BERANI BERNIAGA 2013 - Metro Ahad 17 Mac 2013
Testimonial Dr Azizan Osman dari Richworks International Sdn Bhd.
Kisah Puan Roslina Shaik Dawood (FB: Juaimurah Preloved)
"Selepas Hadir Ke Kelas,Jualan Melonjak RM49,000 Sebulan"
Saya mula mendapat ilham untuk menjual barang-barang terpakai apabila saya diberhentikan kerja saat ekonomi negara merudum jatuh.Perjuangan berniaga barang terpakai ini saya teruskan juga kerana saya tidak sanggup melihat suami berpenat lelah mengisi perut kami sekeluarga.
Memandangkan saya sudah biasa berniaga sebelum ini,jadi saya mulakan semula perniagaan menjual barang terpakai dengan mainan anak-anak saya yang tersimpan di dalam almari.
Dari perniagaan sekecil itu,saya mula membuat perniagaan import dan eksport mainan terpakai dari Singapura dan kemudiannya dari United Kingdom.Perniagaan saya berkembang dengan adanya kedai lot kecil,dan kemudian saya berpindah ke kedai lebih besar dengan sewa rm3400.
Enam bulan selepas mula berniaga,saya ditawarkan kembali bekerja dengan majikan lama saya tetapi di cawangan yang lain.Keputusan saya itu membuatkan saya perlu bekerja sambil berniaga.Namun,hasilnya tetap sama.Saya masih biasa-biasa.
Barang-barang import saya mula menunjukkan hasil negatif.Import banyak,tetapi jualannya boleh kira dengan jari sahaja.Saya mula berputus asa,dan tidak berimpian untuk menjadi kaya lagi.Hanya bersyukur dengan apa yang ada pada waktu itu.
Jualan barang-barang atas talian saya hanya mampu mencecah RM15,000 sebulan.Jualan di kedai pula hanya RM7,000 hingga ke RM8,000 sebulan.Sedangkan kos tinggi bagi barang yang saya import.Akhirnya,saya rugi selama tiga tahun berniaga.
Sehingga tiba pada titik bermulanya kehidupan baru saya pada bulan Mei 2012.Dua orang sahabat dari laman sosial Facebook seringkali berkongsi cerita berkenaan Dr Azizan Osman.Saya terpaut.Jadi bermula kelas pertama dan percuma yang saya hadiri di Pulau Pinang.
Dengan semangat kesungguhan untuk menyedut lebih banyak ilmu,saya dan suami mendaftar untuk kelas Dr.Azizan Osman seterusnya,iaitu Klinik Usahawan Dr Azizan Osman.Pada waktu yang sama,saat semangat sedang memuncak,saya menyewa kedai lebih besar dengan nilai RM4,800.Hasil jualan pada ketika itu lebih baik berbanding sebelumnya.
Selesai kelas tersebut,kami terus rebut peluang untuk ke program lanjutan beliau.Sebaik tamat kelas dan mula bertindak,syukur kepada Allah,jualan saya meningkat naik hingga RM49,000 sebulan.Formulanya cuma ikut ilmu yang diberi,bertindak dan sentiasa senyum.
Segala puji bagi Allah,persepsi kaya pada saya juga ikut berubah.Kekayaan memberi peluang pada saya untuk menambah nilai dalam hidup orang lain,iaitu dengan amalan sedekah dan zakat.Kekayaan beri saya lebih ruang waktu untuk bersama dengan anak-anak di rumah,sambil menjalankan perniagaan dari rumah.
Ilmu yang Dr.Azizan Osman sampaikan sudah menjerat saya masuk ke lembah insan-insan jutawan.Dengan izin Allah,saya pasti jadi jutawan kaya,berjaya dan bahagia berkat tunjuk ajar Dr.Azizan Osman.
Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr.Azizan Osman,Tuan Jerry dan Team Richworks yang banyak membantu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment