Saturday, February 28, 2015

PROGRAM MMM

Alhamdulilah sekali lagi diberi peluang oleh mentor kami Dr. Azizan Osman utk berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang kami bergelar usahawan di pentas Program MMM di Setia City Convention Centre Setia Alam...terima kasih Dr Azizan Osman, tuan Jerry Rizal & warga Richworks semua..
Kenangan lebih manis apabila dapat bertemu dan bersama sahabat kami yg luar biasa hebat iaitu Abg Afdlin Shauki, Fizo Omar & Fiona Tahir..
Semoga perkongsian kami dan sahabat lain memberi inspirasi kepada semua peserta MMM agar anda semua terus berjaya dan menjadi lebih luar biasa hebat...

Friday, February 27, 2015

[ APA NAK DITAKUTKAN DENGAN PERKATAAN CARI ORANG..?? ]

[ APA NAK DITAKUTKAN DENGAN PERKATAAN CARI ORANG..?? ]
Seorang sahabat berkata ada saya...
Ada org sanggup cari sampah, cari tin kosong, cari besi buruk demi sesuap nasi...
Kita cari orang..bukan cari sampah, bukan cari besi, bukan cari tin kosong...apa nak di malukan...??
Bisnes cari hantu pun kaya raya...
U sanggup ke cari hantu...??

Kita cari org yg mencari orang yg nak bayr hutang.....hutang isteri bersalin x settle2, hutang PTPTN, hutang dgn MARA, hutang kereta & rumah....DLL
Cari penganggur yg perlukan kerja kosong demi sesuap nasi...
Cari Kakitangan kerajaan yg sentiasa x ckup duit walaupun gaji sebulan RM3k..!
CARI ORG YG MENCARI...
YG ADA WAWASAN UTK MENGUBAH HIDUP YG POSITIF DAN RAJIN BERUSAHA...

Jangan cari org yg MALAS...!!!
Banyak alasan dan negatif...
"SOME WANT...SOME WONT..SO WHAT..?? NEXT...!!!

Jangan putus asa... Matlamat tu penting... Bila x ada matlamat itu yang kita selalu tergelincir dari landasan kejayaan...
Sebab tu dalam biz MLM banyak yang gagal dari yang berjaya, kerana hanya sedikit yng sanggup hadapi cabaran.
Orang selalu jadikan contoh orang yang gagal TETAPI tidak melihat penat lelah orang yang berjaya sebelum mereka melakar kejayaan.
Kejayaan biasanya datang dari satu langkah berani berubah, walau pun benda kita buat tu kekadang kita tak suka.
👍
Banyak kebenarannya...saya suka!!..

* Copy paste dari whatssapp
💖
 Memang selama ni dok CARI ORANG je kerjanya..hihii

SEGALA PUJI BAGIMU YA ALLLAH

Ya Allah Ya Majid..Ya Ba'ith..Ya Syahid...
Ya Allah Yang Maha Mulia, Yang Maha Membangkitkan dan Maha Menyaksikan, kami ingin memohon merayu padaMu Ya Allah..kami benar-benar tak tahu apa yang terbaik untuk kami Ya Allah...Kami tak tahu adakah jalan yang kami ambil ini yang paling diredhoiMu Ya Allah..Adakah bisnes atau kerjaya kami ini dirahmatiMu Ya Allah...
Ya Allah, kami merayu padaMu Ya Allah, Kau berkatilah bisnes atau kerjaya kami ini Ya Allah..kami mohon rahmatMu Ya Allah..Kami mohon pertolonganMu Ya Allah...Kau gerakkanlah hati kami ini jika Kau memberkatinya Ya Allah..Kau timbulkanlah perasaan tenang kepada kami jika kami di jalan yang diredhoiMu Ya Allah...
Jika Kau memberkatinya, jika Kau meredhoinya, Kau permudahkanlah perjalanan hidup kami ini Ya Allah...
Puji-pujian hanya untukMu Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah...

BPF SAYA PESAN...

BPF saya pesan,
Untuk berjaya, kita kena sayang,cinta,asyik masyuk dengan produk kita atau bisnes kita atau kerjaya kita.
Sayang 'dia' kerana 'dia'lah membuatkan kita gembira..kerana 'dia'lah kita dapat hidup dan tambah nilai hidup orang lain..
Kalau tak sungguh-sungguh sayang 'dia', lupa kat 'dia', macamana 'dia' nak sayang kita balik?..Jangan sampai 'dia' ingat kita nak mempergunakan 'dia' hanya untuk kesenangan kita sahaja?..
BPF = my Business Partner Forever

THE POWER OF IBU MERTUA

Saya teringat satu lagi kisah yang sangat menyentuh hati yang saya baca dalam buku ALLAH TEMPAT MEMINTA. Tajuk artikel ni sebenarnya Allah Maha Mendengar Doa.

Saya ceritakan kembali ya.

Ada sepasang suami isteri ini, mereka sedang mengalami masalah dalam bisnes. Jadi mereka ambil keputusan untuk berpindah ke bandar lain dan mulakan hidup baru.

Tetapi keadaan mereka sangat susah ketika itu. Sehinggakan pada satu hari, anak mereka merengek minta digorengkan nugget. Si ibu yang bernama Umie pun mencari kuali dan minyak untuk menggoreng.

Alangkah terkejutnya bila melihat minyak dah habis. Tetapi dicarinya lagi sisa-sisa minyak yang lama, maka dapatlah Umie menggorengnya ala kadar.
Sehingga begitulah tahap kesusahan mereka.
Dan pada waktu dalam kesusahan itu, Umie dapat panggilan daripada ibu mertua.Mengatakan yang dia ingin datang melawat cucunya.

Gundah gulanalah mereka suami isteri. Bukan tidak suka ibu datang. Tetapi bagaimana nak menjamu ibu makan? Sedangkan selama ini mereka ala kadar sahaja. Dan paling dirisau, takut ibunya dapat menghidu kesusahan mereka.

Pada malam tersebut, Umie merintih berdoa meminta bantuan Allah. Umie melepaskan rasa sedihnya kerana tidak mahu ibu mertuanya sedih dengan keperitan hidup mereka.
Doa Umie lagi, lebih kurang begini bunyinya, katanya...Ya Allah, aku tidak mengerti erti rezeki dari sumber tak diduga Ya Allah...tetapi aku mohon petunjuk dan kebesaranMu Ya Allah. Tunjukkanlah aku erti rezeki yang tak diduga itu. Dan Umie menangis semahu-mahunya.
Dan keesokan harinya pun tiba juga. Ibu mertuanya pun sampai.
Pada malam tersebut, ibu mertua Umie mengajak makan di luar.
Bisik hati Umie, "Allah, bantulah kami !"
Di kedai, mereka order yang paling ringkas dengan alasan sudah kenyang. Tetapi sebenarnya takut duit tak cukup.

Tetapi masa nak bayar, tiba-tiba ibu mertuanya yang bangun cepat-cepat pergi membayar bil. Ibu mertuanya seperti memahami. Leganya rasa hati suami isteri ini.
Keesokan hari pula, ibu mertua menyatakan hasrat ingin pulang ke rumahnya. Terkejut juga Umie dan suaminya. Kenapa sekejap sangat? Mereka sedih sebab tak dapat lama melayan ibunya.
Jadi Umie pun bersiap untuk menghantar ibu mertuanya ke stesyen bas.
Semasa bersalaman dengan ibu mertuanya, terkejut Umie kerana ibu mertuanya memasukkan segulung wang ke dalam genggaman tangan Umie. Ini guna untuk bersalin nanti, kata ibu mertuanya. Kemudian diberi segulung wang lagi. Ini untuk anak-anak.

Menurut ibu mertuanya, sebenarnya itu duit hasil jualan tanah di kampung.
Ya Allah, meruntun jiwa Umie. Setelah mak mertua dibawa suaminya ke stesyen bas, dikiranya jumlah wang yang diberikan itu. Segulung berjumlah seribu ringgit. Dan segulung lagi berjumlah seribu ringgit. Semuanya dua ribu ringgit!..

Kemudia yang membuatkan lebih terkejut lagi, suaminya menelefon. Kata suaminya, ibunya memasukkan seribu ringgit ke dalam poketnya.
Keajaiban apakah ini? Setelah berbulan di dalam kemelut, tetapi dalam masa sekelip mata Allah menghantar bantuan.

Ya Allah, beginilah rupanya yang di maksudkan dengan rezeki yang tidak di duga. Rezeki yang di luar jangkaan. Yang tidak pernah disangka begini rupanya cara mereka dibantu Allah!..Allahu akbar!..
WALLAHU'ALAM...

Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

DOA HARIAN

Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam...

Pada hari yang penuh keberkatan ini..penghulu segala hari Ya Allah...Kami ingin mohon padaMu Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Kau bersihkanlah hati kami Ya Allah...Kau keluarkanlah segala kotoran dalam jiwa kami Ya Allah...Kau hapuskanlah segala negativiti dalam diri kami Ya Allah...dan Kau gantilah dengan hati dan jiwa yang putih bersih kepada kami Ya Allah...

Kerana dengan hati yang bersih, kami ingin menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kami Ya Allah...

Assalamualaikum dan moningggg JUTAWAN semua..Jom kita banyakkan bersedekah hari ini...Sedekah yang lebih biasa dari yang biasa!..Dan rezeki pun akan masuk LUAR BIASA!!...

YOU ARE A GENEROUS GIVER!!
Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar! 

PAKAR MEE UDANG

[ KALAU SAYA NAK BUKAK RESTORAN ]
1.Saya akan fokus satu produk je. Contoh, mee udang sahaja.
2.Produk-produk lain macam nasi ayam ke, mee kari ke, bihun sup ke, laksa ke, semua saya akan ambik orang punya. Saya panaskan je. 
( Tapi pilih yang terbaik la..)

3.Untuk sarapan pagi dan makan petang, saya akan pastikan banyak kuih-muih tapi semua saya ambik orang punya. Atau mungkin saya buat sejenis atau dua jenis je. Selebihnya ambik orang punya. Supaya pelanggan ada banyak pilihan.
4.Dan restoran saya, saya akan namakan "PAKAR MEE UDANG".
Senang kan, tak yah pakai pekerja ramai-ramai.Fokus untuk buat kuah mee udang dan air saja.
Dah lah boleh tolong orang jugak yang pandai masak, tapi tak ada modal nak bukak kedai..
Kata nak bisnes berjemaah..Tapi tak nak sharing-sharing...acaner tu?...
 Puan Anis, cakap senang ler...hikhikk..

Thursday, February 26, 2015

THE POWER OF GIVE...

Ehhh ada roses!!..
Nak bagi kat sape tu adik-adik?...
Apa? Untuk buah hati?..
Ohhhh rupanya nak tahu siapa buah hati mereka? Rupanya dorang nak bagi bunga ros ni pada customer tersayanggg 🌹🌹🌹🌹
Nanti kita tengok ye siapa yang kena di bahagian komen

BPF

BPF saya pesan,
Untuk berjaya, kita kena sayang,cinta,
asyik masyuk dengan produk kita atau bisnes kita atau kerjaya kita.
Sayang 'dia' kerana 'dia'lah membuatkan kita gembira..
kerana 'dia'lah kita dapat hidup dan tambah nilai hidup orang lain..
Kalau tak sungguh-sungguh sayang 'dia', lupa kat 'dia', macamana 'dia' nak sayang kita balik?..Jangan sampai 'dia' ingat kita nak mempergunakan 'dia' hanya untuk kesenangan kita sahaja?..
BPF = my Business Partner Forever

POWER OF IBU MERTUA

[ THE POWER OF IBU MERTUA ]
Saya teringat satu lagi kisah yang sangat menyentuh hati yang saya baca dalam buku ALLAH TEMPAT MEMINTA. Tajuk artikel ni sebenarnya Allah Maha Mendengar Doa.
Saya ceritakan kembali ya.
Ada sepasang suami isteri ini, mereka sedang mengalami masalah dalam bisnes. Jadi mereka ambil keputusan untuk berpindah ke bandar lain dan mulakan hidup baru.
Tetapi keadaan mereka sangat susah ketika itu. Sehinggakan pada satu hari, anak mereka merengek minta digorengkan nugget. Si ibu yang bernama Umie pun mencari kuali dan minyak untuk menggoreng.
Alangkah terkejutnya bila melihat minyak dah habis. Tetapi dicarinya lagi sisa-sisa minyak yang lama, maka dapatlah Umie menggorengnya ala kadar.
Sehingga begitulah tahap kesusahan mereka.
Dan pada waktu dalam kesusahan itu, Umie dapat panggilan daripada ibu mertua.Mengatakan yang dia ingin datang melawat cucunya.
Gundah gulanalah mereka suami isteri. Bukan tidak suka ibu datang. Tetapi bagaimana nak menjamu ibu makan? Sedangkan selama ini mereka ala kadar sahaja. Dan paling dirisau, takut ibunya dapat menghidu kesusahan mereka.
Pada malam tersebut, Umie merintih berdoa meminta bantuan Allah. Umie melepaskan rasa sedihnya kerana tidak mahu ibu mertuanya sedih dengan keperitan hidup mereka.
Doa Umie lagi, lebih kurang begini bunyinya, katanya...Ya Allah, aku tidak mengerti erti rezeki dari sumber tak diduga Ya Allah...tetapi aku mohon petunjuk dan kebesaranMu Ya Allah. Tunjukkanlah aku erti rezeki yang tak diduga itu. Dan Umie menangis semahu-mahunya.
Dan keesokan harinya pun tiba juga. Ibu mertuanya pun sampai.
Pada malam tersebut, ibu mertua Umie mengajak makan di luar.
Bisik hati Umie, "Allah, bantulah kami !"
Di kedai, mereka order yang paling ringkas dengan alasan sudah kenyang. Tetapi sebenarnya takut duit tak cukup.
Tetapi masa nak bayar, tiba-tiba ibu mertuanya yang bangun cepat-cepat pergi membayar bil. Ibu mertuanya seperti memahami. Leganya rasa hati suami isteri ini.
Keesokan hari pula, ibu mertua menyatakan hasrat ingin pulang ke rumahnya. Terkejut juga Umie dan suaminya. Kenapa sekejap sangat? Mereka sedih sebab tak dapat lama melayan ibunya.
Jadi Umie pun bersiap untuk menghantar ibu mertuanya ke stesyen bas.
Semasa bersalaman dengan ibu mertuanya, terkejut Umie kerana ibu mertuanya memasukkan segulung wang ke dalam genggaman tangan Umie. Ini guna untuk bersalin nanti, kata ibu mertuanya. Kemudian diberi segulung wang lagi. Ini untuk anak-anak.
Menurut ibu mertuanya, sebenarnya itu duit hasil jualan tanah di kampung.
Ya Allah, meruntun jiwa Umie. Setelah mak mertua dibawa suaminya ke stesyen bas, dikiranya jumlah wang yang diberikan itu. Segulung berjumlah seribu ringgit. Dan segulung lagi berjumlah seribu ringgit. Semuanya dua ribu ringgit!..
Kemudia yang membuatkan lebih terkejut lagi, suaminya menelefon. Kata suaminya, ibunya memasukkan seribu ringgit ke dalam poketnya.
Keajaiban apakah ini? Setelah berbulan di dalam kemelut, tetapi dalam masa sekelip mata Allah menghantar bantuan.
Ya Allah, beginilah rupanya yang di maksudkan dengan rezeki yang tidak di duga. Rezeki yang di luar jangkaan. Yang tidak pernah disangka begini rupanya cara mereka dibantu Allah!..Allahu akbar!..
WALLAHU'ALAM...
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

A GENEROUS GIVER

Ya Allah..Ya Khaliq...Ya Fattah...Ya Salam...
Pada hari yang penuh keberkatan ini..penghulu segala hari Ya Allah...Kami ingin mohon padaMu Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Kau bersihkanlah hati kami Ya Allah...Kau keluarkanlah segala kotoran dalam jiwa kami Ya Allah...Kau hapuskanlah segala negativiti dalam diri kami Ya Allah...dan Kau gantilah dengan hati dan jiwa yang putih bersih kepada kami Ya Allah...
Kerana dengan hati yang bersih, kami ingin menarik lebih banyak kekayaan dan kejayaan dalam hidup kami Ya Allah...
Assalamualaikum dan moningggg JUTAWAN semua..Jom kita banyakkan bersedekah hari ini...Sedekah yang lebih biasa dari yang biasa!..Dan rezeki pun akan masuk LUAR BIASA!!...
YOU ARE A GENEROUS GIVER!!
Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar!

RESEPI DIRAHSIAKAN

[ BAGAIMANA JIKA EMPUNYA RESEPI MINTA DIRAHSIAKAN RESEPI? ]
Salam Puan,
Haritu Puan ada cerita pasal share resipi kt orang ramai, sebab Allah jadikan koko supaya kita boleh berkongsi kan, tapi saya lupa nak bertanya haritu, macam mana pulak kalau resipi ni seseorang ni yang bagi kat kita lepas tu dia mengamanhkan supaya jangan diceritakan kepada orang lain.
Contohnya produk saya ni daripada tahun 1970an lagi, masa tu family sy susah, pastu ada orang daripada kelantan yang bagi resipi ni, dan dia cakap saya bagi amanah kat awak jangan beritahu resipi ini pada orang lain..
Mohon Puan beri pencerahan sikit..

Pandangan saya,
Bagi saya, perkara ini berbalik kepada konsep YAKIN.
Dengan siapa yang kita yakin sebenarnya? Maaf saya bukan pandai sangat. Tapi kalau saya dalam keadaan seperti ini, saya tak boleh kompromi. Saya risau, ia ada kaitan dengan pegangan kita. Betul tak ustaz dan ustazah?
Dan bagi saya juga, tidak ada konsep seperti di atas. Alhamdulillah juga saya tidak pernah diajar sesiapa termasuk ibu ayah datuk nenek moyang saya untuk rahsiakan resepi.
Hamba Allah (Kak Ton) yang menghadiahkan saya resepi kek coklat ini dan juga Bonda Meah empunya resepi tart nenas juga tidak pernah memberi apa-apa syarat kepada saya. Tak pernah mereka kata, resepi ini untuk saya sahaja.
Kalau katakan mereka beri syarat pula, ruginya...Nanti saya meninggal, siapa nak teruskan? Bukankah kalau resepi ini diteruskan, pahala besar untuk mereka juga?
Itu mentaliti orang lama sebenarnya. Tapi bukan semua macam tu. Manakala sekarang, kebanyakan daripada kita dah semakin yakin bahawa ALLAH pemberi rezeki.
Dan saya tak dapat berfikir pun sebenarnya alasan-alasan sesetengah orang kenapa resepi perlu dirahsiakan. Selalunya alasan kerana nenek suruh rahsiakan. Tetapi kenapa?
Yang saya nampak hanyalah perasaan takut bersaing, takut orang lain lebih dari kita, takut orang lain lebih kaya dari kita. Atau lebih berjaya dari kita. Bukankah itu penyakit PHD?
Atau mungkin saya salah. Mungkin ada sebab-sebab yang lebih rasional yang saya tak pernah dengar?..Kalau ada, tolong ceritakan pada saya. Saya teringin nak tahu.
Macam dah lari tajuk pulak. Hehe...
Oklah...Maaf ya, kalau saya salah tolong betulkan saya kay...
WALLAHU'ALAM...

Indahnya berkongsi resepi...indahnya berkongsi rezeki...

TQ.

Tq Chenta Hati Bear 😙😙😙

Wednesday, February 25, 2015

JOM FOLLOW!!!

[ I FOLLOW U, U FOLLOW I ]
Sharing is caring...sharing is MARKETING! tau tak marketing paling powerful adalah ONLINE marketing.. jom kita manfaatkan Facebook, Instagram, Twitter dan yang seangkatan dengannya kayy..
sesiapa yang ada Facebook Page, Instagram meh la share kat bahagian comment, nanti kami follow.
Follow kami & vendor2 kami jugak tau! hihi
1. ACMC
Nama company : Anis Choc Moist Cake Sdn Bhd.
Fb : Anis Choc Moist Cake
Ig : realanischocmoistcake
Fb personal : Anis Cmc
2. 4LC
Nama company : Amazing Ayu Food
Fb page: Amazing Ayu
Ig : amazingayu
Fb personal : Rafiza Idayu
3. Nama company : Rich Chocolate Ent
Fb page : chocoletyo official
Ig : chocolettohq
Fb personal : siti zubaidah roslee
4. Nama company : Shugarholic Confectionery
Fb page : Shugarholic
Ig : Shugarholic
Fb personal : Maza Asma
5.Nama company : Mior Dessert
Fb page : Mior Dessert cream puff sedap
Ig : miordessert
Fb personal : Mior Ashraf NB
6.Nama comp : airi delight
Fb page : airi delight
Ig: airi delight
7. Nama comp: Pasak Armada
fb : Tartplanet
Ig: Tartplanet
Google biz: tartplanet
Linked: firdaus fahmy
8. Nama Comp : Simply Chocolate
Ig: simplychocolates
Fan page : simply chocolates
9. Nama Comp : SURGACO
Ig: surgacakes
Fan page : surgacakes by Rita&Hana
10. Nama comp: Mamahana Shoppe
Fb page: mamahanashoppe
Ig: mamahanashoppe
Fb personal: nita sapawi
11. Nama comp: SherZam Rich Food Marketing
Fb page: SherZam Rich Food
Ig: @sherzam.rich.food
Fb personal: Shariffah Noormala
12. Nama comp: Simply Delicious Bake
Fb page: Simply Delicious Bake
Ig: Simply Delicious Bake
Fb personal: huzaimahhussin
13. Nama Company : NurdyraCookies Enterp
FB Page : Nurdyracookies
FB Personal : Kzis Zaiton Ismail15:15
Ig DyraCookies
14.Nama Company : ANR Armada Resources
FB Page : 42ndkitchenbyZARINA
FB Personal : ZARINA BT KASIM
IG: zarikas
15. Nama Company: KakTim Cookies
Fb Page: SuperSemperit
FB Personal: Fatimah Harun
16. Nama Company : Dunia Dagang Trading
FB Page: coklatmoisthanaasuperb
FB Personal: Izlina Ismail
IG: hanaa_congobar
Product: Congo Bar Hanaa
17.Nama Company : sofine enterprse
FB page:sofinecakes
FB Personal : intan maznah
Product: english lemon & cappucino jumble
18.Nama Company : Azliza Delicacies
FB page: Azliza Delicacies
FB Personal : Azliza Arifin
Product: marble cheese cake
19. Nama Company: Ita Loyang Enterprise
Name: Siti Salwa
Product: Almond mix nut
20. Nama Company : Muhata Enterprise
FB Page : Muhata Delight
FB Personal : Muhammad Harris Tajuddin / Hafiz Tajuddin
Product : Choco Indulge, Choco Oreo, Choco Mousse
21.Nama Company : KP Choco House
Fb Page : KP Choco House / Aliff Marble Moist Cake Official
Fb Personal : Zarul dan Ibrahim
Product : Aliff Marble Moist Cake
Ig : kpchocohouse
22.Nama company : Popiah sri melati
FB page: Popiah Sri Melati
fb personal: Sri melati
produk:Seaweed crispy
23. Nama company: Farza Cookies
fb page: Farzana Khanam
produk: sugee almond
24. Nama Company: Lavish Bite Resources
FB page: Lavish Bite
Fan Page:DurianCrepebyLavishBite
Produk:Durian Crepe LB
25. Nama Company : Kaya Food
FB Page : Kak Chik Bank of Cookies and Cakes
FB Personal : Sharizayob KakChik
Product : Kuih Samperit@Dahlia
26. Nama Company : Rich in taste
FB Page : Rich in taste
FB Personal : Shaharulnizam Ahmad
Product : biskut kapit - peanut butter & coklat
27. Nama Company : Adik Anis Cakes
FB page : Adik Anis Red Velvet
FB personal : Sophia Munirah
Product : kek kukus - red velvet, tiramisu, Choc cheese, Choc strawberry cheese & green velvet
28. Nama Company : FancyOven
FB page : FancyOven
Instagram : Fancy Oven
FB personal : Marhana Omar/Muhamad Fadzly Moner
Product : toffee caramel cheese, choc tiramisu cheese, red velvet cheese, chewy choc brownies
29. Nama Company : Muffin Indulgence Resources
FB page : Muffin Indulgence
FB personal : Rahmat Latiro / Liza Rahmat
Product : Muffin Pelbagai Perisa
30. Fb page : sambal kentang fenomena

NASIHAT

[ NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU ]
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .

Contohnya jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...". Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"
Nasihat beliau amat mendalam....
*Copy paste
💖Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..💖

ALLAH HU YA ALLAH

Ya Allah Ya Samad Ya Samad Ya Samad Ya Allah...
Engkaulah tempat untuk kami meminta Ya Samad...
Kami pohon padaMu Ya Allah..Kau kuatkanlah kefahaman kami dengan segala ilmu yang kami pelajari Ya Allah..Kau bantulah kami untuk mendapat ilmu yang benar-benar diredhoiMu Ya Allah...
Kau tolonglah kami dalam meberi kami ilmu untuk kejayaan kami dunia dan akhirat Ya Allah Ya Samad Ya Samad...

Dan dengan kefahaman kami dengan ilmuMu ini Ya Allah, kami lebih mengenaliMu, kami lebih mengasihiMu Ya Allah..Semoga kami berada di kalangan mereka yang mendapat ilmu-ilmu yang bermanafaat Ya Allah Ya Samad..
Segala ilmu yang baik itu hanya dariMu Ya Allah...
Assalamualaikum dan selamat pagi saudaraku...Semoga hari ini anda semua mendapat ilmu yang sangat bermanfaat dan luar biasa hebat!!...
Ameeen Ya Robbal'alamiiin.
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

KEGEMBIRAAN DI KONGSI BERSAMA

Terharu kerana ada yang sudi berkongsi kegembiraan kami bersama anda....

Wahhhhhhh !!!
Dah ada kat 7 Eleven laaaaa..
Seriously kagum sangat ngan wawasan, misi, & visi dan yang paling penting sekali ialah tindakan L.U.A.R B.I.A.S.A couple meletops yakni kak Anis Cmc & abangJunaidy Abu Bakar (patut anugerah couple meletops era bagi kat diorg ni)

Hopefully one day dapat duduk pekena teh o suam + biskut marie dengan mereka berdua.. Impian nie..
Tahniahhh berjuta-juta tahniahhhTahniahhh berjuta-juta tahniahhh..

Tuesday, February 24, 2015

CUKUP KE???

[ CUKUP KE MARKETING JER?..]
Ramai orang teruja mencari kelas-kelas untuk belajar marketing.Dah macam-macam kelas dia attend.Yang berbayar dan jugak yang free.Tapi lepas tu, apa hasilnya?.. Adakah semuanya berjaya?..
Macam ni lah ye, marketing ni tak susah sangat sebenarnya. Ada duit, jalan....Ada duit dah boleh buat macam-macam dah. Banner?.. Bunting?..Masuk iklan tv? Surat khabar? Majalah?...flyers?..Banyak, semalam je dalam AMP dapat senarai 173 idea pemasaran.Hanya pilih dan buat saja.As simple as that.
Strategi yang free pun banyak dan best!...Contohnya, yang paling senang ialah SENYUM!..Tapi sentap jugak, Dr.Azizan pesan, jangan owner jer yang senyuuuum memanjang.
Tapi staff?..Masam je memanjang. Oh my staff....., dengar tu ye.Uolss senyuuuum je kay..
Sebab itulah marketing yang paling murah dan paling mudah!

Saya pun pernah tengok ada orang yang dah buat macam-macam marketing strategi. Mula-mula memang meletop-letop!...Tapi berapa lama boleh maintain sales macam tu?...
Kenapa ye?..Kenapa tak boleh maintain ye?..Jom kita buat research. Boleh kita belajar kan, supaya kita tak buat perkara yang sama.
Tapi, kalau menurut kata Mentor semalam, kalau keadaan macam tu, mesti something wrong here ( dia tunjuk kat hati).
Ada yang buat marketing sebab nak lawan dengan jiran kata Dr.Azizan. Betul. Memang ada pun macam tu..Buat apa nak lawan-lawan dekk....Buat je untuk diri u, untuk syarikat u.
Boleh nak tengok strategi pesaing. Tapi, tak perlulah ada perasaan nak lawan.Yang bestnya, nak lawan Milo?..Tak payah dek...tak payah lawan-lawan, dulu kecik-kecik minum Milo, dah besar nak lawan dia pulak. Janganlah macam tu, jadikanlah Milo sebagai idola.Itu baru betul!.
Sebab kata Dr.Azizan, semuanya datang dari dalam. Dari dalam hati.Manusia ni ada outer world dan inner world. Apa yang berlaku di luar adalah refleksi daripada dalaman kita.
Fuhhh, best kan?..
Jadi, betulkan dalaman dulu barulah apa yang dibuat secara luaran akan lebih berjaya. Seperti kata pepatah ini, For things to change, I must change first!..
WALLAHU'ALAM...
*Repost
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah....