Sunday, January 27, 2013

Tersepit..antara pekerja dan pelanggan..

Tersepit...antara pekerja dan pelanggan..

Pasti ramai majikan pernah melalui situasi seperti mana kami hadapi semalam. Cuti Maulidur-Rasul dah declare dengan staff..Tiba-tiba masuk order yang penting dari Kuantan.Kalau dekat-dekat tu boleh lah nak kow tim..ini Kuantan pulak..

Sebagai majikan, kami memang memahami situasi pekerja.Bila dah dapat cuti,pasti semua dah rancang ke sana ke sini..Bila diminta bekerja,masing-masing ada hal...Nak disalahkan diorang pun tak boleh jugak...maklumlah sebagai pekerja,memang hari cuti lah yang ditunggu-tunggu untuk bersama keluarga..Memang sangat faham kerana dulu kami pernah menjadi pekerja..

Sebagai pengeluar atau manufacturer pula, kami juga sangat-sangat memahami situasi dealer kami.Pasti dia ada order yang perlu dihantar secepat mungkin..mungkin ada yang order untuk function ke..Oleh kerana pelanggannya nak cepat,Kak Iza push kami pulak..hehe..dia kata yang ordernya 2000 kek tu kemudian tak apa, hantar 400 dulu,itu yang penting.Kata Kak Iza, waktu cuti macam ni lah dealer-dealer Kak Iza nak keluar menjual.Betul jugak tu..

Tersepit..Kami tersepit di antara kebajikan pekerja dan kepuasan pelanggan...

Tapi alhamdulillah..setelah berbincang,akhirnya 2 orang staff iaitu Mohd Noor dan Omar setuju untuk terus hantar ke Kuantan malam itu juga..dan mereka sampai pulang ke Shah Alam jam 1.30 pagi. 

Sebenarnya adik-adik 2 orang ini dan juga semua yang masih bekerja dengan majikan anda, kami sangat terharu dengan pengorbanan anda. Bila mendapat update dari mereka semalam jam 11 malam mereka dah sampai ke Kuantan..terasa sangat terharu..kesian sebenarnya, siang tadi mereka dah penat bekerja,malam terpaksa bekerja lagi setelah mendapat arahan..Bila mendapat update sekali lagi mereka dah selamat sampai jam 1.30 pagi,rasa sangat bersyukur mereka selamat sampai..Tak sampai hati sebenarnya..

Adik-adik, mungkin ini perkara biasa bagi sesetengah orang,dah kerja namanya bukan? Tapi..bagi kami yang baru setahun jagung handle pekerja..terasa pengorbanan ini sangat bermakna..Sebenarnya adik-adik,kami masih tak percaya yang kami ada 30 orang pekerja..mungkin kerana masih baru,kami tak menganggap adik-adik semua sebagai pekerja..kami betul-betul menganggap anda semua seperti menolong kami,tolong selesaikan masalah permintaan yang tinggi dari customer kita..

Bila situasi macam semalam berlaku,kami harap adik-adik dapat faham bahawa bisnes kita ini adalah mengikut permintaan customer..Macam apa yang kita hadapi sekarang,terutamanya seminggu dua ini..permintaan sangat tinggi..kita perlu meet customer's demand..kita tak boleh berkata tidak..Kita tak boleh menghampakan mereka..Mereka tengah excited untuk berbisnes..Mereka tengah seronok menjual..Mereka seronok kerana mendapat sambutan..Kalau kita berada di tempat mereka macam mana? Jadi, walau macamana pun kita perlu uruskan penghantaran.Kepuasan pelanggan dan servis yang tip-top adalah perkara yang paling kita utamakan.

Bukan bermaksud,bila akak dan abang minta adik-adik tolong uruskan penghantaran,kami tak memahami u all..Sedangkan,seperti semalam..akak sangat risau adik-adik drive malam-malam..Akak faham,adik-adik juga ada mak ayah..ada isteri dan anak..pasti diorang risau keselamatan adik-adik..Dan sesungguhnya, kami bukan mengejar sale adik-adik.. kerana apalah sangat dengan 400 kek sampaikan terpaksa hantar ke Kuantan?Dan kalau culcalate balik,sale tu rm1000 je..Dengan upah u all lagi,dengan duit minyak kereta dan sebagainya, berapa je tinggal?
 Demi keselesaan adik-adik jugak,kami decide suruh adik-adik hantar kek dengan kereta saja..Sebab kami fikir,dengan kereta boleh bawak laju sikit tak macam van..Kalau letih pun,sorang boleh baring selesa sikit..tapi kalau guna van,tak dapatlah..Macam-macam yang kami fikirkan sebenarnya.

Tapi ini memang bukan sebab sale adik-adik..Kesian bila teringat mana tau,dengan duit sale kek ni lah customer kita tu dapat beli susu atau pampers anak? Mungkin juga mereka baru dapat 1st order,tapi  kalau kita tak dapat hantar,pasti dia kehilangan salenya.Faham sajalah,kalau baru start bisnes macam kita jugak lah dulu..excited..nak cepat dapat stok dan dan jugak..Sebenarnya kan..adik-adik ni bukan setakat hantar customer's order,tapi indirectly adik-adik lah yang add value hidup diorang.Nak tahu apa yang u all akan dapat in return kalau u add value hidup orang? U all akan dapat more..more n more..dalam hidup u all..Apa yang more? Kekayaan,keberkatan, kesihatan,kebahagiaan...Percayalah..itu janji Allah..

Tapi adik-adik,kami pernah bekerja dulu..sebagai pekerja,susah nak cerita..takut dikatakan naik bakul pulak..tapi sebagai pekerja,macam abang ady..pukul 2-3 pagi pun pernah dia keluar untuk selesaikan masalah bossnya (orang Jepun) yang terlibat dalam kemalangan (yg minor je).Akak teringat lagi,bila dapat call dari bossnya jam 2 @ 3 pagi,terus dia bersiap dan langsung tak merungut pun..malah dia kesiankan bossnya..(Kebetulan boss dia baru sampai dari Jepun,dan mintak tolong abang ady uruskan dengan balai polis dan sebagainya).Bila bekerja,dia sangat komited.Akak rasa dia beri  more than 101% semasa bekerja dulu..Dan pernah juga,dia tak dapat cuti masa wedding adik akak di Penang.Boleh ke dia bagi alasan kat Boss dia tak boleh datang kerja sebab wedding adik ipar? Dia boleh je ambik MC ke..EL ke..tapi dia tak buat..dia terbang balik jugak ke ofis di Shah Alam.

Terima kasih ye Mat Nor dan Omar kerana memahami..Terpaksa berkorban masa dan tenaga..Happy dan bersyukur sangat mendapat pekerja seperti adik-adik ni..Kami sangat menghargai anda..Semoga kita semakin hari semakin memahami antara satu sama lain..Kami sentiasa cuba memahami kalian,dan diharap kalian juga cubalah memahami kami..WHAT U GIVE, U'LL GET BACK!!...Itu janji ALLAH!..

Salam PENGHARGAAN untuk semua pekerja di luar sana dari majikan anda.

0 comments:

Post a Comment