TULANG BELAKANG YANG TIADA ILMU
Menjadi orang kuat di belakang seseorang sangatlah penting.Bermaksud orang yang menjadi tulang belakang ni, perlulah cukup kalsiumnya,ironnya..kerana kalau tulang ni rapuh,habislah...seluruh anggota badan menjadi lemah....boleh jatuh beb..
Jadi, wahai si tulang belakang semua..anda sebenarnya adalah PUNCA KEJAYAAN suami atau isteri anda!..Anda juga boleh jadi PUNCA KEJATUHAN suami/isteri anda..Jadi, anda juga perlu BERILMU!..Bukan suami anda je pegi cari ilmu,si tulang belakang pun kena cari ilmu!..Anda perlu ada kekuatan yang luar biasa!Anda perlu tahu ROAD BLOCK dalam diri anda..Anda juga perlu tahu bagaimana nak CUCI KOLAM..
Ada satu kisah benar..Mereka suami isteri sama-sama menjalankan bisnes..Tapi bisnes ni sebenarnya bermula dari ayah mereka..stage sekarang diorang dah senang..hanya meneruskan bisnes yang dah bertapak..Mungkin yang menjadi tulang belakang ni dah biasa comfort, ye lah..kawin dengan anak orang kaya, yang memang dah ada bisnes..Tapi itulah dia kalau tahu kawiiiinn je, tapi tak nak cari ilmu..Empire bisnes yang kuat lama-lama boleh runtuh juga..
Suami yang bagus dalam bisnes makin lama makin merosot..Bisnes yang dah puluhan tahun bertahan semakin tinggal bayang-bayang..Suami bertungkus lumus berpenat lelah berperah otak cuba bangun semula, semakin rebah...semakin lemah...
Kenapa? Kerana salah satu yang sangat penting adalah PERANAN TULANG BELAKANG!!...Bila bersama kami, dia jadi kuat..dia jadi bersemangat..dia terima pendapat..dia nampak jalan..Tapiiiii...bila pulang berjumpa si tulang belakangnya, dia lemah semula..dia longlai...dia lesu....
Sepatutnya, sebagai tulang belakang,kita perlu kuatkan pasangan kita bila mereka down..Kena pandai berperanan,..Jangan pula anda yang sepatutnya menjadi tulang belakang tetapi andalah sebenarnya BIAWAK dalam rumah sendiri!!...Suami pun sepatutnya kena cepat sedar jika si tulang belakang dah jadi BIAWAK, bermaksud dia kurang ILMU..hantar dia mencari ilmu..jangan simpan dia...dia perlu tahu sebab takut nanti jadi BIAWAK kepada anak-anak pula..Fuuhhh TAKUUTTTT!!!...
WALLAHU'ALAM...
ALLAH MAHA MELINDUNGI ( AL-WALI)
Jika seorang beriman membaca ya Wali sebanyak 700 kali pada malam jumaat,maka semua rintangan material akan hilang.Dalam perkahwinan yang salah satu pasangannya memiliki sifat suka bertengkar,jika pasangan lain mengingat nama ini ketika mereka sedang bertengkar nescaya pertengkaran itu tidak akan berubah menjadi pergaduhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment