Tuesday, November 4, 2014

SOALAN : ADAKAH SAYA CIPLAK?


Ada yang bertanya. Dia tahu satu resepi ni. Tapi kebetulan sama dengan satu restoran yang femes sangat di sebuah negeri. Dia rasa bersalah untuk buat bisnes yang sama. Adakah itu dikira ciplak?

Apa pendapat uols?

Pendapat akak, macam ni. 

Bab resepi ni memang ramai yang masih rasa resepi adalah hak mutlak dia. Sebab itu dia rasa tak nak berkongsi. Dia rasa dia yang reka. Dia yang cipta.

Satu je saya nak tanya. 

Siapa yang bagi idea tentang resepi tu? Idea tu datang dari mana? 

Bukankah segala idea datang nya dari ALLAH YANG MAHA PEMBERI IDEA? 

Siapa lagi yang ada hak untuk memberi idea selain dari Dia? 

Sebenar-benarnya, apa sahaja yang kita nampak atau tidak nampak adalah kepunyaan Allah. Hanya ALAH mempunyai kuasa pemilikan. Bukan manusia. Manusia tiada hak atas apa sahaja di dunia ini. 

Semua yang kita ada ini adalah pinjaman. Termasuklah ibu-bapa kita, pasangan kita, anak-anak kita. 

Betulkan saya jika saya salah ya para jutawan sekelian.

Harap menjawab persoalan tadi. Saya tak pasti siapa yang start resepi dulu. Yang pastinya, walau siapa punya resepi, walau siapa mulakan dulu, apa salahnya. Masing-masing buatlah cara masing-masing. Kalau satu dah bukak kat Negeri A contohnya, u bukak pulak kat Negeri B. 

Tambahan pula bisnes restoran. Tak termampu sorang tu nak bagi makan kat 30 juta rakyat Malaysia kalau dia nak conquer dia sorang je. 

Dan untuk pengetahuan anda, saya dapat resepi kek coklat saya dari Kak Zuraida Zainal. 
Tq so muchhh Kak Ton!..
(Nama manja dia Kak Ton).

Ok uols. Ter berceramah pulak malam-malam ni..


Jangan kedekut idea ye uols...  

0 comments:

Post a Comment