[ PENGALAMAN MENCARI BUSINESS PARTNER ]
Teringat pula ada yang bertanya baru-baru ini, u all pernah ada partner tak? Susah tak nak cari business partner? Mungkin ada yang tak tahu dulu, saya pernah ada partner...iaitu pada tahun 2005...let's flashback...
Masih teringat dengan jelas lagi ketika saya buat keputusan untuk terjun ke dunia perniagaan ini, saya terkapai-kapai juga keseorangan mencari arah tujuan..
Tetapi setelah saya membina keyakinan dan nekad dengan pilihan bisnes kek coklat saya, terus saya memikirkan siapa yang boleh saya bergabung untuk memulakan bisnes ini.Masa tu tak ingat apa, cuma perlukan seorang kawan untuk sama-sama membangunkan bisnes ini.
Sebab, macam tak bestlah kalau sorang-sorang...Kalau ada kawan, salah seorang boleh tiupkan semangat waktu 'down'. Dapat juga berbual-bual atau bertukar pandangan,. Perempuan lah katakannnn....Tak retilah nak bisnes sorang-sorang..Ni semua bisnes MLM Hai-O yang dulu saya buat lah yang bertanggung jawab ajar saya buat bisnes dalam team. Best tau, bila ingat keluar sama-sama dengan kawan-kawan buat sales. Kenangan maniiisss sangat....
Macamana nak ajak kawan berpartner? Susah ke?
Untuk mengajak Zu atau sebenarnya Arwah Zuridah Atan berpartner adalah tak susah langsung...Serious, ingat lagi masa jumpa dia di ofis dia, jam dah pukul 5 petang masa tu..tup tap tup taptup tap present kat dia..Tunjuk paper work yang ditulis tangan saja, tunjuk target sales chocolate cake ni, dengan mudahnya dia macam boleh terima idea saya.Dia pun nampak excited.
Yang bestnya, the next day dia terus datang rumah saya bagitau dia dah resign. Oh ohhhh....So fast?..Dia kata dia konfiden..Alhamdulillah, di situlah permulaan dan pengalaman saya mencari partner. Bagi sesetengah orang, nak meyakinkan partner adalah sangat sukar, tapi tak lah susah sangat bagi saya...Masing-masing punya pengalaman yang berbeza....
Apa yang membuatkan kita mudah meyakinkan seseorang?
Build relationship...build relationship...build relationship.....
Binalah hubungan yang ikhlas, bukan untuk kepentingan diri sendiri..Hubungan yang dibina sekian lama pasti sudah mempunyai nilai TRUST atau KEPERCAYAAN. Build that kind of relationship. Ia merupakan sebuah proses yang panjang yang memerlukan waktu dan kekuatan emosional.
Kalau kita jenis yang suka berkawan dan membina hubungan, insyaallah perjalanan bisnes anda akan menjadi mudah kerana basic attitude anda dah ada.Bila tengok orang terus senyum dan nak berkawan.Bila ada customer nanti kan mudahhh....Sama saja nak apply dalam bisnes..Senyum & berkawan...
Binalah hubungan...seboleh-bolehnya jangan sekali-kali memutuskan perhubungan dengan mana-mana pihak. Bila kita mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang,tiada sengketa dan mudah memaafkan....bisnes anda akan menjadi-jadi..semuanya menjadi teratur..Ini kerana, orang sekeliling anda mempercayai kredibiliti anda, tahu keupayaan anda,yakin dengan kebolehan anda...They trust u!!..Mereka atau pelanggan akan positionkan anda sebagai seorang yang boleh depercayai di mata mereka!
Kalau kita boleh buat orang percaya kita sampai ke tahap sebegitu, Insyaallah sangat mudah bisnes dan hidup kita..Walaupun kadang kala kita bertukar bisnes, kepercayaan mereka tetap ada..tetap di hati..Mereka akan sentiasa bersama-sama kita.Tapiiii...once u break their heart......adalah tidak mudah untuk memujuk kembali....Hati-hatiii....
Walaubagaimana pun, Allah jua yang memudahkan segalanya...Semoga Allah terus memudahkan perjalanan bisnes kita...Aminnnn....
WALLAHU-ALAM...
0 comments:
Post a Comment