Sunday, May 24, 2015

[ TERBAKAR BACA NI!.... ] - OLEH : QIMIE

Dulu dia ex dealer kami. Namanya Qimie. Sekarang dia dah ada bisnes sendiri. Walaupun dah tak buat bisnes kek ini, saya pasti ada yang dipelajari semasa bersama team kami dulu terutamanya under STOKIS KL.
Apa agaknya yang dipelajari? Nak belajar jugak? Jom sertai keluarga Anis Food. Stokis kami berada di seluruh negara untuk membantu anda 

--------------------------------------------------------------------------------------------

REPOST.

 




[ TERBAKAR BACA NI!.... ]
Assalamualaikummm semuaaaa. Yeeee saya nak share something pasal saya dan bisnes Anis Chocolate jugak! Hehehehehe.
Kisah bermula pasal ACMC ni bulan April tak silap saya sebab yang saya ingat kawan saya yang 'paksa' saya tu asyik cakap pasal bisnes ACMC dah 8 bulan. Dia asyik pujuk saya untuk buat bisnes tu. Kita masa tu EGO!
Kek coklat??? 
Untung seringgit?....Rm 1?.

Eeeee....tak nak laa!!...
Tapi kawan saya tu constantly 'paksa' saya sebab dia nak bantu saya bina hidup baru lepas saya accident. Dia cakap "okay, nanti aku bawak kau g 1 tempat".
Bulan 12 dia pon bawak saya pergi Seminar Percuma DAO di Times Square. Dalam talk tu takde sebut pasal ACMC, tapi saya tetibe jadi mcm boyo (buaya) semangat tu bila DAO asyik hentam je orang x kisah manusia sempurna mahupon OKU cm saya ni. Kita rse tercabar betol. 
😡
. ( kat bawah tu gambar saya ) Ngehehehe.

Taw x? Saya siap nak jual kete lagi lepas dari kelas tu dek nak poei ke koleh IMKK. Kawan saya terkejut dan dia suh saya sabar dulu. Be rasional. Jd sy pon okayyy!
Disebabkan 'kepoyoan' dia asyik dok cite psl Anis Chocolate ni, balik tu saya google terus no contact acmc. Saya jumpa no En Nizam.
Saya pon call dan En Nizam pon kata kalau Gombak, En Najib jaga. Okay, sy pon ckp eh. PM pon jual kek ke? Ekekekeke....
Okay saya pon call En Najib. Dengan sewenang-wenangnya beliau menjemput saya hadir ke markas. Saya pon hadir tapi kek habihhhhh!...
En Najib pon menerangkan pelbagai 'rahsia' berkenaan bisnes ACMC. Saya pon terus.. Wow wow! Saya cakap okay. En Najib kata kek tak sampai lagi.
Pup!
Saya call En Nizam. SANGGUP! Menyetat enjin keto (yang hampir dijual tu) dan langsung meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Hehehe. Jumpa Bro Nizam dan dapat la first 50 cakes.Sanggup tu, g Shah Alam taw.... Bila semangat ada, kita mesti buat kerja GILA! Hehehehe.
Esok tu terus pasak 2 kedai. Yang lain sume saya bagi orang rasa dulu. Saya percaya lurus-lurus je ape En Najib n En Nizam pesan. (Dorang cakap bagi je orang rase dulu, ni jampi nak cepat dapat new order). Saya pun buatla!..
Dan memang betolllll!
Hehehe. Doyon-doyon order datang lepas tu. Itu yang berani gi KLCC tu malam tahun baru. Dapat jual 200pcs cakesssssss! Hehehehe.
Seronoknya rase mase tu. Saya dibantu oleh askar-askar kecil saya masa di KLCC. Next week je terus bawak pi mandi kat PD. Bawak diorang mandi, saya pulak jual. Hehehe.
1 jam 1/2, habis 90 kek!.. Hati mula berkocak-kocak, "kalau tau bawak 1000 kek". hehehe. Tp mestila itu rezeki. Kita tak sangka sambutan macam tu dapatnya ponnnn. Sekarang kedai saya ada 11 yang mana ke-11 ni semua setia mghabiskan kek yang dihantar.
Dan paling menarik, salah satu outlet saya iaitu Restoran Sunan Drajat buat birthday hari Jumaat dan Sabtu ni. Diorang order 100 kek untuk bagi hadiah kat customers yg makan di situ pada 2 hari tersebut. So, jemputla datang. Heeeeeeee
💖
Terrrbaekkk Qimie!!...
💖

BUAT PELANGGAN SAMPAI MELEKAT

Kalau buat bisnes,kita perlu tahu apa yang penting supaya pelanggan melekat dan terpikat?..Sebenarnya, apa yang penting ialah kita perlu faham pelanggan.Kita kena duduk dalam kasut pelanggan atau put yourself in other people's shoes.Faham apa kehendak pelanggan.Apa yang kita boleh tolong pelanggan? Apa yang kita boleh memudahkan pelanggan? Bukan apa yang kita nak..Bukan berapa target sales kita..

Selalunya macam tu lah..macam saya dulu, buat bisnes MLM, terkejar-kejar target nak dapat berapa BV ke PV ke..tak ingat dah..Pastu lama-lama bisnes down.Dulu salahkan orang, salahkan downline semua lari, ingat downline tak kuat semangat...Sekarang baru faham, downline lari sebab kita juga yang tak pandai servis..atau kita asyik nampak untung je..Tolong downline pun sebab 'ada udang disebalik batu'..Patutlah pelanggan tak melekat!

Sori ye yang buat MLM, u all semua mesti dah pandai sekarang ni..Dah tahu apa yang sepatutnya dibuat..Kami dulu tak tahu, kami nak tolong diri kami saja..kalau dari dulu tahu tentang add value to other people's life, konfem dah duduk banglo macam upline kami Kak Safiah & Abg Jamsari...
Jadi bila dah faham sekarang, kami sedang cuba untuk lebih memahami pelanggan...Dulu masa tak ada sistem dealer, kami jual sendiri kek ni..Jual yang medium & large size...Ada kawan-kawan cakap (kawan yang tak pernah bisnes), buat yang besar lah untung..Betul,tapi kalau buat macam tu sendiri sajalah yang untung...

Tapi, bila start faham customer & market niche, kami cuba (try and adjust) buat yang kecik-kecik..Sebab pertama, untuk memudahkan customer makan..Supaya customer tak perlu makan banyak-banyak..untuk lepas gian je boleh la..Kedua, untuk memudahkan dealer menjual. Bila harga murah, senanglah dia nak jual, dan modal pun tak banyak...
Faham ke faham?...

Penting kan kita kena faham perasaan pelanggan? Bab customer service pulak, saya selalu pesan pada staff , make sure layan kaw-kaw punya..Mentor kata, layan sampai extreme pun tak pa...Biar lebih, jangan dia rasa tidak dilayan..Layan sampai kalau boleh sebut sesuatu yang customer teringat-ingat sampai ke malam..sampai dia touching, sentuh emosinya....Contoh,amboiii...nampak berseri-seri hari ni Kak Gayah, betul ke rahsianya kena banyak senyum ye kak?Konfem lepas ni dia datang dengan senyuman yang manisss saja..Sebab kalau kita kaji, pelanggan akan mudah ingat dan melekat dengan peniaga yang pandai ambik hatinya..

Jangan jadi macam sesetengah peniaga yang saya dengar stokis saya cerita, setiap kali dia nak hantar kek di satu kedai di Kuantan ni, owner dia layan Kak Iza macam PEMINTA SEDEKAH!..Duit kek dilemparnya pada Kak Iza...Tidakkah dia rasa perbuatan dia memalukan orang? Tidakkah dia rasa tercalar maruah orang yang diperlakukan sebegitu?Apa perasaan dia kalau dia dibuat begitu?

Kita sebagai peniaga kena faham sefaham-fahamnya apa yang pelanggan nak...Dari segi kualiti produk, biar puaskan hati customer..bukan buat ala-ala kadar..bila tak laku, ingat ada jiran sebelah bomohkan pulak..Mula lah kata orang tu dengki, orang ni khianat..Masyaallah...Percayalah, kalau kita faham kehendak pelanggan..kalau kita faham bahawa kita sebenarnya kena beri kasih sayang dan membelai pelanggan...kita akan diberi balik semula..

Bila kita jadi pelanggan pula, please alert bahawa kita akan deal dengan peniaga yang macam kita jugak..yang tak cerewet sangat, yang mudah memahami kehendak kita..Teringat pulak tahun lepas saya nak beli baju raya..Saya tak mintak kurang pun, tapi...adik tu yang nak bagi less untuk saya..masa tu saya perasan sesuatu....What u give, u will get back more!!...

WALLAHU'ALAM.....

TERIMA KASIH YB DATO' HASAN BIN MALEK



Terima kasih YB Dato' Hasan bin Malek Menteri KPDNKK yg turut update status fb mengenai Majlis Pelancaran Produk Anis Food ke Rangkaian 7 Eleven & Aplikasi Mudah Alih...


Terima kasih kepada YB yg sudi hadir dan memberi sokongan kepada kami usahawan kecil ini...

DOA HARI INI

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah.. Kami mohon padamu ya Allah, berikanlah kami sebanyak-banyaknya ilmu yang berguna dan kami fahami maknanya sepanjang hari ini dan hari seterusnya untuk kami lebih kaya dan berjaya dunia akhirat.

Dan kami mohon pada mu Ya Allah Yang Maha memakbulkan, semoga segala impian kami dimakbulkan olehMu Ya Allah Ya Rahim...Ya Razzaq...

Aminnn ya rob...

Assalamualaikum n moninggggg jutawan!...Semoga hari ini merupakan hari yang paling membahagiakan anda semua!...
Terima kasih Ya Allah...

💖Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah smile emoticon ðŸ’–

Saturday, May 23, 2015

TULANG BELAKANG YANG TIADA ILMU

Menjadi orang kuat di belakang seseorang sangatlah penting.Bermaksud orang yang menjadi tulang belakang ni, perlulah cukup kalsiumnya,ironnya..kerana kalau tulang ni rapuh,habislah...seluruh anggota badan menjadi lemah....boleh jatuh beb..

Jadi, wahai si tulang belakang semua..anda sebenarnya adalah PUNCA KEJAYAAN suami atau isteri anda!..Anda juga boleh jadi PUNCA KEJATUHAN suami/isteri anda..Jadi, anda juga perlu BERILMU!..Bukan suami anda je pegi cari ilmu,si tulang belakang pun kena cari ilmu!..Anda perlu ada kekuatan yang luar biasa! Anda perlu tahu ROAD BLOCK dalam diri anda..Anda juga perlu tahu bagaimana nak CUCI KOLAM..

Saya cerita ini bukan kerana saya bagus sangat. Tapi kerana saya pun sendiri dah pernah jadi tulang belakang yang setaraf biawak, hehe...
Betulll....Sebab itulah kadang-kadang saya boleh faham apa yang menjadi punca jatuh bangunnya bisnes atau karier pasangan. Dan salah satu sebabnya adalah pasamgan yang tiada ilmu.

Ada satu kisah benar..Mereka suami isteri sama-sama menjalankan bisnes..Tapi bisnes ni sebenarnya bermula dari ayah mereka..stage sekarang diorang dah senang..hanya meneruskan bisnes yang dah bertapak..Mungkin yang menjadi tulang belakang ni dah biasa comfort, ye lah..kawin dengan anak orang kaya, yang memang dah ada bisnes..Tapi itulah dia kalau tahu kawin je, tapi tak nak cari ilmu..Empire bisnes yang kuat lama-lama boleh runtuh juga..

Suami yang bagus dalam bisnes makin lama makin merosot..Bisnes yang dah puluhan tahun bertahan semakin tinggal bayang-bayang..Suami bertungkus lumus berpenat lelah berperah otak cuba bangun semula, semakin rebah...semakin lemah...
Kenapa? Kerana salah satu yang sangat penting adalah PERANAN TULANG BELAKANG!!...Bila bersama kami, dia jadi kuat..dia jadi bersemangat..dia terima pendapat..dia nampak jalan..Tapiiiii...bila pulang berjumpa si tulang belakangnya, dia lemah semula..dia longlai...dia lesu....

Sepatutnya, sebagai tulang belakang,kita perlu kuatkan pasangan kita bila mereka down..Kena pandai berperanan,..Jangan pula anda yang sepatutnya menjadi tulang belakang tetapi andalah sebenarnya 'budak kecik' dalam rumah sendiri. Suami pun sepatutnya kena cepat sedar jika si tulang belakang dah negatif, bermaksud dia kurang ILMU..hantar dia mencari ilmu..jangan simpan dia...dia perlu tahu sebab takut nanti dia negatif kepada anak-anak pula..Fuuhhh TAKUUTTTT!!!...

WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA MELINDUNGI ( AL-WALI)
Jika seorang beriman membaca ya Wali sebanyak 700 kali pada malam jumaat,maka semua rintangan material akan hilang.Dalam perkahwinan yang salah satu pasangannya memiliki sifat suka bertengkar,jika pasangan lain mengingat nama ini ketika mereka sedang bertengkar nescaya pertengkaran itu tidak akan berubah menjadi pergaduhan..

KALAU DAH POSITIF...

Ada satu cerita. This is true story.Baru terbaca. Nama dia Dr Jill. Perempuan. Dia doktor otak. Neuroscientist. Dia dah buat banyak research pasal otak.

Tiba-tiba one day dia stroke. Selepas 8 tahun baru dia pulih. Dia cerita balik dalam TED TALK macamana keadaan dia masa dia stroke dan apa yang dia fikirkan. (Boleh tengok di You Tube).

Ceritanya macam ni. Dia kata, sebelah otaknya berkata, o ohhh aku kena stroke. Sebelah lagi pulak kata, wow!..This is so cool. How many brain scientist have the opportunity to study their own brain from the inside out?

Isn't it cool?
Positif gila kotttt....

DOA HARI INI

Ya Allah, Subhanallah Ya Allah...Harini kami sangat super duper gembira!..Sebab...hari ni hari yang penuh colorful!!..

Kami berdua doakan anda semua rasa aman, damai, tenang dan penuh kesyukuran pada hari ini...Kerana orang yang bersyukur dan selalu dalam keadaan tenang, rezekinya akan mengalir masuk dengan lajunya seperti air hujan yang lebat mencurah-curah hendaknya!!...

Amin...Assalamualaikum adik-adik, abang-abang, kakak-kakak jutawan semua, semoga rezeki kita semua harini masuk lajuuuuu mcm air hujan!..Sebab hari ni kan hari Sabtu, ramai yang beli produk kita semua di mana-mana, di seluruh negara!..Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Alah....
💖Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah💖