Tuesday, January 8, 2013

Abi kami, idola kami

Setelah berpeluang mengenali beberapa orang kenalan baru yang masih muda belia berusia 20-an,kami rasa sangat teruja dan gembira melihat kesungguhan dan keinginan mereka untuk berjaya dalam hidup..Ada yang sudah berumahtangga,ada yang masih single.Tahniah kerana jika semua daripada generasi anda seperti anda,kami tidak akan risau meninggalkan anak-anak kami kelak kerana anda yang bakal memimpin anak-anak kami...

Malangnya..,

Lain pulak ceritanya semasa kami menghadiri Seminar-Seminar Dr Azizan..Saya merasa hairan bila melihatkan ramai yang datang kepada kami untuk sesi sharing selalunya seorang wanita atau seorang isteri..Kadang-kadang memang ada suami disisi mereka, tetapi suami langsung macam tidak excited dan macam tidak ada peranan..Tapi kebanyakannya,hanya isteri yang datang mencari ilmu..suami jaga anak di rumah..adakah itu yang sepatutnya berlaku?

Come on wahai suami-suami..,agresif lah,aktiflah,bersemangatlah,bermotivasilah dalam mengejar kejayaan supaya anda menjadi idola kepada anak-anak anda..Gembirakah anda jika anak anda memilih ayah kepada temannya untuk dijadikan idola sedangkan dia sepatutnya menjadikan ayah mereka sendiri sebagai idola?

Teringat cerita Dr Azizan semasa BERANI 2013 baru-baru ini..Dia bertanyakan kepada anak-anaknya siapakah idola mereka? Mesti dah boleh agak kan..tentulah idola mereka Abi mereka!..Doc Azizan kata,di situlah bagai kemuncak kejayaan beliau sebagai seorang ayah kerana berjaya menjadi contoh kepada anak-anaknya.Kan best macam tu?      

Untuk masa depan anak-anak kita yang akan berkahwin dan mendapat suami yang boleh menjadi pemimpin keluarga, apa yg kita boleh buat ialah, mereka perlu kenalpasti bakal suaminya nanti mestilah yang pandai membuat keputusan.Jika dia seorang yang pandai membuat keputusan di mana nak makan..pandai buat keputusan nak pilih makanan..Itu yg paling dan sangat-sangat basic..Kalau perut sendiri pun tak tau nak isi apa, apa lagi matlamat hidupnya, tak tahu pun kenapa dia dihidupkan...Dan yang paling penting, duit untuk membayar order makanan dan minuman itu dibayar dengan duitnya, bukan duit anak perempuan kita.(Sebabnya,orang seperti ini jika dibiarkan,setelah kahwin..suami akan terperap di rumah,tapi si isterilah yang ke hulu ke hilir mencari rezeki dan berusaha untuk mencari kekayaan untuk keluarga).Orang yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas itu pasti akan berjaya menjadi pemimpin keluarga anak kita.

0 comments:

Post a Comment