Produk sendiri ke Produk orang?
Ada seorang sahabat pernah bertanya,beliau ni tidak berminat untuk 'invent' sesuatu produknya sendiri..Tetapi passion nya ialah membuat bisnes atau lebih kepada memasarkan produk orang lain.Adakah dia boleh berjaya jika tidak ada produk sendiri?
Tak kisah sebenarnya produk kita sendiri atau produk orang lain,asalkan kita ada PASSION, pasti kita boleh berjaya!..Untuk sahabat saya ini, dia memang seorang yang benar-benar tidak minat untuk membuat bisnes "baking", memang dia tidak ada passion untuk "bake".Jadi, saya rasa tidak perlu buang masa untuk belajar ke sana ke sini tentang BAKE tetapi hati dia tidak benar-benar CINTAKAN bidang ini.Dia hanya ingin mencuba kerana melihat kejayaan rakan-rakannya dalam bidang ini, tetapi dia tidak ada PASSION pun sebenar-benarnya..Jika dia teruskan juga ingin mencuba bisnes baking ni, saya risau dia akan hanya mengejar kekayaan..mungkin dia akan mendapat wang ringgit yang diidamnya, tetapi mungkin dia tidak akan merasai kepuasan dan kenikmatannya..
Dah banyak contoh yang kita tengok sekeliling kita tentang kejayaan orang-orang yang menjadi agent sahaja untuk syarikat orang lain.Multi Level Marketing atau Direct Selling? Amway atau Hai-O Marketing contohnya company direct selling yang paling lama dan bertahan sehingga kini? Dah berapa ribu jutawan dilahirkan dari program-program seperti ini?
MYDIN? TESCO? GIANT? 7-ELEVEN? 99 SPEEDMART? Semuanya memasarkan produk orang lain bukan? Bukalah mata..tengoklah di internet, student Advance Fesbuk Power oleh Bryan Gan, majoriti hanya memasarkan produk orang lain tetapi salenya mencecah RM 600K sebulan..enam ratus ribu tu..Tak cukupkah tu?..Produk-produk kecantikan, banyak yang ambik dari kilang dan repack dan letak jenama sendiri? Itulah bisnes OEM..Mereka ni semua dah proven kaya raya..
Macamana pula dengan bisnes makanan? Lagi banyak sebenarnya..Yang local pun dah banyak sangat sekarang ni.. Secret Recipe? Tutti Fruitti? Roti Boy? Kalau restoran pun banyak..Kopitiam-kopitiam,Papa Rich,...Tak payah sebut lah kan..banyak sangat..Semuanya contoh tidak mempunyai jenama atau produk sendiri, hanya pemegang lesen franchisee tetapi sangat berjaya, kan?.
Dan.. my personal thought is, jual barang orang lagi senang sebenarnya,lagi mudah menjual produk orang lain ni..sebab,habis stok,call mintak restock..ada problem kita boleh "taici" kat owner atau pengusahanya saja..hehe..Tapi kalau kita buat sendiri,semuanya kita tanggung beb..kan kan kan?..Pastu jual barang orang ni pun kira add value jugak, kita tolong marketkan produk orang, kerana sesetengah orang ni..dia ada produk yang baik..tapi tak pandai nak marketkan..Bukankah add value namanya tu jika kita tolong pasarkan produknya?
Tapi,saya memang sangat-sangat memahami, ada orang yang suka dan PASSION sangat untuk "invent" produknya sendiri..Bagus tu,teruskan untuk yang minatnya sebegitu.Sebab orang sebegini selalunya dia rasa tak puas jika tak merekacipta produknya sendiri..tak ada jenama sendiri. Memang betul jugak tu, saya juga macam tu, tapi kami sangat passionate dengan bisnes kami ini..Dah lah sejak dari dulu lagi kami sama-sama loveee chocolate cake..love untuk makan, dan akhirnya love untuk share dengan orang lain..Tapi, jika ini bukan PASSION anda..jangan dipaksa diri anda, kesian nanti yang dikejar berciciran..yang dikendong...??
Homework: Apa kata kita survey orang-orang berjaya sekeliling kita..tanyakan kepada mereka adakah mereka PASSION dengan bidang bisnes mereka sehingga menyebabkan mereka berjaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment