HUKUM KARMA
Kalau kita tak bayar bil telefon, syarikat telekomunikasi akan potong line telefon kita. Kalau kita sentuh seterika yang tengah panas, apa yang kita akan buat? Kita akan tarik tangan kita,kan? Ramai dah faham tentang hukum tersebut. Tapi, ramai yang masih belum faham ialah bagaimana kehidupan yang sedang kita alami sekarang ini adalah kesan dan akibat daripada layanan kita terhadap orang lain.
Pada saat ini, macamana anda rasa hidup anda? Best? Seronok? Enjoy? Bersyukur? Rasa nak jerit, yes i did it!..Rasa nak senyum jer...Atau tak happy? Sedih? Depressed? Tertekan? Murung? Feeling lost? Risau?..Takut?..Lemah?..Yang mana satu keadaan hidup anda sekarang ini? Anda jawab sendiri okay...
Ramai yang tak sedar tentang HUKUM KARMA atau THE GOLDEN RULE ni..Sangat mudah untuk yang memahami..kerana mereka tahu prinsip apa yang mereka buat terhadap orang lain, akan dibalas sama atau lebih lagi...Kalau kita buat tak baik atau layan orang dengan tak baik, tengoklah nanti macamana orang layan kita pulak...
Dan, kita tak akan dapat sebenar-benarnya rasa bahagia dan nikmat hidup kalau kita melayan orang dengan buruk.Ada orang yang mengkasta-kastakan orang..Orang yang dia hormat, dia layan..tapi orang yang dia pandang rendah, dia tak layan..Boleh ke macam tu? Apply ke tidak HUKUM KARMA dalam situasi macam tu? Sorry to say, hukum tetap hukum. Tak ada pengecualiannya. Kalau kita layan buruk pada seseorang, sudah tentu tak lama lagi kita juga akan dilayan seburuk-buruknya..
Ada yang kata, jangan baik sangat?..Ya Allah, kesian yang pemikiran macam tu. Memang sepatutnya kita kena belajar untuk menjadi sangat baik. Bukankah agama kita mengajar kita untuk menjadi seorang yang baik? Sebab tu ada pahala dan dosa..Berjaya atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting, tidak ada pemikiran jangan baik sangat. Sedangkan sepatutnya kita kena tanam diri kita untuk berbuat baik setiap masa tak kira pada siapa..pada boss atau pada pekerja..pada kawan-kawan atau pada pelanggan. Jangan memilih-milih orang untuk berbuat baik.
Konsep atau hukum ini sangat magik sebenarnya...sangat hebat kuasanya!..Jika kita benar-benar ikhlas memberi, pasti keikhlasan akan kembali kepada kita. Terlampau mudah untuk difahami, tapi kesian.....ramai yang belum faham!..Ramai yang masih tak nampak sebenarnya kalau kita berbuat baik pada orang lain, pasti ada yang 'fantastic' akan terjadi dalam hidup kita...Kalau kita buat yang tak baik pada orang, sesuatu yang buruk pulak akan berlaku pada kita. Semuanya adalah kesan dan akibat dari perbuatan kita sendiri sebenarnya.Semuanya adalah mengikut pattern yang sama, rentak yang sama tentang bagaimana dalaman kita membentuk luaran kita...
Oleh itu, kalau kita nak berjaya dalam hidup kita, tak ada cara lain selain daripada mengikut HUKUM KARMA ini..Nak tak nak, percaya atau tidak, HUKUM KARMA tetap akan berlaku. Jagalah kelakuan kita, kerana itulah stepping stone kita untuk merealisasikan impian kita. Semuanya atas pilihan kita sendiri!..
What you give, you get back MORE!...
WALLAHU'ALAM...
~Jom kita beristighfar 100 kali, dan berselawat 1000 kali sehari...:) ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment