukan semua untuk kita saja..Dalam ekonomi Islam, tidak ada sistem monopoli..Betul kan, Ustaz? Kalau tak betul, tolong betulkan ye...

Lagi satu kita kena faham bahawa bukan Allah kata kita sorang je boleh buat bisnes ni..Allah sediakan ladang koko untuk kita sorang je ke?Bukankah Allah dah sediakan sumber alam seperti koko,telur ayam,tepung,gula dan sebagainya untuk kita sama-sama berkongsi.

Kita kena faham lagiii...Bukan kita sorang je nak kaya.Orang lain atau competitor pun nak kaya jugak...Dia pun nak maju ke hadapan jugak...Dia pun ada hak dan keinginan untuk maju...Kan competitorku Abang Kek Balqis?...hehehe...

Jadi, bila kita betul-betul faham..minda kita tak akan terbeban dengan rasa hasad dan dengki...Rasa nak berebut customer..Atau berebut-rebut nak sorang-sorang je jadi kaya...Kena faham konsep SHARING...Kita sama-sama berkongsi sumber alam yang Allah ciptakan ini.Jangan sekali-kali ingat itu hak kita seorang!..Ada ramaaaiiiiiiii lagi yang memerlukan!! Dan, sememangnya, kalau kita benar-benar yakin pada Allah, kenapa kita nak takut dengan persaingan sedangkan kita tahu Allah Maha Adil? Semua orang pasti ada bahagiannya...Itu janji Allah!..

ALLAH MAHA ADIL (AL-ADL)
Orang yang berbuat adil dalam memperlakukan orang lain walaupun dia bermusuhan dengan mereka.Jika orang seperti itu menulis nama di atas sepotong roti dan memakannya pada malam Jumaat,nescaya musuhnya itu akan melihat kebenaran dan tunduk kepadanya, Insyaallah....

Tuesday, June 25, 2013

SUAMI JADI FOLLOWER ISTERI @ ISTERI JADI FOLLOWER SUAMI?

SUAMI JADI FOLLOWER ISTERI @ ISTERI JADI FOLLOWER SUAMI?

Dalam kehidupan kita, cuba kita renungkan selama ini kita adalah follower ke atau kita adalah leader? Dulu saya suka jadi follower saja, masa tu keyakinan diri pun sangat rendah.. Tetapi bila keinginan untuk berjaya itu sangat tinggi, saya faham..saya dah tak boleh jadi follower.Kita memang perlu jadi LEADER untuk berjaya!..Jarang sekali sebenanrnya ada follower yang akan berjaya di tahap tertinggi.

Tapi faham tak leader dan follower tu apa? Bukanlah leader yang dia pioneer atau dia yang mula-mula dulu start sesuatu bisnes..Tak..Walaupun bisnes yang u nak buat tu dah ada orang buat pun...takpe, takde hal..yang penting u kena jadi leader dalam komuniti bisnes u..Siapa komuniti bisnes u? Orang yang sekeliling u, yang berkait rapat dengan u macam keluarga kita, kawan-kawan kita,pekerja kita,pelanggan kita...

Tapi, kalau yang dah berkahwin..tak bermaksud sebagai isteri, kita kena jadi leader suami..No No No..Untuk isteri, suami tetap leader isteri sama ada di rumah atau di pejabat (untuk pasangan yang sama-sama berbisnes).Tapi, masing-masing ada komuniti masing-masing kan..Bermaksud suami ada kawan-kawan dia, keluarga dia...isteri pun ada kawan-kawan dan keluarga dia..Masing-masing kena jadi LEADER dalam circle of friends nya.

Ramai yang fikir macam ni,cukup lah tuuu..rumah nak tinggal nak tidur dah ada..makan pakai walau tak mewah tapi memang cukup..3 perkara tu kan asas kehidupan?Yang asas kita dah lepas...Tapi sekadar itulah..Tak payah nak cakap pasal nak tolong mak bapak di kampung,atau nak hantar mereka buat umrah atau haji,atau nak tolong adik beradik kita yang di kampung..Nak sedekah, nak zakat...jangan cakaplah, memang tak mampu! Habis semua tu tanggungjawab siapa?Kerajaan? Adik beradik yang lain? Masing-masing lepas tangan...Langsung tak fikir pasal tu, pikir perut masing-masing ja..asal perut sendiri kenyang,mak bapak di kampung tak kesahh...

Tapi pointnya di sini ialah tak ada cara lain untuk keluar dari situasi ini...kecuali kita kena ambil inisiatif!!..Atau dengan perkataan mudah, ambil TINDAKAN!..Siapa yang boleh ambil inisiatif? Semestinyalah LEADER! Follower dia follow je..Kalau follower dah start bertindak macam leadernya,follower tersebut dah jadi LEADER! Macam tu lah, baru boleh berjaya!

Baru ni dengar cerita tentang seorang dealer kami ni..Kalau dengan kami, dia nampak macam pemalu atau segan-segan.Tapi terkejut jugak bila dengar cerita dari isterinya, kawan-kawan suami dia ni suka datang ke rumahnya.Mereka suka dengar sharing pengalaman dan ilmu suami dia..Diorang kata kalau balik mesti diorang dapat banyak idea, diorang jadi bersemangat kalau jumpa dengan suami dia ni..Wah, tak sangka betul...rupa-rupanya diam-diam berisi..baguslah macam tu..Itu maksudnya dia dah start jadi leader..Tengoklah, saya yakin dia akan pergi lebih jauh lagi kalau dia ada attitude tak kedekut ilmu ni..:)

Segalanya bermula di rumah.Suami perlu jadi leader di rumah untuk isteri dan anak-anak.Jangan jadi suami yang lembek ikut saja cakap isteri..Tambah-tambah kalau isteri jenis yang negatif lama-lama negatif jugaklah sang suami...Ada jugak yang sanggup jadi driver isteri je? Isteri buat bisnes ke hulu ke hilir..suami kata, takpe i support u..u nak p mana pun i bawak u.Tapi bila jumpa client, i tunggu dalam kereta je..u jumpalah client sorang-sorang sebab u lebih pandai...Habis, suami tak nak belajar? Sampai bila nak mengharap isteri?..

Kalau situasi yang sama-sama berbisnes suami isteri, of course suami yang perlu lead bisnes u..Bukan biar saja isteri yang jaga kedai..tapi suami dok belek komputer je...Pelik jugak baru ni saya dengar ada suami yang sanggup tak nak bukak kedai sebab isterinya demam! Belajarlah malu sikit...malu dengan anak-anak, dengan ibu bapa mertua...Kalau orang macam ni, sorry to say...Tak ada KARISMA banggg...TAK POWER!!...Siapa kata u tak boleh buat bisnes tu? U yang sendiri tak cari kekuatan...U biarkan saja biawak menghantui u...U sedar tak biawak tengah kontrol u tu..Tak susahhh..yang penting u start jadi leader dalam rumah u tu dulu ok!..

WALLAHU'ALAM....

ALLAH MAHA BIJAKSANA (YA HAKIM)
Jika seseorang merasa bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan tugas yang ditanggungnya,atau jika semua usaha yang ditempuhnya mengalami kegagalan, kemudian dia tetap membaca nama ini, nescaya segalanya akan berubah menjadi lebih baik

Monday, June 24, 2013

Sesi sharing bersama student Dr Azizan @ Seminar di Wisma MCA 26/1/2013

Sesi sharing @ sesi Hot Seats oleh student Dr Azizan Osman semasa Seminar BERANI 2013 di Wisma MCA 26/1/2013.

Bagaimana IMKK merubah hidup mereka?

1. CIKGU IS
-Dealer Bihun Sufi (Selangor)
-Masih bekerja sebagai guru
-ke IMKK nak perbaiki hati sendiri
-kerana katanya macamana nak ajar anak-anak murid tapi hati bengkang bengkok
-keluar dari IMKK dpt idea untuk buat bisnes dan jadi dealer Bihun Sufi
-income part time menjadi dealer Bihun Sufi adalah Rm 5K sebulan.


2.HAKIM
-CEO & Founder Golden Honey
-umur 25 tahun
-sebelum ni gaji 2 hari dah habis,pinjam dengan isteri
-bila fikir, sampai bila?
-seorang pelajar PONDOK
-kaitkan sejarah Nabi Muhammad SAW berbisnes
-start bisnes bulan Mac 2012.
-Jualan: sebelum ni 3 botol sehari
-Jualan: sekarang 100-150 botol sehari

3.MOHD MOKHRIZ
-seorang engineer yg terlibat 100% semasa batch kereta GEN2 dikeluarkan.
-gaji besarlah sangat (dia yang kata)
-masa join IMKK, masih bekerja..dan ingin improve life
-masa IMKK,dah ada bisnes part time: biz fotografi.
-dari IMKK, tahu bagaimana nak tarik kekayaan,kejayaan dan bisnes semakin maju
-pencapaian tahun 2013:
-umrah bersama isteri
-ada production house sendiri
-Jualan: dulu rm1500 sebulan, sekarang RM 3000 seminggu.
- kata-kata catchynya, " Patut dah berhenti kerja dari dulu lagi..."

4.SHEILA KHAN
-Tahun 2011 - pekerja 7-11
-hari decide untuk datang ke SKPD (Seminar Kenali Potensi Diri - Dr Azizan Osman), hari tu resign dari 7-11 kerana tak diberi cuti.
-tak ada duit masuk IMKK - gadai barang kemas
-IMKK- segala-galanya berubah, macam petik jari
-Hari Pertama keluar IMKK, first income RM3000
-pernah touch RM 15 K sebulan
-dulu fear of rejection, ada negativity
-impian tahun ni, nak buat kitchen studio.
-kata-kata catchynya,"segala-galanya indah dan sempurna selepas IMKK".

5.SHAFIZ AZMI
-baginya everyday is HARI RAYA
-dulu di sekolah dia dikenali sebagai budak gagap
-buat bisnes bas sekolah
-mempunyai van sekolah terbanyak di Malaysia
-dulu July 2011,pernah memecat majikan dia
-dari IMKK, belajar untuk memaafkan majikan dia yg menyebabkan dia tak ada duit sebelum ni..
-tetapi bila mula memaafkan,hidup mula berubah
-start company-tak ada duit
-lepas IMKK, dapat projek RM 750K setahun, "U can start on Monday", tapi van pun tak ada.
-katanya" Saya pernah tipu orang, saya pun pernah kena tipu"
-kata-kata inspirasinya " Apa yang aku fikir dapat,aku akan dapat.."

6.AHMAD RASHIDI B ABDUL LATIF
-menjalankan bisnes pakaian kanak-kanak secara online jenama CUTIE WORLD.
-seorang yg masih bekerja sebagai Senior Manager di Maxis
-2011 (IMKK) - prinsip berubah, berniaga bukan setakat duit atau untuk kaya
-matlamat hidupnya lebih jelas.
-gaji engineer di Maxis besar, tetapi Cutie World dapat memberi gaji isterinya lebih dr gajinya di Maxis.

7.OMAR B.ROSLAN
-menjalankan bisnes snek kacang CRAZY NUT
-masuk IMKK July 2012
-mula bersangkan baik
-mempunyai matlamat lebih jelas 10 tahun akan datang
-perhubungan +ve dalam bisnes
-Start bisnes dari KOSONG
-family bukan dari business background
-tidak ada modal
-dari tak ada confident,menjadi keyakinan sangat tinggi
-boleh dapat income RM 20K sebulan melalui gajinya
-tapi percaya bisnes lagi bagus..tak malu berbisnes

8.ZELDA ZEHRA SULAIMAN
-bisnes bunga untuk pejabat,corporate events
-dah berbisnes 10 tahun (utk kategori dah ada bisnes)
-dulu nak bayar sewa kedai pun tak cukup
-surviving dari tahun 1 - 9 (business up and down)
-mula-mula resign sebab nak jaga mak
-tak tau apa-apa pasal bunga,tak ada mentor
-lepas IMKK, dia tahu..it's not just business..it's about relationship.
-lepas IMKK, tahun ni (2013) dpt supply bunga untuk KLCC twin tower.
-Yakin dan praktis ilmu yg DAO bagi
-katanya," Before things to change, u change first".

9.ZEFLIN SUZANA BT SULAIMAN
-CEO CERUK KAMPUNG
-bisnes katering
-huru hara hidupnya sekarang menjalankan katering dari Utara ke Selatan
-permulaan hidupnya bermakna apabila mula berfikir siapa yang kita nak bantu
-katanya,"bila kita tak ada apa-apa kita dihina,dicaci,tetapi jadikan hina itu kekuatan untuk berjaya.
-kalau terfikir dibomoh- sebenarnya kita yang bomoh sendiri (sebenarnya kita yang tarik situasi itu).
-dulu tinggal di rumah flat,sewa bilik (RM150) dengan suami dan maknya.
-terfikir cukuplah kalau mak dah susah selama ini kerana kita..
-bersyukur dan jangan lupa untuk memberi.

10.CHEF FARAH
-bekas chef dan surirumah
-mula berbisnes tahun 2010
-sepanjang berbisnes, miskin..miskin..miskin..kaya..kaya..miskin..kaya..
-IMKK- husband tak nak ikut
-derhaka dengan syurga dunia kerana tidak dapat sokongan
-tanpa sokongan suami,dapat duit beribu-ribu..tapi duit bocor..
-saya nak love, dan ingin dikenali dengan Chef Farah Love
-IMKK- connection dengan Allah lebih baik

11.JUNAIDY ABU BAKAR
-CEO Anis Food Sdn Bhd
-bisnes ANIS CHOCOLATE MOIST CAKE
-IMKK- pembersihan jiwa
-bukan hanya untuk yang berbisnes
-kalau betul-betul faham dgn apa yg disentuh DAO,it's not just about product,it's not just about marketing, it's more than that..it's about relationship..it's about sharing..it's about LOVE..
-selepas IMKK,connection dgn Allah dan sesama manusia lebih harmoni..idea untuk berbisnes datang mencurah-curah..
-point tambahan: Pasti semua yg berada di HOT SEATS dan yang sudah berjaya, memahami apa yang dipelajari semasa IMKK akan bersetuju dengan kata-kata Dr Azizan ini, "Kalaulah anda faham apa yang saya faham..hidup anda akan sangat AMAZINGGG!!!..."

12.RINA SHAHAR
-Pakar botol plastik
-Pencipta mainan Boboi Boy yang berada di pasaran sekarang
-dapat idea bila anak nak main mainan Boboi Boy,tapi tak ada di pasaran
-sudah 20 tahun bisnes,bila jatuh, lari dari Malaysia..ke oversea sebab ingat Malaysia 'suey'
-buat bisnes di oversea,jatuh juga ingat kat oversea pun 'suey'
-dulu tak percaya seminar-tak suka bersesak-sesak
-dulu nak cecah RM300K setahun pun susah sangat,pindah kilang 5 kali sebab ingat kilang 'suey'
-beli buku feng shui..
-selama ni zakat tak pernah bayar,connection dgn Allah tak kuat..lemah..
-dulu mudah menyalahkan orang..
-IMKK, bersihkan hati,jangan tuduh-tuduh orang, jangan tuduh kenapa orang tak suka kita.

13.NADIA
-CEO HANA GOLD
-tahun 2010' ter' masuk kelas Dr Azizan..
-masa tu bisnes dah zero
-masuk AMP (Advance Marketing Power) dulu sebelum IMKK
-lepas tu sale meningkat, tapi  still banyak komplen
-bila banyak komplen, DAO kata,"U mesti bukan student IMKK i"
-sebab ingatkan dah tahu teknik pemasaran,dah ok lah..
-melalui IMKK, pelajari konsep memaafkan.
-dulu, susah nak memaafkan..selalu ingat, kau tak akan tahu apa yang aku rasa.
-selagi u tak memaafkan,u tak meredhakan,u akan rasa dalam hati ada lagi benda yang tak clear.
-hanya insan terpilih yang akan faham..
-dulu..kejar..kejar..kejar kekayaan...dapat..tapi akhirnya..lari
-dari tidak ada apa-apa...bergolok bergadai..
-sekarang ada 16 galeri emas (Semenanjung dan Singapura)



Di samping itu terselit beberapa kata-kata inspirasi Dr Azizan Osman semasa sesi sharing ini...

1.Kalau u dah di programkan, dan ada ilmu, u buat apa pun..produk apa pun..u boleh BERJAYA!!

2.Tapi kalau tidak ada ilmu dan tidak diprogramkan, u buat apa pun..produk apa pun.. u MELINGKUP !!

3.U tak nak sudah..itu keturunan u punya masalah.

4.The power of mind, gratitude, connection yang boleh bantu kita sebenarnya.

5.Yang menjatuhkan diri kita adalah diri kita sendiri.

6.IMKK - boleh bau business opportunity.


(Untuk semua nama yang disebut di atas,kami minta maaf jika tersalah ejaan nama anda,atau bin dan binti, atau tersalah tafsiran apa yang di ucapkan..Jika anda terbaca posting ini,anda boleh betulkan apa yang tersalah atau tambah lagi point anda di bahagian comments di bawah..)


JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua rakan seperjuangan diatas sharing anda..Anda sangat-sangat memberi INSPIRASI kepada kami dan ramai orang!!!....

Semoga semua rakan seperjuangan diberi Allah rezeki yang melimpah ruah..diberi ketenangan dan kebahagiaan hidup..Semoga kita berjaya dunia dan akhirat dan semoga kita semua menjadi INSAN TERPILIH ITU..!

Thank you so much Dr Azizan Osman yang di kasihi Allah!!..