Monday, February 25, 2013

Kalau isteri tak hormat suami..

Kalau isteri tak hormat suami...

Ramai wanita dan isteri-isteri ni pandai berbisnes..pandai marketing..dapat banyak order..masak apa pun sedap..customer pun suka..Tapi,macam tak ke mana juga..kenapa ye?

Semuanya sebenarnya back to basic jugak..Kadang-kadang tengok ada yang tak hormat suami..bercakap kasar dengan suami..melawan cakap suami..Maaflah,saya pun memang cuba perbaiki diri,tapi itulah yang saya nampak..

Saya sebenarnya telah sekian lama mencontohi attitude jutawan suami isteri yang sangat berjaya ini sejak bertahun-tahun lalu..iaitu semasa saya aktif dalam bisnes jualan Premium Beautiful (Hai-o Marketing) dulu..Bekas upline kami, CDM Safiah ni saya perhatikan seorang yang sangat lembut budi pekertinya melayan suaminya CDM Jamsari..dia sangat hormat suaminya,bercakap dengan lemah lembut,sering memuji-muji suami..itulah sikap yang saya dapati membuatkan dia terus berjaya dalam bisnesnya..

Bila saya mula mencontohi sikap jutawan ini, saya dapat rasakan perubahan demi perubahan..Bila kita menghormati suami,hidup menjadi lebih tenang,..rezeki semakin mudah masuk..hidup semakin bahagia..Betul-betul keramat dan syurga seorang isteri terletak pada redho suami!..Wajib suami diutamakan..Wajib suami diletakkan di tempat yang paling tinggi..paling mulia darjatnya..Saya tidak sempurna,tetapi sentiasa meminta dari Allah untuk menjadi isteri solehah seperti mana keinginan semua isteri-isteri lain..

Jadi, kalau bisnes masih tak ke mana-mana, cuba jenguk tengok dalam diri kita bagaimana suami dilayan..Jangan sampai suami rasa dihina..jangan sampai suami rasa diketepikan..jangan sampai suami rasa tidak diperlukan..Kerana jika itu yang suami rasa, masaklah sesedap mana pun,buatlah marketing sehebat mana pun,bukak lah 10 buah kedai pun, tapi hati tetap akan merasa gundah..hati tetap merasa pilu..hati tetap merasa sayu..Bisnes saja yang maju,tapi dalam hati hanya empunya diri saya yang tahu!!..

0 comments:

Post a Comment