Thursday, April 18, 2013

TIPS UNTUK ORANG YANG BARU RESIGN ( BHG 2)

6. KERJA DOUBLE KUAT
Untuk orang yang baru resign ni, mereka tengah excited!..dan mereka memang nampak sebesar-besarnya peluang yang ada di bumi Allah yang Maha Luas ini, sebab tu lah mereka resign kankan?...Jadi, kalau dah nampak peluang, apa lagi..terus kerja dengan lebih kuat!..Untuk fasa awal memang kena kerja sangat kuat!..Tak tidur pun takpe,let say customer order barang dan kita terpaksa ke Shah Alam untuk ambik stok pun takpe..Demi kepercayaan pelanggan kita..

Kita dah tak boleh bekerja sama seperti zaman kita makan gaji lagi..Dulu masa bekerja, kita banyak cuti dan MC yang tak menentu hari, tapi bila dah bisnes sendiri, jangan harap dalam first phase ni nak bercuti dan ber MC..Kami dulu masa awal-awal berbisnes, waktu tidur pun dah tak cukup..tidur pukul 2 atau 3 pagi setiap hari..Ye lah, banyak benda nak buat, malam-malamlah kena buat akaun..Mencabar jugak, tapi..kalau dah minat semuanya rasa mudah saja...

Kerja double kuat ni untuk permulaan saja sebenarnya...Nanti bila dah belajar buat dengan bersistematik,semuanya akan berjalan lancar..dan anda dah ada kelapangan dan masa yang fleksibel..Bila dah melepasi fasa kerja double kuat ni, lepas tu anda dah boleh pergi BERCUTI untuk relax kan minda dan untuk refresh!..Bessstttttt!!..

7.BANGUN AWAL PAGI
Orang yang baru resign ni jangan ingat dah resign inilah masa nak bangun lewat sikit..ye lah dah bertahun-tahun bangun awal pagi, teringin nak bangun lewat?..Lepas solat subuh nak sambung tidur balik?.NO WAY!!..Kalau buat macam tu, lama-lama jadi kebiasaan...nanti mesti u jadi LEMAU!! Orang yang suka bangun lewat ni cer tengok, mesti rezeki dia tak lekat..Sebab,Allah agih-agihkan rezeki pada waktu awal pagi. Kalau anda bangun lewat, anda dah ter miss waktu macam ni, nanti anda tak termasuk dalam agihan rezeki yang Allah nak bagi tu..

Sepatutnya dah resign lagi la kena bangun lebih awal..Bangun awal pagi untuk tahajjud dan bersolat sunat yang lain.Bersolat subuh di awal waktu..Masa ni lah nak mendekati Allah Maha Pencipta..Indahnyaaa saat ini kerana kita dah tak perlu terkejar-kejar masa nak ke tempat kerja..kita pun dah tak takut kalau-kalau mengantuk nanti siang..Takpe, kalau ngantuk kita boleh take a nap jap..

Dulu masa bekerja kita terpaksa berbisnes malam hari..sebab tu terpaksa tidur lewat dan pagi susah nak bangun..Tapi sekarang, adjustkan masa anda..tidur lebih awal di malam hari supaya anda boleh bangun awal seawal-awalnya jam 4 pagi untuk anda dapat berdua-duaan dengan Allah Yang Maha Esa..jadikan itu satu habit, jadikan itu satu keseronokan..Insyaallah, tengoklah rezeki akan datang mencurah-curah!..

8.BERDHUHA
Solat dhuha ni bukanlah untuk orang yang resign saja..tapi semua orang pun sangat digalakkan untuk solat sunat dhuha, kan? Tapi...untuk yang baru resign ni, kalau sebelum ni tak sempat sebab bekerja dan tak perasan pun pasal solat sunat Dhuha ni....sekarang ni dah kena start perasan kepada perkara-perkara macam ni..

Kalau yang dah start buat, mereka tahu betapa indahnya kalau kita dapat bersolat dhuha ni..Rezeki datang tak putus-putuss...Kerana Allah dah janji kannn...dengan bersolat Dhuha ni sebenarnya kita dah boleh jadi MONEY MAGNET!..

9.BERSEDEKAH
Ni pun sama, bukan untuk orang yang resign saja bersedekah ni..tapi untuk semua lah kan? Tapii...orang yang baru resign ni sangat-sangat patut dan wajib untuk lebih banyak bersedekah..Sebab memang inilah punca utamanya kalau kita nak dapat lebih banyak rezeki...kita kena banyak BERKONGSI REZEKI dengan lebih ramai orang lagi..CUCI KOLAM anda setiap hari wahai resigners!..Start dengan seringgit sehari, secara konsisten!..Tengok nanti yang datang balik beratus-ratus kali ganda!..Fuuhhh, memang best betul bersedekah ni...

Oopssss, untuk ibu bapa jangan langsung ter miss...bagi lah kalau tak dapat banyak bagi sikit..sesikit RM5? Hehehe..teringat yang baca kisah hamba Allah tu start bagi 5 ringgit je pada ibunya..mula-mula ingat sebab dia memang tak berduit, itu yang dia tak bagi..tapi bila betul-betul faham konsep MEMBERI ni terutamanya pada mak ayah, walaupun boleh bagi start dengan 5 ringgit je, sekarang dah beribu ringgit dah dia dapat bagi pada parentsnya..Very Powerful!!..

10.JANGAN BACA PAPER
Untuk resigners dan juga bukan resigners pun sama..Pernah tak dengar idea ni? Jangan baca newspaper especially awal-awal pagi dan especially 5 muka surat terawal? Sebab kebanyakan cerita dalam newspaper tu adalah negatif!..Dan ditakuti berita tu akan di absorb oleh subconcsious mind kita secara automatik..kita tak sedar pun...

Bila terlampau banyak baca berita-berita negatif ni, lama-lama kita akan jadi NEGATIF! Dalam newspaper juga ada berita-berita yang menakutkan, walaupun kita rasa kita baca tanpa rasa apa-apa..tapi lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari diri anda..Anda akan diselubungi ketakutan, dari sinilah punca nanti kita tak percaya pada orang lain..buruk sangka pada orang lain dan sebagainya..Baca yang bahagian bisnes ke, bahagian sukan tak apa, yang perlu dielakkan ialah 5 muka surat terawal saja..

(Sebenarnya banyak yang nak dicerita pasal baca newspaper ni, tapi...takut sensitip pulak...nanti next time kalau diizinkan Allah, saya akan share pasal bagaimana dengan membaca suratkhabar akan membuatkan hidup kita sentiasa dalam KETAKUTAN!..)

Okay, diharap tips yang simple ni dapat membantu...Semoga semua resigners diberi Allah rezeki yang mencurah-curah seperti hujan lebat yang turun tanpa hentinya!..Aminnn...

WALAHU'ALAM..

ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI....

0 comments:

Post a Comment