Friday, November 15, 2013

HATI DAN BISNES

HATI DAN BISNES

Apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita dan apa yang kita lakukan dalam bisnes kita tak mungkin boleh dipisahkan. Maksudnya macam ni, bagaimana perangai kita di dalam hidup personal kita..itulah dia perangai kita dalam bisnes. Lebih mudah difahami ialah, 'What you do anything is what you do everything'.

Selama beberapa tahun berbisnes, terlalu banyak yang kami belajar tentang tingkah laku manusia dan kaitan hati dengan kejayaan seseorang dalam bisnes. Dengan sistem pengedar yang kami jalankan ini,bisnes kami adalah bisnes yang terpaksa berhadapan dan berinteraksi dengan ramai manusia.

Bila berkaitan dengan manusia, bermakna ia berkaitan dengan hati manusia. Dan melalui banyak contoh yang kami lihat, ramai yang berjaya dan ramai jugak yang tak berjaya dalam bisnes adalah berkaitan dengan HATI. Soalnya HATI...

Ramai orang dalam hidupnya, dia tak kisah tentang menjaga hati dan menjaga emosi orang lain. Yang dia beratkan hanyalah hati dan emosi dirinya sahaja. Ramai yang susah nak faham perasaan orang lain kerana dia tak faham perasaan dia sendiri. Ye lah, kalau dia faham perasaan dia, tentu dia tahu betapa sakitnya hati kalau dikasari, atau dimarahi. Tak mungkin orang yang faham tentang hati dia, tentang perasaan dia akan melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Contohnya dia suka orang melayan dia dengan baik..tapi dia tak melayan orang dengan baik pulak. Bermaksud, dia tak tahu apa yang dia suka, sebab itulah dia tak jaga perasaan orang lain.

Begitu juga dalam bisnes. Kalau seseorang itu tak pandai menjaga hatinya sendiri, dia tak akan pandai menjaga hati keluarganya, dia tak akan pandai menjaga hati kawan-kawannya. Dia tak faham apa maksudnya EMOSI. Dan, bila dia tak pandai menjaga hati keluarganya contohnya, tak mungkin dia akan pandai menjaga hati pelanggannya, atau business parnernya. Bagaimana nak berjaya kalau tak pandai menjaga hati pelanggan atau business partner?

Segala-galanya memang datang dari hati. Segala-galanya sama ada kejayaan atau kegagalan seseorang adalah berpunca di hati. Putih hatinya, maka putihlah kehidupan dan bisnesnya. Hitam hatinya, maka hitamlah kehidupan dan bisnesnya.

Ada banyak kes yang berkaitan dengan hati dan bisnes ini sebenarnya. Janganlah berani mencuit walau sedikit sahaja pun hati orang lain..kerana terang-terang Allah akan membalasnya. Dalam sekejapan saja untung kita akan menjadi untung orang lain..Atau, untung orang lain, akan menjadi untung kita juga akhirnya. What you give, you get back more!..

Permudahkan saja prinsip kita berbisnes. Jagalah hati kita untuk menjaga bisnes dan kehidupan kita. Jangan kita sekali-kali sakitkan hati orang lain dan tidak menjaga hati orang lain, kerana disitulah punca terang atau gelapnya bisnes kita.

WALLAHU'ALAM.....

0 comments:

Post a Comment