Untuk kekal dan terus berjaya dalam berbisnes, kita perlu tanam satu perkara. Iaitu jangan pedulikan tentang 'credit' . Atau kata lain, Jangan tercari-cari pujian orang.
Kenapa kita buat bisnes?
Kalau betul untuk menambah nilai hidup orang lain, kita tak sepatutnya frust kalau kita tak dipuji orang. Asalkan kita tahu apa yang kita buat sedikit sebanyak ada manfaatnya kepada orang lain.
Jadi, tak perlu sedih atau kecewa bila tidak dipuji. Sebagai usahawan, bukan itu aim kita.
Bagi saya, lebih baik tidak dipuji atau dikenali, tetapi sebenarnya tak menang tangan dibuatnya. Daripada orang puji melangit tapi sebenarnya tak ada apa.
Ada satu cerita. Kawan kami ni berjumpa dengan seorang CEO. Dia ingin berkenalan. Tapi CEO tersebut tak kenal dengannya. Terguris jugak katanya, sebab CEO tersebut kata, maaf tak pernah dengar nama company u.
Sedangkan kawan kami ni sangat hebat. Dia ada kontrak bisnes dengan TV3, ASTRO dan banyak lagi.
Suami saya katakan, u mungkin tak dapat apa-apa kredit dan penghargaan, tapi u ada kontrak ( yang besar-besar )!..
Apa pun yang kita lakukan, janganlah terlalu fokus untuk dapat pujian dan penghargaan manusia. Orang yang terlalu harapkan pujian selalunya orang yang EGO. Dia rasa dia layak untuk dipuji. Bila tak dipuji, dia akan buat satu keputusan berdasarkan EGOnya.
Ditakuti bila melibatkan EGO, dia tak dapat berfikir dengan baik lagi. Dia lebih kepada nak puaskan EGOnya, dan tersasar daripada matlamatnya untuk bantu lebih ramai orang lagi.
Jangan fokuskan pujian ya jutawan, kerana pujian boleh membuatkan kita alpa. Pujian boleh membuatkan kita rasa diri kita yang hebat dan pandai. Sedangkan segala kebaikan itu datang dari Allah jua.
WALLAHU'ALAM..
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur & bersedekah...
0 comments:
Post a Comment