oleh dealer Hafiz Hamzah (012-9155159)
Anis Choc Moist Cake kini boleh dibeli di kedai Kak Nana, Uptown Kota Damansara.
Bagaimana saya boleh dapat letak di sini? Begini ceritanya...
Pada malam Sabtu lepas, saya usung kotak awesome ACMC dengan meletak beberapa Anis Choc Moist i...ni keliling Uptown. Setiap orang saya tegur, "Anis Choc Moist kak, RM5 sahaja, Anis Choc Moist".
Ada yang senyum, ada yang menolak cara baik dan ada yang pandang semacam je tapi pendek kata semua orang memandang pada saya. Setiap kedai saya masuk dan promosi ACMC ini. Setiap meja makan saya singgah. Walaupun kena 'rejection', saya tetap tersenyum kerana 'energy' saya sentiasa tinggi. Saya percaya rezeki tetap ada asalkan kita berusaha. Saya tahu semakin kena 'reject', semakin dekat dengan kejayaan.
Saya sebenarnya buat begini kerana nak uji pasaran dan menguji teknik usung kotak ini. Alhamdulillah ada hasil. Dalam lebih kurang 45minit, laku juga 10 bekas. Siapa sangka? Tak cuba tak tahu kan?
Dalam usung-usung tu, tiba-tiba saya ditegur oleh seorang wanita. 'Nak' katanya.. "Nampak macam sedap je". Bila dia makan, terus dia puji sedap. Bila dah sedap, dia tanya kalau dia nak jual macam mana kira? Saya pun apa lagi terus cerita pada dia peluang ini. Tanpa berlengah dia suruh saya letak di kedainya.
Itulah Kak Nana, orang yang memberi peluang pada saya dan dirinya menambah pendapatan. Kedainya betul-betul berhadapan "food court" Uptown, jadi mudahlah orang ramai melihat bunting ACMC. Sekarang ini setiap 2 hari saya mesti singgah hantar stok sebab jualannya boleh tahan laju.
Ini cerita saya.. Bagaimana cerita anda pula? kongsikanlah bersama agar boleh jadi panduan kepada orang lain.. Terima kasih Kak Nana..

0 comments:
Post a Comment