Friday, December 27, 2013

HUKUM KARMA

HUKUM KARMA

Kalau kita tak bayar bil telefon, syarikat telekomunikasi akan potong line telefon kita. Kalau kita sentuh seterika yang tengah panas, apa yang kita akan buat? Kita akan tarik tangan kita,kan? Ramai dah faham tentang hukum tersebut. Tapi, ramai yang masih belum faham ialah bagaimana kehidupan yang sedang kita alami sekarang ini adalah kesan dan akibat daripada layanan kita terhadap orang lain.

Pada saat ini, macamana anda rasa hidup anda? Best? Seronok? Enjoy? Bersyukur? Rasa nak jerit, yes i did it!..Rasa nak senyum jer...Atau tak happy? Sedih? Depressed? Tertekan? Murung? Feeling lost? Risau?..Takut?..Lemah?..Yang mana satu keadaan hidup anda sekarang ini? Anda jawab sendiri okay...

Ramai yang tak sedar tentang HUKUM KARMA atau THE GOLDEN RULE ni..Sangat mudah untuk yang memahami..kerana mereka tahu prinsip apa yang mereka buat terhadap orang lain, akan dibalas sama atau lebih lagi...Kalau kita buat tak baik atau layan orang dengan tak baik, tengoklah nanti macamana orang layan kita pulak...

Dan, kita tak akan dapat sebenar-benarnya rasa bahagia dan nikmat hidup kalau kita melayan orang dengan buruk.Ada orang yang mengkasta-kastakan orang..Orang yang dia hormat, dia layan..tapi orang yang dia pandang rendah, dia tak layan..Boleh ke macam tu? Apply ke tidak HUKUM KARMA dalam situasi macam tu? Sorry to say, hukum tetap hukum. Tak ada pengecualiannya. Kalau kita layan buruk pada seseorang, sudah tentu tak lama lagi kita juga akan dilayan seburuk-buruknya..

Ada yang kata, jangan baik sangat?..Ya Allah, kesian yang pemikiran macam tu. Memang sepatutnya kita kena belajar untuk menjadi sangat baik. Bukankah agama kita mengajar kita untuk menjadi seorang yang baik? Sebab tu ada pahala dan dosa..Berjaya atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting, tidak ada pemikiran jangan baik sangat. Sedangkan sepatutnya kita kena tanam diri kita untuk berbuat baik setiap masa tak kira pada siapa..pada boss atau pada pekerja..pada kawan-kawan  atau pada pelanggan. Jangan memilih-milih orang untuk berbuat baik.

Konsep atau hukum ini sangat magik sebenarnya...sangat hebat kuasanya!..Jika kita benar-benar ikhlas memberi, pasti keikhlasan akan kembali kepada kita. Terlampau mudah untuk difahami, tapi kesian.....ramai yang belum faham!..Ramai yang masih tak nampak sebenarnya kalau kita berbuat baik pada orang lain, pasti ada yang 'fantastic' akan terjadi dalam hidup kita...Kalau kita buat yang tak baik pada orang, sesuatu yang buruk pulak akan berlaku pada kita. Semuanya adalah kesan dan akibat dari  perbuatan kita sendiri sebenarnya.Semuanya adalah mengikut pattern yang sama, rentak yang sama tentang bagaimana dalaman kita membentuk luaran kita...

Oleh itu, kalau kita nak berjaya dalam hidup kita, tak ada cara lain selain daripada mengikut HUKUM KARMA ini..Nak tak nak, percaya atau tidak, HUKUM KARMA  tetap akan berlaku. Jagalah kelakuan kita, kerana itulah stepping stone kita untuk merealisasikan impian kita. Semuanya atas pilihan kita sendiri!..
What you give, you get back MORE!...

WALLAHU'ALAM...

~Jom kita beristighfar 100 kali, dan berselawat 1000 kali sehari...:) ~

Wednesday, December 25, 2013

SIAPA NAK PEGI KUBUR DIA?....

SIAPA NAK PEGI KUBUR DIA?....

Ada orang, bila ditanya kenapa tak ambik pembantu atau pekerja? Kalau tengokkan jualan, dah sepatutnya ada pekerja dah. Tapi nak tau tak apa yang selalu mereka jawap?..Mereka akan jawab macam ni, takut pekerja tak dapat buat secantik yang diorang buat...Takut kualiti tak sama macam yang diorang buat. Lagi best, ada jugak yang ingat takut pekerja yang akan dapat kredit lebih dari mereka sendiri..Maksudnya, kalau bisnes restoran katakan, dia takut pelanggan puji pembantu yang pandai masak, ohhh nak pujian rupanya...hihihi....

Atau pun dia ingat macam ni, "Buat sendiri je lah, senang sikit boleh buat ikut suka cara aku..hehhee...Itu tak termasuk lagi yang takut ambik pekerja sebab takut resepi kena curi....Atau takut nak tinggalkan kedai untuk diuruskan pekerja sebab takut pekerja curi duit. ;)

Sebenarnya orang macam ni apa attitudenya?...

Orang macam ni sebenarnya ada buruk sangka terhadap orang lain!..Dan orang macam ni tak akan boleh delegate kerja pada orang lain!..Kalau tak pandai delegate kerja, macamana nak jadi usahawan?..Sebagai usahawan, patutnya kita berfikir macam ni...Aku tak boleh buat bisnes dan kerja ni sorang-sorang, aku perlukan seseorang untuk membantu!...Aku suka bekerja dan berbisnes secara berjemaah !..

Bagi orang yang dapat berfikir macam tu, tahniah sebab itu adalah starting point kepada kejayaan anda!!..Dan....orang yang memerlukan orang lain dalam hidup dia, atau perlukan bantuan orang lain, anda adalah orang-orang yang paling bertuah di dalam dunia!!...Kerana bila anda dah bersifat terbuka sebegitu, anda boleh percaya kepada pekerja, anda boleh mendengar pandangan pekerja..dan situasi ini  akan menarik pekerja-pekerja yang akan membawa anda ke arah kejayaan!..

Berbanding pulak dengan orang yang tak percayakan kepada orang lain , dia sebenarnya adalah seorang yang LONELY, atau KESUNYIAN dan dia merupakan jenis orang yang TAHU SEMUA  PERKARA!..Konon-konon dah pandai sangat dan dah tak perlukan bantuan orang lain!...Dan orang macam ni kalau kaya macamana sekalipun, takut bila meninggal nanti tak ada siapa pun datang kubur!...Siapa nak tolong mandikan dan solat jenazah anda?.. Sebab dah suka sangat buat kerja sorang-sorang, tak suka bercampur dan bersosial, hah inilah balasannya...kan??..

Maaflah ye...bukan apa, orang macam ni tak perasan sebenarnya bahawa mereka sedang menuju ke pintu kegagalan..!. Kerana mereka ni sebenarnya adalah jenis yang EGO!!!...

Come on!!!...Pecahkan EGO!!....Belajar untuk menerima orang yang lebih pandai daripada kita..yang lebih berkemahiran, yang lebih bagus, yang lebih kreatif dan sebagainya. Kerana, satu hari nanti mana tahu orang tersebutlah yang akan menyumbang kepada perubahan hidup kita!...

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari ~

Tuesday, December 24, 2013

MENTALITI LOGIK KE MAGIK?..

MENTALITI LOGIK KE MAGIK?..

Kebanyakan daripada kita tak kira usahawan atau tidak, suka sangat berfikiran LOGIK. Kalau nak buat apa pun, dia akan fikir logik ke tak..logik ke tak...Selalunya orang akaun yang akan berfikiran macam ni. Sebab dia terpaksa cari jugak kenapa akaun dia tak tally. Sebab bagi dia adalah tak logik kalau akaun dia tak tally.Mesti ada kat mana-mana..Dan akhirnya sama ada dia jumpa yang tak tally tu atau dia terpaksa create satu figure lain untuk men'tally'kannya. Kan..kann?...Maaf mungkin bukan semua, tapi banyak yang macam tu lah...

Mentaliti macam ni dah jadi macam satu penyakit untuk usahawan. Kerana dia tak boleh terima sebenarnya hidup ini penuh MAGIK. Saya pernah menceritakan pasal magik ini pada beberapa orang usahawan, saya katakan, kita sebenarnya boleh design magik untuk hidup kita. Dia dengar pun macam tak logik bunyinya..Tapi, saya katakan, magik ni hanya akan berlaku pada orang yang mempercayainya sahaja..Yang meraguinya memang tidak akan berlaku. Bermaksud, saya dan orang-orang yang sama pemikiran dengan saya sahaja yang akan dapat magik tu..hehehe...Paham ke paham?...

Macam ni...contohnya bersedekah. Kalau kita bersedekah bermaksud kita akan mengeluarkan duit dari dompet kita untuk diberikan kepada orang lain..Dan kita tak takut dengan bersedekah duit kita akan berkurangan atau kita akan jatuh miskin. Itu orang yang berfikiran MAGIK!....Tapi, untuk orang yang berfikiran LOGIK, dia nampak kalau bersedekah, duit dia akan habis dan berkurangan..Dia tak dapat terima kalau bersedekah, rezeki akan bertambah-tambah...Macam tak logik bagi dia..Bila dia ragu-ragu, dia akan bersedekah dalam keadaan tak ikhlas.Jadi, bila tak ikhlas, dia tak akan nampak MAGIKnya...dia tak akan nampak the amazing part of bersedekah ni...

Sebenarnya siapa yang MAGIK?....Siapa yang pemberi MAGIK tersebut?...Tentulah datang dari satu kuasa yang sangat hebat!..Kuasa siapa?..Tentulah kuasa magik datang dari ALLAH YANG MAHA BERKUASA!..Hanya Allah Maha Pencipta, Hanya Allah yang mengatur segalanya. Bukankah magik kalau dapat cipta apa saja..dapat beri apa saja yang diminta makhlukNya?...

Jadi, kalau kita nak apa saja sebenarnya, tak payah fikir logik..Mintak saja pada Allah, dan jangan fikir macamana cara nak dapat atau macamana cara Allah nak bagi pada kita. Itu bukan kerja kita.Kerja kita mintak saja...yang lain biar Allah yang uruskan...Kalau kita yakin dengan MAGIK atau KUASA ALLAH ni, pasti kita akan dapat apa saja yang kita mintak..

Ada satu citer ni, berlaku 3 tahun lepas iaitu tahun 2010. Masa tu kami baru nak bukak kedai. Kedai dah konfem ni..dah bayar deposit semua...Pastu baru perasan yang di belakang kedai kami tu kedai workshop kereta. Adoiii...macam tak best kan, dia pulak buat kerja di belakang..dekat sangat dengan kedai kami..dengan asap bagai..ishh..macamana nak buat ni?

Apa yang saya buat, pagi tu saya pegi depan kedai dia, cari nama syarikat dia..pastu saya mula berdoa,dan tulis permintaan saya tu macam ni...Ya Allah, Kau berikanlah rezeki berlipat kali ganda kepada Syarikat Ah Leong ni, (tak ingat dah nama dia)  dan saya doakan syarikat ini akan lebih maju lagi sehingga kedai dia tak cukup satu..dan dia terpaksa besarkan bisnes dan tambah kedai lagi di tempat lain.

Setiap pagi lepas hantar anak sekolah pasti saya meronda di depan kedai dia..sampai kadang-kadang risau pulak kalau orang terperasan kereta saya asyik parking depan kedai dia..Orang tak tau saya tengah jampi sebenarnya...eh silap, bukan jampi...tapi berdoa untuk dia sebenarnya...Dan akhirnya selepas beberapa bulan kami beroperasi, saya dan suami pun terkejut!!...Sebab dia betul-betul berpindah!!...Dan dia betul-betul dah expand bisnes dia..Dan yang lagi best lagi, dulu kami ada workshop lain, sekarang tiba-tiba workshop dia macam dah jadi panel untuk semua kereta dan van kami pulak...Nama tokey dia Ah Lun..sangat baik orangnya..hehehe...

Itulah dia MAGIK!!....Tak ada yang tak boleh sebenarnya kalau apa pun kita balik pada Allah..Mintak pada Allah dan yakin pada Allah!..Tiada yang logik, semuanya adalah MAGIK, kerana ALLAH ITU SANGAT MAGIK!!....

Terima Kasih Ya Allah di atas kesemua MAGIK yang berlaku ini!...

WALLAHU'ALAM...

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari~

Monday, December 23, 2013

UUPPPSSS....


Gossip..Gossip!!!..


Assalamualaikum uolsss...

Selamat bergumbira di hari minggu dengan keluarga tercinta.. Dan kalau ada yang ke kelas atau ke seminar ke, teruskan perjuangan, bak kata mentor saya, orang yang berjaya akan buat sesuatu yang dia mulakan sehingga habisss!!...

Bila cakap pasal kelas atau seminar ni, ni nak citer gossip sikit pasal satu seminar yang saya attend semalam di PWTC. Nama dia Intensif Jutawan Industri.

Rupanya semalam ada hot seat. Untuk yang tak pernah pegi tu, hot seat ni ialah sharing session student-student Dr.Azizan Osman yang dah berjaya. Memang best sharing session ni...Inspiring!..

Tapi kan..ni nak gossip lah sikit.. Dalam semua hot seaters tu.., ada la sorang yang dikatakan jutawan ni, pun dijemput buat sharing.

Tapiiii....

Uols nak tau?..Nak kata kelakar pun ada, nak kata kesian pun ada..

'Jutawan' tuuu...nebes atas stage!.Ya lah 4300 orang tuu...dia jadi blurr, macam apa yang dirancang nak cakap..yang lain pulak yang kuar..at one time tu ter stop terus!..Hilang blank tak ada idea terus...Dia first time bercakap depan audience kot!..

Siannn tau kat dia, orang lain semua cakap 10 page. Dia cakap mungkin half page je kot..hahaha..

Tu laaa, dari awal masa dapat jemputan tu lagi, dia cakap kat diri dia, dia takut blurr takut hilang point.. Last-last betul-betul ke lauttt daa..

Sebenarnya kan, bukan kesian sangat kat dia...tapi kesian kat mentor dia yang mengharap yang terbaik dari dia.. Dia dah say sorry kat mentor dia tadi..

Tau tak mentor cakap apa?..Tak per...you tak pegi TTT ( Train The Trainer) lagi kan?..huhu...kalau pegi TTT lepas ni sure kena punya!..Tapi takper, dia dah bersedia nak belajar dan nak transform diri dia! 

Tapi kan, nasib baiklah dia ada penyelamat tadi!..Siapa lagi, suami dia yang awesome tu lah menjadi penyelamat dia..Suami dia sharing jugak tau...

Bila suami dia terang, baru nampak clear sikit...Dia citer pasal apa yang dia faham dan dapat di IJI tahun lepas.Rupanyaa, katanya kan uolsss, dia bagi kita faham betapa pentingnya kegunaan Facebook page ni. 

Bila semakin ramai orang suka page kita..semakin tinggi jualan produk mereka walaupun tanpa mereka sentuh atau jual pasal produk mereka di page mereka!..

Mereka tak hard sell, tapi lebih kepada sharing experience, share ilmu..share tips...share kisah kejayaan atau kisah kegagalan mereka supaya menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana.

Best ke best sangat?..
Uolss nak tahu ke apa agaknya produk diorang ni?..

Produk diorang ialahhhhhh........
Anis Chocolate Moist Cake!!

Byeeee...love youuuu..
Selamat menyeduttt lebih banyak elmu.. 

Friday, December 20, 2013

MINTA,YAKIN & ALLAH MEMBERI (updated)

MINTA,YAKIN & ALLAH MEMBERI

Kita dah tahu dan faham bahawa apa yang kita inginkan dan impikan, kita perlu minta dan berdoa pada Allah.Untuk kita lebih clear dengan matlamat kita,tuliskan semua yang kita impikan itu.Namakan buku anda itu buku impian,atau buku matlamat atau apa saja yang anda suka.Itu merupakan doa kita dalam bentuk tulisan,sama saja, doa juga..Kemudian, selepas kita tulis apa impian kita, kita seharusnya yakin seyakinnya dengan Allah, bahawa dia pasti memberi..Mudah saja,kalau Allah kata Dia nak beri dalam masa sehari,Kun Fa Ya Kun...jadi...kalau Dia kata tunggu, beri orang lain dulu, turn kita setahun lagi..pun Kun Fa Ya Kun...tahun depan baru kita dapat apa yang kita minta tu..

Selepas kita minta pada Allah, yakin dengan Allah, kita perlu bersedia untuk menerima..Kita perlu rasa dan tanamkan perasaan betapa indahnya saat bila kita menerima apa yang kita minta itu..Dari sekarang kita dah rasa perasaan gembira itu.Sangat penting to feel good, gembira..kerana segala impian akan tercapai dalam keadaan kita gembira, cuba kita alert dari sekarang tentang ini. .Bersyukur dari sekarang,rasakan dari sekarang betapa Allah sangat menyayangi kita..jangan buruk sangka dengan Allah, berbaik sangka lah dengan Allah..Dia sayang kita, tak kira kita ni siapa..ustaz atau ustazah, ada PHD atau ada SPM, orang bisnes atau makan gaji..semua Dia sayang kerana ALLAH MAHA PENYAYANG..

Bila sebut tentang Allah Maha Penyayang ni saya teringat salah seorang guru saya pernah berkata. Kita ni dah terbiasa turun temurun suka menakut-nakutkan anak-anak dengan Tuhannya sendiri. Salah sikit dah takutkan dia, nanti Allah marah..salah lagi dikatakan Allah akan masukkan ke api neraka.Kenapa kita tak highlight yang Allah ni Maha Penyayang, Maha Lembut, Maha Mendengar, banyak lagi perkara-perkara yang best tak di highlight, suka nak highlight yang tak best..takkan Allah Maha Zalim?takkan Allah Maha Pemarah? Tapi once kita dah tukar pemikiran kita dan anak-anak tentang bahawa Allah sebenarnya menyayangi kita..lama kelamaan hidup kita akan jadi tenang dan mudah saja...sebab mula bersangka baik dengan Allah...

Dan bila kita bersangka baik, hidup akan lebih gembira. Bila dalam keadaan gembira,feeling good..kita dalam frekuensi untuk menerima..Kita tengah menarik segala yang baik-baik datang ke dalam hidup kita..Sebab itu kita diajar mentor untuk senyum,senyum,senyum...Dia ajar kita untuk duduk didalam frekuensi ini..Sama juga macam yang kita belajar tentang law of attraction..itu la dia..sama saja..

Betul, ada juga kata kita perlu ada usaha, baru boleh dapat..sebenarnya, kalau kita betul-betul allign pemikiran kita dengan tindakan kita,Allah akan membawa kita atau melorongkan kita ke jalan yang benar.Inilah maksud kepada ayat-ayat al-quran yang selalu kita jumpa..perasan tak? Ini lah yang Allah nak lorongkan kita..bawa kita ke arah impian kita.Kadang-kadang kita tak perasan pun kita ada action atau usaha ke arah itu..kerana cepat sangat kita dah sampai dan dapat apa yang kita minta..Bagaimanapun,kita perlu alert tentang kita diberi ini..kerana di situlah punca untuk kita BERSYUKUR...

Bila kita akan dapat apa yang kita minta? Itu semua Allah saja yang tahu bila Dia nak bagi...Sebenarnya,terpulang juga bagaimana yakinnya atau tidak yakinnya kita untuk menerima..Contohnya, kalau kita nak untung jualan kita RM 100,000sebulan.. Tapi mind kita sentiasa berkata angka tu sangat besar...kita akan dapat,tapi lambat sikit..maka lambat lah dia..Ia terjadi kerana kita yang fikir figure tu besar sangat, itu yang prosesnya lebih lambat dari mendapat RM10,000 sebulan.

Contoh paling senang kita sentiasa menerima ialah kita sering mendapat parking, dulunya sebelum kita tahu caranya, tempat itulah kita terpaksa pusing,pusing, pusing cari parking...tapi bila dah tahu nak gunakan minda kita, terasa mudahnya hidup ni...Baru-baru ni, saya yang sering berdoa dulu dari rumah untuk dapat parking ke sekolah anak yang jem dan sentiasa banyak kereta setiap pagi, tapi untuk saya , tak pernah rasa susah parking..selalu rasa mudahnya...ada saja kereta yang keluar bila saya sampai..tapi sekali tu saya terlupa nak berdoa pada Allah untuk meminta parking di sekolah anak..maklumlah, bila dah terlambat tu,terlupa semua..bila sampai..hairan jugak,kenapa banyak kereta sangat terpaksa tunggu lama..baru teringat saya terlupa berdoa!..Terus minta maaf pada Allah,bermakna saya dah terlupa padaNya sejam yang lalu...



Wednesday, December 18, 2013

TIPS BISNES ORANG CINA - Part 1

TIPS BISNES ORANG CINA - Part 1

1.Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.

2.Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.

3.Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.

4.Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.

5.Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.

6.Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.

7.Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.

8.Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.

9.Peniaga tidak boleh sombong, angkuh, bongkak.

10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.

11.Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit,menghantar barangan ke rumah pelanggan.

12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.

13.Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.

14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

15.Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang mendalam pada pelanggannya.

16.Pelanggan perlu menjadikan para pelanggannya sebagai sahabat, bukannya pembeli yang datang dan pergi.

17. Peniaga tidak perlu kedekut memberi diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.

18.Peniaga tidak boleh menngambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

19.Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.

20.Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

21.Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.

22.Peniaga tidak boleh  bersikap prejudis pada pelanggan dan  orang ramai.

23.Peniaga kena sentiasa berfikiran melaterbuka dan positif.

24.Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.

25.Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.

Okaylah uolssss...Kena bertindak ye, baca saja tapi tak ada tindakan..memang tak akan memberi manafaat kayyy...Nanti free, saya sambung Part 2 kayy...Thank you Professor/ Ustaz Ann Wan Seng di atas ilmu ini..:)
Take care uols... ;)

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari :) ~

Tuesday, December 17, 2013

Kata-kata Anis 5

HARI YANG PENUH MAGIK

Pagi-pagi seperti ini, untuk pastikan hari kita dipenuhi dengan magik dan kejayaan sepanjang hari, cara paling mudah ialah dengan BERSYUKUR!..
Dari saat kita buka mata sampailah kita masuk dalam kereta untuk memulakan hari ini, katakan Terima Kasih Ya Allah dengan membayangkan setiap apa yang Allah berikan kepada kita sejak awal pagi tadi.

Mungkin kita dah sarapan pagi, maka sebutkanlah Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kita teh atau kopi atau jus buah-buahan dan sebagainya untuk sarapan pagi ini.Kesyukuran ini akan membuatkan hari kita lebih bersinar-sinar,gembira dan memberi energi untuk sepanjang hari kita. 

Pastikan kita bersyukur sepanjang masa kerana kesyukuran itu boleh dilakukan dalam setiap tindakan kita.Katakan Terima Kasih Ya Allah, dan pastikan nama Allah sentiasa di bibir kita di setiap tindakan kita. Dan hari kita pasti akan dipenuhi dengan magik-magik dari Allah SWT. Amin... :)
*********************************************************************************
Kalau kita yakin dengan keputusan yang kita buat, dan tahu ada pihak yang mungkin tak akan setuju dengan, keputusan kita..jadi, tak payahlah cerita atau tanya pada pihak atau kawan-kawan tersebut. Cari orang yang positif dan akan support dengan keputusan kita.

Ramai yang tersalah tanya. Ramai yang rujuk pada orang yang salah. Nak resign dan berniaga tapi tanya pada kawan-kawan ofis, mesti lah dia say no. Nak bukak restoran, tapi tanya pada lecturer...Lecturer buat bisnes ke?

~Kesian laaa... kalau itu pun tak reti nak kena ajar..Refer dengan orang yang betul okayyy..~
*********************************************************************************

MENTALITI SUKA BAGI HUTANG

MENTALITI SUKA BAGI HUTANG

MasyaAllah!!...Ramainya orang macam ni sebenarnya.Betullah saya pernah terbaca, itu adalah salah satu sifat kebanyakan manusia. Manusia memang sentiasa ada perasaan kesiankan orang lain dan ingin bantu orang lain. Pastu dia mulalah nak bagi orang hutang dengan dia. Hehehe...Macamana saya tahu? Sebab dulu saya pun pernah buat macam tu. Sampai sekarang kalau campur-campur semua bab kesiankan orang dan bagi hutang pada orang ni dah mencecah RM100K.

Rupanya ini adalah situasi yang selalu berlaku di kalangan peniaga melayu. Yang penjual suka ajar customer dia bagi hutang. Yang customer pulak jenis tak suka bayar cash. Jenis yang suka ngelat. Jenis yang bila sampai kedai atau stok barang yang dia order tu sampai, tiba-tiba dia bunyi macam ni:
- eh, baru terperasan, beg duit tertinggal
- tadi pegi bank nak keluarkan duit, ATM rosak pulak
- alamak, terlupa dah tak ada cash dalam wallet.
- alamak, terlupa nak singgah ATM.
- on the way nak ke ofis tadi, customer masuk order...terus lah ambik barang dulu, tak sempat nak singgah   ATM.

Kesiankan kalau orang yang memang attitude dia macam ni? Dia tak tahu sebenarnya peniaga yang berdepan dengan orang macam ni dah faham sangat tingkah laku dorang ni. Orang tak respek orang macam ni sebenarnya. Ini menunjukkan orang macam ni buat kerja tergesa-gesa, tak pandai manage masa dan duit dia. Maksudnya tak manageable lah. Kalau bagi saya pulak, saya tengok orang ni macam"What you do anything, is what you do everything". Lain kali sorilah nak  berbisnes lagi dengan dia. Dan, cer observe tengok, orang macam ni..hidup dia tak ke mana pun. Orang lain dah naik lif, dia masih merangkak-rangkak naik tangga!....

Takpe, lupakan bab tu kejap. Yang menjadi isunya sekarang ni, macamana peniaga nak berhadapan dengan situasi macam ni? Yang side peniaga pulak, suka sangat lah kesian kat orang...Sat gi customer tu citer dia ibu tunggal...dia tak ada income nak bagi anak-anak makan...Pastu ada pulak citer suami dia ni tak kerja, suami dia jahat, tak bertanggungjawab, suami dia kaki perempuan...bla bla bla...Yang satu citer pulak, depa ni kesian kat dealer depa...sebab suami isteri ni dalam kesusahan, dah buat projek tu projek ni...payment puluh-puluh ribu tak dapat lagi..so nak ambik kek dulu, nanti dah dapat payment depa bayar. Pastu yang dealer ni pulak tak ada rumah, nak tolong kakak dia anak beranak yang tak ada suami lagi..

Bodoh kan depa tu? Siapa depa tu? Huhuhu..Kami la tu yang bagi ambik kek dulu..tapi sampai sekarang RM50K tak bayar-bayar.Elok-elok dulu sama-sama pegi program Mentor kami, sendiri merajuk apa tah dengan mentor,kata mentor itu ini, cari trainer lain..last last sekarang bisnes pun tunggang langgang kena tipu dek trainer tu.Trainer tu suruh invest RM50K untuk jual produk dia? Mentor kami ada buat macam tu? Mana ada...u datang belajar, lepas tu masing-masing balik dan apply ilmu yang diajar dalam bisnes masing-masing. As simple as that. Macam masuk Universiti lah..ada macam-macam bidang, bukan suruh jual produk dia.

Eh, dah lari dari tajuk pulak...hehehe...

Jadi, macam tu lah...Dan kami pun lama-lama semakin kuat, dan dah tak bagi dah orang nak berhutang. Kalau ada yang terlepas jugak, kami akan stop supply kek sampailah dia bayar semua hutang yang tertunggak, baru sambung berurusan dengan dia balik. Sebab, saya pegang pada kata-kata ni.."Orang Melayu selalunya gagal dalam bisnes sebab suka berhutang dan suka bagi hutang". Saya tak ingat siapa yang sebut, mungkin Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kot...tapi tak sure. Itu yang buat kami kuat, sebab kami tak nak tergolong dalam orang-orang yang macam tu.

Dan lagi satu, kita tak payah lah kesian dengan orang macam tu.Banyak lagi cara lain untuk kita nak tolong orang. Daripada nak bagi orang tu hutang macam tu, lebih baik duit tu u bagi kat anak yatim..sedekah dekat mesjid ke, lagi la banyak pahalanya..dan pulak tu dah tahu the power of sedekah..bukan the power of bagi hutang?

Tak payah lah bagi hutang...sebab orang yang suka berhutang tu mentaliti dia tak bagus...Lagipun, kalau orang tu jenis yang nak berbisnes, kita kena ajar dia bagi kuat. Untuk dia jadi business man, dia kena pandai urus duit dia. Kalau nak hutang, hutang dengan bank.Bukan dengan peniaga. Jangan bagi hutang, insyaallah dia tak akan bayar punya. Dan last last hubungan akan terputus...sebab dia dah malu, dia akan lari dari u..Kan sayang? Dulu kawan, dulu saudara mara, dulu sepupu sepapat, sekarang dah hilang...Hutang punya pasal, silaturrahim pun putus...Banyak kan kes macam ni? Itu ok lagi, tapi kalau adik beradik seibu sebapa? Tak ke bodoh?  Pasal duit,pasal hutang semua ikut cakap setan...Habis semua bercerai berai...

Uols semua sebagai bakal jutawan semua ni jangan buat macam tu yer...buangkan sifat terlampau kesiankan kat orang sangat tu. Kalau nak kesian, kesianlah pada tempat dan situasi yang betul. Jangan tersalah kesian...Nanti merana badan....hehehe...All the best uols!!..

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari ~

CERITA PASAL KAK INTAN SERI MUKA - PART 2

Ok balik ke cerita pasal Kak Intan ni...Kak Intan start buat bisnes serimuka dan tepung talam ni pada tahun 2000. Masa tu bisnes suami dia menjual crane, bisnes juta-juta lah ni...tiba-tiba menghadapi masalah, kesan daripada economy downturn tahun 1998-1999 dulu..Rupanya Kak Intan dan suaminya ni asalnya memang dah sangat berjaya dalam bisnes.

Bila bisnes suaminya bermasalah, diorang ni terpaksa mulakan hidup baru. Dari rumah besar, mereka terpaksa berpindah ke rumah teres yang agak sempit..Kata Kak Intan, sesaklah rumah dia dulu..Di situlah dia mulakan bisnes Serimuka ni..Dia balik belajar buat kuih ni dengan maknya di Langkawi, pastu terus jual di bazar Ramadhan. Ya betul...dia bermula di bazar Ramadhan...Jadi, siapa-siapa yang start jualan di bazar Ramadhan, jangan rasa rendah diri, u all pun boleh berjaya macam Kak Intan ni..

Paling terkesan sekali, Kak Intan cerita..lepas bulan puasa dia teruskan menjual kuih seri muka ni. Entah dapat idea dari mana, dia supply kuih ni ke stesen-stesen minyak.Katanya, dialah orang pertama yang supply kuih ke stesen minyak masa tu. Thank you Allah kerana memberi Kak Intan idea yang superb macam ni!..

Yang terharunya...hari pertama jual kuih seri muka ni..Kak Intan citer, suami dia sanggup berdiri depan pintu Shell tu, sambil pegang sample kuih seri muka untuk bagi pada customer di situ.Nak tahu Kak Intan ada di mana?...

Kak Intan duduk dalam kereta, dari jauh dia perhatikan gelagat suami dia dengan rasa sayuuuu sangat...Tak sangka katanya suami dia boleh buat macam tu..Seorang yang dah berjaya, dah millionaire pun..tapi tak kisah untuk jadi macam promoter kat situ..Kak Intan sendiri rasa malu nak buat apa yang suami dia buat..Menangis Kak Intan sorang-sorang dalam kereta melihatkan suami dia..

Macam tu lah kalau dah nak berjaya!...


Sunday, December 15, 2013

DARI TENTERA MENJADI CLEANER DAN AKHIRNYA SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

DARI TENTERA MENJADI CLEANER DAN AKHIRNYA SEORANG PENIAGA YANG BERJAYA

Nak berniaga kan? Nak berjaya kan? Habis bila diuji sikit kenapa menangis-nangis? Sekali menangis tak apa...Memang kita kena jujur dengan diri sendiri. Kalau sedih sangat, menangislah..Tapi kalau setiap hari menangisi..meratapi...Itu bukan sifat orang berniaga!..

Sebab, orang berniaga dia dah patut tahu segala proses yang berlaku dalam perniagaan. Sepanjang proses perniagaan, pasti akan berjumpa macam-macam dugaan. Itu normal. Itu perkara biasa. Jangan ingat semua tokoh perniagaan yang berjaya terus-terus berjaya.

Minggu lepas kami semasa percutian kami ke Korea, kami mengenali seorang pakcik ni. Orangnya sangat humble, tapi rupanya seorang ahli perniagaan yang berjaya.Pakcik Abu Bakar ni mempunyai 3 buah stesyen minyak. Bila semakin mengenalinya, rupanya beliau dulunya seorang tentera dan mempunyai 6 atau 7 orang anak. Saya tak ingat. Yang pastinya, katanya lepas pencen dia dapat lebih kurang seribu lebih. Macamana dia nak survive katanya? Ada anak nak belajar..yang nak minum susu..Isterinya pulak tak bekerja.

Katanya, dia perlu bangkit!..Dia tak nak hidup yang melarat. Dia nak bertanggungjawab ke atas pelajaran anak-anaknya. Dan dia terfikir untuk berniaga. Dia berminat dalam bisnes 'cleaning'.Tapi, dia tak ada pengalaman dalam bidang tersebut. Jadi, usaha pertama dia untuk keluar dari zon selesa ialah dengan menjadi seorang 'cleaner' di Dayabumi katanya.

Tengoklah macamana orang nak cari pengalaman? Sambil dia cerita, nampak ada air yang keluar dari matanya. Sayu bila dia cerita, masa interview dia nak jadi 'cleaner' tu, interviewer dia tanya, betul ke nak jadi cleaner? Betul katanya...Sanggup ke cuci tandas? Sanggup katanya..Boleh ke bersihkan longkang? Boleh katanya...Dan lepas tu dia pun bermula..beberapa kali dia terjumpa rakan-rakan setenteranya yang kebanyakannya lepas pencen, diorang ni bekerja di Petronas Dayabumi sebagai orang yang berpangkat. Dan, mereka terkejut kalau terjumpa dia tengah buat kerja sebagai cleaner. Berkali-kali kawan-kawannya pujuk untuk sama-sama bekerja, tapi dia menolak.

Dan akhirnya, bermula dengan menjadi cleaner, sekarang Pakcik Abu Bakar dah senang lenang. Dia ada 3 buah stesyen minyak di Perak tapi diuruskan oleh anak-anaknya. Nampak tak bagaimana orang yang berjaya memulakan langkahnya?..Perit tak?..Ingat senang-senang dia boleh dapat Stesyen minyak tersebut. Tak ada cable pun kata Pakcik Abu Bakar. Masa proses pemilihan 'dealer' stesyen minyak tersebut, dia terpaksa bersama-sama 2000 orang calon berlumba-lumba untuk dipilih sebagai 'dealer'. Lepas satu ujian, tinggal 1000 orang, lepas tu 200 orang, lepas tu 10 orang, dan akhirnya dia adalah antara 5 orang yang terpilih!.Semasa proses tu, masing-masing dah hampir give up sebenarnya. Tapi itulah, kata Pakcik Abu Bakar, buat bisnes jangan buat jahat kat orang..kalau buat dengan ikhlas, Allah pasti akan bersama-sama kita.

Habis kita yang diberi sedikit ujian,dah nak give up. Dah macam nak mati. Dah ingat diri tu seorang yang gagal. Dia ingat memang suratan hidup  dia tak boleh berjaya. Ye ke macam tu? Ya Allah, dalam perniagaan ada proses sebenarnya. Ada masa timbul, ada masa tenggelam. Untung dan rugi juga adalah lumrah atau asam garam dalam perniagaan.

Sebenarnya, seseorang peniaga yang berjaya ni adalah mereka yang sudah diuji. Sanggup tak kalau ditimpa kesusahan? Sanggup tak kalau waktu sale rendah atau order rendah bulan ni?Atau mungkin tak ada order langsung? Sanggup tak mendapat komplen customer? Sanggup tak dapat pekerja yang tak jujur? Semalam salah seorang stokis kami kedainya di masuki pencuri. Itu pun ujian. Dia nak uji sama ada kita nak goyah atau tidak. Sama ada kita nak menyalahkan Dia atau tidak?

Kalau peniaga yang berjaya, mereka dah lulus segala ujian tersebut. Dan sebenarnya mereka sentiasa diuji, dan sentiasa pulak lulus ujian. Bagi golongan ini, sama ada kalah atau menang, susah atau senang, hidup dan mati dalam berniaga tidak memberikan apa-apa kesan kepada mereka. Mereka dah faham dengan segala asam garam ini. Mereka dah tak takut apa-apa.Dan orang seperti ini adalah orang yang bergantung sepenuhnya pada kuasa Allah Pemberi Rezeki.

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari~

BIARKAN MEREKA SELESA,KITA AYUH BERTINDAK!...to be continued

BIARKAN MEREKA SELESA

Ramai orang nak jadi orang yang kaya dan berjaya. Kenapa saya tak sebut semua orang? Ye lah, kalau semua orang nak berjaya, pasti ada tindakannya. Tapi yang bertindak hanya 20% sahaja.Yang lain-lain dah selesa dengan kerjaya masing-masing. Pukul 5 dah bangun pagi bersiap-siap ke ofis. Pukul 6 dah kena keluar drive menuju ke ofis. Kalau lambat, pasti jem..Pukul hingga pukul 6 tu ingat sempat ke nak solat taubat atau sujud syukur? Silap-silap Subuh pun tak sempat, takut jem punya pasal?..Selesa kan?..Itu yang bekerja. Yang tak bekerja pulak?


Saturday, December 14, 2013

CAKAP BELAKANG (short)

Ada yang mengadu tadi, sejak dia dah ada nama sikit ni...ramai yang bercakap-cakap di belakang dia. Ada yang bercakap positif, ada yang bercakap negatif...

Tak kisahlah cakap apa pun sebenarnya, positif ke negatif ke...Itu perkara biasa, itu petanda yang baik tu. Orang yang luar biasa sikit, yang lain sikit dari orang lain..yang lebih berjaya dari orang lain, memang itu adalah salah satu cabarannya.  Ramai orang yang akan suka cakap-cakap di belakang. Kalau orang cakap positif, tu kan..mungkin orang nak jadikan kita sumber inspirasi...tapi kalau orang cakap negatif,  biar je lah..belajar senyum je..Itupun biasa..Kalau kita tengokkan, ramai orang yang berjaya akan menghadapi isu ini. Bukan apa, diorang tu jeles je tu..Jeles positif, takper...Anggap je dorang tu tak cukup ilmu. Sebab kalau orang yang berilmu, dia takkan cakap negatif pasal orang belakang-belakang... ;)

Jangan risau, layan jer...nanti lama-lama hilang lah tu. Nanti lama-lama orang faham lah tu kay.. :)

KAMI KETAGIH

KAMI KETAGIH

Hehehe...alamak!..Saspen tak? Ketagih apa lah tu ye? Ketagih kek coklat love "Anis" yang ramai orang dok jual tu ke? Ke ketagih tart nenas yang fofular dan sedappp sangat tu?..Alaaa...yang bentuk macam bunga tu , yang ada di jual di Seksyen 13 Shah Alam tu?...

Memang semua tu sedap...tapi SALAH!!!...

Kami ada penyakit ketagihan yang lain!..

Semalam, ada seorang kenalan 'baker' datang menegur saya, Razak ni kata...Akak dan Abang ni tak ada hand break ke?..Lajuuuu jer...Lepas satu, satu...Saya pun terfikir,oh rupanya ada orang ingat kami ni non stop buat bisnes..Ada saja strategi marketing untuk perkenalkan produk dan bisnes kami.Dia kata, nampak laju jer, tak pandang ke belakang lagi dah!..

Sebenarnya kan, sebelum Razak sebut macam tu, kami ada berbincang malam sebelumnya.Balik dari bercuti dengan anak-anak hari Ahad lepas, Isnin pagi dah masuk ofis. Hari Isnin tu dah gian nak jumpa dealer-dealer dan stokis. Lepas tu sambung dengan projek buka booth IMKK di Stadium Shah Alam pulak, dari hari Khamis sampai Ahad ni.

Sebenarnya booth tu kami bagi pada Stokis dan dealer saja untuk buat jualan dan cari ejen.Tapi kami pun turun padang, sebab rasa giannnnn sangat nak jumpa pengedar yang ke IMKK dan juga pengedar baru.Lepas projek ni, terus ada coaching dengan peserta program 2% Rahsia Jutawan yang kami jalankan hari tu. Lepas tu pulak ada sesi perkongsian dengan pengedar di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Tak habis-habis kan?..Apa yang kami kejar sebenarnya?...

Sebenarnya, saya dapati kami berdua dah KETAGIH!!...Kami dah ketagih nak BERJAYA!!..Bukan setakat kami sahaja yang berjaya. Tapi kami dah sampai tahap ketagih menjayakan orang lain!..Best bila dapat lihat ramai yang berjaya..yang kaya harta, kaya jiwa, kaya ilmu dan sebagainya.Tak terbanding perasaan tu bila dapat lihat pengedar kami juga berjaya!..Alhamdulillah rasa sangat bersyukur..

Bak kata suami, kita tak akan benar-benar berjaya kalau kita tak buat orang lain juga berjaya macam kita!..Dan,siapa yang dah berjaya dia pasti tahu..bahawa kita akan kaya..kalau kita dapat mengkayakan orang lain dulu!..Kekayaan akan datang mengejar-ngejar kita, tak terlari rasanya...TERPAKSA terima dikejar kekayaan!..Alhamdulillah...

Ketagihan kami yang seterusnya, saya list down sajalah yer...

2.Saya paling ketagih untuk MEMBACA!.Saya tengah stress sekarang ni sebab saya ada 5 buah buku yang baru beli tapi belum sempat dibaca.Sekarang ni saya tengah mencuri masa untuk membaca. Saya terpaksa korbankan masa tidur saya untuk membaca.Sebab siang hari suami saya asyik nak saya duduk depan mata dia saja..hehe...Baru je saya nak baca satu page, dia dah panggil, suruh sign buku cek lah..ajak pegi bank lah..Siang memang tak sempat nak membaca, huhu..(Mintak-mintak kalau dia baca ni, lepas ni dia akan bagi masa untuk saya membaca, aminnn...)

3.Saya rasa suami saya ada penyakit ketagih yang lebih kritikal.Iaitu ketagih BEKERJA!..Dia tak kira hari dan masa...yang dia tahu kerja, kerja, kerja..Kalau tak ada aktiviti keluarga, hari Ahad pun dia nak kerja.Contohnya kan, kalau keluar lunch dengan suami saya..Yang dia tahu, cepat-cepat makan..pastu balik ofis. Itu je, tak sempat saya nak bermanja-manja ke..nak bercerita ke...nak mengadu-ngadu ke..Bab masa, dia sangat serius. Tapi takpe, saya respek cara dia. Saya pernah jugak terdetik dalam hati..Ohhhh patutlah dia boleh berjaya!..Hehehe..sori ye,'ter'angkat bakul suami sendiri pulak.. 

4.Dan kami sangat ketagih untuk mencari ILMU sebenarnya. Pernah ada orang tanya pada kami, kenapa asyik ke program Dr.Azizan? Sebenarnya program trainer lain pun kami pegi jugak..Sebabnya ialah, kami ketagih ilmu!...Salah ke kalau ketagih ilmu?..Biarlah orang nak pegi kelas beratus kali pun, kenapa nak pelik?Kenapa nak malu?..Cari ilmu tu, takkan itu pun salah?..

Lebih baik ketagih cari ilmu daripada ketagih teh tarik!...Lebih teruk lagi kalau ketagih Sesi Teh Tarik dengan kelab-kelab kereta...Borak yang berfaedah takpe jugak, kalau buat perkongsian bisnes bagus jugak..Itu saya setuju. Tapi kalau sesi TT mengata orang tu, mengata orang ni...baik masuk program Dr.Azizan, boleh jugak cuci keladak yang dah banyak berkumpul dalam hati tu!..

Okaylah, dah banyak sangat penyakit ketagihan kami yang kami ceritakan ni...Hehe...Sure uols pun ada ketagihan masing-masing kan? Share la sama-sama...teringin jugak nak tahu ketagihan uolsss... 

Sebelum tu, jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari 

Love youuuu...... 

Wednesday, December 11, 2013

KENAPA RAMAI YANG NEGATIF?

KENAPA RAMAI YANG NEGATIF?

Kalau orang positif, dia akan perasan yang sebenarnya ramai yang negatif di luar sana. 80-90% daripada orang sekeliling kita adalah orang yang negatif. Tapi....adakah peratusan ini termasuk diri kita? Hehehe...
Sebenarnya kan, kita pun ada mengeluarkan kata-kata negatif jugak tau..Cuma kita saja yang tak perasan..tapi...orang  lain perasan tau...;)

Macamana nak tahu kita ni jenis orang yang positif atau negatif? Antaranya ialah, kalau selalu komplen, bermakna orang tu adalah orang yang negatif. Dan, kalau jenis yang suka memberi alasan, itu juga adalah orang yang negatif. Begitu juga perhatikan kehidupan anda. Kalau kerjaya anda, bisnes anda, kewangan anda, kesihatan anda dan perhubungan anda dengan suami, anak-anak dan ibu bapa anda adalah dalam keadaan yang baik, bermakna anda adalah orang yang positif. Kalau sekarang ni ada yang sedang tertekan dengan masalah kewangan, ada masalah rumahtangga, keadaan kesihatan yang membimbangkan...maaflah nak kata, orang tu adalah di kalangan orang yang negatif sebenarnya.

Kalau kita dah boleh mengaku dan nampak yang kita sebenarnya ada sifat yang negatif dalam diri kita, insyaallah kita akan nampak banyak jalan penyelesaiannya. Selagi kita tak boleh nak mengaku keburukan kita, negativiti kita, selagi itulah kita akan sentiasa terperangkap di dalam negativiti tersebut.

Sebenarnya, kenapa seseorang itu bersifat negatif? Kerana, jawapannya senang saja..Dia tidak bersyukur!..Dia tidak ada sikap yang suka bersyukur kerana dia mengambil kesempatan di atas semua perkara yang berlaku dalam hidup dia.Mengambil kesempatan adalah satu perbuatan yang negatif yang ramai tak perasan ada dalam diri dia.Bila seseorang itu suka mengambil kesempatan atau take things for granted, dia akan lupa untuk berterima kasih atau bersyukur di atas pemberian tersebut.Sebab itulah hidupnya sentiasa ada masalah kerana dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada Allah di atas segala pemberian Allah.

Ada yang kata, Allah tak bagi apa-apa pun pada dia. Ye ke Allah tak bagi apa-apa? Adakah kita bersyukur semasa kesihatan kita dalam keadaan yang baik? Atau bila dah sakit baru nak perasan pasal pemberian kesihatan oleh Allah?Adakah kita bersyukur dapat gaji pada setiap kali  kita terima gaji tu ataupun baru perasan nilai gaji tersebut bila kena potong gaji atau bila majikan dah tak mampu bayar gaji? Adakah kita bersyukur mendapat pasangan hidup kita ini waktu segalanya indah ataupun kita hanya perasan anugerah Allah memberi pasangan kita hanya bila pasangan dah tiada?..Waktu dia ada...asyik komplen je memanjang pasal pasangan,sentiasa ada saja yang tak kena. Adakah kita bersyukur dengan kereta kita walau sekecik macamana pun dia..lama macamana pun dia...atau kita hanya perasan jasa dia bila dia dah mula meragam?

Nampak tak mentaliti orang yang suka take things for granted? Dia tak akan faham dengan segala pemberian Allah. Dia terlupa dengan segala anugerah Allah. Dia ingat anugerah Allah yang juta-juta je..yang banglo-banglo je..yang BMW jer...yang ratus ratus, yang rumah flat, yang kereta Kanc...dia terlupa itu semua pun anugerah Allah pada dia. Sebab dia terlupa nak bersyukur dengan Kanc dia, dan dia selalu komplennnn memanjang pasal Kanc dia... sebab tu Allah tak transform Kanc dia ke BMW.

Mentaliti orang yang suka mengambil kesempatan ni akan membawa kepada suka komplen. Dan komplen ni adalah negative thoughts. Jadi,bila u start komplen, lebih banyak komplen akan datang dalam hidup dia. Bila u komplen pasal cuaca, pasal trafik, pasal boss u, pasal suami u, pasal isteri u,pasal family u, pasal bil telefon u, dan macam-macam komplen lagi...Itu bermakna orang yang tidak bersyukur!..Dan u tak perasan, sebenarnya bila u komplen, u sedang menolak impian u jauh dari diri u.

Dah faham kan, bila kita komplen dan bercakap guna negative words, dan mengambil kesempatan, semua kebaikan tidak akan diberikan kepada kita. Dan kita pun dah faham bila terjadinya masalah dalam hidup kita, bermaksud kita tak cukup bersyukur dan berterima kasih pada Allah.Sebab, adalah mustahil untuk kita berfikir dan menjadi negatif kalau kita banyak bersyukur.Adalah mustahil untuk kita komplen dan mengkritik dan menyalahkan orang lain kalau kita sentiasa bersyukur.Dan adalah mustahil untuk rasa sedih, frust kalau kena reject customer dan sebagainya kalau kita sentiasa bersyukur.

Tapi jangan risau...bila kita dah perasan yang kita ni adalah orang yang negatif, senang saja nak transform dan hilangkan negativiti tersebut, iaitu dengan BERSYUKUR!..Segala negatif akan hilang sekelip mata bila kita mula bersyukur. Dan bagaikan magik, magik kuasa Allah....seperti janji Allah, Barangsiapa yang bersyukur, Aku akan tambah lagi!..

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari ~

Tuesday, December 10, 2013

BELAJAR TEBALKAN MUKA

BELAJAR TEBALKAN MUKA

Hari Sabtu yang lepas, kami berjumpa dengan para pengedar kami di Johor dalam majlis perkongsian. Alhamdulillah, banyak sangat yang kami belajar dari sesi tersebut.

Yang menariknya, seorang adik perempuan ni bercerita yang dia dah bermula menjual Anis Chocolate Moist Cake ni dari setahun yang lepas.Masa tu dia masih belajar lagi di UTM Skudai.Umur pun baru 23 tahun, tapi dia dapat jual 1000 kek semiggu!.. Woww hebat tu!!...

Tapi sampai sekarang, walaupun dia dah habis belajar dan mula bekerja, tapi dia kata bosan hujung minggu dia tak buat apa-apa.Dan dia pun mulakan balik aktiviti menjual kek love ni.Memang jenis budak yang tak suka duduk diam ni..

Rupanya uols nak tau macamana cara dia menjual?..Dia menjual di dataran apa tu..di JB, saya tak ingat exactly tempat tu..Tapi yang powernya, dia boleh menebalkan muka menjual kek love dari meja ke meja!..

Wowww!!.. Memang betul katanya, bukan semua orang boleh buat ni.Ramai yang bukan setakat tak boleh buat macam tu, tapi memandang rendah pulak orang yang buat macam tu.Untuk yang faham, dia tahu betapa powernya kalau dapat tebalkan muka macam tu.Respek oooo...gila kalau dapat buat macam ni tau sebenarnya...1 dalam 1000 ni!!..Syabas dik, cari ilmu lagi ye,..insyaallah gelaran jutawan dalam genggaman!

Yang best lagi kann.., adik ni, dia nasihatkan pulak senior-senior dalam tu..Jangan give up, kalau setakat sorang yang tak nak, dia tak kisah...ada ramai lagi yang nak katanya..hehe..teruskan saja menjual!

Cerita pasal adik ni teringat saya pada adik-adik yang sering menjual buku-buku agama dan sebagainya dari meja ke meja.Bagi saya mereka ni sangat kuat.

Walau orang reject macamanapun, dia tetap teruskan.Bukan nak buat sales sangat sebenarnya, tapi sebenarnya untuk belajar hadapi rejection, belajar nak tebalkan muka...kalau dapat buat macam tu, konfem kuat untuk hadapi berbagai cabaran lagi dalam hidup dan akan menjadi orang yang luar biasa hebat!..

Kerana, untuk menjadi usahawan, dia kena pandai belajar menjual.Itu basic sebasic-basicnya.Kalau nak buka mulut nak perkenalkan produk kita sendiri pun susah...pun tak konfiden, macamana tu dekkk...

Siapa yang nak konfiden dengan produk kita kalau kita sendiri pun malu-malu?..atau kita sendiri pun tak tahu keistimewaan produk kita sendiri?..

Untuk berjaya dalam bisnes, paling utama kita kena pandai promote produk dan bisnes kita.Tak guna buat produk paling hebat di planet ni tapi tak pandai nak promote.Buat karipap sesedap mana punnn tapi kalau tak pandai promote, makan sendiri je lah dekk....

Kalau nak rasakan pengalaman, atau nak belajar promote atau menjual ni...start dengan produk orang dulu pun takper..Atau buat direct selling atau join multi level marketing.

Semua tu adalah platform yang paling mudah untuk kita mula berjinak-jinak di alam perniagaan dan yang paling best ialah kita dapat belajar menjual.

Kerana untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu pandai menjual!..Jangan lupa, majoriti jutawan-jutawan adalah bermula dengan menjadi seorang penjual!..

 P/S: Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari  

AKIBAT 25 RIBU, HILANG 20 TAHUN....

AKIBAT 25 RIBU, HILANG 20 TAHUN....

Ada satu lagi citer best masa buat sesi perkongsian di Johor baru-baru ni. Best untuk uols yang nak resign..hehe..

Salah sorang yang membuat sharing adalah Stokis Pahang kami iaitu Abg Roslan dari Kuantan yang turun ke Johor untuk support team Johor. Mula-mula macam biasa Abang Lan menceritakan bagaimana dia bermula menjual kek coklat ni.

Pastu, Abang Lan sentuh cerita tentang dia yang dulunya bekerja sebagai engineer di syarikat oil and gas selama 20 tahun.

Katanya, dia rasa macam terlambat....terlambat berhenti kerja katanya.20 tahun dia terpaksa berpisah dengan anak-anak dan isteri..

Masa tu kami semua tertunggu-tunggu ayat-ayat Abang Lan seterusnya. .Tapi dia dah terdiam. .dia sebak sebenarnya..Ada titisan air yang keluar dari matanya.Bukan dia saja, semua dalam bilik tersebut rasa sangat terharu...

Tiba-tiba dia kata, dia teringat dan mindanya flashback peristiwa-peristiwa yang berlaku selama 20 tahun ni.Anak-anak pun dia tak pernah uruskan..Anak nak mula bersekolah ke, nak hantar anak sekolah ke..semuanya dia tak pernah merasa.

Sampaikan ada orang kata isterinya Kak Iza ni sorang janda anak 3.Pegi kenduri saudara mara pun Kak Iza pegi bersama-sama anak, tanpa Abang Lan.Raya jangan harap selalu dapat cuti..

Disebabkan RM 25 ribu, kata Abang Lan lagi, selama 20 tahun dia terpaksa menghambakan diri dan masanya..dia tak dapat melihat perkembangan hidup anak-anak dan isterinya.

Macamana kelam kabutnya hidup isterinya pun dia tak dapat merasa..Kata Kak Iza, masa dia sakit nak bersalin pun dia terpaksa tangguh ke hospital sebab anaknya demam.Adoii....kuatnya Kak Iza..

Baru saya betul-betul faham sekarang...Dulu saya ingat orang yang resign ni sama 'feel' macam saya.Tak adalah saya nak paksa orang resign sangat.Rupanya 'feel' Abang Lan tak sama macam saya.

Patutlah dia cepat naik dari kami berdua..Sebab the power of gratitude dia lebih..kerana emosinya lebih hebat dari kami berdua yang walaupun kami pun resign, tapi masih boleh menjadi ibu bapa lepas balik kerja.

Tapi Abang Lan?....

Dia miss all those moments...Dia rasa dia dah tak dapat nak berpatah balik menguruskan keluarganya hanya kerana mengejar 25 ribu ringgit...

Memang ramai yang katakan berbaloi dia melepaskan 20 tahun demi 25 ribu ringgit..Tapi, bagi Abang Lan....kita tak tahu apa sebenarnya yang dia rasa kalau setahun pun berbisnes dia dah boleh capai lebih dari gajinya?..

Baru saya faham juga, patutlah sampaikan kepakaran dia pun untuk 'membuatkan anda semua berhenti kerja macam saya'!..
Sebab....dia tak nak orang lain pun melalui pengalaman yang pahit macam dia..Dia tak nak orang lain pun menghambakan duit macam dia..Betul kan Abang Lan?..

Sedangkan sekarang, dia ceritakan, dia dapat masak untuk anak-anak...dia dapat solat berjemaah di surau..dia boleh dengar tazkirah subuh..tazkirah maghrib...Dia sangat enjoy life sekarang ni yang dia tak dapat selama ni..

Awal-awal berbisnes dulu memang saya tengok dia agak stress dengan perkembangan bisnesnya.Ya lah awal-awal mestilah pendapatan tak seberapa..Dia akan compare dengan gajinya.Itu yang buat dia termenung panjang..

Tapi...lama kelamaan, dia dah dapat rasa 'the beauty of business' ni..Nilainya tu bukan sekadar duit semata-mata..tapi nilai masa bersama keluarga itu sangat sangat penting!..

Sekarang, bila dah sistem berjalan..ada pekerja yang boleh uruskan bisnes..Dia dah dapat bawak keluarga bercuti...dan kalau ada sesi perkongsian dengan stokis negeri pun dia sanggup bersama-sama demi membantu dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lagi.

♥P/S: Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari 

2012 DREAM COME TRUE -.THE POWER OF WRITING & SUBMIT (GAMBAR SALJI)

2012 DREAM COME TRUE -.THE POWER OF WRITING & SUBMIT...Antara checklist impian kami yg ditulis adalah bersama keluarga bermain snow & syukur alhamdulilah tercapai jua...jom kita tulis impian anda 2014..@ South Korea!! (4 photos)
Photo
Photo
Photo

GAMBAR @ WINTER SONATA

Kenangan 2013 - My lovely besday @ Nami Island Korea...mood : winter sonata!!!
Photo
Photo

KALAU RESIGN, SIAPA NAK BAYAR HUTANG?

KALAU RESIGN, SIAPA NAK BAYAR HUTANG?

Kalau saya berhenti kerja, siapa yang nak bayar hutang piutang saya? Kadang-kadang itu menjadi persoalan kepada sesetengah orang. Betul jugak kan, nak resign je pandai... tapi hutang keliling pinggang siapa nak tanggung nanti?..

Mungkin ada orang terfikir,orang yang ambil keputusan untuk berhenti kerja ni semuanya bebas dari hutang kot?..Jangan merepek..Tidak!...Sama jer, kebanyakan orang berhutang sama saja macam anda semua, macam kita semua...Ingat masa saya resign dulu saya dah bayar semua hutang saya ke?..Tidak!..Ingat saya tak takut ke dengan hutang piutang saya kiri kanan?..Mana saya nak korek duit nak bayar hutang kalau dah resign nanti?..

Disebabkan tak ada ilmu kewangan,saya yang baru bekerja masa tu ghairah untuk berbelanja. Terutamananya kerja dengan syarikat gergasi..mestilah mampu kan!..Bull shit!.. (untuk saya sorang yang tak pandai manage kewangan, orang lain tak terlibat ye).Mampu hapa?..Semua beli dengan credit card.Masa tu rasa kayalah sangat dapat beli dengan credit card. Sampaikan tak cukup 1 credit card..tambah lagi..tambah lagi..

Uishhh...ingat mampulah nak bayar balik..tapi bila kira-kira balik, dengan increment gaji setahun dalam 100 ringgit atau 200 ringgit lebih, macamana nak cover lifestyle yang dah melampau ni, hutang yang sukar nak diselamatkan ni?..

Itu baru hutang credit card, belum hutang rumah..hutang kereta..Gaji masa tu 8- 10 tahun yang lalu, belum pun RM3000. Masa tu saya dah terfikir, mana boleh hidup macam ni?..Bermaksud, sepanjang umur kena bekerja untuk bayar hutang..Sebab periuk pun makin lama makin besar..tentulah kerak nasi pun makin besar. Oooo la la la!..Macamana tu?..

Nasik pun dah jadi bubur..sebab masa berhutang tak nak beringat!..Tapi saya tetap bersyukur, kerana berhutanglah kepala hotak saya jadi kreatif. Saya terpaksa pikir macamana nak kaya kalau macam ni? Dapat gaji, bayar hutang..hujung bulan, duit habis..Boleh ke kaya kalau macam tu?..Itulah saya start buat bisnes part time. Lama-lama minat berbisnes pun timbul..Dan last-last TERPAKSA RESIGN!..

Masa resign tu, hutang berlambak sebenarnya..Tapi cool jer...Dah agak dah, nanti kaya mesti dapat bayar semua hutang tu!..

Tapi macamana nak kaya?...

Ye lah...bila dah resign, bukan bermaksud u dah boleh duduk goyang kaki kat rumah..dah boleh jadi mem..atau dah boleh jadi tuan besar!..Come on lah, dah tahu banyak hutang,carilah jalan macamana nak bayar balik. Kalau hari-hari berguling atas katil mewah anda tu, kalau hari-hari melangut depan drama Korea tu...kalau hari-hari bangun tidur jam 12 tengahari, macamana nak bayar hutang?

Lagipun kan selalu dah mintak jalan penyelesaian dengan Allah?..Mesti Dia akan tunjuk satu hari nanti..Ni mintak tapi tak konfiden boleh dapat..patutlah Dia tak bagi..padanlah muka, serabutlah sendiri!..Ada caranya..tapi tak nampak!..Kesiann...

Pointnya di sini ialah...kalau dah terperangkap dengan hutang, bertenang dulu..baru cari idea macamana nak solve perkara ni. Sebab bila berfikir dalam keadaan tak tenang, penyelesaian tak datang..lagi bertambah serabut lagi..Cara nak selesai pulak, bekerja pun tak salah...tapi kena cari pendapatan dari source lain jugak. Buat bisnes part time.

Tapi persoalannya, boleh ke nak fokus?Dengan tanggungjawab kerja, dengan part time lagi...Ada yang jawab boleh...Ye ke boleh?...Nampak hubungan suami isteri pun makin jauh je..ye lah dah sibuk cari duit..Masing-masing dengan aktiviti masing-masing..Makin rapat ke makin renggang?..Hahaha...saya tahulah, saya pun dah pernah alami...

Jadi, sebenarnya nak bagitau...u jangan ingat u sorang je ada hutang.Hampir semua orang sama dengan u. Tapi orang lain berani bertindak keluar dari comfort zone. Keluar dari zon selesa dengan berbisnes!..Orang yang gaji RM25 ribu pun resign sebab nak bisnes..inikan pulak yang RM2 ribu!..Kalau ada ilmu, yang RM2 ribu pun boleh jadi RM20 ribu sebulan tau!..

WALLAHU'ALAM....

~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari~

HAJAR, KEK COKLAT MOIST, DAN DATARAN...

HAJAR, KEK COKLAT MOIST, DAN DATARAN...

hi semuaa..name saya hajar..skarang nama femes saya adelah hajar coklat kat area jdt ni..sy gadis lepasan ijazah bioteknologi dari utm skudai..umur belum cecah 25tahun lagi..saya bekecimpung dalam industri pemasaran sejak setahun yg lepas..kisahnye bermula mcm niii..

nak kata saya minat berniaga tu masih belum yakin sgt pun dulu..tp sebab sy ade 1 fevret..nak tau fevret ape? yeeee, sy sangatlaaa minat kepade duitt. I LOVE MONEY!! dan saya sukaaa pada barang2 yg berkualiti. kalau beli ape2 tu klau bole nk yg mahal. kononnye ade kualiti la..tp sy bukan laa bduit sgt punn. hehe..skdar memenuhi kepuasan diri..dan atas sbb saya x suka sekat perbelanjaan saya, jd cuba maksimakan kehidupan sy dgn menjana pendptan..

dari situ timbul minat nk niaga..kenape sy pilih kek coklat kak anis?jawapan die simple..kek acmc ni super yummy yg sy yakin 101% kualiti yg bole pegi jauhhhh sgt..once je sy makan acmc trus minda sy berangan nk jd dealer..siap berangan nk conquer 1 jb lg uols..hehe..barang sedap bebb..

alkisahnye sy pun bermula dr jumlah yg kecil..test market kononnye..alhamdulillah smbutan memuaskan..lepas 2mggu run bsness ni, sy beranikan diri oder stok 1000/week..dengan kdaan xde kereta,xde chiller perghhh memang dahsyat juga saya ni..mase tu sy cukup gigih..pinjam kete ayah..kalu x dpt, sy pinjam kete mak sedara..semata2 utk hntr kek acmc nii..mase tu sy ade bhk outlettt...bole tahan laaa semua kdai sy redah utk letak kek ni..tp dulu ilmu sy cetek..kerugian tu agak byk memandangkn kek rosak, return, cash flow x cntik n semua atas risiko kita..pening sy jadinya..cmne nk abiskan stok nii..tiap 3 ari je 500pcs smpai..nk tau cmne sy abiskan??

haaa..kt sinilah bermula turning pointnye..bile kite ade kt zon tak selesa, kite akan LAJU berfikir diluar kotak..sy YAKIN pd teori ini sbb tjadi kt diri sy..ego sy PECAH bila sy pakse diri sy untuk menjual kek coklat moist ni dari meja ke meja..trust me its not easy as u think..tambahan dgn ijazah yg u ade..apesal nk keje mcm ni..tapi sy ambik positif.."ini hidup aku, klu aku x uruskan kek2 yg belambak tu, sape yg nk abiskan?".

no choice..sy siap cntik2, bawak kek, dan pegi ke Dataran Jb..memula sy ingt jualan bonet je laa..segan kott nk gi meja ke meja..teballlll kulit muka nii..kena reject lg..malangnya lepas sejam buka,hnye ade sorg pembeli..ibu mengandung..ya mungkin die mmg peminat kek coklat..malam makin larut..ahhh no choice!!

oh ya Dataran Jb tuu tempat bniaga bg lori2 steamboat yg jual frozen cucuk2 tu..mmg boleh tahanlah ramai orgnya..sy buat baik dgn salah sorg makcik kt situ..die kate "kau pegi jeee dari meja ke meja, xde sape nk marahh..dah pegi jalan, kek x abis jgn dtg sini." smpi mcm tu skali makcik tu pnye pakse sy jual..hehe..tq makcik..mase tu sy pndg ade sorg prmpuan ni die jual ayat2 Quran hrga seringgit..pergh rilek sempoiiii je die tnye org nk beli x produk die..lame2 sy jadi x tahan..

bln ptama mmg malu tu ssh nk buang..kena hadap reject..kena hadap persepsi org..org pndg sy minta simpati dia..tp sebenarnya jual kek coklat je..hehe..tp seronok juga lah sbb cash flow jd lancar..yelah mlm ni niaga esok tggl kire duit jee..xyah tggu duit consignment kt kdai tuu..lps tu sy dpt jumpa mcm2 jenis org..yg kaya yg miskin yg byk komplen yg baik hati..yess kt situ sy belajar nilai kemanusiaan..

sy truskn bniaga mcm tu adalah 5bulan..lps 5bulan tu, sy jd x selesa bila byk begaduh dgn ibu sy..sy faham kehendak dia nakkan sy punya kerja tetap sesuai dgn taraf akademik sy..bukan sy tak fikir utk cari kerja tetap tp masih tak jumpa kerja yg sesuai dgn jiwa sy..lps satu pgaduhan besar, saya putuskn utk quit niaga dan jalani idup normal..

sy jadi ckgu ganti kt skolah mnengah 3bln..sy jadi kerani akaun 2bln..dan skrg sy dah staun sy kerja kt spore..mak sy agak bpuas hati dgn pncapaian sy..masalahnya sy pulak yg x senang duduk..gianlaaaa nk niaga!!! Xbole jd ni, sy oder kek, sy call pekerja bantu sy, and trusss je sy gi dataran jual mcm dulu..rezeki sy bawak 100pcs habis dlm 2 jam!!

alhamdulillah hingga skrg sy masih jual acmc ni kt dataran jb utk lepas gian..selain tu dptla tmbh duit poket sy..lepas laa nk bayar duit kete bulan2, kasi elaun mak, dn duit belanja sy..

kpd kwn2 yg berniaga, mohon jgn cepat give up, rejection tu perkara biasaaa awk2 semua. there is nothing wrong dlm bertanya org. siyeslyyy if u want something go for itttt!! jiayouuu!!

salam sayang pagi sabtu.

minggu ni saya outstation. rindu pada kek coklat acmc. harap die x menangis..

hehehe..

GAMBAR FIZI

Ni salah sorang Stokis Klang kami yang baru resign ni..

Hari-hari datang kedai amik stok..Katanya dia TERPAKSA ambik sehari 400 kek.Wahhh permulaan yang baik tu Khairul Khafizi! ..

Pastu kan yang bestnya...lepas resign nampak bercahaya je muka dia..Dah tak rushing macam selalu..Hehe..Best kan Fizi?..
Photo: Ni salah sorang Stokis Klang kami yang baru resign ni..  Hari-hari datang kedai amik stok..Katanya dia TERPAKSA ambik sehari 400 kek.Wahhh permulaan yang baik tu Khairul Khafizi! ..  Pastu kan yang bestnya...lepas resign nampak bercahaya je muka dia..Dah tak rushing macam selalu..Hehe..Best kan Fizi?..

ANISWELL



KEPADA PARA STOKIS/PENGEDAR/AGEN/PELANGGAN & MEREKA YG PRIHATIN..MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBANTU DAN MERINGANKAN TANGGUNGAN MEREKA....SUMBANGAN ANDA SUNGGUH BERMAKNA.....THE MORE U GIVE THE MORE U GET!!!!

CARA BERFIKIR YANG SIMPLE

CARA BERFIKIR YANG SIMPLE

Macam-macam cara dah cuba, tapi belum berjaya.Orang kata cari ilmu, dah masuk kelas marketing...tapi lepas buat marketing, sale boom kejap..tapi lepas tu back to normal.Macamana tu?...

Betul...semua dah belajar.Tapi cara bercakap dah belajar?.Cara berfikir dah belajar? Ramai orang suka ambik mudah hal ni.Ingat semua ni tak main peranan . Sebenarnya...inilah asas kepadasegala asas.

Hati selalu berkata-kata, kenapa apa yang aku buat asyik tak jadi je?..Aku tak nampak jalan macamana nak kaya.Aku tak tahu macamana nak buat.Aku tak nak mengharap apa-apa dah (hopeless).

Inilah salah satu yang sepatutnya kita belajar.Iaitu cara bercakap dengan diri sendiri. Kalau kita dah buat nenek marketing sekalipun..tapi lepas tu ragu-ragu..lepas tu keluarkan kata-kata seperti di atas...Patutlah tak dapat-dapat lagi.

Law dia senang je.Kita kena yakin dengan Allah.Yakin apa yang kita mintak, Allah akan beri.Orang yang yakin dengan Allah tak akan keluarkan ayat-ayat macam di atas tu..Orang yang dapat apa yang diminta dari Allah adalah orang yang memudahkan kerja Allah. Dia tak paksa Allah...dia lepaskan saja pada Allah, tak beri masa..tak stress..Yang dia tahu, satu hari nanti Allah pasti beri pada dia.

Sebenarnya, kira kena belajar berfikir dengan simple.Sebab orang yang simple ni dia tenang..dia tak fikir susah, dia tak fikir logik sangat..

Logik maksudnya, kalau aku ni sekarang baru start jual nasi lemak kat bawah pokok, boleh kah aku jadi jutawan?..Takkan boleh kot?..Ada ke orang jual nasi lemak jadi jutawan sebelum ni?..Nasi lemak pun harga seringgit,kalau dapat buat sejuta nasi lemak baru boleh dapat jualan sejuta.Sampai tua pun belum tentu aku dapat jadi jutawan kalau macam tu.

Itulah diaaa....Bukan tindakan menjual nasi lemak tu yang salah! Tapi apa yang disebut-sebut dalam hati tu yang penting, yang menjadi penentu kejayaan.

Tak perlulah nak jadi pemikir yang bijak sangat. Atau intellectual problem soving skills. Kesian orang macam ni...Too complicated..Sedangkan Allah kata mudah je..mintak je dengan Dia.Pastu redho..dan tawakkal.

Orang yang berfikir simple, tak logik sangat..fikir macam budak-budak je, apa yang nak..mesti dapat..apa yang nak..mesti dapat..buang semua red tapes dalam proses tersebut.Mudahkan proses meminta dan yakin dengan Allah.

Itu saja...kalau dapat simplekan fikiran, saya yakin hidup kita semua akan jadi sangat mudah.Kerana, orang yang berfikiran simple ni dia tenang.Bila dalam keadaan tenang, hati dia tak mudah keluarkan kata-kata keraguan atau 'the thought of failure'.

Jadi bila dia dalam keadaan tenang, dan dapat apa yang dinginkan...dia akan bersyukur dan bersyukur. Dan bukankah Allah dah berjanji, "Barangsiapa yang bersyukur, Aku akan tambah lagi?

WALLAHU'ALAM. .

♥Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari 

SIKAP ORANG BERJAYA

SIKAP ORANG BERJAYA

Sikap atau attitude seseorang adalah gabungan pemikiran kita atau apa yang kita fikirkan setiap hari.Bermaksud, kalau pemikiran kita selalu negatif, apa yang selalu kita ucapkan juga akan berbaur negatif dan cara pembawakan kita juga adalah negatif.

Contoh paling senang pembawakan yang negatif ialah dapat dilihat pada orang yang tak senyum. Kerana orang yang tak senyum ni, pemikiran dia adalah buruk sangka terhadap orang lain.Dia rasa macam orang tak suka dia, atau orang lain semua tak sehebat dia...dia sorang je paling terbaik di dunia ni.

Kalau kita buat pemerhatian, orang yang berjaya ni akan latih diri mereka untuk berfikiran positif setiap masa dan langsung tak suka fikir negatif.

Kerana mereka tahu, orang yang negatif ni, akan dapat banyak penyakit.Saya rasa penyakit paling bahaya ialah penyakit orang yang negatif, contohnya boleh dapat stress.. Entah-entah penyakit negatif ni lebih bahaya daripada penyakit kronik lain.

Ini menunjukkan yang kalau kita boleh tukar pemikiran kita dari negatif menjadi positif, kita bukan sahaja boleh berjaya dalam bisnes atau kerjaya dan perhubungan. .malah dalam kehidupan!..Sebab kita akan menjadi orang yang sihat!..

Contihnya tengoklah pemimpin negara kita contoh macam Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr.Siti Hasmah.Umur dah lebih 80 tahun tapi energinya dahsyat kan?..Saya rasa puncanya hanya mempunyai pemikiran yang positif!

Orang negatif memang susah nak berjaya sebab dia pandang semuanya tak akan jadi.Dia dah set yang dia tak ada harapan untuk berjaya.

Selalunya orang macam ni dia tak boleh maju dalam hidup sebab negativiti dia tu membuatkan dia takut dalam banyak perkara.Ketakutan inilah yang akan menghalang dia daripada mencuba buat sesuatu.

Yang lebih kesian, orang macam ni dia tak ada matlamat hidup.Ye lah, macamana nak ada matlamat hidup..sebab dia dah set tak akan berjaya..Dia dah set dia tak mungkin boleh jadi kaya.Sebab bagi dia, nak jadi kaya ni mustahil kecualilah dilahirkan kaya dan kahwin dengan orang kaya.Bagi dia 2 cara ni je nak kaya..

Ye ke?

Merepek betullah..Siapa yang merepek macam tu?..Siapa lagi..sayalah!.Sebab itulah pemikiran saya dulu-dulu..

Tapi bila dah tahu....rupanya siapa pun boleh kaya dan berjaya dengan tukar sikit jer...Tukar mental attitude jer..Ada orang suka sebut, kalau nak buat sesuatu, kena jugak pandang yang negatif sama...sebab nak elak daripada sesuatu yang tak elok berlaku nanti..Ye ke?..

Tak payah!...Sebab, yang negatif tu akan terjadi sebab kita yang menariknya..Kita yang ingat sangat akan terjadi...maka akan terjadilah perkara tersebut.

Mulai sekarang, kita start fikir yang positif je kay..Tak rugi langsung kalau fikir positif ni.Orang positif akan pandang semua orang baikkkk jer...maka orang-orang yang baiklah yang akan muncul dalam hidup dia!..

Segala-galanya akan menjadi sangat mudah, bila terdetik je dalam hati...terus jadi..bila terdetik je..terus dapat..Best kan macam tu?..

WALLAHU'ALAM.

 Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari