THE POWER OF SEDEKAH!!....
Sharing tentang bersedekah ini adalah sharing yang original dari mereka yang rapat dengan saya yang sempat saya kumpulkan semalam untuk renungan kita bersama. Semoga kita lebih dapat nampak betapa nikmatnya dan berkatnya bila kita bersedekah.Kita dengar cerita diorang ni kay..Terima kasih kepada semua yang terlibat!..
1. Puan Siti Zura
Sebenarnya, kata Puan Zura..sepanjang minggu ni salesnya agak slow...tapi bila semalam dia menjadi huru-hara di sebabkan kami pihak Anis Chocolate (HQ) buat first trial FB Ads untuk beliau, dan beliau tak bersedia pun kerana kami tak bagitau pun pada dia...Dia sangat bersyukur, kek sampai hampir habis licin, kedainya diserbu..suaminya sampai kebas jari membalas pertanyaan di inbox.
Beliau bersyukur sangat kerana katanya...Dia teringat sesuatu yang dia buat pada awal minggu baru-baru ni, dia bersedekah kepada ahli keluarga yang memerlukan.Tapi yang bestnya dia bersedekah dengan jumlah yang lebih dari yang diperlukan.Dan tengok, betapa cepatnya Allah beri balik!
2.Tuan Abdul Basit
Tuan Abdul Basit sangat bersemangat bila menceritakan tentang keajaiban-keajaiban yang berlaku dan sedang berlaku dalam hidup beliau selepas beliau banyak mengamalkan sedekah.
Kata Abdul Basit, sejak dia praktikkan memberi makan kek dan apa saja pada sesiapa saja tak kira tetamu ke, dealer mereka ke, sesiapa saja yang datang ke premisnya,dia rasa Allah membalas dengan miracle yang susah nak diceritakan..
Cotohnya, dia baru niat nak bagi kek kepada seseorang, dia terus dapat order 100 biji kek tapi pada harga RM 5!..Woww!!...Dasyat tu...Kata Abdul Basit, bila kita bagi makan kat orang walaupun dia mampu sebenarnya, tapi bila dia gembira dengan pemberian kita..rezeki dia akan melimpah kepada kita...Hmmm, menarik tu!..
Abdul Basit berkongsi lagi, perjalanan bisnesnya menjadi sangat mudah dan lancar sekarang ini, Allah mudahkan, macam air turun dengan derasnyaa....Dia juga mendapat pengurus yang sanggup bekerja dengannya tanpa gaji selama 2 bulan. Dia juga di tawarkan seorang kenalan yang nak tutup kedainya, nak bagi Abdul Basit pakai dulu chillernya, tak payah bayar lagi..Dan, diam tak diam, total salenya bulan lepas adalah RM10 ribu!...Wowww hebat betul anak muda yang selalu datang ambik kek dengan motor ni!..Tahniah Abdul Basit, keep it up kay..:)
3.Tuan Azham Ariff
Tuan Azham Ariff menceritakan kepada saya pengalaman dia bagi duit pada ibunya.Dulu dia fikir ibunya dah bergaji besar, takkan nak bagi RM 100 atau RM200 je..Tapi, dia kata dia silap sebenarnya...Bukan itu yang penting, yang penting ibunya bahagia. Ibunya seronok rupanya bila dia belanja atau bagi duit saja-saja..
Bila ibunya seronok katanya, Allah lorongkan jalan untuk dia dengan mudah.Contohnya bulan ni, dia dah dapat jual 8 penapis air Coway, lagi 2 biji saja dia akan dapat pecahkan tembok target salesnya...Wow, hebatnya amalan bersedekah!...
4.Puan Natrah Muttaqin
Puan Natrah ceritakan, dia sangat-sangat dapat rasakan keberkatan hidupnya selepas dia dan suami mengikut jejak langkah ayahnya yang suka bersedekah..Cerita Natrah, ayahnya ni suka betul tolong orang. Sekali tu, masa di kedai makan, ada orang gila mintak makanan pada tuan kedai, tapi tuan kedai halau...Bila tengok keadaan tu, ayah Natrah panggil balik orang gila tersebut dan diajaknya makan..Dia kata pada tuan kedai, takpe..orang ni lapar je, dia tak kacau...
Lagi satu cerita sangat menarik tentang ayah Natrah ni, bila dia di tempat kerjanya, kalau dia nampak student duduk sorang-sorang dekat pondok/tempat rehat, dia akan sedekahkan duit pada student tersebut. Dia tahu, pasti student tu tengah mengalami masalah kewangan. Kata Natrah, yang dia nampak, akibat baik hatinya ayahnya..hidup dia tenang dan nampak happy je..Dan ayah dia pun sangat sihat walaupun dah berumur..:)
Satu lagi pengalaman Natrah bersama suaminya Muttaqin, sekali tu mereka bercadang nak sedekahkan kek untuk anak yatim, tapi disebabkan sibuk sangat..sampai diorang ni terlupa. Pastu terasa macam tak best je bisnes masa tu..ada saja penghalang..sale pun tak menarik sangat...Bila diorang pikir-pikir apa yang tak kena..baru teringat pasal anak yatim tu..cepat-cepat diorang sedekahkan kek pada anak-anak yatim. Lepas tu, terus je bisnes jadi mudah..lancar je..customer pun makin bertambah-tambah!...Fuh, hebat kan?
5.Mai Empire's Crackers
Mai ni dari kecik dah suka bersedekah..Contoh mai ada pak cik dia tak berapa sihat tapi nampak macam normal, dari kecik mai suka bagi duit belanja mai kat dia sebab mai kesian tengok dia..Dan,mai athelete dulu, mai mintak kasut sukan untuk training,walaupun mak ayah mai time tu sebenarnya susah, tapi diorang dapat belikan untuk mai kasut Adidas..
Bila suka bersedekah, mai kata urusan mai macam dipermudahkan Allah sampai sekarang termasuklah tiba-tiba duduk di sebelah akak (hmm..hmm, tersedak pulak) time imkk tu hehehe...Dan mai baru je start bisnes, tiba-tiba dah meletup-letup ramai yang dah tahu..Dr. Azizan dan Bryan pun dah kenal diorang, dan pernah share pasal bisnes diorang ni.Bayangkanlah katanya, Bryan panggil mai share atas pentas masa fesbuk power haritu, pastu masa AMP En.Azul pun suruh share, tolong design lagi...Mai kata, dia tak payah susah-susah nak cari publisiti pun, doa saja...Alhamdulillah semua dipermudahkan Allah...Amiinnn, serius, terpegun seketika kan?...
6.Cik Azima dari Puchong
Cik Azima ni maksu saya sebenarnya. Dia ni sangat hebat orangnya, sebab tu saya nak dia share pengalamannya untuk kita semua..Yang bestnya semalam sambil bercerita, sambil dia menangis bila teringatkan apa yang Allah anugerahkan padanya..
Cerita dia macam ni, masa tu maksu tengah tak ada duit, tinggal 50 ringgit je...Kereta pun buat perangai..Selalunya, bila dia pegi pasar malam, dia selalu sedekahkan duit untuk peminta sedekah.Malam tu, anak dia mintak duit untuk bersedekah seperti biasa. Tapi maksu kata, tak boleh..duit tinggal ini ja..tapi sebab tak biasa kalau tak bagi, dia bagi jugak lah 2 ringgit sorang..ramai pulak peminta sedekah malam tu katanya.
Bila balik, dia terus solat Maghrib dan berdoa, mintak rezeki dengan Allah SWT, mengadu yang dia tengah susah sekarang ni...Lepas je doa, dapat panggilan dari rakan niaga (kontraktor) bangsa Cina dari Sg Petani.Dia minta no akaun, sebab masa maksu buat hartanah di Sg Petani, dia banyak rekomen Ah Kai ni kepada tuan rumah. Jadi, Ah Kai nak bagi komisyen pada maksu lah..Boleh pulak Ah Kai tanya, berapa maksu nak pakai duit? Maksu kata, kalau nak bagi ikut ikhlas dia saja...
Lepas tu maksu sambung solat Isya'...Berdoa sekali lagi, sama juga..lepas aminnnn je, dapat satu lagi panggilan telefon.Rupanya seorang lagi rakan niaga call, iaitu Dr.Ida HUKM. Dr. Ida tanya maksu, u ingat tak dulu u pernah sewakan rumah i ? Dipendekkan cerita, Dr.Ida pun nak bagi komisyen pada maksu..
Beberapa hari lepas tu, bila maksu tengok dalam bank akaun dia ada RM2500!!!..Angka yang sangat banyak bagi maksu yang sangat memerlukan....
Masyaallah!!!...Hebatnya, indahnya kuasa bersedekah!!...Semoga kita semua mendapat manfaat dari cerita insan-insan yang hebat ini..
Jom kita beristighfar 100 kali dan berselawat sebanyak 1000 kali hari ini...
WALLAHU'ALAM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment