SUAMI JADI FOLLOWER ISTERI @ ISTERI JADI FOLLOWER SUAMI?
Dalam kehidupan kita, cuba kita renungkan selama ini kita adalah follower ke atau kita adalah leader? Dulu saya suka jadi follower saja, masa tu keyakinan diri pun sangat rendah.. Tetapi bila keinginan untuk berjaya itu sangat tinggi, saya faham..saya dah tak boleh jadi follower.Kita memang perlu jadi LEADER untuk berjaya!..Jarang sekali sebenanrnya ada follower yang akan berjaya di tahap tertinggi.
Tapi faham tak leader dan follower tu apa? Bukanlah leader yang dia pioneer atau dia yang mula-mula dulu start sesuatu bisnes..Tak..Walaupun bisnes yang u nak buat tu dah ada orang buat pun...takpe, takde hal..yang penting u kena jadi leader dalam komuniti bisnes u..Siapa komuniti bisnes u? Orang yang sekeliling u, yang berkait rapat dengan u macam keluarga kita, kawan-kawan kita,pekerja kita,pelanggan kita...
Tapi, kalau yang dah berkahwin..tak bermaksud sebagai isteri, kita kena jadi leader suami..No No No..Untuk isteri, suami tetap leader isteri sama ada di rumah atau di pejabat (untuk pasangan yang sama-sama berbisnes).Tapi, masing-masing ada komuniti masing-masing kan..Bermaksud suami ada kawan-kawan dia, keluarga dia...isteri pun ada kawan-kawan dan keluarga dia..Masing-masing kena jadi LEADER dalam circle of friends nya.
Ramai yang fikir macam ni,cukup lah tuuu..rumah nak tinggal nak tidur dah ada..makan pakai walau tak mewah tapi memang cukup..3 perkara tu kan asas kehidupan?Yang asas kita dah lepas...Tapi sekadar itulah..Tak payah nak cakap pasal nak tolong mak bapak di kampung,atau nak hantar mereka buat umrah atau haji,atau nak tolong adik beradik kita yang di kampung..Nak sedekah, nak zakat...jangan cakaplah, memang tak mampu! Habis semua tu tanggungjawab siapa?Kerajaan? Adik beradik yang lain? Masing-masing lepas tangan...Langsung tak fikir pasal tu, pikir perut masing-masing ja..asal perut sendiri kenyang,mak bapak di kampung tak kesahh...
Tapi pointnya di sini ialah tak ada cara lain untuk keluar dari situasi ini...kecuali kita kena ambil inisiatif!!..Atau dengan perkataan mudah, ambil TINDAKAN!..Siapa yang boleh ambil inisiatif? Semestinyalah LEADER! Follower dia follow je..Kalau follower dah start bertindak macam leadernya,follower tersebut dah jadi LEADER! Macam tu lah, baru boleh berjaya!
Baru ni dengar cerita tentang seorang dealer kami ni..Kalau dengan kami, dia nampak macam pemalu atau segan-segan.Tapi terkejut jugak bila dengar cerita dari isterinya, kawan-kawan suami dia ni suka datang ke rumahnya.Mereka suka dengar sharing pengalaman dan ilmu suami dia..Diorang kata kalau balik mesti diorang dapat banyak idea, diorang jadi bersemangat kalau jumpa dengan suami dia ni..Wah, tak sangka betul...rupa-rupanya diam-diam berisi..baguslah macam tu..Itu maksudnya dia dah start jadi leader..Tengoklah, saya yakin dia akan pergi lebih jauh lagi kalau dia ada attitude tak kedekut ilmu ni..:)
Segalanya bermula di rumah.Suami perlu jadi leader di rumah untuk isteri dan anak-anak.Jangan jadi suami yang lembek ikut saja cakap isteri..Tambah-tambah kalau isteri jenis yang negatif lama-lama negatif jugaklah sang suami...Ada jugak yang sanggup jadi driver isteri je? Isteri buat bisnes ke hulu ke hilir..suami kata, takpe i support u..u nak p mana pun i bawak u.Tapi bila jumpa client, i tunggu dalam kereta je..u jumpalah client sorang-sorang sebab u lebih pandai...Habis, suami tak nak belajar? Sampai bila nak mengharap isteri?..
Kalau situasi yang sama-sama berbisnes suami isteri, of course suami yang perlu lead bisnes u..Bukan biar saja isteri yang jaga kedai..tapi suami dok belek komputer je...Pelik jugak baru ni saya dengar ada suami yang sanggup tak nak bukak kedai sebab isterinya demam! Belajarlah malu sikit...malu dengan anak-anak, dengan ibu bapa mertua...Kalau orang macam ni, sorry to say...Tak ada KARISMA banggg...TAK POWER!!...Siapa kata u tak boleh buat bisnes tu? U yang sendiri tak cari kekuatan...U biarkan saja biawak menghantui u...U sedar tak biawak tengah kontrol u tu..Tak susahhh..yang penting u start jadi leader dalam rumah u tu dulu ok!..
WALLAHU'ALAM....
ALLAH MAHA BIJAKSANA (YA HAKIM)
Jika seseorang merasa bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan tugas yang ditanggungnya,atau jika semua usaha yang ditempuhnya mengalami kegagalan, kemudian dia tetap membaca nama ini, nescaya segalanya akan berubah menjadi lebih baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment