Sunday, January 25, 2015

SETAHUN SUDAH BERLALU, JANUARI MUNCUL KEMBALI oleh Hafiz Hamzah


Bukan calang-calang orang dapat melepasi setahun dengan beribu halangan. 

Tahniah Hafiz Hamzah Projek Manager aka dealer kami. Inisiatif beliaulah kesayangan kami semua dapat masuk Mydin.

Terima kasih Hafiz. Tahniahhhh!!..You are awesome

Semoga rezeki melimpah ruah hendaknya. Amiiin.



---------------------------------------------------------------------------------------------


SETAHUN SUDAH BERLALU, JANUARI MUNCUL KEMBALI

Hari ini 23 Januari 2015. Tarikh yang banyak mengubah kehidupan saya. Pada hari ini genaplah sudah setahun produk Anis Choc Moist Cake berada di pasaran Mydin. Bila mengenangkan setahun yang lepas bagaikan satu pengembaraan yang sarat dengan ilmu dan pengalaman.

Memegang tanggungjawab sebagai Pengurus Projek Mydin di Anis Food bukanlah suatu perkara yang mudah. Beratnya tidak tertanggung kadangkala. Ini kerana kita berhubung dengan manusia. Ditambah pula tiada langsung ilmu dan pengalaman. Bagaimanalah nak uruskan. Saya beruntung kerana di samping mendapat sokongan isteri, Baidulsniah Sharif, saya juga mendapat tunjuk ajar dari CEO Tuan Junaidy Abu Bakar dan Puan Anis Cmc. Tidak ketinggalan General Manager Tuan Pie Mus yang banyak membantu dari segi sistem kewangan.

Dulu saya fikir bagaimana saya nak menguruskan semua outlet yang terdiri dari Mydin Hypermarket, Mydin Emporium, Mydin Bazaar, Mydin Mart, Mymart, Mymydin dan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Jumlah kesemuanya lebih kurang 200 lebih, seluruh Malaysia pula tu. Gerun saya melihat angka ini. Tapi Tuan Junaidy dan Puan Anis mengajar saya, "Buat saja dulu, sekiranya ada masalah barulah fikir bagaimana nak selesaikan. Itu cara nak jadi usahawan".

Nasihat itu saya pegang sehingga sekarang. Memang benar. Banyak masalah yang timbul. Maklumlah tiada ilmu. Tapi bila berjaya selesaikan, masalah masalah itu tiada lagi. Dan sekiranya ada, kita dah tahu cara nak selesaikan. Best kan dapat belajar macam ni. Kebanyakkan ilmu ilmu ini saya dapat semasa mengikuti kelas IMKK dan AMP anjuran Dr Azizan Osman, kelas WE COACH YOU, Rahsia 2% Menjadi Jutawan, Seminar Bisnes Berjemaah anjuran Anis Food dan juga kelas SOP anjuran Puan Roslina ShaikDawood.

Cara menyelesaikan masalah ini adalah ilmu yang paling penting sebab ia membabitkan jualan kita. Saya masih ingat bulan pertama, Jualan sekitar 1,100pcs. Bulan kedua 750pcs. Bulan ketiga jatuh lagi ke 600pcs. Tapi bila ada ILMU DAN MENTOR, bulan keempat naik 2,190pcs dan terus menerus naik. Untuk rekod tahun lepas jualan Anis Choc Moist di seluruh Mydin adalah 47,630pcs dengan nilai jualan RM190, 520. 

Pencapaian membanggakan ini tidak akan tercapai tanpa ada team yang kuat. Sebab itu pentingnya Bisnes Berjemaah. Saya sangat sangat beruntung kerana diperkuatkan dengan barisan rakan rakan niaga yang hebat dan kakitangan HQ Anis Food yang banyak membantu. Mereka inilah tulang belakang saya dan tunjang kejayaan Anis Food di Mydin. Komitmen mereka tidak berbelah bagi, sanggup bersusah dan bersenang sama.

Hari ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Hq Anis Food terutama Afiqah Hakimah, Ina, Kirah, Miza, Alang, Liyana Ameera,Hana, Fazren, Sari, Linda dan Nurul. Tidak ketinggalan bahagian delivery, Hasim, Omar dan Yasli. Tak lupa juga rakan rakan Bangladesh dan Indonesia saya di bahagian Production, Razak, Riduan, Halim, Hiro, Hamid, Salam, Des, Yuli dan yang lain lain. Terima kasih kerana usaha anda banyak membantu dan amat saya hargai.

Kepada rakan rakan niaga yang saya sayangi dan hormati, stokis N9 Abg Tajul dan Kak Siti Zura Mardzuki dari Zuraliciouz-Stokis Anis Choc Moist Cake N.9Taufiq Nur stokis Melaka, Abg Abdul Latif stokis Johor bersama dealernya yang awesome Faizah Rosli dan suami En Ali, stokis Perak AbgShah Mk dan isteri Kak Rozi Rusli, dealer JU Richcakes PERAK, stokis Perak Utara Moon Lovely Bite dan Jue, stokis Penang Edie Sumbuddy, stokis Terenggganu yang terlajak selfie, Muttaqin Abdullah dan Natrah Yusof, stokis ACMC Anis Chocolate Moist - Kelantan saudara Razif dan Kamal, stokis Sharizayob Kak Chik dan suami Zairolfazril Pak Ya,stokisZalina Lynn,stokis Shaharulnizam AhmadSha ShalynnFatthullah Al-Fatah,Roziey-AryMilan GtItamMhd ZakiKhairul Khafizi , Zarul Dan IbrahimLinda Hamid, dan Mior Yusuf.

Tanpa komitmen anda semua, impian kita ini tak akan jadi realiti. Saya amat amat bangga dapat berganding bahu dengan anda semua. Kesabaran anda amat dihargai. Semangat anda amat saya kagumi. Insya Allah tahun 2015 ini kita sama sama sasarkan jualan naik satu kali ganda kepada RM400,000. Saya percaya dengan semangat yang tinggi, impian yang besar dan tindakan yang LUAR BIASA, kita pasti boleh lakukan.

#anischocmoistcake
#anismydin
#hafiz_acmc












0 comments:

Post a Comment