Tuesday, August 19, 2014

Quotes Adyanis ;)

Usahawan yang baru menceburi bidang keusahawanan ni perlu melalui proses mencari pekerja yang efisyen tanpa henti.Proses ini perlu sentiasa berjalan.Adalah menjadi kebiasaan untuk mendapat pekerja yang tidak bagus pada permulaan..tapi kita perlu melalui proses ini sampai bila-bila..kita tak boleh lari atau short cut dari proses ini.Laluinya sahaja..experience it..It's a law..Law nya mengatakan,kita harus meneruskan proses kegagalan ini dan akan sampai masanya nanti kita akan bertemu titik kejayaan.


Antara soalan yang paling catchy dan nakal dari student yang datang menebual kami untuk paperwork mereka ialah Best atau Tak Best berniaga bersama suami/isteri? Jawapan saya dan suami ialah best!!....Kami dapat meluangkan banyak masa bersama.Pagi,sama-sama menghantar anak ke sekolah,sama-sama bersarapan pagi,sama-sama melayan customer/dealer..sama-sama membuat business deal..Sama-sama berbincang berkaitan bisnes,sama-sama meletakkan matlamat perniagaan..
Tanya mereka lagi, tak bertelagah ke? Situasi macam tu pasti berlaku kerana masing-masing ada pendapat masing-masing..tapi di sinilah kami belajar erti kesabaran..kena pandai mengawal ego dan kemarahan,kena pandai mengawal keadaan..kena ada kerjasama,kena saling faham-memahami..Memang best sangat!!...Cubalah!!...


Untuk pasangan suami isteri yang menjalankan bisnes bersama-sama perlu ada keserasian dan memahami antara satu sama lain.Kita sebagai isteri perlu ada sifat mengalah dan si isteri perlu ingat bahawa suaminya adalah Ketua dan sentiasa perlu ingat bahawa suaminya sangat hebat,barulah dia akan menjadi orang yang hebat.Jangan memperkecilkan kebolehan suami walaupun sedikit kerana jika mereka terasa hati,mereka akan mengundur diri,pasti ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar.Pandai-pandailah membuatkan suami merasa dirinya penting,dirinya diperlukan,dirinya berkemampuan untuk menguruskan bisnes bersama.

Beri sokongan moral kepada suami walaupun pada mulanya dia tak minat.Caranya ialah dengan meminta tolong mereka sedikit demi sedikit,tak perlu menunjukkan kehebatan isteri yang sangat hebat sehingga suami merasa rendah diri,sehingga suami merasa dirinya tak pandai..Si isteri perlu banyak memuji tindakan dan keputusan yang dibuat oleh suami..memuji dan memuji suami..lama kelamaan suami akan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi..dan selepas itu pasti suami akan membawa bisnes anda ke puncak!



0 comments:

Post a Comment