Monday, November 18, 2013

MINI SEMINAR MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN @ PULAU PINANG OLEH DR AZIZAN OSMAN- 17 NOVEMBER 2013

MINI SEMINAR MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN @ PULAU PINANG OLEH
DR AZIZAN OSMAN- 17 NOVEMBER 2013

1.Kalau bekerja, ada tempat bekerja nak Solat Dhuha pun haram.
2.Tapi ramai yang tak kisah, sebab dia tak buat pun Solat Dhuha.
3.Dr. Azizan dah stop buat seminar di Alor Setar & Ipoh sebab tak gembira dengan respond orang sana.
4.Jangan cuba hidupkan orang mati.
5.10 tahun akan datang, kalau u tak ubah apa yang u buat hari ni, u akan tersepit seperti anjing tersepit.
6.10 tahun akan datang kalau u masih macam sekarang, u tak akan boleh beli rumah.
7.Harga rumah tak akan pernah turun. Kalau u tak puas hati dengan harga rumah, u nak protest nak B***L (tuuuutt...) tengah-tengah jalan pun, harga rumah tetap tak akan turun.
8.Teruskan hidup macam ni, selesa dengan Kanc.
9.Isunya sekarang, kita tak ada niat nak perbaiki diri dengan ILMU.
10.Kita jadi pembeli terbesar.Bukan penjual.
11.Berapa ramai yang nak selesaikan hutang dia?
12.Ramai yang bekerja fikir macamana nak survive?
13.Bila bekerja di company besar, tapi gaji tetap tak cukup, buat loan.
14.Gaji tak cukup untuk bayar loan,buat pinjaman pulak. Gali lobang tutup lobang.
15.Doc kata, dia pun buat perkara yang sama. Masa tu dia kenal rapat dengan semua syarikat/organisasi yang bagi pinjaman.
16.Dulu Doc bekerja di firma saham. Doc sakit hati tengok orang banyak duit. Salah seorang adalah seorang apek sayur yang dah main saham selama 20 tahun.
17. Apek ni pakai seluar pendek je. Tu pun sebulan dapat RM56K.
18.Kata Apek tu, duit sayur simpan untuk anak belajar di Australia.
19.Apek ni survive dengan duit main saham.
20.Kita survive dengan duit main hutang.
21.Kalau tak reti, buat cara tak reti dan belajar.
22.Sikap Melayu, kelemahan kita take things for granted, sambil lewa, tak anggap serius.
23.375,000 orang Doc dah ajar dan dah terbukti.
24.Saya sendiri jadi usahawan dan tahu bestnya jadi usahawan, kata Doc.
25.U ada pilihan nak beli apa yang u suka.
26.Kalau u bawak RM1 boleh beli apa?
27.Ada yang kata, kalau banyak duit nak buat apa?
28.Bodoh...dengar sini, kalau banyak duit, bayar zakat!..Atau atleast bayar hutang...
(Tipulah kalau tak ada hutang tu..kan?.. :)P )
29.Jangan judge orang, lain orang intention dia berbeza.
30.Tahun 2014 makin menjelang, apa u nak buat ? Nak berniaga? Berapa ramai yang berniaga melingkup?
31.Doc pernah main saham. RM170K rugi dalam masa 6 minit saja.
32.Takkan nak tanya Cina sayur? Aku kan pandai..
33.Kalau magnet programming dia lingkup, apa yang dia pegang semua lingkup.
34.Dari tahun 1998 - 2000 Doc jual macam-macam,melompat katak.
35.Kenapa dulu saya tak boleh berjaya? Tanya Doc..Bukan tak pandai, bukan sekolah tak tinggi CGPA 3.74 dengan subjek finance 9A.Paper Entrepreneurship pun dapat A+.
36.Bila comes to reality...Bull shit!..
37.Bila nak berniaga, mak kata kalau berniaga mesti rugi.
38.Apa masalah saya yang paling besar? Programming saya tak betul.
39.Tapi kemudian ada sorang Cina ni yang ajar, iaitu Peter Lau. Dia tanya, siapa ajar kau berniaga? Doc jawab ..lecturer.
40.Lecturer tu pernah berniaga? Tanya Peter Lau.Of course lah tak pernah..kalau dia berniaga dia tak akan kerja lecturer tu dah.

Thank youuuu pada uols yang sudi membaca. Thank youuuu untuk Dr.Azizan jugak yang sanggup habiskan hari Ahad beliau dengan berkongsi rahsia kekayaan dan kejayaan beliau. Salute lah!!..

Sebenarnya ada part yang lagi best sebenarnya tentang MAGNET.Macamana nak jadi MAGNET? Nak tahu ke?..Kalau nak tahu, saya sambung esok lah yer. Semoga semua dapat belajar sesuatu dari sharing ini. Jumpa lagiiii....

p/s: Beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali. Alhamdulillah...best sangat rasanya bila dapat praktikkan ini.Rasa lapang dada dan ketenangan. Thank you to Dr.Azizan Osman atas ilmu ini.

0 comments:

Post a Comment