Soalan ini ditanya oleh wartawan Majalah Niaga kepada kami baru-baru ini dalam sesi wawancara.
Jawapan kami macam ni :
Personally, saya dan suami mungkin berminda fokus. Atau focused minded. Tetapi tak semestinya semua orang sama.
Maksud saya begini.
Ada orang focused minded. Ada orang tidak. Dia boleh diversify mindanya. Dia boleh buat banyak kerja dalam satu masa.
Tapi ada persoalan di minda saya. Persoalannya, boleh buat itu satu perkara.
Tapi boleh berjaya pula satu perkara.
Kalau ikut sejarah, dari dulu lagi saya suka fokus dalam hanya satu bisnes. Saya buat sehingga berjaya. Kalau dah ada halangan (diri sendiri), saya fokus yang lain pula. Seingat saya, tak pernah saya buat 2 bisnes dalam satu masa. Tapi ada orang lain yang mungkin boleh buat. Kalau boleh tak apa, teruskan saja. Jangan ingat saya betul semua. Ini pendapat peribadi sahaja.
Satu lagi, bila saya kata fokus bukan bermaksud selamanya fokus. One day akan sampai masa, mungkin akan ada produk lain.
Tetapi untuk usahawan baru, saya nasihatkan fokus 1 produk dulu pada peringkat awal. Kerana, kelebihan paling ketara adalah pada modal. Kita akan fokus beli bahan mentah yang sama sahaja (untuk produk makanan).
Kalau katakan kita ada lebih dari 1 produk, kita perlu peruntukan lebih modal untuk beli bahan mentah.
Kebanyakan yang terjadi ialah, keuntungan dari produk A akan 'tolong' cover modal produk B. Lama-lama jika terus menerus berlaku seperti ini, kewangan akan jadi kacau bilau. Itu apa yang saya nampak sendiri.
Tapi kalau anda boleh kontrol bab ni, should be no problem. Maksudnya orang ini perlu pandai bab pengurusan kewangan. Insyaallah berjaya. Tapi tak ramai yang macam ni. Ramai orang kita yang tak pandai bab kewangan ni. Kami tidak terkecuali.
Selain itu, jika tak fokus, kelemahannya ialah dari segi pengurusan masa. Ada yang terpaksa membuang masa di jalan atau di kedai untuk membeli barang. Hari ni katakan bahan untuk produk A dah habis. Esok pulak tengok bahan untuk produk B pulak habis.
Jadi bila nak buat marketing?
Itu antara yang saya nampak melalui pengalaman di sekeliling.
Jadi apakah nasihat tuan dan puan, bilakah masa yang sesuai untuk usahawan mula diversify bisnes mereka? Tanya wartawan lagi.
Pendapat kami, bila produk atau bisnes pertama dah smooth, dah auto pilot, anda dah boleh diversify. Delegate kerja pada Manager untuk handle bisnes A, dan anda dah boleh cari peluang baru. Itu anda kena belajar dengan mereka yang proven success dalam bisnes jenis ini.
Contoh kisah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Beliau ada banyak cabang bisnes. Tapi beliau fokus bisnes beras dulu. Kemudian baru diversify.
Saya teringat pula cerita Donald Trumph dalam salah satu bukunya. Dia kan ada banyak projek? Tapi dia pernah mengaku,ada salah satu projek besarnya fail kerana dia tak fokus masa tu. Katanya, kalau tak salah saya dia kejar benda lain dan dia sibuk main golf. Atau kalau tak salah saya masa tu dia tengah bercinta kot. Ingat-ingat lupa. Tapi pointnya ialah, memang dia pernah mengaku dia gagal kerana tak fokus.
Nasihat terakhir saya kepada usahawan terutama yang baru ialah, pelajarilah tentang dominant thoughts, pelajarilah tentang law of attraction dan kajilah kata-kata ini....
"WHAT YOU FOCUS WILL EXPAND"
Wallahu'alam..
💖
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..
💖
0 comments:
Post a Comment