Sunday, February 15, 2015

HARGAILAH

[ KALAU KEJAYAAN KECIL PUN TIDAK DIHARGAI....]
Semua orang nak berjaya. Nak kaya. Eh..salah, tak semua orang nak. Tapi ramai yang nak.
Apa yang mereka buat demi mencapai kejayaan? Mereka dengar orang kata kena masuk kelas, kena cari ilmu untuk berjaya. Jadi mereka pun masuk kelas.
Tapi akhirnya setelah berbulan atau bertahun keluar dari kelas, mereka terpinga-pinga. Mereka tengok orang lain dah berjaya. Tapi mereka belum lagi.
Kenapa?...
Salah satu sebabnya yang paling basic sekali bagi saya ialah...ada yang tak nampak kejayaan kecil anda. Bila tak nampak, dia tak appreciate. Dia tak gembira dan tak bersyukur. Bila tak bersyukur, macamana Allah nak beri lagi?
Tahap kejayaan seseorang sebenarnya tidak sama. Contoh, baru-baru ini saya ditanya oleh seseorang. Dia tanya, adakah Stokis Anis semua dikira dah berjaya?
Secara keseluruhannya saya lihat ya, mereka berjaya. Tetapi terpulang juga pada definisi kejayaan masing-masing.
Ada yang salesnya tak tinggi, tapi katanya dengan duit kek dia boleh buat umrah. Itu satu kejayaan baginya jika dia nampak.
Ada yang sales tinggi. Tapi belum tentu satu kejayaan baginya jika dia rasa dia tak dapat beli kereta atau rumah lagi. Tambahan pula jika dia ada hutang keliling pinggang. Duit kek adalah untuk bayar hutang. Jadi tak dapatlah dia beli kereta atau rumah contohnya. Orang nampak seolah-olah dia belum berjaya. Tapi sebenarnya dia dah berjaya bayar hutang. Ini contoh sahaja ya. Tak ada kena mengena untuk yang hidup atau yang dah meninggal dunia.
Jadi pointnya ialah, jangan abaikan kejayaan kecil. Jangan pandang sebelah mata kalau dengan duit bisnes, anda boleh bagi mak ayah kat kampung. Atau dengan duit tersebut boleh belanja wife pegi Spa. Atau boleh bawak keluarga melancong.
Itu kan satu kejayaan?
Kalau tak ada kejayaan kecil, tak mungkin datang kejayaan yang besar. Kerana kejayaan tidak akan datang jika kita tak pandai bersyukur. Jika kita tak nampak nikmat Allah. 
Ada orang keluar kelas, dia mengadu dia tak dapat apa-apa kejayaan.

Ye ke?
Bukan ke dah buang tabiat merokok? 
Bukan ke dah pandai bersedekah? 
Bukan ke dah start solat dhuha? 
Bukan ke dah mula berzikir?

Itu bukan kejayaan?
Fikirkan dan ingat betul-betul setahun sebelum masuk kelas. Bagaimana keadaan masa tersebut? Tak ada siapa yang tahu. Hanya kita sahaja yang tahu perubahan diri kita.
Ada yang suka bandingkan dengan kejayaan orang lain yang dah juta-juta. Tapi dia belum.
Haaa..itu satu lagi penyakit. Asyik kejar juta-juta. Yang ribu-ribu dapat sekarang tak bersyukurkah? Mana nak datang juta-juta jika tak mula dengan ratus-ratus atau ribu-ribu?
Ratus atau ribu itu bukan satu kegagalan ya.Kami sendiri sales walk-in bulan pertama buka kedai 50 ringgit!.. Macamana perasaan kami ketika itu? Ya Allah bestnya!!... Bercahaya mata kami, kita ada sales extra kata suami. Dulu sebelum bukak kedai mana ada sales walk in. Ini dah kira tambahan!.. Syukurnya Ya Allah..Appreciatenya dengan customer yang sudi datang membeli kat kedai kami...
Tapi yang kebanyakan terjadi sekarang? Dia tak nampak kejayaan kecilnya. Yang di jajanya, yang disalahkan?.. Pegi kelas pun tak dapat apa katanya.
Minta maaf, saya tak percaya kalau tak dapat apa-apa perubahan. Saya tertanya-tanya tentang kuasa tindakan seseorang. Mungkinkah tidak bertindak, tetapi kelas yang disalahkan?
Wallahu'alam...
 Indahnya hati bila beristighfar, berselawat serta bersedekah..

0 comments:

Post a Comment