Wednesday, January 30, 2013

Attitude dealer

Dealer dan Attitude..

Salam untuk dealer-dealer tersayang walau di mana anda berada,



Tahniah wahai dealer kerana anda memang SUPERB dari segi jualan!..Jualan anda sangat tinggi..Memang hebat jualan anda!..Ada yang dapat menjual 2000 kek seminggu, ada yang dapat menjual 1000 kek seminggu, ada juga yang dapat menjual 400 kek sehari..Macam-macam cerita..semuanya menggembirakan!..Semuanya membahagiakan..Kami tumpang gembira adik-adik..Diharap bisnes kek ini dapat memberi kenangan manis dalam kehidupan anda..

Tapi adik-adik dealer,


Tapi,jualan yang tinggi tidak akan memberi makna bagi kami jika jualan itu tidak selari dengan ATTITUDE adik-adik..Kami sangat mementingkan attitude..adik-adik..Kita tak perlu terlalu tamak untuk mengejar sale..Kita jangan pentingkan diri semata-mata untuk menghambat kekayaan dan tidak mengambil kira attitude kita dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain..Jika ini berlaku,bermakna..kita tidak yakin dengan rezeki Allah..Kita rasa nak kaya,kita perlu lupakan hubungan kita sesama kita..kita dah tak peduli hati kecil orang lain..yang penting, aku puas!..Aku dapat bolot kesemua sale ini..Aku perlu berebut-rebut dengan mereka..Aku perlu menindas mereka..Akhirnya hujung bulan..aku dapat lihat duit aku yang banyak di dalam bank aku..Hebatkah jika kita begini?



Adik-adik dealer,

Sebab itulah kami dah tetapkan sebagai syarat utama kami..untuk menjadi dealer,u all kena hadirkan diri ke Seminar Dr Azizan Osman..Kami dah nampak..Bisnes ni kalau tak kuat, kamu akan kalah adik-adik...Bisnes ni adalah berkaitan dengan manusia..perhubungan antara sesama manusia..Bila kita berhubungan sesama manusia,sudah pasti kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia..Kita perlu bersedia,tak boleh lari adik-adik..


Adik-adik dealer, itulah sebabnya kami mewajibkan kepada semua dealer kami untuk menghadiri Seminar Dr Azizan Osman..Bukan apa, kami nak share bagaimana sebenarnya attitude sepatutnya seiring dengan jualan kita..Semakin tinggi nilai attitude kita, semakin tinggi nilai jualan kita..Barulah sampai ke tahap yang boleh dibanggakan kerana kami tak nak ada yang sale tinggi, tapi attitude berterabur!..

Kami nak adik-adik faham konsep bisnes ini sebenarnya..Bisnes kita ini bukan sekadar menjawab telefon mengambil order,bank-in duit,buka bill dan menghantar barang, jual, dan beli..bukan setakat transaction..tapi..lebih dari itu.Bukankah kita sangat pentingkan silaturrahim sesama kita? Yang.kami nak anda semua faham melalui IMKK ini, kita akan sama-sama faham maksud bisnes ini bukan setakat menjual kek..Ia melebihi menjual kek..ia berkenaan dengan perhubungan dengan Maha Pencipta..perhubungan antara sesama manusia..perhubungan di antara kita sebagai penjual dengan pembeli.And, it's all about LOVE...sharing.and caring...

Alhamdulillah ada yang boleh hadir, tahniah kepada mereka yang akan hadir..Pasti ada mutiara yang sedang menunggu anda..Bagi yang tak dapat hadir dan yang cancel,tak apa lah..tunggulah next IMKK mungkin pada tahun 2014 nanti..kerana IMKK dijalankan setahun sekali..Tetapi, terus terang kami akan  perhatikan.dan juga observe kaitannya dengan mereka yang berILMU..Dan dengan mereka yang kekurangan ILMU..Bagaimana ILMU boleh meningkatkan nilai attitude seseorang seterusnya memBOOMkan jualannya!..

Jagalah attitude adik-adik..Biarlah attitude kita seiringan dengan jualan kita..Semakin tinggi attitude kita,semakin tinggi juga nilai jualan kita...Ingatlah adik-adik, attitude anda mencerminkan attitude kami dan bisnes kita..

Salam KEJAYAAN untuk semua!..





Untuk dealer-dealer tersayang di mana juga anda berada,

Tahniah kerana anda semua memang superb dari segi jualan..memang hebat jualan anda! Ada yang menjual paling tinggi 2000 kek seminggu..ada yang 1000 seminggu..ada yang 200 sehari..ada juga yang menjual 50 kek seminggu..

Tapi, jualan yang tinggi tak akan memberi makna jika kita tak menjaga attitude kita.Kita tamak mengejar sale kita..Kita tak pedulikan perasaan sesama rakan seperjuangan kita.Kita pentingkan diri kita demi mengejar kekayaan..Hebatkah jika kita begini?

Adik-adik dealer,
Sebab itulah kami dah tetapkan sebagai syarat utama kami..untuk menjadi dealer,u all kena hadirkan diri ke Seminar Dr Azizan Osman..Kami dah nampak..Bisnes ni kalau tak kuat, kamu akan kalah adik-adik...Bisnes ni adalah berkaitan dengan manusia..perhubungan antara sesama manusia..Bila kita berhubungan sesama manusia,sudah pasti kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia..Kita perlu bersedia,tak boleh lari adik-adik..

Bisnes kita ni..bukan sekadar buat bill, bank in duit...jual, dan beli..bukan setakat transaction..tapi...lebih dari itu..Bukankah kita sangat pentingkan silaturrahim sesama kita? We care and share everything with u guys...Itu yang kami nak share dengan adik-adik di IMKK hujung minggu ni..Alhamdulillah ada yang boleh hadir, tahniah kepada mereka yang akan hadir..Pasti ada mutiara yang sedang menunggu anda..

Pada yang tidak dapat bersama-sama team kita hujung minggu ini,dan yang cancel juga..tak apa lah...tunggulah next IMKK mungkin tahun 2014 nanti..Setahun lagi..Terus terang,kami akan perhatikan dan sememangnya kami suka mengkaji bagaimana attitude mereka yang selama ini boleh bersama-sama kami dalam bisnes ini selama 6 tahun..dan bagaimana pula attitude mereka yang tewas di pertengahan jalan..

Jagalah attitude adik-adik..Biarlah attitude kita seiringan dengan jualan kita..Semakin tinggi jualan kita,semakin tinggi juga nilai attitude kita...Ingatlah adik-adik, attitude anda mencerminkan attitude kami dan bisnes kita..



Tuesday, January 29, 2013

QUOTES- MIDAS TOUCH

Many people fail to do well as entrepreneurs simply because their life's primary focus is on SECURITY and SAFETY.Many A students focus on achieving good grades simply because they want job security.Most employees want the certainty of set hours, set pay, set benefits, weekends off, and guaranteed retirement. The world of security brings out the best in them.The world of uncertainty brings out the best in others.

I have not met many graduates of MBA programs who have become great entrepreneurs.I've found that most graduates focus on job security,so most find jobs in big corporate organizations with a focus on becoming a CEO or CFO. If that is their focus of choice,getting an MBA was probably a good move.You may already know that most of our great entrepreneurs do not hold MBA's,and many did not even graduate from college.A few greats are Bill Gates,founder of Microsoft,Steve Jobs,founder of Apple,Thomas Edison founder of General Electric,Richard Branson founder of Virgin, and Walt Disney founder of Disney Studios and Disneyland. (From the book MIDAS TOUCH )


Sunday, January 27, 2013

Tersepit..antara pekerja dan pelanggan..

Tersepit...antara pekerja dan pelanggan..

Pasti ramai majikan pernah melalui situasi seperti mana kami hadapi semalam. Cuti Maulidur-Rasul dah declare dengan staff..Tiba-tiba masuk order yang penting dari Kuantan.Kalau dekat-dekat tu boleh lah nak kow tim..ini Kuantan pulak..

Sebagai majikan, kami memang memahami situasi pekerja.Bila dah dapat cuti,pasti semua dah rancang ke sana ke sini..Bila diminta bekerja,masing-masing ada hal...Nak disalahkan diorang pun tak boleh jugak...maklumlah sebagai pekerja,memang hari cuti lah yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga..Memang sangat faham kerana dulu kami pernah menjadi pekerja..

Sebagai pengeluar atau manufacturer pula, kami juga sangat-sangat memahami situasi dealer kami.Pasti dia ada order yang perlu dihantar secepat mungkin..mungkin ada yang order untuk function ke..Oleh kerana pelanggannya nak cepat,Kak Iza push kami pulak..hehe..dia kata yang ordernya 2000 kek tu kemudian tak apa, hantar 400 dulu,itu yang penting.Kata Kak Iza, waktu cuti macam ni lah dealer-dealer Kak Iza nak keluar menjual.Betul jugak tu..

Tersepit..Kami tersepit di antara kebajikan pekerja dan kepuasan pelanggan...

Tapi alhamdulillah..setelah berbincang,akhirnya 2 orang staff iaitu Mohd Noor dan Omar setuju untuk terus hantar ke Kuantan malam itu juga..dan mereka sampai pulang ke Shah Alam jam 1.30 pagi. 

Sebenarnya adik-adik 2 orang ini dan juga semua yang masih bekerja dengan majikan anda, kami sangat terharu dengan pengorbanan anda. Bila mendapat update dari mereka semalam jam 11 malam mereka dah sampai ke Kuantan..terasa sangat terharu..kesian sebenarnya, siang tadi mereka dah penat bekerja,malam terpaksa bekerja lagi setelah mendapat arahan..Bila mendapat update sekali lagi mereka dah selamat sampai jam 1.30 pagi,rasa sangat bersyukur mereka selamat sampai..Tak sampai hati sebenarnya..

Adik-adik, mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah orang,dah kerja namanya bukan? Tapi..bagi kami yang baru setahun jagung handle pekerja..terasa pengorbanan ini sangat bermakna..Sebenarnya adik-adik,kami masih tak percaya yang kami ada 30 orang pekerja..mungkin kerana masih baru,kami tak menganggap adik-adik semua sebagai pekerja..kami betul-betul menganggap anda semua seperti menolong kami,tolong selesaikan masalah permintaan yang tinggi dari customer kita..

Bila situasi macam semalam berlaku,kami harap adik-adik dapat faham bahawa bisnes kita ini adalah mengikut permintaan customer..Macam apa yang kita hadapi sekarang,terutamanya seminggu dua ini..permintaan sangat tinggi..kita perlu meet customer's demand..kita tak boleh berkata tidak..Kita tak boleh menghampakan mereka..Mereka tengah excited untuk berbisnes..Mereka tengah seronok menjual..Mereka seronok kerana mendapat sambutan..Kalau kita berada di tempat mereka macam mana? Jadi, walau macamana pun kita perlu uruskan penghantaran.Kepuasan pelanggan dan servis yang tip-top adalah perkara yang paling kita utamakan.

Bukan bermaksud,bila akak dan abang minta adik-adik tolong uruskan penghantaran,kami tak memahami u all..Sedangkan,seperti semalam..akak sangat risau adik-adik drive malam-malam..Akak faham,adik-adik juga ada mak ayah..ada isteri dan anak..pasti diorang risau keselamatan adik-adik..Dan sesungguhnya, kami bukan mengejar sale adik-adik.. kerana apalah sangat dengan 400 kek sampaikan terpaksa hantar ke Kuantan?Dan kalau culcalate balik,sale tu rm1000 je..Dengan upah u all lagi,dengan duit minyak kereta dan sebagainya, berapa je tinggal?
 Demi keselesaan adik-adik jugak,kami decide suruh adik-adik hantar kek dengan kereta saja..Sebab kami fikir,dengan kereta boleh bawak laju sikit tak macam van..Kalau letih pun,sorang boleh baring selesa sikit..tapi kalau guna van,tak dapatlah..Macam-macam yang kami fikirkan sebenarnya.

Tapi ini memang bukan sebab sale adik-adik..Kesian bila teringat mana tau,dengan duit sale kek ni lah customer kita tu dapat beli susu atau pampers anak? Mungkin juga mereka baru dapat 1st order,tapi  kalau kita tak dapat hantar,pasti dia kehilangan salenya.Faham sajalah,kalau baru start bisnes macam kita jugak lah dulu..excited..nak cepat dapat stok dan dan jugak..Sebenarnya kan..adik-adik ni bukan setakat hantar customer's order,tapi indirectly adik-adik lah yang add value hidup diorang.Nak tahu apa yang u all akan dapat in return kalau u add value hidup orang? U all akan dapat more..more n more..dalam hidup u all..Apa yang more? Kekayaan,keberkatan, kesihatan,kebahagiaan...Percayalah..itu janji Allah..

Tapi adik-adik,kami pernah bekerja dulu..sebagai pekerja,susah nak cerita..takut dikatakan naik bakul pulak..tapi sebagai pekerja,macam abang ady..pukul 2-3 pagi pun pernah dia keluar untuk selesaikan masalah bossnya (orang Jepun) yang terlibat dalam kemalangan (yg minor je).Akak teringat lagi,bila dapat call dari bossnya jam 2 @ 3 pagi,terus dia bersiap dan langsung tak merungut pun..malah dia kesiankan bossnya..(Kebetulan boss dia baru sampai dari Jepun,dan mintak tolong abang ady uruskan dengan balai polis dan sebagainya).Bila bekerja,dia sangat komited.Akak rasa dia beri  more than 101% semasa bekerja dulu..Dan pernah juga,dia tak dapat cuti masa wedding adik akak di Penang.Boleh ke dia bagi alasan kat Boss dia tak boleh datang kerja sebab wedding adik ipar? Dia boleh je ambik MC ke..EL ke..tapi dia tak buat..dia terbang balik jugak ke ofis di Shah Alam.

Terima kasih ye Mat Nor dan Omar kerana memahami..Terpaksa berkorban masa dan tenaga..Happy dan bersyukur sangat mendapat pekerja seperti adik-adik ni..Kami sangat menghargai anda..Semoga kita semakin hari semakin memahami antara satu sama lain..Kami sentiasa cuba memahami kalian,dan diharap kalian juga cubalah memahami kami..WHAT U GIVE, U'LL GET BACK!!...Itu janji ALLAH!..

Salam PENGHARGAAN untuk semua pekerja di luar sana dari majikan anda.

Wednesday, January 23, 2013

Menangis Takutkan Persaingan?

Menangis Takutkan Persaingan?

Kalau nak dicerita tentang dugaan..cabaran..memang semua itu kami dah lalui dan masih melaluinya sampai bila-bila.Bila bercakap tentang cabaran ni teringat satu soalan,"Akak dan abang ni nampak tenang jer,senyum jer.macam tak ada masalah..macam tak ada cabaran, tapi saya tahu kat luar sana abang dan akak mempunyai pesaing dan persaingan di luar sana sangat hebat!". Itu pertanyaan adik Cili Bangi yang duduk bersebelahan dengan kami semasa di Intensif Jutawan Industri..
.
Bagus betul dan berani betul adik Cili Bangi ni..maklumlah..bisnes pun bisnes cili..mestilah kena BERANI,soalan biar berapi-api!..Hehe..

Ye dik..memang betul sememangnya kat luar sana kadar persaingan sangatlah tinggi..Dah tak macam dulu 6-7 tahun yang lalu semasa kami memulakan perniagaan kek coklat ni.Tahun pertama mana ada siapa..kamilah Raja..comfort zone masa tu..tak risau apa-apa pun..Tahun kedua dah mula sikit tapi masih boleh dikira dengan jari jumlah pesaing ni.Sekarang,bisnes kek coklat tumbuh seperti cendawan.Kalau kat Lembah Kelang ni,entah-entah dah beratus-ratus jenama kek coklat dah muncul..Tapi kalau kat luar KL dan Selangor,kira ok la tu..baru bersaing 1 atau 2 orang, takkan itu pun dah ketaq lutut?..hehe..Nak tahu kenapa semua dah berlumba-lumba nak buat bisnes ni?..Kerana semua dah nampak bisnes ini sebenarnya bisnes yang bukan setakat boleh buat duit,tetapi boleh jadi JUTAWAN!..(Lagi cepat cendawan-cendawan tumbuh lepas ni,hehe..).

Tetapi dulu best..sama-sama bersaing dengan cukup sihat sekali..tak ada yang cuba jatuh-menjatuhkan.Dari segi harga,kami sentiasa pastikan harga kami selaras.Pernah sekali call kek B***** ni,sebab dia ada masalah dari segi harga,kalau kami tak adjust harga kek kami,kemungkinan Petronas dah tak nak terima keknya..eh macam tu pulak? Jadi kami decide untuk samakan saja harga dengan kek B***** ni supaya dia dapat teruskan jualan di Petronas.Kami rasa risau dan tak best kalau disebabkan kami,ada yang terpaksa menanggung rugi.Buat apa nak risau,masing-masing ada peminatnya tersendiri..

Maaf,sekali lagi minta maaf...bukan bermaksud nak bercakap besar,cuma sekadar ingin memberi contoh kepada generasi muda yang bakal menerajui bisnes mereka di masa depan.Kenapa kita perlu berebut-rebut dan berlawan-lawan atau berdengki? Bukankah Allah dah janji memberi rezeki untuk mereka yang berusaha dan meminta? Bukankah bumi Allah ni sangat luas untuk kita berkongsi bersama mencari rezeki?Adakah bumi ini dan hasil dari bumi ini diberi Allah kepada kita seorang sahaja untuk memonopoli?

 Lagipun adik-adik bakal usahawan berjaya,mengikut hukum, bukankah pelanggan lebih suka jika ada varieties atau banyak pilihan? Kadang-kadang bila selalu makan jenama Love, teringin jugak nak makan jenama Heart..contohnya la...Bila kita jadi peniaga,kita kena go deeper and deeper into our customer's heart and soul..ketahui apa yang dikehendakinya? Kita pun sebenarnya pembeli juga,kita pun nak merasa brand-brand lain juga.There's nothing wrong about it. Mari kita meriahkan dan beri pilihan kepada customer!.Tapi beza-bezakanlah jugak yer..jangan sama jer,kalau nak ikut pun..try to be creative..InsyaAllah..kalau betul-betul mintak dengan Allah,mintak idea dari Dia untuk buat 1 produk yang boleh BOOM! Tak nak sama dengan orang lain..Barulah bijak tak gitu?

Tapi macam mana kami boleh tenang? Ye ke tenang? Tak perasan la pulak sebenarnya..Ada hari yang saya menangis juga di tengah-tengah malam.Masa tu saya baru tersedar bahawa hebatnya persaingan di luar rupanya!..Menangis kerana apa? Takut dengan pesaing kah? Takut tak ada sale kah? Takut customer dan dealer semua lari kepada pesaing kah? Salah...semuanya salah..Kalau sebab itu, insyaAllah kami rasa kami masih kuat.

Tapi sebenarnya saya menangis malam itu kerana saya risaukan dealer-dealer saya.Saya sedih rupanya dealer-dealer saya sedang bergelut dengan persaingan yang amat hebat.Saya risau bagaimana kekuatan dealer saya melawan semua ini.Saya risau bagaimana income mereka nanti? Saya risau bagaimana yang membuat bisnes ini secara full time? Saya risau dapatkah mereka bayar duit kereta dan rumah mereka?Saya risau bagaimana pula dealer yang pernah menceritakan dengan bisnes inilah mereka dapat menyatukan suami dan isteri..Adakah selepas ini mereka akan berpisah semula? Masya Allah..saya sangat sedih mengenangkan semua ini.Kerana saya tahu kami kuat,dalaman kami insyaAllah kuat..tapi mereka?

Memang sangat betul Mak pernah berkata, kalau perlu menangis..menangislah....jangan di simpan-simpan.Alhamdulillah Allah memberi kekuatan lagi kepada kami..Kami terfikir,betul jugak yer kata-kata Doc Azizan,ada ke bisnes yang tak ada persaingan? Kalau ada yang nak ikut bermakna baguslah bisnes u tu!..Betul jugak ye.Kalau tak nak persaingan,apa kata buatlah bisnes arang batu ke..bisnes bijih timah ke..bisnes tanam rambut palsu ke..hehe..kurang la sikit pesaingnya,kan?Tersentap beb...

Jadi, wahai usahawan-usahawan muda yang bakal menjadi JUTAWAN, bersedialah kekuatan dalaman kamu supaya dapat melawan apa jua halangan dan cabaran yang kita tak boleh lari selagi kita hidup.Just face it...lalui saja..jangan lari dari dugaan ini.Jangan lari dari persaingan,percayalah semua orang ada bahagiannya,ada rezekinya..Anda pasti BERJAYA!..

Salam KEKUATAN untuk semua usahawan!

Sunday, January 20, 2013

Untuk Isteri-Isteri Yang Berbisnes

Untuk Isteri-Isteri Yang Berbisnes

Bila terjadi kes isteri rasa besar kepala atau..isteri rasa meninggi diri dari suami...sehinggakan dah tak boleh nak respect suami..rasa lebih kaya dari suami..rasa income tinggi sangat dari suami..rasa bagus sangat dalam perniagaan..lebih terror dari suami..rasa segala kekayaan dan kemewahan datangnya dari isteri,bukan atas penat lelah suami.....

Lama-kelamaan, datanglah si 'budak kecik' tu menghasut...Ya lah..engkau yang bersusah payah bekerja,berpenat lelah ke sana ke sini..sebelum subuh dah bangun pagi buatkan breakfast dan lunch sekali untuk anak-anak,kemudian berlari ke sana sini berjumpa client atau berbisnes sehingga ke petang,balik ke rumah tak habis-habis kerja sehingga ke lewat malam...terasa bagaikan Superwoman..I can do anything!!..I can do everything!...Akhirnya,lemah jugak godaan terhadap si 'budak kecik' yang selalu datang berbisik...Kau Superwoman!...Kau Hebat!..Kau yg bekerja kuat,segalah kekayaan dan kemewahan ini..kau yang berhak!..Kau lebih hebat dari suami kau!...Ha ha ha ha...(mode: setan gelak..).

Itulah dia yg selalu berlaku bagi wanita-wanita yang berbisnes keseorangan tanpa suami di sisi...Dulu saya pun macam tu,tapi bukan semasa dah start berbisnes..kejadian ini berlaku sebelum saya terlibat dalam bisnes,tetapi semasa alam pekerjaan lagi.Almaklumlah gaji lebih dari suami..mula-mula memang sama-sama gembira,sama-sama berkongsi kebahagiaan..tapi makin lama makin hilang rasa itu..mulalah rasa riak..tinggi diri,ego,rasa lebih bagus dari suami...itulah kelemahan dan kesilapan saya dulu...

Keadaan ini bersambung juga sehingga berbisnes..mula-mula pinjam duit suami,beli minyak kereta..beli barang2 buat modal..tapi bila dah pegang banyak duit..MasyaAllah..tak ingat dunia..masa tu baru pegang rm5K-10K..itulah godaan jugak masa tu..

Tapi...alhamdulillah, atas ajaran Ibu Bapa & Tok...kena selalu ingatkan Allah..saya pun rasa tak sedap hati..rasa macam tak boleh jadi ni,bila pegang duit banyak rasa macam dunia ini aku yang punya..Tapi bila berbalik pada Maha Pencipta..mula ternampak segala kelemahan,segala kekhilafan,segala kepincangan.Sejak dari itu,walaupun saya yang menjalankan bisnes,suami masih bekerja..tetapi segala urusan kewangan saya serahkan pada suami..Teringat saya pernah berkata pada suami,saya nak dia yang pegang semua duit sale ni.Segala perbelanjaan,tak kira perbelanjaan berkaitan bisnes atau rumahtangga,saya nak mintak dari dia..bukan dia yang mintak dari saya kalau dia tak cukup duit.Saya nak rasa lebih respect pada suami..saya nak rasa lebih bergantung pada suami..saya nak rasa kenikmatan bersandar pada suami...saya nak rasa dia bertanggung jawab.. barulah terasa dia benar-benar KETUA KELUARGA!..

Jadi yang saya nampak,bila kes seperti ini berlaku,ramai isteri yang tak cepat sedar kesalahan mereka..masih ego dengan kekayaan mereka,dengan keuntungan mereka..sedangkan kalau tak mendapat restu suami semua tu akan hancur musnah bila-bila masa saja!..Saya rasa menjadi isteri,sama ada kita berbisnes atau tidak,kita harus meminta wang dari suami..bukan sebaliknya.Patutlah orang zaman dulu,isteri hanya tinggal di rumah menguruskan rumah tangga..dan suami pula keluar mencari rezeki..Kan kah cantik jika begitu? 

Apa yang boleh kita sebagai isteri buat untuk suami kita HEBAT ialah..seringlah memberi kata-kata semangat kepada suami untuk berbisnes,selalu memuji-muji suami di atas keputusan yang dibuat,tunjukkan dan biarlah dia merasa dia sangat powerful..kita kagum dengan dia..Kalau sama-sama berbisnes pula,biarlah dia yang ke depan,kita tak perlu menonjol sangat,kita menjadi tulang belakangnya di belakang tabir sahaja.Biar dia dilihat sebagai orang yang hebat!...Barulah dia akan terasa yakin,dan seterusnya dialah yang akan kemudikan perniagaan kita bersama..

Ini tidak,bila isteri ada banyak wang,isteri rasa megah diri,tolak suami ke belakang..merendah-rendahkan suami di depan orang..bukankah itu menghina suami?..ada jugak orang yang sanggup menghina suami sendiri ya?..Jadi lama-kelamaan suami yang nasib malang ini menjadi lemah semangatnya,menjadi tidak bermotivasi,menjadi rendah diri..menjadi tiada matlamat hidup..menjadi kecewa..dan yang paling ditakuti..menjadi semakin MALAS untuk hidup dan berimpian!..

Ramai para suami sekarang yang menguruskan rumah tangga dan si isteri bekerja atau berbisnes..Tidak salah, sememangnya tidak salah kalau si suami masih kuat sebagai ketua keluarga dan masih mempunyai KUASA!..Kuasa sememangnya terletak di tangan suami,bukan isteri!..
Tetapi jika isteri yang mempunyai KUASA melebihi suami...habislah.. ditakuti semuanya hancur nanti!..

Sekadar ingatan semoga mambawa kebaikan kepada kita bersama.

Salam percintaan kepada semua suami dan isteri.

Tuesday, January 15, 2013

Customer oh customer..

"Macam mana akak dan abang handle customer yang suka mintak kurangkan harga ye?"

 Itu soalan sepasang suami isteri, Mohd Firdaus dan Siti Zulina dari Kuantan semalam. Mereka ini dari Mawar Chocolate Moist Cake pakar dalam bisnes bakery yang telah beroperasi selama 16 tahun di Kuantan. 

Jawapannya senang...ala,buat-buat tak tahu je..perkara ni adalah sangat biasa untuk orang yang berniaga. Tak kira bisnes apa pun,jual baju ke,jual karipap ke,jual carpet ke..pasti ada customer yang nak mintak kurang..biasalah tu,bukan berbisnes namanya kalau tak jumpa dengan customer macam tu kan? Itu sangat basic dan kita dah sepatutnya bersedia dari awal lagi..

Yang penting,kalau kita dah set harga kita..hanya kita yang tahu nilai product kita..Kalau kita rasa produk kita harganya sangat berpatutan dengan nilainya,maka stick to that price..tak perlu nak tunduk sangat dengan permintaan yang kadang-kadang mereka ni tak tahu nak value produk kita..Kadang-kadang orang macam ni,biar dia buat sendiri je Firdaus n Zulina..bagi je resepi tu kat diorang..hehe cer try kalau berani..

Diorang tak tahu,orang bisnes makanan ni ada macam-macam..Ada yang buat cincai-cincai je..tak kisah sedap ke tak..asal boleh jual je,jenis yang nak cepat kaya,end up tak kayo-kayo jugak.Tapi untuk kita yang buat dengan ikhlas,betul-betul nak bagi orang puas makan..buat dengan penuh kasih sayang..(Kami di Anis CMC selalu berpesan pada semua pekerja kami untuk buat kek ni dalam keadaan tenang dan kena ada rasa kasih sayang terhadap kek tu..tak boleh buat kek kalau dalam keadaan mood tak elok dan marah-marah.Kami bagitau mereka,kalau diorang buat dalam keadaan marah dan tak ada mood, kek sedap macam mana pun customer tak akan rasa sedap..tapi kalau buat dengan ikhlas dan ada rasa kasih sayang,pasti customer akan rasa kek kita sangat sedap..Kalau customer rasa sangat sedap,sale bertambah, pekerja semua juga yang untung sebab diorang mendapat profit sharing sebulan sekali..) dan kita ni kalau ada 1 komplen pasal kurang sana sini pun..kita dah tak sedap hati, dah tak boleh tidur malam,betul tak? 

Lagi satu kan,kami ni apa saja yang nak buat mesti ingat WHAT U GIVE U GET BACK..Jadi bila beli barang,kami akan menjadi pembeli yang sangat menyenangkan kepada penjual..(Bukan nak cakap besar yer..just to share..hope can help u..).Selepas betul-betul faham words what u give u get back tu, kami menjadi pembeli yang tak cerewet..tak ada bargain2 nyer lah..tapi tengok barang lah kan..barang makan,barang yang dijual oleh orang-orang susah ke..tak payah lah nak mintak kurang..lebih baik kalau dapat bagi extra lagi..keep the change ke.Apalah salahnya kalau sekali sekala kita bayar lebih pun,kita mengkayakan atau meningkatkan ekonomi bangsa kita jugak,kan?Lebih-lebih lagi untuk customer-customer yang ber Uwang lah yer..Teringat pulak kami pun pernah jugak ada customer macam ni.Pernah sekali tu kan, ada seorang customer datang dengan BMW 5 series..kita pun layan kaw-kaw lah kan..tapi tup tup dah la beli 2 @ 3 kek je..takpelah tu,tapi mintak kurang pun kaw-kaw jugak..kek rm 4 pun nak mintak kurang ke wahai si kaya? Jangan la kita buat macam ni dik oi,buat malu keturunan kita je..betul tau, jatuh standard org yg pakai 5 series jugak..yang datang dengan kereta 'kanc' pun tak pernah mintak kurang..huh huh...

Kita sebagai penjual sangat-sangat happy kalau dapat customer yang memudahkan kita kan..kalau dapat customer yang pemurah lagi best.Lagi satu kan,kita tak payah la nak fussy-fussy sangat..kesian kat orang kalau kita ni fussy sangat..kalau kita terpaksa deal dengan orang macam tu,tahu pulak sakit hati,kan? Orang macam ni selalu tak ingat,kalau kita cerewet dgn penjual,satu hari nanti pasti kita akan dapat customer yang cerewet jugak..

Jadi,kalau nak dapat customer yang baik2..kita pun kenalah jadi customer yang baik untuk orang lain..Kalau kita tak suka orang mintak kurang harga produk kita..Kita pun janganlah cerewet sangat bila berurusan dengan orang lain....Ini untuk peringatan kami sebenarnya..Firdaus dan Zulina ni nampak sangat ikhlas..Mesti baik orangnya..patutlah bisnes Mawar Chocolate Moist Cake pun dah huru hara!..

Harapan kami untuk adik berdua,kita sama-sama menjual chocolate cake di Kuantan..bersaing dengan partner kami Kak Zaliza,tapi kita bersainglah secara sihat..kita samakan harga supaya kita masing-masing tak jadi selfish nanti..masing-masing nak ingat untung jer.jangan kita menjatuhkan bisnes satu sama lain.Kalau u all tak buat, sama jer..mungkin orang lain yg buat..tapi lebih baiklah u all sebab akak dah kenal dan confirm orangnya baik..(Semalam Kak Iza citer,ada satu tempat tu yang mmg ada dua2 kek kita ni..masa K Iza dtg, kek Mawar ni dah berterabur,dia lah yang tolong susunkan...kesian katanya,apa rasanya kalau kek kami dibuat macam tu katanya?).

Salam kasih sayang dari kami, Anis CMC.

Monday, January 14, 2013

Seminar BERANI 2013 @ Gambang,Pahang.

Sesi menyedut ilmu bersama dealer2 hebat dari Kuantan (Pn Zaliza) & Kuala Terengganu (Muttaqin,Natrah & Solihin) @ Seminar BERANI 2013,Bukit Gambang Resort City (13/1/13)

Harini lebih luar biasa hebatnya berbanding KL & Shah Alam! Untung orang Kuantan yer..Respond org Kuantan sgt best..laju..bergegar dewan...itulah sampaikan byk betul yg Dr Azizan perturunkan ELMU..nak share ke tak..nak share ke tak..hehe..sebab banyak betul nii..

Tapi plg best proses hypnotherapy!...tak tau lah sengaja atau tak disengajakan..tapi rasa mmg betul2..tengah menghayati proses menjiwai diri sendiri..tiba2 PLUPP!!..Black out daa..lama jugak rasanya (sebenarnya,bila black out lagi best..dapat menghayati sepenuh jiwa raga.hehee)..tapi Dr Azizan dpt cover dengan baik sekali..Mmg DASYAT la Dr Azizan ni...selalunya proses ini dibuat dengan bantuan muzik..nak tambah rasanya..tapi ni tanpa bantuan muzik pun Dr Azizan dapat handle dengan baik sekali!..Susah trainer lain nak lawan Mentor kita yg sorang ni!..

Petikan Kata-Kata Mentor Dr Azizan Osman di Gambang Resort City.


1. Salah satu rahsia DAO ialah jaga mak jika nak hidup kaya,bahagia,berkat.

2.Kenapa DAO berkongsi semua ELMU ni secara percuma lak tu?..Kerana now dah banyak masa..dulu sangat sibuk (7am-3am).

3.Dulu gaji Dr Azizan banyak giler..RM 1 sebulan...hujung bulan tinggal rm32.50.

4. "Cahaya di hujung terowong lah sangat.." ( Ni yg pegi je faham..hehe..)

5.Lebih baik jadi KAYA yang lupa diri daripada jadi MISKIN yg lupa diri..

6."Man jadda, Wa jadda...Siapa yang berusaha,dia yang dapat.."

7.Dari kecik diajar supaya kita berani,tiba-tiba kita start di salah programkan (Jangan buat itu..jangan buat ini.....)

8.Ni hen pen..kau ni BODOH!!...

9.Experience Dr Azizan sewaktu beliau jatuh terduduk. Katanya,"dah nak melingkup baru tiba2 rapat dengan Allah..tiba2 tahu solat dhuha,solat tahajjud.."

10. Dulu,Dr Azizan pernah berdoa, "Ya Allah,jika kau bantu aku,bila aku berjaya,aku mesti nak kongsi ilmu aku dengan orang lain."

11.Rumah kita,'kanc' kita menterjemahkan apa yang kita  tahu.

12.TEORI tak sama dengan PRAKTIKAL.

13.Sama ada u suka atau tidak..nilai duit akan susut,u tak boleh ubah apa2,baik ubah diri u...

14.Orang yang berjaya tidak risau ekonomi dunia, mereka cipta ekonomi mereka sendiri..

15.Duit BUKAN modal no 1,modal datang bila kita jelas dengan matlamat (mu piau...)

16.Kata Peter Lau, kau tak akan kaya kalau matlamat kau nak jadi kaya.

17.Matlamat adalah jika nak jadi kaya,kaya tu tak tercapai. Kaya boleh datang,jangan kejar kaya.

18.Pesan Peter Lau, cari bisnes yang boleh TOLONG ORANG.

19.Lebih banyak u say thank you, lebih banyak blessing dtg..

20.Melalui quantum physics, bila kita syukur,kita fokus benda yg baik..

21.Apa yg kita fokus,itu yg kita nampak..Apa yg kita nampak,itu yg kita dapat...

22.Dengan sujud, charge kita akan jadi sgt kuat..(dendrites di minda bergabung)

23.Solat 5 waktu adalah waktu kita charge...kalau buat dhuha,tahajud..kita dapat charge lebih..(dendrites di minda bergabung..)

24. Tapi bila getaran pecah, duit akan bocor, tak boleh hold tenaga +ve.Ini dinamakan Simptom kebocoran wang.

25.Bila senyum,vibration bagus..,masa tu kalau doa,lebih cepat dapat.

26.Nak tahu siapa u?...Tengok siapa kawan u..(Saiyidina Ali).

27. Kalau kawan-kawan -ve, u akan -ve.

28. Once kawan u post kat FB "hidup aku teruk", dan u baca, aura -ve tu akan melekat dlm diri u.

29.Lagi banyak doakan kat orang, lagi banyak u akan dapat!

30.Lagi banyak kita komplen,lagi banyak duit akan bocor..

31.Tak pelik hidup seseorang tu tak berubah..kerana,dia tak bersyukur..

32.Sebab diberi bisul..sebab tak bersyukur.(tak bersyukur bila dapat duduk ).

33.Kaya tak susah, yang susah nak ubah diri..

34.Berangan sangkut kat thinking..tapi sebenarnya hati belum betul2 nak,bila betul2 nak kena TULIS.

35.Matlamat adalah angan-angan yang ditulis.

36. The moment u tulis, u akan terperanjat benda tu akan tercapai.

37. Buat dulu baru kita percaya.

38. Kalau tak ada ilmu,hidup MEREMPAT,...

39. Tuhan suka hambaNya yg meminta...bersyukur...dan..mintak lagi...

40.Tengok mak bapak berhutang...anak-anak ikut berhutang..Ini bermakna, SALAH PROGRAM!

41 Ramai oraang underestimate 10 tahun dia..

42.Nak buat kari pun kena plan....tapi makin tua makin tak plan..

43.Tuhan mengikut sangkaan hambaNya..

44.U tahu tak u nak jadi apa next 10 yrs? Sebab tak tahulah kita BOLEH  PLAN...

45.Orang yang bijak,orang yang belajar dari orang lain...Orang yang BANGANG tak pernah belajar..

46.Blur-blurr katak..(heee..)

47.Kalau U bagus..U buat bisnes apa pun akan berjaya..kalau tak bagus....sambung sendiri..(heheh).

48.Ramai orang di luar pencuri impian kita..Siapa dia nak decide hidup kita?

49.Rukun Islam yg ke 3 ialah mengeluarkan ZAKAT bagi orang yang mampu...orang Islam sepatutnya MAMPU!..

THE BEST OF THE BEST FOR US IS.....

50. "Kalau anda tahu apa yang saya tahu...hidup anda akan jadi AMAZING!!!!!!!!!!!!!" kata Dr Azizan Osman.


Terima kasih Dr Azizan Osman & Richworks untuk usaha murni anda MEMPERKUATKAN JATI DIRI ANAK BANGSA!!....

ALLAH Pasti Membalasnyaaa!!!



Friday, January 11, 2013

Rich People,Poor People..

ORANG KAYA, ORANG MISKIN (1)

Kenapa ya ada orang senang jadi kaya, macam ada MIDAS TOUCH atau sentuhan emas? Buat bisnes apa pun dia pasti berjaya..Tetapi ada orang struggle untuk jadi kaya..bekerja siang malam pagi petang tapi tetap tak kaya-kaya atau lebih teruk jatuh miskin?

Analoginya..
Di dalam satu Seminar,contohnya Seminar BERANI 2013,terdapat 2 orang yang duduk bersebelahan dalam dewan yang sangat besar di Wisma MCA. Mereka belajar dari guru yang sama,strategi yang sama,teknik yang sama,tetapi seorang yang menggunakan strategi tersebut berjaya dengan mudahnya tetapi kawan di sebelahnya tetap menggunakan strategi yang sama tetapi tidak berjaya.Lebih teruk lagi jika sama-sama dari bidang yang sama tetapi bukan kedua-duanya yang berjaya.

Ada juga kes orang yang kaya,jatuh dalam bisnes berkali-kali tetapi bangkit lagi dan berjaya lagi.Kenapa pula? Ini terjadi kerana mereka hanya kehilangan wang atau kekayaan tetapi mereka tidak hilang kuasa pemikiran yang mereka ada iaitu kuasa minda jutawan.Segala-galanya sebenarnya terletak di MINDA.

Kenapa semua ini berlaku? 
Kenapa kita tidak mempunyai kuasa minda jutawan?

1. Mind set-pengaruh zaman kanak-kanak
Perkara pertama yang menjadikan kita tidak mempunyai kuasa minda jutawan ialah pengaruh pengalaman zaman kanak-kanak kita yang akhirnya menjadi MIND SET kita.

Kata-kata ini atau salah sangka ini kita pernah dengar semasa zaman kanak-kanak tentang wang,kekayaan,orang kaya dan lain-lain. Inilah yang mempengaruhi minda kita dari kita kecil sehingga kita dewasa.Jika kita tak reprogramkan semula salah sangka ini,sampai bila pun kita tidak akan mempunyai kuasa minda jutawan..atau kita tidak layak untuk jadi jutawan (atau sekurang-kurangnya untuk jadi kaya..).

-Duitlah punca segala kejahatan, 
-Orang kaya selalunya tamak.
-Duit dan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan
-Orang kaya semakin kaya,Orang miskin semakin miskin.
-Cukuplah dengan apa yang ada..tak perlu tamak-tamak..
-Kita tak mampu..
-Ingat aku tanam pokok duit ke?
-Ingat emak kau ni cop duit ke?
-Dia kaya kerana menipu orang
-Dia kaya kerana jual benda-benda yang haram
-Dia kaya kerana baik dengan Menteri..
-Orang kaya ini selalunya menekan orang miskin.
-Cepat sangat kaya,nanti cepat jatuh
-Kaya membuat orang lupa diri,jauh dari Allah..

Kata-kata yang kita dengar tentang duit dan kekayaan ini disogokkan kepada kita sejak kita kecil lagi..Secara tak sedar,.inilah program yang di masukkan ke dalam subconscious mind kita sejak dari kecil.Disebabkan kita telah mendengar kata-kata ini berkali-kali,dan subconcsious mind kita pulak mempercayainya atau menerimanya,maka ia akan menjadi satu program ataupun MIND SET.

Contohnya, ada juga yang tidak ada masalah untuk kaya dan berjaya..tetapi masalahnya ialah menyimpannya..Maksudnya,dia dapat banyak projek juta-juta,senang untuk menjadi kaya..tetapi dia tak pandai untuk menguruskan kekayaannya,end up dia akan buat berbagai pelaburan yang entah apa-apa..Akhirnya,juta-juta itu hilang sekelip mata..Pernah jumpa kan orang seperti itu?..

Mungkin selama ini kita yang mempunyai pengalaman seperti ini akan menyalahkan itulah,menyalahkan inilah..tetapi sekarang,cubalah kaji tentang sepanjang hidup kita..apakah kepercayaan kita terhadap kekayaan? Entah-entah ibu kita pernah menyebut kata yang tak elok tentang kekayaan..seperti sorang kaya itu penipu..Lama-kelamaan, kata-kata ini akan masuk ke subconscious mind, dan seterusnya menjadi satu kepercayaan(belief) kepada kita bahawa orang-orang kaya ni semuanya adalah penipu dan ini adalah sesuatu yang tak baik.Disebabkan dia tak nak jadi orang yang tak baik dalam kehidupannya, secara subconcsiously,dia tidak boleh menjadi KAYA kerana orang kaya itu penipu.Ini bermaksud, kepercayaannya tentang wang adalah tidak selari tentang apa yang difikirkan..

Satu lagi contoh yang lebih mudah ialah apabila kata-kata seperti "Cepat kaya,cepat jatuh..".Akhirnya,orang yang mempercayai kata-kata ini sejak sekian lama...bila berbisnes,dia akan cepat naik tetapi dia juga akan cepat jatuh.Kenapa?Kerana dia tak sedar itulah kepercayaan yang dipegang sepanjang hayatnya..Jadi,bila dia dah percaya kata-kata ini, dia pun dengan sendirinya akan cepat menjadi kaya dan cepat juga jatuh!..

Dari pengalaman saya pula,apabila melihat rumah-rumah yang besar-besar dan kekayaan orang lain,selalu yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah..."Bisnes apa yang mereka buat ni sehingga dapat membeli rumah di kawasan perumahan elit ini? Tak mungkin mereka ni bekerja makan gaji sahaja,mesti mereka ada bisnes ni.."Setiap kali ternampak rumah-rumah banglo ini,itulah yang saya fikirkan..Ini lah yang dikatakan MIND SET.Mind set yang tercipta untuk saya ketika itu ialah bisnes sahaja yang akan membuatkan seseorang itu kaya.Rupanya,bila semuanya telah diprogramkan,Allah akan membawa kita dengan automatiknya ke jalan yang kita ingin lalui..

Bila saya dah faham tentang sunconscious mind ini, patutlah kenapa saya sentiasa rasa nak resign dan membuat bisnes? Rupanya subconcsious mind saya dah bagitau saya rupanya, kau kena berhenti kerja dan membuat bisnes untuk menjadi kaya (maafkan saya,,).

NAK RESIGN?

Sebenarnya point pengaruh zaman kanak-kanak yang masuk dalam subconscious mind ini boleh dijadikan point untuk yang sedang dalam perkiraan untuk berhenti kerja..

Apa yang saya boleh bantu anda ialah...cuba kaji semula apakah kata-kata yang selalu dikeluarkan oleh anda mengenai pekerjaan dan juga mengenai bisnes.Yang mana satu yang mendominasikan pemikiran anda? Jika kata-kata anda bias untuk bekerja,ataupun anda mempunyai buruk sangka tentang bisnes,contohnya..ibu anda pernah mengatakan bisnes perlukan modal yang besar..kalau tak ada modal yang besar,kau jangan mimpilah nak berjaya.Maka anda tidak boleh berhenti kerja lagi sehingga anda benar-benar menukar pandangan anda terhadap bisnes.Contoh untuk kes ini, anda perlu mencari bukti bagi menunjukkan benar2 bisnes tidak perlukan modal yang besar,malah pasti berjumpa dengan orang yang mengatakan bisnes sebenarnya tidak perlukan modal.Bisnes perlukan MINDA.

 Contohnya jika kita percaya bahawa bisnes adalah tidak secured incomenya..tetapi bekerja lebih secured kerana dapat gaji setiap bulan..Maka anda perlu tukar kepercayaan itu ataupun dinamakan REPROGRAMMING!!...Progr amkan semula minda anda barulah anda boleh resign dan berbisnes dengan tenang!..Jika anda berhenti kerja tetapi tidak programkan minda anda,dan anda masih mempercayai mitos-mitos lama ini..ditakuti apa saja yang anda buat selepas berhenti kerja sia-sia belaka..duit simpanan anda akan habis,akhirnya kemungkinan besar anda akan mencari kerja semuala..



















2.Financial Blueprint (old ways of thinking)-tidak di set untuk berjaya
3. Tak allign..
4. tiada kekuatan dalaman-tidak boleh urus wang yg byk


Wednesday, January 9, 2013

TAKUT


Salam Berani!..
Tetapi..ramai yang masih takut!...

Dari kecik lagi  kita dah TAKUT..(selalunya perasaan TAKUT bermula pada umur 7 tahun).

1.Takut nak masuk sekolah
2.Takut dengan cikgu
3.Takut nak exam
4.Takut dapat keputusan exam
5.Takut mak marah kalau tak pass exam
6.Takut hantuuuu...
(it's all about exam...)

Lepas Grad..
6.Takut tak dapat kerja
7.Takut hilang pekerjaan
8.Takut nak berhenti kerja
9.Takut tak cukup duit nak kawiin..
10.Takut parents tak suka calon husband/wife
(it's all about work..)

Dah Kahwin..
11.Takut tak cukup duit,bini mengandung..
12.Takut tak cukup duit nak beli susu,diapers anak..
13.Takut nak start bisnes...takut fail..
(it's all about money..)

Dah berbisnes..
14.Takut kalau-kalau tersalah pilih bisnes
15.Takut tak boleh bertahan
16.Takut kalau fail,orang ketawa,orang cemuh,orang menghukum..
17.Takut rejection
18.Takut persaingan..
19.Takut tak ada jaminan
20.Takut tak ada pencen
(it's all about fear,fear,fear...)

Banyak lagi keTAKUTan sebenarnya....macamana nak overcome?

CONTROL OUR MIND
CONTROL OUR THOUGHTS
CONTROL OUR TALKS
CONTROL OUR IMAGINATION!!..

Salam Berani 2013.

Afdlin Shauki mendapat formula kekayaan di Gaza

Dalam Seminar BERANI 2013 di Wisma MCA baru-baru ini,Dr Azizan telah menjemput saudara Afdlin Shauki untuk berkongsi pengalaman beliau di Gaza.

Melalui cerita beliau, sesampainya di negeri tersebut,beliau merasa sangat hairan,rasa seperti berada di planet lain.Ini yang menariknya, kerana kita semua tahu negara itu sedang mengalami peperangan, bandarnya musnah...Tetapi yang anehnya, rakyat negara itu tidak lekang dengan senyuman..jenuh juga dia mencari mereka yang sedang menangis,tetapi tiada walau seorang pun...

Menurut saudara Afdlin,semua ini kerana mereka sudah redha dengan apa yang berlaku,yang paling penting mereka langsung tak salahkan Allah..mereka hanya marahkan pada Isreel .

Macam ni pulak cerita formula kekayaan yang Afdlin dapat semasa beliau di sana...Sebenarnya sebelum ke Gaza, beliau mempunyai seorang kenalan baru.Mereka menghadiri kursus yang sama.Dalam kursus tersebut, mereka perlu menulis matlamat hidup masing-masing, dan towards the end, mereka perlu exchange kad matlamat masing-masing tadi. Yang menghairankan Afdlin ialah, salah satu matlamat rakannya ini ialah..I have too much time, I want to find something to do.Afdlin kata macam sakit hati jer baca matlamat hidup rakannya ini..Sedangkan dia nak cari lebih banyak masa dengan keluarga kerana dia mempunyai jadual bekerja yang sangat sibuk..

Rupa-rupanya kawannya ni seorang jutawan..dia dah ada beberapa buah kedai yang disewakan dan  asetnya bernilai 2-3 juta.Bisnes beliau ialah bisnes pelaburan hartanah.jadi dia banyak menghabiskan masa di rumah..Mak mertua dia semakin lama semakin tak tenteram dan suka berleter bila dia banyak bermain games di rumah.Kata ibu mertuanya,"Apa la nak jadi dengan laki engkau ni..suami orang lain semuanya keluar bekerja pagi-pagi ni,,tapi suami kau main game?" Ni yang buat si kawan Afdlin ni tak senang duduk.Jadi, di sebabkan banyak duit sangat, dia beli sebuah kilang supaya dia ada tempat nak dituju pagi-pagi,kalau tak kena dengar ibu mertua dia membebel...(orang macam ni pun ada yer..)

Pada satu hari tu, Afdlin dapat call dari kawannya mengatakan dia nak ke Gaza dan berperang..Kata Afdlin,orang kaya ni memang gila..Menurut cerita kawannya ni,dia nak ke negara yang sangat aman pada pandangan matanya..Mukjizat apa yang Allah berikan pada kawannya ni kan..Semasa kawannya mendapat berita peperangan di Gaza tu,beliau berada di Paris bercuti bersama keluarga.Tetapi beliau sanggup terbang dari Paris ke Gaza semata-mata untuk berperang..Punya la susah rakyatnya sendiri untuk join tentera Mujahideen ini, tetapi mudah untuk kawan Afdlin ini..Kagum kan..

Setelah 8 hari berperang, kawannya ini pun pulang ke Malaysia..dan yang menjadi lebih kagum dengan kekuasaan Allah ialah, kawannya ini mendapat tahu bahawa pelaburan hartanahnya meningkat sehingga 1300%...Woww!!..Inilah yang beliau belajar kata Afdlin,kerana kawannya ini sanggup berkorban harta dan nyawa..Allah membalasnya cash!!..Nah, pelaburan dia naik sehingga 1300%!!..Inilah formula kekayaan yang Afdlin katakan itu..

Pada akhir sharing beliau,Richworks telah menghadiahkan sebanyak hampir rm50,000(tak ingat exact amount) kepada Afdlin Shauki dalam usahanya untuk mendirikan masjid di Gaza..Woww lagi!!..Tahniah Dr Azizan dan Richworks...Tapi surprise lagi bila Afdlin memberitahu rupanya semasa pemergian Afdlin ke Gaza baru ni,Dr Azizan merupakan sponsor terbesar untuk Afdlin!...Dahsyattt!!..Tahniah sekali lagi..Semoga Allah sahaja yang membalasnya..

Amin.

Tuesday, January 8, 2013

Abi kami, idola kami

Setelah berpeluang mengenali beberapa orang kenalan baru yang masih muda belia berusia 20-an,kami rasa sangat teruja dan gembira melihat kesungguhan dan keinginan mereka untuk berjaya dalam hidup..Ada yang sudah berumahtangga,ada yang masih single.Tahniah kerana jika semua daripada generasi anda seperti anda,kami tidak akan risau meninggalkan anak-anak kami kelak kerana anda yang bakal memimpin anak-anak kami...

Malangnya..,

Lain pulak ceritanya semasa kami menghadiri Seminar-Seminar Dr Azizan..Saya merasa hairan bila melihatkan ramai yang datang kepada kami untuk sesi sharing selalunya seorang wanita atau seorang isteri..Kadang-kadang memang ada suami disisi mereka, tetapi suami langsung macam tidak excited dan macam tidak ada peranan..Tapi kebanyakannya,hanya isteri yang datang mencari ilmu..suami jaga anak di rumah..adakah itu yang sepatutnya berlaku?

Come on wahai suami-suami..,agresif lah,aktiflah,bersemangatlah,bermotivasilah dalam mengejar kejayaan supaya anda menjadi idola kepada anak-anak anda..Gembirakah anda jika anak anda memilih ayah kepada temannya untuk dijadikan idola sedangkan dia sepatutnya menjadikan ayah mereka sendiri sebagai idola?

Teringat cerita Dr Azizan semasa BERANI 2013 baru-baru ini..Dia bertanyakan kepada anak-anaknya siapakah idola mereka? Mesti dah boleh agak kan..tentulah idola mereka Abi mereka!..Doc Azizan kata,di situlah bagai kemuncak kejayaan beliau sebagai seorang ayah kerana berjaya menjadi contoh kepada anak-anaknya.Kan best macam tu?      

Untuk masa depan anak-anak kita yang akan berkahwin dan mendapat suami yang boleh menjadi pemimpin keluarga, apa yg kita boleh buat ialah, mereka perlu kenalpasti bakal suaminya nanti mestilah yang pandai membuat keputusan.Jika dia seorang yang pandai membuat keputusan di mana nak makan..pandai buat keputusan nak pilih makanan..Itu yg paling dan sangat-sangat basic..Kalau perut sendiri pun tak tau nak isi apa, apa lagi matlamat hidupnya, tak tahu pun kenapa dia dihidupkan...Dan yang paling penting, duit untuk membayar order makanan dan minuman itu dibayar dengan duitnya, bukan duit anak perempuan kita.(Sebabnya,orang seperti ini jika dibiarkan,setelah kahwin..suami akan terperap di rumah,tapi si isterilah yang ke hulu ke hilir mencari rezeki dan berusaha untuk mencari kekayaan untuk keluarga).Orang yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas itu pasti akan berjaya menjadi pemimpin keluarga anak kita.

Sunday, January 6, 2013

TERENGGANU DAH HURU-HARA!!...

2hb baru-baru ni baru je excited pasal dah ramai org Ganu kite tanya pasal Anis CMC dan nak jadi dealer..tapi hari ni 5hb dah huru-hara Ganu kite..(Izinkan kami ceritakan ye Muttaqin Abdullah..)..

Mulanya adik Muttaqin Abdullah ni call nak tanya macamana nak jadi dealer,dengar macam takut-takut je bunyinya..macam main-main je budak ni..bila dia bagitau abang dia yang suruh call sebab abang dia tau Anis CMC belum ada dealer di Terengganu..lagi la tak confident,abang yang suruh call!!...huhu...

Ingatkan dia tak serius,jadi suruh Muttaqin ni ambik kek dulu dengan Kak Iza di Kuantan untuk nak test-test market di Tengganu..ye lah,takkan nak suruh dia turun Shah Alam pulak,sian nanti nak ambik kek 50 biji pun kena turun Shah Alam..

Tak tau pulak rupanya dia SERIUS!!..Dia dah tak boleh tahan..dia nak turun Shah Alam jugak,sebab stok kek dengan Kak Iza pun dah habis,di Kuantan pun dah huru-hara..Muttaqin jadi sangat excited jual kek ni..dari 2hb sampai 5hb,dia dah dapat jual 780 pcs kek..which is amazing untuk orang yang baru start..ini belum pernah jumpa lagi dgn akak n abang..belum turun ilmu lagi dah huru-hara macam ni.Hebat!!...

Ada kedai yang baru berapa jam je dia hantar kek dah habis..50 butir tu....patutlah Muttaqin kata dia dah tak boleh dok diam..gi mari..gi mari katanya...Sampai pukul 12 tengah malam dok kat jalan hantar kek lagi.Semalam gi ambik kek kat Kuantan,sampai rumah pukul 4 pagi baru tido..fuhhh..best giler dia kata...Ni betul-betul penangan kek coklat..(lepas ni sure lagi ramai nak buat bisnes kek coklat..hehe....jgn marah aaa..).

Ingatkan dia tak serius kan?...Rupanya kami yang SURPRISE!!!...Serius surprise sangat!..Dia dah beli chiller!..Mak oi,yang jual bertahun-tahun pun takde chiller lagi..dia baru 3 hari..3 HARI ye,bukan 3 BULAN tau..dah beli chiller..betul-betul serius ni..

Tapi...ada yang lebih SURPRISE!!!..............This one memang gila surprise!......Dia bagitau, dia dah BERHENTI KERJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Double what??.......

Budak ni biar betul....Dia cakap dia dah nekad,umur dia baru 24 tahun..again..24 tahun..bukan 34 tahun atau 44 tahun baru nak resign...tapi semangat dia sangat dasyatt..entah datang confident dari mana agaknya.Hebat budak ni....isteri dia Natrah pun pasti hebat orangnya,kalau tak,mungkin Muttaqin tak dapat buat keputusan yang BERANI macam tu..kalau ada award untuk BERANI 2013,ni salah sorang calon-calonnya,kan?

Sebenarnya kan,bukan nak puji sangat atau encourage sangat orang untuk berhenti kerja,tapi salute dengan orang yang BERANI macam ni.kalau semua budak-budak muda macam ni..BERANI buat keputusan dan BERANI bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dibuat..MasyaAllah..ORANG KITA (pinjam tag line red velvet Wan Razalee@ Edib's CMC) akan jauh lebih maju dan jauh lebih kaya lagi!!...

Tahniah Muttaqin kerana keberanian anda,Dan sekalung tahniah kepada arwah ayah Muttaqin kerana katanya dia dapat banyak dorongan dari arwah ayahnya..Semoga anda dan keluarga dan keturunan anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat!..


Saturday, January 5, 2013

A few words to you our dearly and lovely dealers...


Salam Ukhuwah untuk semua..especially to our dearly and lovely dealers..just a few words to you..,

Kami rasa sangat terharu apabila mendapati komuniti kita ini saling bantu membantu antara satu sama lain..Masing-masing tidak pentingkan diri sendiri,masing-masing berkongsi pendapat, dan masing-masing tidak berebut-rebut pelanggan malah saling berkongsi pelanggan.. Inilah yang membuatkan bisnes chocolate cake kita yang biasa-biasa saja ini menjadi luar biasa hebat kerana komuniti kita terdiri daripada orang-orang yang HEBAT!..

If you realize, our business is not really money oriented, we focus more on relationship..Trust us, we as your cake manufacturer and you as our ambassador..We want to have great relationship with you,we love to share and WE CARE ABOUT YOU!..

Please keep this in your heart..We want to see u success..We think about you a lot and keep thinking on how we can help you more..One day you can achive what we achieved!..Aminn...

Semoga Allah bersama-samaa kita.

Love is the message,
Junaidy & Sophiahanis.

For chocolate cake lovers in Singapore..


Salam sayang untuk chocolate cake lovers di Kota Singapura..
Anis CMC kini mempunyai pengedar yang sah di negara anda iaitu Hidayah and team hp no +6596428824.

Just to share,adik-adik ini yang berusia awal 20-an ini hebat semangatnya..Melihatkan kesungguhan mereka membuatkan kami terasa nak menolong mereka..Semalam diorang sampai dari Singapura ke KL pada jam 5 pagi..dan selepas berjumpa dengan kami pada jam 3 ptg tadi mereka terus menaiki bas balik ke Singapura.

Alhamdulillah setelah adik Hidayah n team dari Singapura ini cuba memasarkan kek di sana,memang permintaan sangat memberangsangkan.Mereka dah mula order 1000 pcs kek seminggu..dan kek-kek ni habis dalam masa 2 hari sahaja.

Mereka datang berjumpa dengan kami untuk membincangkan atau nego tentang harga untuk dipasarkan di sana.Tapi tak banyak yang kami boleh tolong,kerana harga kek kami sememangnya sudah sangat berpatutan..Apa yang kami boleh tolong ialah free delivery untuk mereka sehingga ke JB.

Kami sangat kesiankan mereka kerana dengan harga kek yang kami berikan,mereka terpaksa bayar sewa kereta untuk mengambil kek di JB dan masuk ke Singapura.Mereka juga terpaksa bayar permit untuk masukkan produk ke Singapura.Ini belum masuk kerenah dengan urusan-urusan memasukkan produk yang memerlukan dokumen seperti SIJIL HALAL dan lain-lain dokumen semasa berurusan dengan pihak KASTAM..Banyak dugaan mereka ini..

Untuk marketing di Singapura pula,mereka hanya boleh memasarkan secara mengambil order dari ofis ke ofis atau dari rumah ke rumah melalui Facebook dan words of mouth...Tidak boleh sewenang-wenangnya memasarkan di kedai-kedai dsb nya.Banyak halangan dari segi perundangan rupanya di Singapura ni..Bila mendengar keluh kesah mereka ini,kami berasa sangat bersyukur kita menjadi warganegara Malaysia.Kita sangat mudah melakukan bisnes,kita sangat mudah mencari rezeki di negara kita ini..banyak peluang perniagaan di negara kita ini,memang benar negara kita ini LUBUK segala rezeki!..Patutlah negara kita dibanjiri oleh ramai pendatang asing yang berlumba-lumba mencari rezeki di tanahair kita..Tapi orang kita sendiri tak pandai mencari peluang emas ini..tunggu untuk disuapkan,tunggu untuk dipimpin tangan,baru nak bergerak..Walau macamana pun,jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pemimpin kita yang terdahulu sehingga sekarang, syukur sangat bersyukur!!..

Bagi mereka yang berada di Singapura dan ingin merasai Anis Choc Moist Cake di negara anda,harga yang di pasarkan di sana adalah sangat berpatutan iaitu SD 2.20 untuk size 100 g kek berbentuk LOVE. Jadi anda boleh mendapatkan kek ini melalui pengedar sah kami iaitu Hidayah n team ye..Thank you!

Our message to all Singaporean is..

IT'S ALL ABOUT RELATIONSHIP......

Thursday, January 3, 2013

SEMINAR BERANI 2013 - 30/12/2012 (Wisma MCA,KL)

Tanpa Keberanian,Mimpi Tidak Akan Menjadi Kenyataan

Pada 30/12/2012 yang lalu,saya dan suami telah menghadiri SEMINAR BERANI 2013 di Wisma MCA,Ampang KL.Seminar ini merupakan SEMINAR BERANI 2013 yang kedua dijalankan selepas di JB pada hari sebelumnya.Kami dah tak sabar ni..sebab SEMINAR BERANI 2013 ini merupakan yang pertama kali dianjurkan.So,itulah yang excited sangat ni..Sebenarnya rancang nak join yang di Shah Alam pertengahan Januari nanti,tapi mana boleh sabar nak tunggu..tapi di Shah Alam pun kalau diizinkan Allah nak pi lagi..

 Ramai jugak yang bertanya kenapa kami asyik pergi,pergi dan pergi berkali-kali ke seminar2 Dr Azizan ni? Tak bosan ke? Kan ke dah pandai (orang la yang kata..)?
Sebenarnya kan, susah la nak cakap atau nak bagi orang faham...Walaupun kami masuk ke kelas DAO berkali-kali,kami tak pernah bosan..excited lagi ada..macam Seminar BERANI 2013 ni awal-awal lagi kami dah tertunggu-tunggu..dah tak sabar-sabar lagi..Banyak sangat ilmu-ilmu baru setiap kali ke kelas DAO.Dan kami pun dah addicted sebenarnya..hehehe...addicted untuk mencari ilmu..tak salah kan?..

Yang kata kami dah 'pandai' tu pulak memang sangat salah..Mencari ilmu adalah satu proses yang tak akan ada full stopnya..Kita sentiasa perlu belajar dan mencari ilmu untuk hidup..Orang-orang macam nilah yang selalunya akan berebut-rebut paksa anak-anak supaya cepat-cepat khatam al-Quran(mcm orang dulu-dulu)..tak kisah tajwidnya..hentam sajalah bacaan tu betul ke tak betul..yang penting anaknya kena menang dalam perlawanan anak siapa yang paling cepat khatam Quran..lepas tu berbangga,berbunga-bunga..dan akhirnya anak tu tutup terus al-Quran, sebab dah habis mengaji..analoginya macam tu lah...(tapi nak disalahkan orang-orang ni susah jugak..sebab diorang ni banyak yang terikut-ikut ajaran ibu bapa mereka).

Tapi kan sebenar-benarnya kami berulang-ulang kali ke seminar DAO,selain daripada nak refresh untuk belajar ilmu-ilmu baru DAO..kami rasa kami tahu satu rahsia...yang mungkin ramai yang tak sedar...

RAHSIANYA...

Setiap kali seminar,dewan pasti dipenuhi oleh lebih kurang 2000 orang..peserta yang hadir ini adalah kebanyakannya orang yang tengah bersemangat tinggi..ditambah dengan muzik yang menggetarkan,ditambah dengan kata-kata Dr Azizan yang bersahaja tetapi sangat memberi impak yang dalam...pasti semua yang hadir di situ dimasuki aura positif atau mendapat getaran positif..getaran-getaran ini bergabung sehingga menjadi sangat kuat..bila getaran ini bergabung, semua di dalam dewan ini berada di dalam gelombang alpha (akan belajar dalam IMKK)..dan connectionnya dengan Allah Maha Pencipta menjadi sangat kuat.Ianya sama seperti bila kita pergi beribadah umrah atau haji di Mekah dan di hadapan Kaabah..Jadi,apabila kita berdoa dan meminta-minta dengan Allah pada masa tersebut,ianya pasti akan dikabulkan...

Sebab itulah banyak kes yang kita dengar dari student Dr Azizan ni,especially peserta IMKK..ada yang terus dapat apa yang di doakan semasa dalam kelas...Inilah rahsianya...

Wah panjangnya intro..by the way, antara yang nak di share pasal Seminar BERANI 2013 adalah seperti berikut..

1.Prinsip-prinsip yg perlu ada dlm hidup
Dr Azizan menekankan beberapa prinsip yang semua orang perlu ada untuk berjaya.Antara prinsipnya yang paling utama adalah BERSYUKUR.

2.Visualization
Yang paling best dalam Seminar BERANI ni bila DAO membuat aktiviti visualization..mungkin ada yang mengatakan semua ini mudah dan sebagainya..tapi ianya akan menjadi berbeza kerana kita dalam group yang besar...pasti getarannya berbeza dan sangat kuat..

3.Perancangan Jangka Panjang
4.Perancangan Jangka Pendek

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dipelajari dalam Seminar BERANI 2013 ni. Antaranya ialah apabila tetamu khas Dr Azizan iaitu Afdlin Shauki datang untuk berkongsi cerita bagaimana beliau mendapat formula kekayaan semasa berada di Gaza..InsyaAllah saya akan kongsikan kisah Afdlin Shauki tu dalam posting yang seterusnya..InsyaAllah...

Seperti juga Dr Azizan,kami tidak mahu mengajak-ajak sesiapa pun ke Seminar BERANI 2013 ni..bukan itu tujuan kami,.kami pun dah bosan dengan pelbagai alasan mereka ini..Jadi,seminar seperti ini hanya dibuat untuk mereka yang ingin belajar sahaja..yang memerlukan sahaja..yang tidak memerlukan,yang dah berjaya,yang dah kaya,yang dah pandai...tak payah lah ke seminar-seminar ini..kerana takut-takut nanti terpaksa menjadi JUTAWAN pulak..dan semakin ramai yang tak dapat tempat duduk pulak nanti..

Salam Sayang..


Tuesday, January 1, 2013

Quotes Dr.Azizan Osman di SEMINAR BERANI 2013.

Quotes Dr.Azizan Osman di SEMINAR BERANI 2013.

1.Prinsip pertama dlm hidup adalah bersyukur.

2.Barangsiapa yang bersyukur Aku tambah nikmatnya..

3.90% orang gagal sebab MALAS.

4.Allah mengikut sangkaan hambaNya..

5.Lebih baik kita cuba,cuba,cuba dan mati..lebih baik daripada yang tidak pernah mencuba..

6.IMKK- rezeki datang bukan dengan mengejarnya...rezeki sebenarnya boleh di jemput..

7.Kita selalu upgrade rumah,kitchen cabinet,kereta,tapi bila last kita upgrade knowledge?

8.Kunci kejayaan bukan modal, tetapi DIRI SENDIRI.

9.Sumbangan bermula waktu dia tiada apa-apa untuk disumbangkan,bukannya waktu dah ada..

10.Orang yang biasa memberi adalah orang kaya.

11.Orang gila saja yang sanggup jem di Federal Highway setiap hari selama 28 tahun.

12.Kenapa ada orang yang berjaya dan ada orang yang tidak berjaya? Kerana ada yang tak tulis matlamat, ia akan menjadi angan-angan mat jenin...Ada yang tulis matlamat,orang ni akan berjaya.

13.U order the right thing, U will get the right thing.