MENTALITI SUKA BAGI HUTANG
MasyaAllah!!...Ramainya orang macam ni sebenarnya.Betullah saya pernah terbaca, itu adalah salah satu sifat kebanyakan manusia. Manusia memang sentiasa ada perasaan kesiankan orang lain dan ingin bantu orang lain. Pastu dia mulalah nak bagi orang hutang dengan dia. Hehehe...Macamana saya tahu? Sebab dulu saya pun pernah buat macam tu. Sampai sekarang kalau campur-campur semua bab kesiankan orang dan bagi hutang pada orang ni dah mencecah RM100K.
Rupanya ini adalah situasi yang selalu berlaku di kalangan peniaga melayu. Yang penjual suka ajar customer dia bagi hutang. Yang customer pulak jenis tak suka bayar cash. Jenis yang suka ngelat. Jenis yang bila sampai kedai atau stok barang yang dia order tu sampai, tiba-tiba dia bunyi macam ni:
- eh, baru terperasan, beg duit tertinggal
- tadi pegi bank nak keluarkan duit, ATM rosak pulak
- alamak, terlupa dah tak ada cash dalam wallet.
- alamak, terlupa nak singgah ATM.
- on the way nak ke ofis tadi, customer masuk order...terus lah ambik barang dulu, tak sempat nak singgah ATM.
Kesiankan kalau orang yang memang attitude dia macam ni? Dia tak tahu sebenarnya peniaga yang berdepan dengan orang macam ni dah faham sangat tingkah laku dorang ni. Orang tak respek orang macam ni sebenarnya. Ini menunjukkan orang macam ni buat kerja tergesa-gesa, tak pandai manage masa dan duit dia. Maksudnya tak manageable lah. Kalau bagi saya pulak, saya tengok orang ni macam"What you do anything, is what you do everything". Lain kali sorilah nak berbisnes lagi dengan dia. Dan, cer observe tengok, orang macam ni..hidup dia tak ke mana pun. Orang lain dah naik lif, dia masih merangkak-rangkak naik tangga!....
Takpe, lupakan bab tu kejap. Yang menjadi isunya sekarang ni, macamana peniaga nak berhadapan dengan situasi macam ni? Yang side peniaga pulak, suka sangat lah kesian kat orang...Sat gi customer tu citer dia ibu tunggal...dia tak ada income nak bagi anak-anak makan...Pastu ada pulak citer suami dia ni tak kerja, suami dia jahat, tak bertanggungjawab, suami dia kaki perempuan...bla bla bla...Yang satu citer pulak, depa ni kesian kat dealer depa...sebab suami isteri ni dalam kesusahan, dah buat projek tu projek ni...payment puluh-puluh ribu tak dapat lagi..so nak ambik kek dulu, nanti dah dapat payment depa bayar. Pastu yang dealer ni pulak tak ada rumah, nak tolong kakak dia anak beranak yang tak ada suami lagi..
Bodoh kan depa tu? Siapa depa tu? Huhuhu..Kami la tu yang bagi ambik kek dulu..tapi sampai sekarang RM50K tak bayar-bayar.Elok-elok dulu sama-sama pegi program Mentor kami, sendiri merajuk apa tah dengan mentor,kata mentor itu ini, cari trainer lain..last last sekarang bisnes pun tunggang langgang kena tipu dek trainer tu.Trainer tu suruh invest RM50K untuk jual produk dia? Mentor kami ada buat macam tu? Mana ada...u datang belajar, lepas tu masing-masing balik dan apply ilmu yang diajar dalam bisnes masing-masing. As simple as that. Macam masuk Universiti lah..ada macam-macam bidang, bukan suruh jual produk dia.
Eh, dah lari dari tajuk pulak...hehehe...
Jadi, macam tu lah...Dan kami pun lama-lama semakin kuat, dan dah tak bagi dah orang nak berhutang. Kalau ada yang terlepas jugak, kami akan stop supply kek sampailah dia bayar semua hutang yang tertunggak, baru sambung berurusan dengan dia balik. Sebab, saya pegang pada kata-kata ni.."Orang Melayu selalunya gagal dalam bisnes sebab suka berhutang dan suka bagi hutang". Saya tak ingat siapa yang sebut, mungkin Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kot...tapi tak sure. Itu yang buat kami kuat, sebab kami tak nak tergolong dalam orang-orang yang macam tu.
Dan lagi satu, kita tak payah lah kesian dengan orang macam tu.Banyak lagi cara lain untuk kita nak tolong orang. Daripada nak bagi orang tu hutang macam tu, lebih baik duit tu u bagi kat anak yatim..sedekah dekat mesjid ke, lagi la banyak pahalanya..dan pulak tu dah tahu the power of sedekah..bukan the power of bagi hutang?
Tak payah lah bagi hutang...sebab orang yang suka berhutang tu mentaliti dia tak bagus...Lagipun, kalau orang tu jenis yang nak berbisnes, kita kena ajar dia bagi kuat. Untuk dia jadi business man, dia kena pandai urus duit dia. Kalau nak hutang, hutang dengan bank.Bukan dengan peniaga. Jangan bagi hutang, insyaallah dia tak akan bayar punya. Dan last last hubungan akan terputus...sebab dia dah malu, dia akan lari dari u..Kan sayang? Dulu kawan, dulu saudara mara, dulu sepupu sepapat, sekarang dah hilang...Hutang punya pasal, silaturrahim pun putus...Banyak kan kes macam ni? Itu ok lagi, tapi kalau adik beradik seibu sebapa? Tak ke bodoh? Pasal duit,pasal hutang semua ikut cakap setan...Habis semua bercerai berai...
Uols semua sebagai bakal jutawan semua ni jangan buat macam tu yer...buangkan sifat terlampau kesiankan kat orang sangat tu. Kalau nak kesian, kesianlah pada tempat dan situasi yang betul. Jangan tersalah kesian...Nanti merana badan....hehehe...All the best uols!!..
~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment