Tuesday, February 24, 2015

ALLAHUAKBAR

Ya Allah, Ya Wakil...Ya Wakil..Ya Wakil....
Sesungguhnya Ya Allah Yang bersifat Maha Berserah, kami hambaMu ini ingin berserah padaMu Ya Allah...tanamkanlah pada kami semua ini Ya Allah sifat yang sanggup menyerahkan jiwa dan raga kami padaMu Ya Allah..Apa sahaja keputusan hidup dan mati kami Ya Allah, kami ingin berserah padaMu Ya Allah..dan mendapat keredhoanMu Ya Allah..
Ya Allah, Ya Warits..hanya Kau sahaja yang memahami apa sahaja niat kami dan semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta pekerja kami ini Ya Allah...Jika benar niat kami ini untuk kebaikan Ya Allah, Kau kuatkanlah jiwa kami untuk meneruskan apa sahaja usaha kami ini Ya Allah...Kau terangilah jalan kami ini Ya Allah...Kau berhasilkanlah usaha kami ini Ya Allah...
Sesungguhnya, tingkatkanlah tahap bergantungan kami padaMu Ya Allah...Kami ingin berserah, terus berserah dan terus berserah padaMu Ya Allah...
Hanya Kau tempat kami berserah Ya Allah....Subhanallah, Allahuakbar!..

JANGANLAH KAU MENGHINA

[ TERIMALAH KEKURANGAN.....]
Jika tidak mampu memberi, 
janganlah kau mengambil...

Jika tidak mampu mengasihi, 
janganlah kau membenci...

Jika tidak mampu menghiburkan, 
janganlah kau menyedihkan....

Jika tidak mampu meringankan beban, janganlah kau memberatkan...
Jika tidak mampu memuji...
Janganlah kau mengkeji...

Jika tidak mampu menghargai...
Janganlah kau menghina...

Selamat malam....

KONFIUS

Selerak Yang Membahagiakan?
Saya baru dapat gambar ni dari Stokis kami. Dia tunjuk kek baru sampai.
Tapiiii....pelik betoi la depa ni.
Ada ke cakap selerak yang membahagiakan?..

Ceh cehhhhh konon-konon konfius sat.


Jangan mare 




Monday, February 23, 2015

INSPIRASIACMC

Antara penyebab membuatkan seseorang mendapat penyakit ialah:
● ketakutan
● kerisauan
● kekecewaan
● kebencian
● kemarahan
● perasaan memberontak
● dendam kesumat
● hasat dengki, iri hati
Tapi saya bukan doktor.
Jangan percaya cakap saya. Observe atau buat kajian dengan orang disekeliling kita. Insyaallah kita akan pelajari sesuatu..
💖 Salam sayang...💖

THE POWER

[ THE POWER OF ANAK YATIM ]
Saya asyik teringat-ingat kisah ni. Kisah yang saya baca dari buku ALLAH TEMPAT MEMINTA.
Kisahnya macam ni.
Ada seorang guru 8 orang anak ini menceritakan, pada satu hari sekolahnya didatangi seorang penceramah motivasi.
Penceramah tersebut aktif dalam aktiviti untuk kebajikan anak yatim. Beliau menceritakan bagaimana dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji kerana ingin membela anak yatim. Dahsyatnya!..Sedihkan? ..
Sepanjang ceramahnya, tabung sumbangan anak yatim tersebut diedarkan di dewan. Penceramah tersebut mengajak semua hadirin untuk sama-sama mengumpul saham akhirat dengan menderma kepada anak yatim tersebut.
Akhirnya tabung tersebut sampai di tangan guru tadi. Dibukanya beg duit. Tinggal Rm50 sahaja dalam begnya. Terbayang pulak muka anak-anaknya. Di rumah pula sudah tiada apa yang tinggal untuk di masak buat anak-anak balik sekolah nanti.
Tetapi beliau juga terbayang muka anak-anak yatim ini. Terdetik rasa belas di hati beliau. Maka disedekahkan kesemua duit rm50 tersebut.
Fikirannya, tak apalah. Balik nanti dia akan goreng telur yang berbaki untuk anak-anaknya makan dengan nasi. Dan dia akan pujuk anak-anaknya betapa anak-anak yatim lebih memerlukan...
Jadi dia pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, guru ini tiba-tiba teringat untuk singgah di stesyen minyak berhampiran. Dia ingin keluarkan wang yang berbaki. Seingatnya dah tak banyak yang tinggal. Dia nak keluarkan rm50 sahaja.
Tapi, dia sangat terperanjat bila dapati dalam akaun ada RM500!..
Sesungguhnya dia rasa tak mungkin. Dia pun call suaminya untuk pastikan kalau-kalau suaminya masukkan duit ke akaunnya. Tapi suaminya menafikan.
Pada mulanya dia terfikir mungkin dia tersilap tengok baki wangnya. Dia cek semula slip pengeluaran yang terdahulu. Betul. Baki tinggal beberapa puluh ringgit sahaja. Tak teringat pula kalau-kalau ada yang membayar hutang padanya.
Ya Allah!..Subhanallah!!..
Sesungguhnya kisah ini menunjukkan bahawa benarlah janji Allah itu. Jika kita mendermakan harta benda di jalan Allah, Allah akan menggandakannya bagi orang yang dikehendakinya.
Terutamanya, derma ikhlas kepada anak yatim itu sangat powerful. Kerana anak-anak yatim ada keistimewaan dan darjat yang mulia di sisi Allah.
WALLAHU'ALAM...
💖Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...💖

ALLAH MAHA BESAR

Ya Allah...Ya Haqq...Ya Haqq..Ya Haq...
Ya Allah Yang Maha Membenarkan, kami yakin padaMu Ya Allah hanya Kau Maha Luar Biasa yang boleh memberi kepada kami di luar jangkaan kami Ya Allah..
Ya Allah Yang Maha Benar, kami mohon Ya Allah berikanlah berita gembira kepada saudaraku ini Ya Allah..yang tidak pernah disangkanya Ya Allah..Yang di luar kuasa dan dugaannya Ya Allah. Berita yang sangat hebat untuk kehidupannya, untuk bisnes atau kerjayanya, untuk jualannya, untuk keluarganya dan untuk apa saja Ya Allah...Hanya Kau Yang Mengetahuinya Ya Allah...kami sedia menerima berita gembira tersebut, kami sedia menyambut rezeki yang tidak disangka itu Ya Allah..kami sangat mengharap keajaibanMu Ya Allah...
Kerana Hanya Kau Maha Ajaib, Maha Besar, Maha Agung yang tidak dapat kami fikirkan ketentuanMu Ya Allah...
Assalamualaikum jutawanku sayang...Selamat menyambut berita gembira dan rezeki yang tidak dijangka-jangka dengan akal fikiran kita hari ini dan hari seterusnya..
Astaghfirullah....Lailahaillalah....Allahuakbar!.

JANGAN TERTIPU

[ JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN FACEBOOK ]
Saya dapati facebook ni mudah untuk kita tertipu.
Contohnya tentang perkembangan bisnes kami. Saya dapati ramai yang ingat bisnes kami di Bandung sudah berkembang bila melihatkan gambar-gambar yang di upload.
Sedangkan masih 'baby' lagi sebenarnya. Baby baru lahir 
3 - 4 bulan. Pengeluaran kek pun masih sekitar 200 - 300 kek sehari. Tiada yang special. Masih terlalu jauh perjalanannya.

Satu lagi, ada juga yang ingat kami dah masuk seluruh Thailand selepas saya siarkan gambar kiosk yang menjual kek di Sempadan Thailand. Sedangkan sepanjang pengetahuan kami, baru ada seorang ejen yang menjual di gerainya di sempadan Thailand. Itupun baru 20 biji kek seminggu. Hehe...
Sebenarnya nampak tak? Gambar boleh salah tafsir jugak ya..Gambar boleh membuatkan kita salah faham...
*Jadi jangan tertipu dan jangan menipu dengan gambar dan fakta yang diputarbelitkan...*
Dan sebenarnya....bukanlah salah facebook..cuma, platform yang disalah gunakan saja.
*self reminder
                                  Maaf kalau saya salah ya. Just a little thought for tonite smile emoticon
                                              💖 Berbisnes biarlah jujur, semoga bisnes kita semua diberkati Allah...💖