Selepas subuh tadi sambil menikmati perubahan alam, saya memandang bangunan bertentangan hotel yang saya tinggal ini. Di sinilah letaknya kilang pembuatan kek kami di Kota Kinabalu ini.
Sudah setahun rupanya. Alhamdulillah Syukur Ya Allah..
Macam-macam berlaku dalam masa setahun ini. Ada kala sales meletup-letup tinggi. Sampaikan dealer-dealer terpaksa tolong tampal stiker, tolong masukkan kek dalam kotak dan sebagainya. Kelam kabut yang seronok sangat masa tu!..Adik-adik staff, pengedar semua gembira!..
Ada kala sales down. Ada return, ada outlet yang dah stop dan sebagainya.
Kita orang bisnes tak boleh lari dengan kejatuhan. Itu adalah perkara biasa. Itulah pusingan dalam bisnes.
Waktu inilah kita akan lihat siapa yang kuat akan bertahan!..
Dan saya rasa bangga melihat team Borneo saya yang semakin meningkat daya ketahanannya.
Ayu cerita masa meeting semalam, setelah setahun ini semakin ramai pesaing kek love kami.
Kalau dulu katanya dia risau dan takut dengan persaingan. Tetapi sekarang dia dah faham. Rezeki Allah itu Maha Luas. Bukan semua hak kita. Bumi ini Allah beri pinjam kepada kita semua untuk berkongsi-kongsi. Allah sediakan pelanggan yang mencukupi untuk kita semua para peniaga. Tak perlu berdengki dan sakit hati.
Itulah yang Ayu dan dealer Borneo kami dah nampak sesuatu.
Tahniah Ayu & Awang!.. Keep your momentum. Kerana orang yang konsisten momentumnya akan berjaya!..
Kata Ayu lagi, bila dia hantar kek di CKS, kek jenama Mummy kepunyaan rakan pengusaha kek di Sabah ini juga ada. Tapi dia lihat, sama-sama laku. Sama-sama laju.
Bermakna, itulah Allah nak tunjuk sesuatu. Allah nak tunjuk betapa luasnya rezeki yang Dia berikan kepada kita semua. Kek yang sama, jenama saja berbeza. Tapi sama-sama habis juga.
Nikmatnya bila kita semakin faham tentang perkongsian rezeki. Rezeki itu Allah yang punya. Allah yang beri. Dia akan beri kepada sesiapa saja Dia nak beri. Bukan kepada kita sahaja.
Tahniah dan terima kasih kepada pengusaha kek Mummy. Maafkan saya sebut nama kek Mummy di sini. Saya teringin nak berjumpa dan berkenalan dengan ownernya satu hari nanti. Saya kagum dengan anda. Kerana anda lah yang memulakan bisnes kek coklat di bumi KK ini. Tahniah kek Mummy!..
Untuk adik-adik dealer semua, kalau anda perasan adik-adik, kami bukan sahaja ingin meningkatkan sales kita. Tetapi kami sangat gembira bila anda semua semakin kuat dan semakin memahami tentang konsep rezeki. Itu paling berharga!
Alhamdulillah semua sudah makin kuat. Amin dari Labuan kata, dia dah lama berniaga. Dia tahu ada waktu sales naik gila-gila, ada waktu drop juga gila-gila. Itulah kekuatan namanya. Kekuatan orang bisnes dapat dilihat dari sikap seseorang yang cool. Tahniah Amin Samsuri, Stokis Labuan kami.
Kita baru setahun di Sabah. Panjang lagi perjalanan kita. Saya tahu adik-adik pengedar kami serta partner kami juga semakin kuat dan hebat!..
Bila semakin banyak pengalaman, semakin tinggilah kekuatannya ya adik-adik..Teruskan mencari lebih banyak pengalaman dan jangan takut jatuh.Jatuh pasti datang lagi. Tapi naik itu juga pasti. Disinilah perlunya The Power of Sabar. Hanya orang yang sabar yang akan sampai ke penghujung.
Dan untuk team Borneo, termasuk di Sarawak dan Brunei, saya doakan bisnes kita bersama ini terus kekal selamanya malah semakin berkembang hebat lagi di bumi Borneo ini.
Kita sama-sama merangkak, kita sama-sama berjalan, kita sama-sama berlari, kita sama-sama terbang satu hari nanti!..
Syabas Team Borneo!..
TERIMA KASIH BORNEO
Indahnya hati dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...
0 comments:
Post a Comment