Tragedi Selepas IMKK...
Semalam....berkali-kali saya cuba hubungi kawan baik saya Siti Zura Mardzuki,tapi tak dijawab..jarang dia macam ni, selalunya dia terus reply..
Tapi selepas beberapa lama, dia whatssapp gambar-gambar kereta dia yang terbalik masuk dalam gaung!..Rupanya sahabat saya ini terlibat dalam kemalangan.Kereta Wish dia terbalik,roda berpusing naik ke atas..Bumbung kereta pun termasuk ke dalam..Memang menakutkan kalau tengok keadaan kereta tu!!..
Risau saya hilang bila dapat bercakap dengan kawan saya ni..Pelik, suara Zura kedengaran tenang..Mula-mula saya terbayang-bayang mungkin kawan saya ni menangis..Rupanya sebaliknya..Katanya cuma keretanya saja yang teruk..Suaminya,Tajul yang drive keseorangan pun tak mendapat apa-apa kecederaan langsung.Dalam gambar,nampak macam ada darah di lengan baju Tajul, tapi rupanya Zura kata bukan darah..itu semua topping choc cake yang tertumpah..Tapi yang sangat hebat ialah, Tajul tak cedera langsung walaupun keretanya berpusing-pusing dalam gaung..
Tapi yang saya ingin katakan pada Zura ialah, apa yang terdetik di hati saya bila tengok gambar-gambar tu,dengan keadaan kereta yang sangat teruk...Saya tersenyum sebenarnya.....
Ada suara yang berbisik kepada saya mengatakan,"Woww!!..Hebat!!.." Allah sengaja nak menguji mereka kerana Allah nak memberi lebih banyak lagi selepas kejadian ini..
Seolah-olah Allah berkata,"Aku akan memberi nikmat yang banyak kepada engkau,tapi biar Aku uji engkau dulu..Selama ini, semua orang-orang yang hebat telah Aku uji dengan pelbagai cabaran dan halangan.Tetapi Aku belum pernah menguji engkau..Jika engkau dapat mengatasi ujian ini,pasti kau boleh dan layak berjaya dalam hidup engkau seperti mana mereka yang telah menerima rintangan dan cabaran yang Aku turunkan kepada mereka yang kaya dan berjaya sebelum ini.."
Seriously, itulah yang saya rasa..Dan saya tak sabar melihat kurniaan Allah yang hebat kepada pasangan bahagia ini..Saya percaya tragedi ini akan menjadi turning point kepada mereka sekeluarga ke arah untuk menjadi orang yang lebih kaya dan berjaya!!...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment