Kisah-kisah ini berlaku minggu lepas..
Kisah 1: Salina (Daina BakeHouse,TTDI Jaya)
Lepas balik dari IMKK, saya tak sempat nak contact Salina, dia pun senyap jer..mesti busy tu..
Balik dari IMKK kata Salina..bisnes dia menjadi HURU-HARA!..Order masuk bertalu-talu..Ramai customer dan dealernya yang order bermacam-macam roti dengan Salina ni..Dia pun pelik dari mana datangnya orang-orang ni..Sedangkan sebelum ni dia dah cuba buat marketing dengan cara email, SMS dan lain-lain..tapi tak ada respond pun..Tapi lepas balik dari IMKK ni, rasa pelik jugak dari mana orang-orang semua ni tahu bisnes dia?
Yang membuat dia sedih melampau tu sebenarnya order yang gila-gila tu dia accept semuanya..TAPI..kebetulan 3 orang staffnya yang ada skill, jatuh sakit.Tiga-tiga cuti sakit..Sedangkan order banyak ni, pekerja tinggal sorang @ 2 orang je. Masya Allah..itu rupanya masalah si Salina ni..Saya sangat-sangat memahami situasinya..Ini turning point sebenarnya utnuk Salina. Allah nak kuatkan dirinya..dari seorang yang langsung tiada pengalaman dan ilmu perniagaan, tapi akhirnya berjaya menjadi seorang yang kuat dalamannya untuk menghadapi segala rintangan & cabaran...Jangan give up, selangkah lagi..pasti semua milikmu!..
Kisah 2: Zaliza Zakaria (Stokis Anis CMC Kuantan)
"Anis, Anis kena tolong Kak Iza ni..Kak Iza dah TERPAKSA bukak kedai!..Susah Kak Iza kalau tak ada kedai ni..Bila Kak Iza keluar hantar kek,dealer Kak Iza nak datang rumah ambik kek pulak..Kak Iza kenalah balik rumah..Macam ni buang masa kat perjalanan je..Bila masa pulak nak buat marketing kalau macam ni,kan?..Sebenarnya kunci kedai dah dapat ni..Seminggu dua ni dah boleh bukak kedai.." What? Double what?..dah dapat kunci pun?..Terkejut saya, apa dah jadi kat depa semua ni?.Kena rasuk ka apa ni?Pointnya bukan pasal bukak kedai..tapi pointnya ialah mana datangnya KEBERANIAN ye?..Ish ish ish..dasyat..sedangkan Kak Iza baru je start buat bisnes ni tak sampai 3 bulan! Apa macam?..
Ini dah kira HURU-HARA ni..sampai kena bukak kedai..Bertambah lagi huru-hara, sampaikan ada pulak customer dari Kuantan yang sms mintak tolong..Mintak tolong apa ye? Kak, nak mintak tolong ni..tolong la letak kek Anis ni kat hypermarket..Dah penat cari ni..dari Kuantan ke Muadzam sampai Labis, Segamat...please....kata seorang customer,Nadrah. Aduss..masalah ni..tapi masalah yang best macam kes Salina jugak ler ni..
Alhamdulillah..semoga banyak lagi HURU-HARA yang positif akan berlaku kepada kita semua..Yang mana yang dah dapat,walaupun menghadapi kesukaran pada mulanya..bersyukurlah banyak-banyak kerana ramai yang teringin merasai sebenar-benarnya apa yang dikatakan HURU-HARA ni...Semoga kita semua berpeluang merasainya!..
0 comments:
Post a Comment