Dalam program WE COACH U, kami tekankan tentang ilmu yakin ini. Yakin kepada Allah, yakin kepada diri sendiri dan jugak yakin kepada produk serta bisnes kita.
Susah nak berjaya kalau kurang keyakinan terhadap ketiga-tiga elemen tadi. Tidak dinafikan ramai yang mempunyai keyakinan yang tinggi dengan Allah. Tapi takut dengan manusia. Dekat pekerja pun takut nak bagi resepi, inikan lagi orang lain. Takut apa? Takut orang lain buat bisnes dan lebih berjaya? Tapi rezeki tu siapa yang beri? Kata Allah Maha Pemberi rezeki. Tapi takut nak berkongsi rezeki Allah. Sangat tak allign!
Ada sifat ketamakan yang nak berjaya sorang-sorang. Ada sifat ego, nak kaya pun sorang-sorang. Agak-agak Allah nak pilih orang macam ni ke untuk diagihkan rezeki?
Pasal keyakinan ni saya nak cerita pasal Stokis Kulim kami. Dia buat bisnes kek Anis ni dah hampir 3 tahun. Tapi dia buat part time sambil dia bekerja.
Jadi agak susah dealer-dealer dia nak ambik kek. Terhalang dengan waktu kerjanya.
Jadi dia kata apa yang dia buat ialah, dia sewa sebuah rumah. Rumah flat kalau tak salah saya. Dia sewa pada kadar RM 400 sebulan. Dia letak chiller dalam rumah tu. Dan kek pun akan dimasukkan ke situ untuk buat stok.
Lebih menarik, setiap dealer dia ada kunci pendua rumah tersebut. Masing-masing datang ambik sendiri. Buku bil pun Helmi dah sediakan. Masing-masing tulis sendiri dan pack sendiri. Duit bank in.
Dan so far memang tidak pernah timbul isu. Everything went smoothly. Dah hampir setahun rasanya dia buat sistem ni.
Nampak ke nampak?
Dia buat semua tu untuk memudahkan dealer dan ejen dia. Mereka susah nak ke rumah dia di Kulim. Agak jauh. Jadi dia cuma fikir bantu mereka. Insyaallah yang datang juga yang perlukan bantuan. Bukan untuk menipu.
Personally, saya juga rasa tak ada masalah dengan sistem ini. Kalau kita takut dengan masalah insyaallah masalah yang datang. Kalau nak bantu orang, insyaallah segalanya akan dipermudahkan.
Tahniah Helmi dan team!..Hebat tindakan anda semua. Semoga rezeki team ini melimpah ruah hendaknya.
Inilah yang terjadi kalau tahap kebergantungan yang paling tinggi hanya pada Dia. Dan kalau benar kita percaya dan yakin seyakin-yakinnya bahawa rezeki itu datang daripada Allah..bukan kerana kepandaian kita.
WALLAHU'ALAM...
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...
0 comments:
Post a Comment