Selalunya sebelum ini kita suka kaji orang berjaya. Apa habit orang berjaya? Apa yang mereka lakukan? Bagaimana attitude mereka?
Tapi hari ni kita kaji pulak sifat orang gagal. Supaya bila kita tahu sifat orang gagal, kita boleh mengelak dari melakukan perkara yang sama.
Apa sifat utama orang gagal? Orang yang gagal ini ada penyakit sebenarnya. Penyakitnya bergelar SBA. Atau penyakit suka beri alasan. Hidupnya penuh dengan alasan.
Setiap orang yang gagal ada penyakit ini. Hidupnya tidak ke mana kerana dia ada berbagai alasan untuk tidak berjaya. Orang macam ni dia suka explain kenapa dia tak dapat sesuatu, kenapa dia tak nak jadi kaya contohnya, kenapa dia tak naik pangkat contohnya. Sebakul dengan alasan alasan alasan...
Tengok pulak sifat orang berjaya. Contoh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, pernah tak dia beri alasan dia tak boleh kaya sebab dia asalnya anak kampung saja?
Berapa ramai kita pernah dengar orang bagi alasan tak boleh buat bisnes sebab dia tak ada pengalaman? Dia bukan dari keluarga bisnes?
Ada jugak bagi alasan dia tak boleh berjaya sebab dia tak ada pendidikan yang bagus?
Cuba fikir, orang berjaya suka tak bagi alasan macam tu?
Sebenarnya penyakit ini sangat bahaya. Ramai yang tak perasan dia ada penyakit ini. Dulu saya pun ada penyakit ni. Kalau saya tak perform dalam exam contohnya saya bagi alasan sakit lah, atau tak tusyen, atau bagi alasan pasal kawanlah, dan sebagainya.
Orang yang ada penyakit ini, dia sebenarnya tak perasan bahawa setiap kali dia buat alasan, point alasan itu akan semakin diserap oleh subconcsious mind. Mungkin kali pertama dia memilih alasan itu, dia tahu alasan tersebut tak benar sama sekali.
Tapi lama kelamaan, bila dia selalu ulang dan ulang alasan yang sama, dia akan semakin yakin dengan alasan tersebut tanpa disedar. Dia akan jadi natural. Dia akan percaya 'completely' dengan alasan yang diciptanya.
Nampak?
Ada 4 jenis alasan yang selalu digunakan oleh pesakit-pesakit ini. Kita perlu tahu, sebab kita tak nak buat perkara yang sama dan tak nak tergolong dalam kalangan yang sama. Esok saya sambung share ok. Take care jutawan, semoga hari ini hidup anda semua mendapat lebih banyak kebaikan dari hari sebelumnya.
Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah
0 comments:
Post a Comment