Kami sangat tertarik dengan kata-kata MADE FROM LOVE...atau tag line kami MADE FROM THE HEART. Masa mula-mula pilih perkataan tu tahun 2010, masa tu baru nak bukak kedai..Saya sangat suka words tu. Mendalam jugak lah proses masa nak cari tag line yang sesuai..Saya mendalami betul-betul few words yang saya suka, bukan main letak je..Tapi..saya refer beberapa orang kawan jugak. Masa tu yang terlibat Maksu saya Pn Zur'aiza Abdul Hamid..Cikgu English..mula-mula nak letak MADE FROM HEART saja..dia kata salah grammar tu..itulah jadinya MADE FROM THE HEART...Proses pencarian melibatkan kawan-kawan jugak seperti kawan sekolah menengah Nasni Rozana Nasroen..Thanks a lot Maksu & Nasni!..
Mula nak letak perkataan LOVE, tapi seorang kenalan yang baru kenal masa ke Seminar Dr.Azizan, Pn Rahimah kata...lebih baik letak MADE FROM THE HEART sebab LOVE datang dari hati..bermakna, hati tu lebih penting..bermakna, hati lebih kuat dari LOVE sebab hati boleh menyimpan LOVE..Lebih kurang macam tu la..Walaupun baru pertama kali berjumpa, duduk sebelah menyebelah..tapi nampak tak kesannya dalam kehidupan kita? Kak Rahimah tetap dalam hati saya..Terima kasih Kak Rahimah!
Masa tu..saya cuma fokus pada perkataan kasih sayang tu..Tapi saya sendiri kurang faham sebenarnya dengan lebih mendalam..Yang saya fikir, cuma bila kita masak kek..kita kena masak dengan kasih sayang..Itu yang saya pesan pada pekerja-pekerja saya..Contohnya macam tak boleh baling-baling kek..Kes ni sangat menarik..Saya pernah sabar dengan kerenah seorang pekerja selama setahun sebab nak tengok dia berubah..Orangnya diam, tak banyak cakap..sangat menghormati kami..tapi ada masalah dengan kawan-kawan..dan yang paling penting ada masalah dengan KEK!..
Kenapa saya cakap macam tu? Setiap kali saya buat inspection, round-round jumpa pekerja...dah lah mukanya masam mencuka...dengan kawan-kawan jarang tersenyum..memilih orang untuk senyum, hanya senyum dengan boss saja. Dengan pekerja Bangladesh di herdiknya. Tak hormat langsung pada mereka..Kami masih bertahan..bayangkan setahun cuba bersabar dengan kerenahnya...Tapi, bila tak ada kasih sayang dengan KEK membuatkan kami tak tahan...Setiap kali saya round, saya nampak dia baling-baling kek..Memang la tak jatuh, dia baling atas meja..Tapi, sayuuuu hati saya bila tengok macam tu..Langsung tak ada perasaan kah dia pada KEK? Bukankah KEK itulah yang memberi rezeki pada dia? Bukankah KEK itulah yang memberi rezeki pada pekerja dan rakan niaga kita?..
Adoiii..saya memang tak boleh tahan tengok kekasaran dia..Masa kami nak minta dia stopkan perkhidmatan dia dengan kami.., atau perkataan kasar, nak minta dia berhenti kerja..ada yang tak puas hati..ada yang kata, hati dia baik..cuma memang perangai dia kasar..Apa yang boleh kami katakan ialah..betul, memang susah dia nak berubah..sebab dia memang macam tu..tapi dah setahun kami bagi peluang..Dia boleh teruskan perangai dia yang kasar..tapi bukan lagi di kilang kita..Tempatnya bukan di sini bersama kita..Rezekinya mungkin lebih baik di luar..Kami berdua doakan beliau lebih berjaya di luar sana..
Itu kes dengan pekerja..Dulu saya pun tak faham macamana nak masukkan LOVE atau kasih sayang ke dalam masakan kita...Dulu saya paksa pekerja untuk berikan LOVE itu..Paksa bermaksud, pekerja kena sentiasa gembira..jangan buat kek masa tengah marah..Nanti customer rasa marah jugak..hehe..Kena sentiasa senyuuummm..Kalau masa saya check, diorang tak senyum..memang abislah kena berleter..hehe..
.
Tapi..sebenarnya baru saya perasan.. LOVE tu datang dari hati..tak boleh di paksa-paksa..Sebenarnya, kalau pekerja rasa selesa dan sayangkan kita..walaupun dia ada masalah di rumah,dia akan enjoy dengan kerjayanya..Dari situlah datangnya LOVE..Maksudnya, connection boss dengan pekerja dan kasih sayang boss kepada para pekerja yang membuatkan mereka merasa adanya LOVE..dan barulah lahirnya LOVE dalam diri mereka..dan barulah sampai LOVE dari BOSS + LOVE dari PEKERJA = LOVE dalam hati CUSTOMER...Faham ke faham?..hehe..
Jadi..barulah saya faham satu lagi perkara....
Dulu, saya rasa saya tak nak terlalu menggunakan MADE FROM THE HEART..Sebab apa? Sebab saya rasa semua orang pun of course buat kek contohnya dengan hati dan kasih sayang jugak..Semua pun claim macam tu, kan?..Jadi, saya tak nak lah nampak macam kami saya yang buat kek dengan kasih sayang..Orang lain?.Takkan diorang tak buat dengan kasih sayang? Memang saya pun tahu dan yakin..mereka pun buat dengan kasih sayang..Sebab itulah saya tak berapa suka guna words MADE FROM THE HEART tu..
Tapi..sekarang saya dah faham..betul lah diorang pun buat dengan kasih sayang contohnya pada kek-kek diorang...Tapi...dalam masa yang sama, kita tak tahu macamana pula kasih sayang diorang ni pada pekerja? Dan kasih sayang pekerja kepada mereka? Kalau yang tak ada pekerja pulak..bagaimana kasih sayang mereka pada orang sekeliling mereka? Juga kasih sayang mereka pada Yang Esa?..
Ada yang kata masakan dia lah paling sedap..paling power..sebab dia buat ikhlas..dia buat dari hati..tapi di FACEBOOK..dia marah-marah orang..dia lemparkan kata-kata kesat kepada orang-orang berpolitik (contohnya)..dia mengutuk sana-sini..kalau di wall facebooknya...sentiasa kata-kata negatif saja..Macamana dia kata dia masak dengan penuh kasih sayang kalau dalam hati dia ada dendam? Kalau dalam hati ada rasa marah?Inilah yang dikatakan memilih orang untuk memberi kasih sayang dan senyuman..Bukankah kita pentingkan diri dan kejar untung saja..kalau kita hanya memberi kasih sayang dan senyuman pada customer kita saja? Bukankah LOVE itu datang dari diri kita yang penuh kasih sayang?..
Dan..LOVE itu bukan sekadar dalam perniagaan, tetapi ia berkait rapat dengan personal life kita?...
WALLAHU'ALAM...
ALLAH MAHA PENYAYANG
0 comments:
Post a Comment