Thursday, March 28, 2013

NAK LAWAN SECRET RECIPE

NAK LAWAN SECRET RECIPE

Kami sering kali mendengar kata-kata seperti ini...Dulu,diorang kata kek kami ni sedap..boleh lawan SR? Paling terbaru, ada yang baru nak start bisnes, dah sediakan konsepnya yang menarik dan sebagainya, katanya nak lawan SR...Tapi, apa kata saya? Kalau niat nak buat bisnes ni untuk lawan orang, baik u simpan je konsep u,idea u tu...tak kira menarik macamana pun,insyaallah tak berjaya..It's not a good idea at all...

Sebenarnya, bila orang kata kek ni lebih sedap dari Secret Recipe pun rasa macam bukannya bangga sangat tau..cuma rasa ishh, takkan macam tu kot, kami nak buat sesuatu yang berbeza,ada kelebihan kami sendiri..mula-mula buat bisnes pun tak pernah sebut dan ada niat nak lawan SR..langsung tak ada..bukan sebab rasa rendah diri, tapi rasa konsep pun dah berbeza..apa lagi bisnesnya...Memang kami pun teringin nak jadi setinggi dan sehebat SR, tapi bukan untuk melawan SR..

Jadi, bila ada yang katanya nak buat bisnes baking ni sebab nak lawan SR, saya rasa sangat pelik..Kalau yang nak meniru, itu bagi saya normal...bisnes memang seperti tiru meniru..copycat yang dah berjaya, insyaallah kita akan berjaya...tapi bukan melawan..kalau melawan,niat pun dah jahat tu..Sebab,kalau dah niat  nak melawan dengan orang, orang yang memang status SIFU...macam kita ada niat nak 'membunuh' atau menjatuhkan bisnes dia pulak kan?..Macam ada perasaan bangga kalau kita dapat menjatuhkan dia? Boleh ke ada perasaan macam tu? Rasa-rasanya Allah suka ke Allah redho ke hambaNya yang ada niat macam tu? Niat yang busuk macam tu?

Kalau Allah tak redho dengan niat kita, rasa-rasanya bisnes boleh maju ke? Awal-awal lagi...baru niat je, Allah dah tak suka..Jangan ingat kita niat semua tu kerana agama, kerana bangsa...Sepatutnya, kita cuma highlight kan kelebihan kita, apa bagusnya produk kita, betul kita nak buat produk HALAL untuk kaum bangsa kita..Kalau itu niat kita, memang murni..memang diredhoi Allah..itu lain, itu bukan nak melawan pun, kan.Itu lebih kepada nak memberi nilai kepada produk kita, nak menyelesaikan masalah ramai orang yang ingin mendapatkan produk HALAL yang diperbuat oleh pengusaha orang Islam.Itu bagus, itu insyaallah akan  berjaya..

Sebenarnya, tak payah la nak melawan sesiapa, buat saja bisnes kita, fikirkan macamana nak memberi lebih nilai kepada ramai orang..tak perlu nak sibuk-sibuk melawan orang, sedangkan bisnes kita tak seberapa pun..Sebab bila kita terlalu ghairah nak melawan..nanti kita tersasar matlamat asal kita,matlamatnya nak add value to other people's life, bukan nak menjatuhkan bisnes orang lain..Seeloknya, kita sama-sama berdoa kepada pengusaha-pengusaha bisnes lain semoga sama-sama maju dan diberkati Allah..tak kiralah orang tu bangsa apa, agama apa..Allah ada sebut ke kita kena doakan bangsa kita saja? Bila ada perasaan macam ni lah, makin lama kita akan bias..kita akan memilih orang untuk memberi kasih sayang...kita akan memilih orang untuk memberi senyuman..beri LOVE hanya pada bangsa kita? beri senyuman hanya pada bangsa kita?Pelik rasanya perasaan macam tu.Semuanya makhluk Allah.Mereka juga makhluk Allah.Mereka juga dicipta oleh Allah...

Tapi bila nak melawan tu bermaksud, dah lah kita dapat idea sedikit sebanyak dari dia...tiba-tiba ada perasaan nak melawan dia..Lebih tak best lagi, ada yang meniru sebijik-sebijik konsepnya.Dari A sampai Z ditirunya..Perasan tak mereka dah berhempas pulas menaikkan bisnes mereka, idea dan konsep merupakan harta intelek seseorang..senang-senang kita nak copycat? Bersusah payah bertahun-tahun mereka cipta idea mereka itu, membuat branding dan positioning bisnes mereka, tapi kita yang setahun jagung baru nak masuk ni...nak melawan mereka? Respect lah sikit orang kata..Dah lama mereka bina bisnes mereka, kebijaksanaan mereka memang dah terbukti...sedih rasanya ada yang tiba-tiba tak respect orang lain macam tu? Kita boleh tiru..memang business is about copycat..tapi,tambah kan beberapa nilai yang mereka tak ada..berikan kelainan kepada masyarakat kita..itu pun susah?

Paling penting, cuba kita pulak rasa bagaimana kalau bisnes kita nanti 20tahun atau 30 tahun akan datang menjadi BOOM...dan akhirnya ada pulak yang nak melawan kita, nak menjatuhkan kita....bagaimana anak cucu cicit kita nanti?..Fikir-fikirkanlah...WHAT U GIVE, U GET BACK MORE..bak kata mentor kami...kita melawan orang, orang akan melawan kita balik...jangan tak respect orang, jangan tak pedulikan orang,tak kisahkan orang..nanti kita akan diberi balasan lebih lagi dari ALLAH SWT.


WALLAHU'ALAM...

ALLAH MAHA ADIL..

0 comments:

Post a Comment