KENAPA RAMAI YANG NEGATIF?
Kalau orang positif, dia akan perasan yang sebenarnya ramai yang negatif di luar sana. 80-90% daripada orang sekeliling kita adalah orang yang negatif. Tapi....adakah peratusan ini termasuk diri kita? Hehehe...
Sebenarnya kan, kita pun ada mengeluarkan kata-kata negatif jugak tau..Cuma kita saja yang tak perasan..tapi...orang lain perasan tau...;)
Macamana nak tahu kita ni jenis orang yang positif atau negatif? Antaranya ialah, kalau selalu komplen, bermakna orang tu adalah orang yang negatif. Dan, kalau jenis yang suka memberi alasan, itu juga adalah orang yang negatif. Begitu juga perhatikan kehidupan anda. Kalau kerjaya anda, bisnes anda, kewangan anda, kesihatan anda dan perhubungan anda dengan suami, anak-anak dan ibu bapa anda adalah dalam keadaan yang baik, bermakna anda adalah orang yang positif. Kalau sekarang ni ada yang sedang tertekan dengan masalah kewangan, ada masalah rumahtangga, keadaan kesihatan yang membimbangkan...maaflah nak kata, orang tu adalah di kalangan orang yang negatif sebenarnya.
Kalau kita dah boleh mengaku dan nampak yang kita sebenarnya ada sifat yang negatif dalam diri kita, insyaallah kita akan nampak banyak jalan penyelesaiannya. Selagi kita tak boleh nak mengaku keburukan kita, negativiti kita, selagi itulah kita akan sentiasa terperangkap di dalam negativiti tersebut.
Sebenarnya, kenapa seseorang itu bersifat negatif? Kerana, jawapannya senang saja..Dia tidak bersyukur!..Dia tidak ada sikap yang suka bersyukur kerana dia mengambil kesempatan di atas semua perkara yang berlaku dalam hidup dia.Mengambil kesempatan adalah satu perbuatan yang negatif yang ramai tak perasan ada dalam diri dia.Bila seseorang itu suka mengambil kesempatan atau take things for granted, dia akan lupa untuk berterima kasih atau bersyukur di atas pemberian tersebut.Sebab itulah hidupnya sentiasa ada masalah kerana dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada Allah di atas segala pemberian Allah.
Ada yang kata, Allah tak bagi apa-apa pun pada dia. Ye ke Allah tak bagi apa-apa? Adakah kita bersyukur semasa kesihatan kita dalam keadaan yang baik? Atau bila dah sakit baru nak perasan pasal pemberian kesihatan oleh Allah?Adakah kita bersyukur dapat gaji pada setiap kali kita terima gaji tu ataupun baru perasan nilai gaji tersebut bila kena potong gaji atau bila majikan dah tak mampu bayar gaji? Adakah kita bersyukur mendapat pasangan hidup kita ini waktu segalanya indah ataupun kita hanya perasan anugerah Allah memberi pasangan kita hanya bila pasangan dah tiada?..Waktu dia ada...asyik komplen je memanjang pasal pasangan,sentiasa ada saja yang tak kena. Adakah kita bersyukur dengan kereta kita walau sekecik macamana pun dia..lama macamana pun dia...atau kita hanya perasan jasa dia bila dia dah mula meragam?
Nampak tak mentaliti orang yang suka take things for granted? Dia tak akan faham dengan segala pemberian Allah. Dia terlupa dengan segala anugerah Allah. Dia ingat anugerah Allah yang juta-juta je..yang banglo-banglo je..yang BMW jer...yang ratus ratus, yang rumah flat, yang kereta Kanc...dia terlupa itu semua pun anugerah Allah pada dia. Sebab dia terlupa nak bersyukur dengan Kanc dia, dan dia selalu komplennnn memanjang pasal Kanc dia... sebab tu Allah tak transform Kanc dia ke BMW.
Mentaliti orang yang suka mengambil kesempatan ni akan membawa kepada suka komplen. Dan komplen ni adalah negative thoughts. Jadi,bila u start komplen, lebih banyak komplen akan datang dalam hidup dia. Bila u komplen pasal cuaca, pasal trafik, pasal boss u, pasal suami u, pasal isteri u,pasal family u, pasal bil telefon u, dan macam-macam komplen lagi...Itu bermakna orang yang tidak bersyukur!..Dan u tak perasan, sebenarnya bila u komplen, u sedang menolak impian u jauh dari diri u.
Dah faham kan, bila kita komplen dan bercakap guna negative words, dan mengambil kesempatan, semua kebaikan tidak akan diberikan kepada kita. Dan kita pun dah faham bila terjadinya masalah dalam hidup kita, bermaksud kita tak cukup bersyukur dan berterima kasih pada Allah.Sebab, adalah mustahil untuk kita berfikir dan menjadi negatif kalau kita banyak bersyukur.Adalah mustahil untuk kita komplen dan mengkritik dan menyalahkan orang lain kalau kita sentiasa bersyukur.Dan adalah mustahil untuk rasa sedih, frust kalau kena reject customer dan sebagainya kalau kita sentiasa bersyukur.
Tapi jangan risau...bila kita dah perasan yang kita ni adalah orang yang negatif, senang saja nak transform dan hilangkan negativiti tersebut, iaitu dengan BERSYUKUR!..Segala negatif akan hilang sekelip mata bila kita mula bersyukur. Dan bagaikan magik, magik kuasa Allah....seperti janji Allah, Barangsiapa yang bersyukur, Aku akan tambah lagi!..
WALLAHU'ALAM....
~Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali sehari ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment