SHARING SEMASA IMKK...
IBU vs ILMU
Paling touching dan tak dapat dilupa sharing dari seorang adik ni..Adik ni seorang perempuan, yang masih bujang rasanya..Dia bangun share ceritakan situasinya yang sangat menyedihkan...Cerita ni berkenaan dengan tidak mendapat restu malah dihalang oleh ibu kandungnya sendiri. Kata adik ni, ibunya tidak membenarkan dia ke kelas-kelas Dr.Azizan.Disebabkan keinginan untuk berubah yang tinggi, dia terpaksa juga sembunyi-sembunyi untuk ke IMKK baru-baru ni..Kesiannya...tapi yang lebih mengharukan, dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan kesedihan, adik ni menceritakan..ibunya pernah berkata,"Kalau kau pergi,kau ANAK DERHAKA!!"Teresak-esak adik ni sehingga tak dapat berkata apa-apa lagi..Dewan sunyi seketika seolah-olah semuanya sedang menahan perasaan hiba untuk adik seorang ini..semuanya terasa sampai ke ulu hati.Sayunya..hanya Allah saja yang tahu..
Bagi saya pula..saya tak dapat bayangkan ada juga ibu yang seperti itu..Pernah juga mendengar keluhan rakan-rakan student yang menghadapi masalah yang sama..tidak mendapat restu ibu bapa atau suami..tapi belum pernah dengar ada ibu yang sampai hati menyumpah anaknya sendiri sebagai ANAK DERHAKA semata-mata kerana keluar mencari ilmu!..
Tapi....jawapan Dr Azizan membuatkan semuanya terpaku seketika.Benar apa yang dikatakan Dr Azizan itu..Beliau pun pada mulanya dulu mendapat tentangan ibunya untuk berbisnes..Maklumlah, tak ada seorang pun dalam keluarganya berbisnes..Pertama, kata Dr Azizan, u kena fikirkan kenapa mak u jadi macam tu? Kerana dia sayang kan u kan?..Mungkin ibunya risau jika anaknya itu berjaya nanti, dia akan tinggal keseorangan?Mungkin juga ibunya itu hanya mempunyai seorang anak itu saja atau mungkin yang bongsu?.Atau mungkin dia takut u gagal?...Betul jugak ye..Fahamilah bagaimana dia dibesarkan,pengaruh-pengaruh sekelilingnya yang tak sama seperti yang kita ada sekarang dan banyak sebab lagi..Jadi, yang pertama sekali yang perlu dibuat oleh adik ini ialah FAHAMILAH IBUMU.. DAN MAAFKANLAH IBUMU...
Soalan seterusnya yang Dr Azizan berikan kepada adik ini ialah.."Apa yang u dah beri pada mak u?" Betul tu Doc..i setuju...Maksud Dr Azizan ialah..selama ni yang dia nampak mungkin hanya kesalahan ibunya sahaja..Ibunya tak benarkan itu..ibunya tak benarkan ini..Tapi sebenarnya, sebelum seseorang ibu itu bersetuju dengan keputusan kita..dia perlu tahu apa kehendak kita..apa keinginan kita.Sudahkah ibu ini diberitahu impian kita? Berapa kalikah kita mengulang-ulang dan berkongsi mimpi-mimpi indah kita dengan ibu kita? Sedangkan semua ibu perlu tahu dan perlu berkongsi impian kita..Bukankah itu lebih bermakna untuk ibu-ibu? Bukankah dengan itu ibu-ibu kita boleh menyelami hati kita anaknya dan faham dengan keinginan anaknya? Dan bukankah jika dia tahu impian kita,dia akan tolong mendoakan kita dengan lebih jelas lagi?
Saranan terakhir yang Dr Azizan beri pada adik ini ialah.."Beri nilai sampai dia kata kita gila..".Mula-mula saya pun tak faham jugak..Tapi bila mendengar cerita Dr Azizan berkenaan ibunya yang merajuk..saya mula faham..Ceritanya, pernah sekali ni ibunya Hajah Mariah merajuk sampai tahap bila Dr Azizan minta maaf..bermacam-macam cara Dr Azizan cuba..dah diterangkan segalanya,tapi masih tak diterima ibunya, ibunya ini diam seribu bahasa..Ditolaknya tangan mentor kita ni ..menunjukkan betapa marahnya atau merajuknya seorang ibu..Berat ni..kata Dr Azizan..Jadi, apa lagi..Doc kata, dia terus menangis-nangis..lepas tu sampai meraung-raung..dah macam nak gila..barulah ibunya kata, " Eh Zan..sudah,sudah..sabar..sabar..". Hah, baru Doc rasa lega bila ibunya bersuara..Faham kan, apa yang Dr Azizan ingin sampaikan? Apa-apa pun,kita mesti dah cuba buat yang paling ekstrem,jangan menyalahkan sesiapa..Tapi salahkan diri kita sendiri,apa yang telah kita usahakan selama ini?.
Jadi, untuk yang mempunyai situasi sama seperti adik ni, boleh lah buat seperti yang disaran mentor kita ni..Semoga sharing adik ni memberi makna yang sangat mendalam kepada kita yang menjadi ibu atau juga bapa dan suami..Kawallah keegoaan kita..kawallah kemarahan kita..lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu..kerana kata-kata kita ini adalah doa yang boleh membahagiakan hidup anak-anak kita atau sebaliknya di masa depan..Teringat pulak mak saya yang pernah ke kelas Dr Azizan..balik saja dari kelas Seminar Jutawan Industri, dia kata dia nak bersumpah.."Mak sumpah anak-anak mak semua KAYA!!".Alhamdulillah..terima kasih mak di atas sumpahan mak itu!!!....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment