ORANG YANG TUTUP KEDAI BUKAN GAGAL
Ramai kan, yang dulunya berbisnes, ada kedai (atau online) dan sebagainya...tapi sekarang dah tutup kedai..dah tak buat bisness..dah bekerja semula.. Apa persepsi anda terhadap orang-orang yang dalam situasi macam ni?... GAGAL?
Pasti ramai yang cop mereka ni sebagai GAGAL!...
Tapi TIDAK GAGAL bagi saya!..Saya tak pernah ingat macam tu..Saya tak pernah berfikiran baawa orang yang berada dalam situasi macam ni adalah gagal! Bagi saya, ini adalah satu proses biasa yang perlu dihadapi oleh setiap orang untuk lebih berjaya.Memang proses ni pahit, tapi...sebenarnya, semua orang berhadapan dengan ujian dari Allah. Allah hanya menguji sebenarnya...supaya hambaNya ini kembali berserah padaNya...meminta bantuan denganNya..Kata Allah, jika hambaNya ini dapat mengatasi ujian hebat ini, pasti Allah akan memberi nikmat lagi dan lagi...Dan Allah tahu bahawa orang yang diberiNya ujian ini sebenarnya orang yang cukup hebat dan luar biasa!..Orang ini mampu untuk menghadapi ujian ini dengan baik sebenarnya...Pernah dengar tak kata-kata ini, "Cabaran yang hebat adalah untuk orang-orang yang hebat?".Setiap kali kami ditimpa ujian, itulah kata-kata yang saya dan suami sering sebut-sebutkan....Bila saya sebut ayat tu, suami akan bersemangat semula!..Terus singa keluar dari dirinya!..:)
Semalam kami berjumpa dengan seorang hamba Allah yang dulunya buka restoran. Tapi setelah 3 tahun beroperasi, dia dah tak sanggup nak teruskan bisnes itu. Masa tu katanya tak ada Mentor, Ilmu dan Sistem...apa lagi, hihi bye bye lah...Yang buat saya terkejut ialah, dia kata SETAHUN dia tak keluar dan tak berani nak jumpa orang! Sampai terpaksa berpindah keluar dari negerinya..2 kali saya tanya dia, kenapa macam tu?..kenapa macam tu?Ye lah katanya, hilang semangat, rasa malu kat orang..macam-macam lah rasa...
Kesiannnn...sangat kesiannn...dapat kita rasa kan apa yang dia rasa?..
Tapi kan, itulah dia budaya masyarakat kita sebenarnya.Dari awal, dari kecik lagi..kita dah terbiasa dan diajar dengan mengecop orang yang seperti ini GAGAL!..Perasan tak semuanya ini datang dari mana? Dari budaya lahh..Bila habis exam, semua orang..parents kita, mak-mak saudara kita..makcik-makcik jiran kita..semuanya lah, pasti akan gembira dan celebrate dan puji melambung-lambung kalau dengar kita dapat nombor 1 dalam kelas..atau dapat SPM pangkat 1. Kalau yang pangkat 3 atau dapat nombor corot tu, habislah, jadi bahan umpatan orang sekeliling...mak bapak pun malu, tak sanggup nak keluar rumah!..
Itulah dia...dari situlah salah satu puncanya....Jadi, adalah perkara biasa kalau ada kalangan kita yang tutup kedai dicop GAGAL! Tapi....kata kawan kami, memang masa tu malu,tapi hidup terpaksa diteruskan juga...Anak bini takkan nak biar,takkan buat-buat tak paham je?..Akhirnya dia kata, dia teruskan dalam bidang masakan juga..buat katering pula..Dan, sekarang dah bukak kedai semula.Baguslah macam tu, dia tak give up, dia dah dapat kenal pasti di mana kelemahannya...dia rasa geram kalau dia tak mencuba sekali lagi...Lagi-lagi sekarang dah ada ilmu!..Dan, yang bestnya, dia kata kali ni dia dah nampak jalannya...aura jutawan dah makin terasa-rasa..Tengok!..Tak semestinya sekali gagal, bererti gagal selama-lamanya..In fact, orang yang diuji hebat macam ni, kalau dia sentiasa belajar dan tahu di mana kelemahannya dulu...dan memperbaikinya...Dia akan menjadi orang yang LUAR BIASA HEBAT!..Ramai yang macam ni, kan?..
Tapi....yang saya tak puas hati ialah...kenapa dia sendiri nak rasa malu? Dan terpaksa membuang masa selama setahun tanpa arah tujuan..TAK PERLU MALU!...Yakin dengan diri sendiri!..Biar, lantak pi diorang semua tu nak kata apa...hanya kita yang tahu kekuatan kita.diri kita.Betul, mungkin ada yang kita tersalah buat masa kita bukak kedai tu,tapi anggaplah itu sebagai pelajaran yang berguna. Cermin diri juga...Kalau kita boleh nampak dan mengaku kesalahan kita, maka kita dah cukup hebat! Jangan salahkan orang!..Itu saja perlu kita hindari..Ada orang salahkan pekerja, salahkan orang bomohkan dia..salahkan family tak support..salahkan kawan-kawan...macam-macam yang disalahkan!..
Tak ada sebab orang nak bomoh-bomoh lah..kita yang menarik situasi bomoh-membomoh ni...Kita yang takut sangat, takut abang sebelah bomohkan kita sebab makanan kita laris..Kita yang takut terlebih, lepas tu..mulalah kita fikir pelik-pelik...bila fikiran kita atau hotak kita dipenuhi dengan bomoh-bomoh ni....Of cos dia datang..of cos dia akan benar-benar terjadi, sebab kita yang mintak-mintak dia datang..(kira mintak lah..kalau selalu dok pikir..).Apa kata bila kita masuk kedai kita...berbuat baik dengan semua tokey-tokey kedai di situ?..Buat relationship...jadikan mereka mentor, selalu bagi hadiah kat diorang ni..Bila kita start berbaik-baik dengan orang, insyaallah..lama-kelamaan abang sebelah yang agak lain macam dengan kita ni pasti dia cair jugak beb...Cari jalan untuk berbaik-baik dan build relationship dengan orang!..Kalau kita ikhlas, insyaallah segalanya akan jadi mudah..Ingat, jauhi dari buruk sangka dengan orang!..Takut benar-benar terjadi apa yang kita fikirkan tu!..
Untuk kita sebagai orang luar, pleaseeee lah...jangan fikir mereka yang tutup kedai ni orang yang GAGAL!..Tahu tak, mentaliti mencemuh orang ni sangat bahaya dalam masyarakat kita? Buruk kesannya tau..Akan membuatkan orang itu hilang keyakinan dirinya..hilang semangatnya nak hidup..Kita jangan biasakan dalam masyarakat kita suka memandang hina orang lain!.Jangan cop orang ni gagal,orang tu gagal..Bagi mereka peluang untuk memperbaiki diri..Macam lah kita ni perfect sangat, macam lah kita ni tak pernah gagal?.Dulu masa sekolah, pernah gagal jugak..Biasalah tu..tak ingat ke?..Kenapa bila orang tutup kedai nak kata macam-macam kat orang tu..Sepatutnya kita bagi semangat supaya dia naik semula!..Bantu dia..Dia tengah buntu..Tunjuk jalan, bawak dia pegi kelas...Janganlah sedap-sedap kata orang ni fail lah, macam lah kita konfem-konfem hidup kita indah selama-lamanya....Kita konfem ke kita tak diberi ujian oleh Allah?.Tak takut ke WHAT YOU GIVE YOU WILL GET BACK MORE?..
ALLAH MAHA PENGHITUNG (AL-HASIB)
Diyakini bahawa jika seseorang membaca Hasbiallah al-Hasib sebanyak 70 kali siang dan malam,nescaya dia akan terhindar dari rasa takut kepada musuh,jiran yang licik, orang yang iri hati, atau untuk menjaga rumah seseorang dari kerosakan.
Wednesday, June 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment