Tuesday, April 9, 2013

MASTER CHEF KAMI DICURI ORANG

MASTER CHEF KAMI DICURI ORANG

Semalam saya terserempak dengan jiran saya yang datang membeli tart nenas saya..Banyak jugak dia beli..10 balang gitu..So saya pun bagilah dia beli dengan harga dealer.Dia sebenarnya jiran kedai tart saya..Buat bisnes jahit baju..Bila nampak je saya terus dia tanya, staff u semua ok ke? Alhamdulillah I jawab..Rupanya dia tengah sakit hati dengan ex-staff dia. Salah seorang staff dia yang dah pandai potong baju ni resign..Itu takpe la..Rupanya customer dia yang ambik staffnya tu dan bekerja dengan dia..Customer tu bukak bisnes yang sama pulak tu..Dan nak tambah perisa lagi, dia bukak kedai berhampiran dengan kedainya..Orang kata boleh nampak lah hari-hari..nak masuk kedai dia, kena melalui kedai customer ni dululah kiranya..Hmmmm..memang tak patut..tak patut...

Tapi, lepas saya dengar cerita dia..saya faham..sangat-sangat faham..Saya katakan pada dia, sekarang memang la u sakit hati sebab baru terjadi..tak lama lagi u lupa ok la tu..dan, ini sebenarnya turning point u..Tak percaya tengoklah nanti..lepas ni mesti BOOM gila bisnes u..Dia kata, u tak faham..u tak rasa sendiri..Hehehe...

Sebenarnya, saya ceritakan pada dia..saya pun dah pernah alami peristiwa yang sama hampir setahun yang lalu..Orang yang kami harap-harapkan, orang yang kami percayai,Master Chef kami selama ni, iaitu maid kami, yang dah bekerja dengan kami hampir 11 tahun tup tup mintak balik kampung sebulan untuk menguruskan harta pusaka dia..tak nak balik ke sini..konon  nak bekerja di Jakarta..Pelik jugak, Kak Wati ni bukannya berani sangat dan tidak ada sesiapa di Jakarta...tak logik, tak logik..Pastu, di sini pulak..seorang dealer kami ni yang dah lama ambik kek dengan kami..seminggu hampir seribu jugaklah..dah lama tak ambik kek..Pelik kan? Takkanlah bisnes dah bagus,tiba-tiba nak stop pulak kan? Pernah pulak dealer ni bercerita pada pekerja saya Kak Nila, dia seronok sangat..dengan bisnes kek ni lah dia dapat merasa bawa anak-anak jalan-jalan melancong..kalau dulu katanya, dia tak dapat pun merasa..

Dipendekkan cerita, itu lah dia...Dealer saya sendiri yang mencuri maid saya!...Menangis saya depan rumah dealer saya dan saya dalam kereta masa tu sorang-sorang pegi siasat..dan saya nampak Kak Wati keluar sidai baju!..Terisak-isak saya terus call suami..Lepas tu call mak saya..Mak saya sangat sayangkan Kak Wati..Mak pun menangis sekali..tapi potong stim sekejap bila mak kata, cuba tanya Dr Azizan macam mana nak buat kalau masalah macam ni..Mak niii.......hehehe..

Seminggu saya macam orang frust bercinta..Tak boleh tidur malam, menangis tiap-tiap malam..Pernah sampai kejutkan suami tengah-tengah malam, jom la kita selamatkan Kak Wati..hehe..sebab saya susah hati sebab masa saya pergi berjumpa Kak Wati, dia nampak kurus dan kusut,dia kata hati dia dia tak tenang..Siapa tak kesian kerana selama ni kita punyalah tatang dia?..Tapi suami rilek je tidur...Dia kata jangan gelabah, nasib baiklah suami saya ni cool orangnya bila ditimpa masalah..Motonya, semua masalah ada jalan penyelesaiannya..

Maafkan saya bukan nak memalukan sesiapa, cuma nak share experience yang kami pun pernah melalui liku-liku penuh ranjau..wahhhh..tapi sebenarnya, kita kena ada sikap cool menghadapi masalah, baru senang kita nak fikir penyelesaian. Percaya atau tak, selepas Kak Wati diambil orang..kami tak pernah stop production..sekejap je dapat train Yusof, seminggu dah boleh lepaskan pada Yusof..dan ini memang betul-betul TURNING POINT kami..lepas tu bisnes semakin menjadi-jadi....Alhamdulillah...

0 comments:

Post a Comment