Tuesday, November 18, 2014

TAKUT HILANG PEKERJA?


Ada yang tanya bagaimana nak hilangkan rasa takut kehilangan pekerja apatah lagi pekerja itu kita dah train sebaiknya?

Kami dulu pun sama. Terutama pekerja pertama atau dalam fasa pertama. Siapa tak takut? Siapa tak risau? Kalau dia berhenti siapa nak buat semua kerja ni? Tambah-tambah dia sorang je yang tau buat semua kerja? 

Percayalah, perasaan itu datang semasa kita masih baru bermula. Semasa kita kurang pengalaman. Pekerja pun baru ada 5 orang.

Tapi, kalau u nak kuat, u perlu hadapi situasi ini. Kalau belum pernah hadapi situasi hilang pekerja yang disayangi, pasti sentiasa akan dibayangi rasa takut. 

Okay, ingat balik niat kita ambik pekerja. Untuk apa kita ambik pekerja? Memudahkan kerja kita semata-mata? Tapi ada terselit tak untuk menambah nilai hidup mereka? Ada terselit tak elemen ingin membantu mereka? 

Kami juga melalui fasa-fasa tersebut. Rupanya, bila jumlah pekerja semakin bertambah dari hari ke hari, kita akan mulai kurang rasa takut kehilangan pekerja. Insyaallah pekerja sentiasa datang silih berganti. 

Tapi simpan satu niat. Kita mengambil mereka bekerja bukan untuk mempergunakan mereka. Bukan untuk mengerah tenaga mereka. Tetapi untuk melatih mereka. Untuk develop nilai diri mereka. Supaya, bila mereka keluar dari tempat kita nanti, mereka akan menjadi seorang yang sangat tinggi nilainya. 

Adakah kita perlu fikir mereka akan keluar dari syarikat kita?

Itu lumrah manusia. Pekerja juga ada 2 jenis. Yang loyal dan yang adventurous. Bagi jenis yang setia, mereka akan stay dengan kita.

Bagi yang adventurous, mereka sentiasa perlukan pembaharuan. Mereka tidak suka comfort. Mereka nak tukar environment. Mereka nak lebih banyak pengalaman. 

Mereka suka belajar perkara baru. Mereka suka berkenalan dengan orang yang baru. Itu normal. Dan itu bagus sebenarnya untuk perkembangan diri seseorang. 

Sebagai majikan, kita perlu tahu semua ini. Bila kita mula alert, kita tak akan takut. Kita tak akan frust. Ramai majikan berfikiran, dah train bagus-bagus, berhenti pulak. 

Apa kata kita tukar cara berfikir. Baguslah kalau kita sempat train pekerja yang nak berhenti. Kalau tak sempat train tapi dia berhenti? Tidakkah rasa ralat kerana pekerja tersebut tak sempat belajar apa-apa semasa bersama kita? Tak sempat kita nak sampaikan amanah dan turunkan ilmu kepada mereka? Tak kesian ke? 

Jadi, tak perlu kita takut ye jutawan semua..Insyaallah kalau kita positif, kita akan menarik pekerja-pekerja yang bagus untuk bersama kita. Kita kan magnet!..Hehe...

Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..

0 comments:

Post a Comment