[ THE POWER OF IBU MERTUA ]
Saya teringat satu lagi kisah yang sangat menyentuh hati yang saya baca dalam buku ALLAH TEMPAT MEMINTA. Tajuk artikel ni sebenarnya Allah Maha Mendengar Doa.
Saya ceritakan kembali ya.
Ada sepasang suami isteri ini, mereka sedang mengalami masalah dalam bisnes. Jadi mereka ambil keputusan untuk berpindah ke bandar lain dan mulakan hidup baru.
Tetapi keadaan mereka sangat susah ketika itu. Sehinggakan pada satu hari, anak mereka merengek minta digorengkan nugget. Si ibu yang bernama Umie pun mencari kuali dan minyak untuk menggoreng.
Alangkah terkejutnya bila melihat minyak dah habis. Tetapi dicarinya lagi sisa-sisa minyak yang lama, maka dapatlah Umie menggorengnya ala kadar.
Sehingga begitulah tahap kesusahan mereka.
Dan pada waktu dalam kesusahan itu, Umie dapat panggilan daripada ibu mertua.Mengatakan yang dia ingin datang melawat cucunya.
Gundah gulanalah mereka suami isteri. Bukan tidak suka ibu datang. Tetapi bagaimana nak menjamu ibu makan? Sedangkan selama ini mereka ala kadar sahaja. Dan paling dirisau, takut ibunya dapat menghidu kesusahan mereka.
Pada malam tersebut, Umie merintih berdoa meminta bantuan Allah. Umie melepaskan rasa sedihnya kerana tidak mahu ibu mertuanya sedih dengan keperitan hidup mereka.
Doa Umie lagi, lebih kurang begini bunyinya, katanya...Ya Allah, aku tidak mengerti erti rezeki dari sumber tak diduga Ya Allah...tetapi aku mohon petunjuk dan kebesaranMu Ya Allah. Tunjukkanlah aku erti rezeki yang tak diduga itu. Dan Umie menangis semahu-mahunya.
Dan keesokan harinya pun tiba juga. Ibu mertuanya pun sampai.
Pada malam tersebut, ibu mertua Umie mengajak makan di luar.
Bisik hati Umie, "Allah, bantulah kami !"
Di kedai, mereka order yang paling ringkas dengan alasan sudah kenyang. Tetapi sebenarnya takut duit tak cukup.
Tetapi masa nak bayar, tiba-tiba ibu mertuanya yang bangun cepat-cepat pergi membayar bil. Ibu mertuanya seperti memahami. Leganya rasa hati suami isteri ini.
Keesokan hari pula, ibu mertua menyatakan hasrat ingin pulang ke rumahnya. Terkejut juga Umie dan suaminya. Kenapa sekejap sangat? Mereka sedih sebab tak dapat lama melayan ibunya.
Jadi Umie pun bersiap untuk menghantar ibu mertuanya ke stesyen bas.
Semasa bersalaman dengan ibu mertuanya, terkejut Umie kerana ibu mertuanya memasukkan segulung wang ke dalam genggaman tangan Umie. Ini guna untuk bersalin nanti, kata ibu mertuanya. Kemudian diberi segulung wang lagi. Ini untuk anak-anak.
Menurut ibu mertuanya, sebenarnya itu duit hasil jualan tanah di kampung.
Ya Allah, meruntun jiwa Umie. Setelah mak mertua dibawa suaminya ke stesyen bas, dikiranya jumlah wang yang diberikan itu. Segulung berjumlah seribu ringgit. Dan segulung lagi berjumlah seribu ringgit. Semuanya dua ribu ringgit!..
Kemudia yang membuatkan lebih terkejut lagi, suaminya menelefon. Kata suaminya, ibunya memasukkan seribu ringgit ke dalam poketnya.
Keajaiban apakah ini? Setelah berbulan di dalam kemelut, tetapi dalam masa sekelip mata Allah menghantar bantuan.
Ya Allah, beginilah rupanya yang di maksudkan dengan rezeki yang tidak di duga. Rezeki yang di luar jangkaan. Yang tidak pernah disangka begini rupanya cara mereka dibantu Allah!..Allahu akbar!..
WALLAHU'ALAM...
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...
0 comments:
Post a Comment