Ramai daripada kita ni yang ada bisnes tapi masih lagi bekerja.Kalau kita ada sistem yang lengkap, sistem yang bagus,saya rasa tak salah kalau kita serampang dua mata. Orang seperti ini, mungkin dia minat sangat dengan kerjayanya..sampaikan dia bekerja bukan untuk menampung hidup pun, tapi kerana minat yang teramat dalam bidang kerjayanya.Saya mengenali pasangan suami isteri yang bekerja sebagai guru, tetapi mempunyai 2 cawangan restoran. Dia kata ok je..dia gajikan manager untuk manage bisnesnya.Nampak tak? Basicnya, percaya pada orang tu kenalah ada, kalau tak percaya pada orang, baik tak payah buat bisnes...
Yang kami nampak, fokus tu sangat-sangat penting. Dah terlampau banyak contoh kat luar..Kalau kita tak fokus, maksudnya kita masih bekerja dan dalam masa yang sama ada bisnes..pasti tak ke mana...Bukan bisnes je tak ke mana, careeer kita pun ke laut..Macam mana nak tumpu, di ofis orang lain sibuk bekerja, kita sibuk kira order..ataupun kita sibuk nak follow up dengan customer..Macam mana saya tau? Ingat saya tak pernah buat ke? Saya pun sama..dulu macam tu lah, TAK FOKUS...
Dulu saya fikir, bestnya dah la hujung bulan dapat gaji..bila buat bisnes part time dapat extra lagi..Double kaya dari orang lain....Hehehe..teruk betul pemikiran zaman-zaman ortodoks dulu..Tamak! Tapi dulu buat MLM memang tak lah terasa sangat hilang fokusnya..Kalau conventional bisnes, saya rasa memang boleh ke laut la...
Tapi, betul..kami perhatikan, ramai yang tak fokus...Kerja tak sanggup dilepaskan, bukan saja sebab sayangkan gajinya...tapi masih tak konfiden dengan bisnesnya sendiri yang dia nampak suam-suam kuku.Memanglah suam-suam kuku kalau bukak kedai, tapi marketing pun tak buat..dah balik kerja mestilah penat..bila nak dapat fokus dengan bisnes? Sepatutnya...pilih lah yang mana satu pilihan hati..Kalau sayang dengan kerjaya, teruskan bekerja...fokus dan buat yang terbaik dalam kerjaya anda..Ramai yang sangat berjaya dalam kerjaya mereka..Macamana mereka buat? Kena bergurulah kan?
Kalau sayang dengan bisnes pula...memang tiada pilihan lain..U have to QUIT!!.....Tapi kalau masih takut-takut...itu bermakna, anda belum ada KEKUATAN dan mempunyai SISTEM KEPERCAYAAN yang salah tentang bisnes. Macamana nak buat pulak? Kena carilah kekuatan tu...kena tahulah sistem kepercayaan otak kita ni allign tak dengan tindakan kita? Macamana nak tahu? Kenalah berguru...kenalah cari orang yang tahu...pergilah berjumpa, bukan setakat tanya di PM atau SMS saja...macamana nak berguru kalau tak nak jumpa? nak senangg je...pastu tak nak keluar duit pulak tu...SMS saja? Call lah..buat lah appointment....adussss....
Tapi, kalau sayang kerjaya, sayang bisnes....siapa kata tak boleh? Mesti ada sistem...Kadang, sistem pun dia tak tau apa kebendanya tu, hehe..Sistem tu maksudnya kena ada caranya lah dikk...Pegi belajar macam mana sistem orang yang berjaya dalam kedua-dua bidang bisnes dan kerjaya. Mesti diorang ada rahsianya..mesti diorang ada caranya...Yang pastinya,mesti ada pekerja, mesti percaya kat orang...Kadang-kadang pelik jugak dengan diorang ni..asyik-asyik tak percaya kat orang..asyik-asyik semua orang tak betul..asyik-asyik semua orang tak pandai...Itu buruk sangka lah tu...Perasan tak? Tapi try kaji, kaji diri kita sendiri.....kalau kita ni tak percayakan kat orang, sebab kita takut orang jadi macam kita kot? Sebab kita pun pernah buat yang tak betul pada majikan kita kot masa bekerja?Masa bekerja, kita pun sama..kita pun asyik ponteng,asyik MC..asyik mengular..patutlah kita jadi takut dan tak percayakan kat orang..Perasan tak? What U Give, U Get Back?.....
Semalam, Salina kawan saya dari Daina Bakehouse ceritakan pada saya salah seorang kawannya pun mengalami masalah yang sama. Isteri bekerja dan dalam masa yang sama ada bisnes bakery. Pun jenis yang tak percayakan orang..semua dibuatnya sendiri..Dapat bayangkan tak betapa sibuknya orang ni? Suami bekerja jarak jauh, balik rumah hujung minggu,kira weekend husband lah ni. Yang si isteri busy sangat melayan bisnesnya, ye lah pekerja tak ada..tak sempat lah melayan suami yang balik sekali sekala...Apa lagi? habis lah...hancurlah rumah tangga....sedih kan? Kesian, anak-anaklah yang menjadi mangsa....
ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI...
0 comments:
Post a Comment