Tuesday, March 19, 2013

BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH

BERBAIK SANGKA LAH DENGAN ALLAH

Sebagai orang Islam,kita dah diajar oleh ibu bapa kita,nenek kita,guru dan ustazah kita..walau apapun yang kita lakukan, walau bisnes apa pun yang kita jalankan, kita perlu berbalik kepada Dia, Allah Maha Pencipta..Dalam setiap proses kehidupan atau proses perniagaan, kita perlu ada Dia disisi kita..Bukan sahaja sewaktu kita mula mencari-cari idea untuk bisnes, tetapi juga sewaktu kita sudah berada di puncak..Orang lain mungkin silih berganti, tetapi Dia pasti tetap bersama kita..

Tapi..apa yang berlaku, kita bermula dengan tidak berasa yakin Allah boleh membantu kita..Sebab itulah kadang-kadang kita nak resign pun masih ragu-ragu..Maaf, saya bukan nak encourage orang untuk berhenti kerja, tetapi ini untuk mereka yang dah tak berminat bekerja, mereka yang lebih berminat nak berbisnes.Hati dah tak berada dalam ofis tu, jiwa dah memberontak..diri merasakan terseksanya terpaksa bangun pagi setiap hari,meninggalkan anak kecil dijaga dan dibelai oleh bibik saban hari..tapi bila hati dah kuat nak resign, mulah lah rasa bolehkah kita hidup kalau berhenti kerja di company yang kukuh ini? company yang besar ini? biasanya bonus 4 bulan, ada juga company yang beri bonus 12 bulan?..

Semua ini berlaku kerana kita tidak yakin dengan Allah..di mulut memang kata yakin, tapi sebenarnya kecut perut..Nak start buat bisnes pun takut-takut..takut gagal...Kenapa kita takut gagal sedangkan kita ada Allah? Inilah dia..kerana kita tidak memulakan sesuatu perbuatan itu bersama-sama Allah..kita tidak tanyakan kepada Dia dulu..Minta idea Dia dulu, minta permission Dia dulu?..

Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya kita perlu sandarkan dan bergantung dengan Allah..Tapi, kita perlu yakin dan berbaik sangka dulu bahawa Allah itu ada lah segalanya..Berbaik sangkalah dengan Dia..bila kita mula berbaik sangka dengan Dia, barulah dia akan memberi..memberi...dan memberi lagi..Dulu saya pun sama, kita sentiasa terasa kita ni banyak dosa dengan Dia..kita terlalu di ajar tentang takutkan api neraka..betul..memang tak salah..supaya itu akan menghindar kita dari melakukan dosa..

Tapi, bila saya lebih faham apa yang diajar oleh Mentor, berbagai 'law' yang diajar..kita relatekan dengan agama kita..dengan kefahaman kita.Ini lah 'law of attraction'..Apa kata kita mula ingatkan syurga....sentiasa menyebut syurga..barulah kita dapat syurga..dan sentiasa ingat Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun..maka kita akan rasa lega sangat..Rupanya Allah mengampun kan dosa kita kerana Allah tu Maha Penyayang..Allah itu Maha Pemberi Rezeki..bukannya syarikat yang kukuh itu yang memberi rezeki..tapi semuanya datang dari Allah jua..

Sebenarnya, bila kita dah mula berbaik sangka dengan Allah..segala rintangan dalam bisnes dan sebagainya, kita akan rasa tenang sangat..pasti Allah nak menguji kita supaya kita menjadi lebih kuat dan Dia dalam proses nak menaikkan darjat kita lagi..Allah nak memberi lagi lah tu..Bila berbaik sangka dengan Allah, terasa hidup sangat mudah..Doa dapat..doa dapat..doa dapat...Yang best lagi, bila kita mula berbaik sangka dengan Allah, terasa nak melekat je kat sejadah..terasa nak berlama-lamaan di situ merayu-rayu dan meminta-minta pada Dia..Dulu selalu rasa pelik kenapa la tok kita,mak ayah kita..kalau solat tu lamanyaa..tak habis-habis..kalau kita ni, berapa minit je dah setel..Rupanya bila kita kenal Allah..barulah tahu betapa nikmatnya berlama-lamaan di atas sejadah..betapa nikmatnya bila dapat berkomunikasi dengan Allah..dalam kereta ke, dalam ofis ke...di mana sahaja kita boleh berkomunikasi dengan Allah..Semakin banyak kita berkomunikasi dengan Allah, semakin banyak kita berdoa dengan Allah..semakin timbul perasaan baik sangka dengan Allah..

Di rumah juga, kita kurangkan menakut-nakutkan anak-anak kita dengan api neraka, tetapi lebih kepada menampakkan mereka dengan syurga Allah..Pagi-pagi semasa minum pagi dengan anak-anak, kami berdoa" Ya Allah,berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami..dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.." kalau ikutkan, doa asalnya.."Ya Allah, berkatilah rezeki
yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari api neraka"..Kami tukar kepada syurga kerana pagi-pagi tak naklah bayangkan api neraka..pagi-pagi kami nak bayangkan keindahan syurga...
Bukankah bila kita sentiasa menampakkan kebaikan Allah..kita semakin berbaik sangka dengan Allah?..





0 comments:

Post a Comment