Orang kita..orang melayu, khususnya orang Islam masih malu..atau malu-malu nak berbisnes.Ada yang malu nak menjual.. Ada yang malu-malu nak mengaku berbisnes..katanya saja suka-suka? Ada ke bisnes suka-suka je? Buat apa suka-suka? Buang masa,tenaga dan wang ringgit je..Selalunya orang jenis buat suka-suka je ni..tak lama bertahan..nanti dia akan penat sendirinya..duit,untung pun tak nampak..Akhirnya,tukar bisnes lain pulak..Sebabnya,orang pun tak confident nak beli,baik beli dengan orang yang betul-betul berbisnes..orang macam ni lebih confident dengan product dia..yang suka-suka ni takut ada masalah pula bila berjual beli..
Lagi satu, bila selalu sangat sebut suka-suka....betul-betul jadi suka-sukalah..dia tak jadi serius lah. Buang masa kan macam tu?..Orang macam ni lebih baik dia focus dengan kerjaya dia atau focus jadi surirumah yang terbaik..Lagi banyak manfaatnya..
Just to share..dulu saya pun sama..saya pun takut dan malu kena reject jugak.. Masa buat bisnes BEAUTIFUL (HAI-O) dulu..apa yang saya buat untuk menutup rasa takut dan malu di reject, saya kan jual barang yang mahal tapi sangat berkualiti dan berkesan pada saya dulu? Jadi..kalau diorang reject, saya dah SET MIND saya ..diorang ni kalau ada duit,mesti diorang beli..jadi diorang tak ada duit lah tu,sebab tu tak beli ..hehe..so tak la rasa malu sangat..tak la rasa down sangat..hehe jangan marah…
Jadi..kenapa ye orang kita jadi macam ni? Malu untuk berbisnes ?Takut untuk berbisnes?..Sebab kita tak nampak dan tak diajar tentang kebaikan dan kecantikan bidang perniagaan..Ye lah,sebab ibu bapa kita,tok nenek kita pun tak berniaga..diorang ni pun tak diajar jugak, mak bapak kita pun makan gaji..Jadi macamana tu?
Macamana lagi?..Kita la kena explore sendiri..cari ilmu tentang kecantikan dan kelebihan alam perniagaan ini.. Bukannya terikut-ikut cara pemikiran yang old fashion..Maafkan saya,bukan nak salahkan sesiapa, diorang pun tak exposed dengan perkara macam nii..Kalau kita minat, kita yang cari sendiri..Banyak sangat kemudahan sekarang ni nak cari ilmu perniagaan.Nak atau tak je...
Teringat pulak cerita adik ipar saya Abdul Hai masa dia berjumpa dengan seorang sahabat di majlis tablighnya..Sahabat tersebut berktanyakan Abdul Hai, “nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?”
Yang pertama..Orang yang berniaga ni tidak ada boss kan?Dah tentu dialah boss untuk bisnesnya sendiri?..Jadi,orang yang berbisnes ni lebih DIRECT CONNECTIONnya dengan ALLAH..Dia tak ada boss..Dia minta DIRECT dengan Allah..CONNECTION dia sepatutnya sangat KUAT dengan ALLAH..Kerana dia tak ada gaji yang dah memang tetap masuk dalam bank setiap hujung bulan.Dia tak ada boss untuk merujuk jika ada masalah..yang ada hanyalah ALLAH..Dia sepatutnya sangat memerlukan ALLAH..sangat BERGANTUNG pada ALLAH..sangat MEMINTA-MINTA pada ALLAH..sangat BERSYUKUR di atas nikmat yang ALLAH berikan..Itulah antara kecantikan yang lebih mendalam tentang kelebihan orang yang berniaga..
Sebab kedua pula ialah..orang Islam perlu berbisnes kerana boleh menjadi seperti beliau..Yang dimaksudkan di sini ialah..Hanya orang yang berbisnes sahaja yang mempunyai kelapangan masa dan wang ringgit untuk menjalankan aktiviti melebarkan dakwah Islam..Dari segi wang ringgit dah semestinya mampu untuk digunakan untuk aktiviti berdakwah dan untuk menyara keluarga semasa ketiadaannya..Dan, orang yang berniaga juga mempunyai kelapangan masa atau masa lebih fleksibel, tidak perlu mengambil unpaid leave untuk ber cuti berdakwah..ALLAHU AKBAR!..
WALLAHU'ALAM....
0 comments:
Post a Comment