ANDA TAHU TAK APA YANG ANDA NAK?
Selama ni, saya tak perasan pulak ramai yang tak tahu sebenarnya apa yang dia nak dalam hidup dia...Dia hanya mengikut arus sahaja..Lepas SPM, semua orang akan bertanya soalan yang sama..nak sambung belajar kat mana? Jadi, mentaliti kita..lepas SPM,sambung belajar..ambik degree contohnya. Lepas grad, semua orang akan tanya, kerja di mana? Mentaliti kita, lepas grad kena kerja...lagi best, mak ayah paksa kerja di Putrajaya..Lepas tu tunggu lah turn untuk naik pangkat...Dan seterusnya macam tu lah...hidup ikut flow saja..bukan ikut apa yang kita nak.
Sebenarnya dalam hati teringin jugak jadi macam orang lain..berbisnes...jadi kaya..banyak duit..suka hati nak melancong sana sini, dapat tolong mak ayah di kampung, dapat bawak family pergi umrah..Tapi, kita? Ikut saja flownya...tak berani nak buat dan nak hidup seperti yang kita nak..tak berani nak tukar mentaliti kita..tak berani nak jadi diri kita..kita hidup seperti apa yang ibu bapa kita nak..kita jalani kehidupan ikut sama seperti orang di sekeliling kita..sama seperti kawan-kawan kita semua..
Kalau ada kawan yang berjaya sikit, bukan nak dekati, tapi lebih menghindari..sebab dalam hati berkata, malu lah..dia dah berjaya, aku belum...dia dah kaya..aku sederhana...dia memang pandai berniaga..aku kena bekerja...Tapi adakah anda tahu, dia juga seperti anda? dulu dia juga tak berjaya..dulu dia juga sederhana..dulu dia juga bekerja..sama kan? Tapi apa yang menyebabkan dia berjaya? Kenalah dekati dia..kenalah berkenalan dengan dia, kenalah berusaha memahami apa yang dia tahu? Mungkin ada rahsia-rahsia tertentu yang dia tahu tapi kita tak tahu?
Sebenarnya sangat sedih dan terkejut jugak kalau impian dan matlamat atau keinginan kita sendiri pun kita tak tahu.Bila saya faham tentang ini, baru saya tahu..ohhh rupanya, bila kita tak tahu matlamat hidup kita, kita tak ada senarai apa yang kita nak, atau apa yang kita nak buat dalam hidup..., macamana Allah nak tahu apa yang kita nak, kan? Bermaksud, kita tak bersedia untuk menerima...Kita tak tahu The Power of Receiving....bukan The Power of Giving saja yang penting.., receiving pun penting jugak..Bila kita at state of receiving, maksudnya..kita bersedia untuk menerima, Insyaallah kita akan DIBERI...DIBERI..DIBERI..
Semalam, kami menerima rakan lama yang menghasilkan serunding. Perniagaan ni dah lama dari ibu ayah makcik pakcik semua memang pandai buat serunding ni..Memang melalui bisnes ni lah, ibunya membesarkan anak-anak seramai 12 orang.Sangat inspired kan? Couple ni datang kerana nak tanya pasal macamana nak marketkan..Ok..fine..Tapi sebelum tu, kami belek-belek bekas serunding dia memang dah cantik sangat dah..packaging superb..Tapi, saya agak tak berapa ok dengan nama produknya..yang seolah-olah nama ala-ala English sikit.Ok lah tu...bila suami tanya, kenapa nama macam tu? Katanya...nama tu lecturernya yang bagi pendapat kena nama lebih global..senang nak masuk market antarabangsa nanti..senang untuk eksport dan sebagainya..Katanya,lecturer dia kata...kalau u letak nama islamic atau nama kemelayuan, nanti u tak boleh target bangsa-bangsa lain...Nanti diorang tak beli..Hmmm..sama macam kes Dr Azizan tanya lecturernya lah ni..hehe..suami tanya lecturer tu memang buat bisnes ke? Hehe..Tak terjawab kawan kami tu..sori la banyak-banyak...just nak bagi nampak dan fahammm..kan?
Rupanya, baru saya perasan..dia sendiri tak tahu target dia siapa..dia tak tahu dia buat serunding tu untuk siapa.Kenapa kita sibuk-sibuk nak dapat market bangsa lain sedangkan bangsa lain cuba memasuki market orang kita? Bangsa lain boleh nampak lubuk di Malaysia ni sebenarnya adalah orang kita..sebab kita yang paling ramai..kuasa membeli adalah pada orang kita..nama produk diorang atau company pun nama islamic macam mesjid, nama berkat, nama cahaya iman, nama surah itu surah ini..Kita ingat produk orang kita, tapi sebenarnya tidak..Kita pulak nak buat makanan halal..tapi nak bagi kat bangsa asing? Nak eksport? Makanan halal di negara sendiri siapa yang nak tolong buatkan? Bukan kata salah nak eksport, bagusss...tapi untuk market antarabangsan nanti kita re brand lah..betul tak?
Kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup kita....Untuk yang berbisnes, target market kita kena jelas..Nak jual untuk siapa?..Macam semalam baru belajar dari Seminar Berani Berniaga, mentor kata kena ada matlamat yang jelas..Kita kena tahu ke mana kita nak pegi. Kalau kita tak ada matlamat pagi ni nak ke tempat kerja kita, atau ke ofis kita...sudah tentu kita masih bergolek-golek di atas katil..sampai bila-bila pun akan bergolek-golek lah di atas katil..Orang lain dah berkali tukar tilam yang mahal dan untuk kesihatan..kita masih pakai tilam dari zaman mak ayah kita dulu..dah banyak hama tapi kita yang tak nampak....Macam mana saya tahu? Sebab dulu pun saya macam tu....
WALAHU'ALAM....
ALLAH MAHA PEMBUKA JALAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment