Wednesday, January 9, 2013

Afdlin Shauki mendapat formula kekayaan di Gaza

Dalam Seminar BERANI 2013 di Wisma MCA baru-baru ini,Dr Azizan telah menjemput saudara Afdlin Shauki untuk berkongsi pengalaman beliau di Gaza.

Melalui cerita beliau, sesampainya di negeri tersebut,beliau merasa sangat hairan,rasa seperti berada di planet lain.Ini yang menariknya, kerana kita semua tahu negara itu sedang mengalami peperangan, bandarnya musnah...Tetapi yang anehnya, rakyat negara itu tidak lekang dengan senyuman..jenuh juga dia mencari mereka yang sedang menangis,tetapi tiada walau seorang pun...

Menurut saudara Afdlin,semua ini kerana mereka sudah redha dengan apa yang berlaku,yang paling penting mereka langsung tak salahkan Allah..mereka hanya marahkan pada Isreel .

Macam ni pulak cerita formula kekayaan yang Afdlin dapat semasa beliau di sana...Sebenarnya sebelum ke Gaza, beliau mempunyai seorang kenalan baru.Mereka menghadiri kursus yang sama.Dalam kursus tersebut, mereka perlu menulis matlamat hidup masing-masing, dan towards the end, mereka perlu exchange kad matlamat masing-masing tadi. Yang menghairankan Afdlin ialah, salah satu matlamat rakannya ini ialah..I have too much time, I want to find something to do.Afdlin kata macam sakit hati jer baca matlamat hidup rakannya ini..Sedangkan dia nak cari lebih banyak masa dengan keluarga kerana dia mempunyai jadual bekerja yang sangat sibuk..

Rupa-rupanya kawannya ni seorang jutawan..dia dah ada beberapa buah kedai yang disewakan dan  asetnya bernilai 2-3 juta.Bisnes beliau ialah bisnes pelaburan hartanah.jadi dia banyak menghabiskan masa di rumah..Mak mertua dia semakin lama semakin tak tenteram dan suka berleter bila dia banyak bermain games di rumah.Kata ibu mertuanya,"Apa la nak jadi dengan laki engkau ni..suami orang lain semuanya keluar bekerja pagi-pagi ni,,tapi suami kau main game?" Ni yang buat si kawan Afdlin ni tak senang duduk.Jadi, di sebabkan banyak duit sangat, dia beli sebuah kilang supaya dia ada tempat nak dituju pagi-pagi,kalau tak kena dengar ibu mertua dia membebel...(orang macam ni pun ada yer..)

Pada satu hari tu, Afdlin dapat call dari kawannya mengatakan dia nak ke Gaza dan berperang..Kata Afdlin,orang kaya ni memang gila..Menurut cerita kawannya ni,dia nak ke negara yang sangat aman pada pandangan matanya..Mukjizat apa yang Allah berikan pada kawannya ni kan..Semasa kawannya mendapat berita peperangan di Gaza tu,beliau berada di Paris bercuti bersama keluarga.Tetapi beliau sanggup terbang dari Paris ke Gaza semata-mata untuk berperang..Punya la susah rakyatnya sendiri untuk join tentera Mujahideen ini, tetapi mudah untuk kawan Afdlin ini..Kagum kan..

Setelah 8 hari berperang, kawannya ini pun pulang ke Malaysia..dan yang menjadi lebih kagum dengan kekuasaan Allah ialah, kawannya ini mendapat tahu bahawa pelaburan hartanahnya meningkat sehingga 1300%...Woww!!..Inilah yang beliau belajar kata Afdlin,kerana kawannya ini sanggup berkorban harta dan nyawa..Allah membalasnya cash!!..Nah, pelaburan dia naik sehingga 1300%!!..Inilah formula kekayaan yang Afdlin katakan itu..

Pada akhir sharing beliau,Richworks telah menghadiahkan sebanyak hampir rm50,000(tak ingat exact amount) kepada Afdlin Shauki dalam usahanya untuk mendirikan masjid di Gaza..Woww lagi!!..Tahniah Dr Azizan dan Richworks...Tapi surprise lagi bila Afdlin memberitahu rupanya semasa pemergian Afdlin ke Gaza baru ni,Dr Azizan merupakan sponsor terbesar untuk Afdlin!...Dahsyattt!!..Tahniah sekali lagi..Semoga Allah sahaja yang membalasnya..

Amin.

0 comments:

Post a Comment