Kalau kita ada peluang berkongsi pengalaman dengan orang yang berjaya, berani-beranikanlah cakap dengan dia yang kita nampak dia berjaya disebabkan kerana dia bernasib baik!..Tunggu apa jawapannya...Tentu dia tak berapa selesa dengan tanggapan macam tu..Kenapa? Kerana sememangnya tiada siapa pun berjaya kerana cuma disebabkan dia bernasib baik!..
Kalau kita percaya yang punca kejayaan adalah disebabkan nasib...Masyaallah, ramai lah yang susah nak berjaya..Baik tak payah buat bisnes, kerana kita akan rasa, buat bisnes macamana pun belum tentu kita akan berjaya..belum tentu nasib kita..
Teringat kata-kata tentang nasib ini 5 tahun lalu......
Masa tu saya dah 2 tahun berniaga kek...Nak tahu apa mereka kata pada saya?....Mereka kata, dia tu boleh lahhhhh buat bisnes kek macam tu....Dia tu, nasib dia sangat baik, sebab ada Kak Wati (pembantu rumah)..Kak Wati tu rajin....Kak Wati tu pandai buat kek....
Ingat saya suka ke orang cakap macam tu kat saya?...Maaf lah, bila mereka kata macam tu, saya tersentak sebenarnya...sedih jugak di sudut hati...Maksudnya, kalau tak ada pembantu yang bagus macam tu, mungkin saya tak akan berjaya!..Macam tu lah kot apa yang mereka rasa terhadap saya...
Tapiii.....
Setakat tersentak sajalahhh....Kata-kata tersebut langsung tak menakutkan saya...Tambah menaikkan semangat saya lagi!..Saya yakin bahawa kejayaan saya masa 2 tahun itu BUKAN disebabkan NASIB!!!...Kalau saya betul-betul percaya dengan kata-kata yang tak memotivasikan itu, pasti saya akan sangat takut kalau pembantu saya lari ke..pembantu saya nak berhenti kerja ke....Tapi, semua tu tak ada di minda saya masa tu..Yang saya tahu dan saya yakin, hanya SATU!...Rezeki datang dari Allah, itu saja yang saya pegang kuat-kuat!...
Disebabkan keyakinan saya yang kuat itulahh...bila Kak Wati atau Master Chef kami dicuri orang...., kami tak goyah..alhamdulillah...Kami dapat mencari pengganti yang baik..Perniagaan terus macam biasa malahan alhamdulillah lebih meningkat lagi walaupun yang dikatakan NASIB saya itu dah tak ada..Genap setahun yang lalu, Kak Wati tak ada...di curi orang....Tapi, saya ingat lagi saya katakan pada suami...Ujian ini adalah untuk kita lebih YAKIN PADA ALLAH!! Allah nak tunjuk kepada kita bahawa betullah apa yang kita katakan sebelum ini..Kita tak bergantung pada NASIB, nasib kita bukan terletak pada Kak Wati seperti yang dikatakan itu..Tidak!!!...Kita BERGANTUNG HANYA PADA ALLAH!! ALLAH yang memberi rezeki kepada kita...
Ada jugak yang dikatakan bernasib baik sebab dia datang dari keluarga yang kaya..Dia boleh lahhh...tengok lah siapa mak ayah dia...Kalau sayalah, mesti tak sedap dengar orang cakap macam tu...sebab macam lah sebagai anak nii..yang tahu hanya nak tumpang kekayaan mak ayah saja....Kita tak ada kebolehan kah?..Kita tak ada keistimewaan kah?...Kita tak ada nilai kah?..Kalau macam tu, semua anak orang kaya akan berjaya lahh...Sebab dia ada banyak modal?..Macam tu ke? Maaflah....realitinya TIDAK!...Mungkin betul dia ada banyak modal..dia boleh buat loan dengan ibu bapanya, tapi...kalau dia tak kuat, dia tak ada ilmu dan sistem, dia boleh invest berjuta ringgit untuk marketing sekalipun...Lihatlah....banyak yang dah suam-suam kuku!!...Na'uzubillah...
Sebenarnya, tiada yang berjaya disebabkan nasib...Kecuali kalau dari kecik mak suka sebut, anak bertuah betull...itu mungkin!..Sebab itu DOA IBU....Itu citer lain...
Jadi, tak perlu risau-risau dah pasal nasib semua tu...Dan, ingat..tak ada yang gagal juga disebakan NASIB TAK BAIK pulakk...Tidak, sama sekali tidak!!..Duduk diam-diam, pikir balik..Sebenarnya, apa yang u kecapi sekarang ni...adalah apa yang u create di minda selama ini...Kejayaan atau kegagalan kita sekarang ini adalah apa yang kita fikirkan 5 tahun lepas..Kita yang sebenarnya nak jadi macam sekarang ni..Kita sendiri yang dah bayangkan semua ini...Kita sendiri yang sering berkata-kata untuk sampai ke tahap ini...Sedar tak sedar sebenarnya, semuanya dah ada di minda kita !!..
WALLAHU'ALAM
ALLAH MAHA TERSEMBUNYI (AL-BATIN)
Jika kaum beriman membiasakan diri membaca nama ini sebanyak 33 kali sehari maka alam batin mereka akan jadi terang, mata hati mereka akan terbuka,mereka akan mulai melihat hakikat yang sebenarnya dan memahami makna segala sesuatu, ataas izin Allah.
0 comments:
Post a Comment