Kata-kata kita sebenarnya melambangkan kejayaan kita. Apa yang selalu kita suka perkatakan? Apa yang selalu kita suka ceritakan? Apa yang selalu kita suka sebarkan kepada kawan kita?
Apa yang saya faham, hidup anda adalah apa yang sering anda cakapkan. Siapa diri anda adalah apa yang anda cakapkan dan fikirkan.
Dari pagi sampai ke malam, ingatkan balik apa yang sering anda bualkan? Apa yang sering anda fikirkan? Kisah kejayaan orang? Kisah kejayaan anda?
Atau cerita negatif pasal orang lain? Atau anda gemar highlight perkara yang menaikkan kemarahan orang sahaja?
Dari situ kita boleh nampak, kalau kita banyak fikir dan cakap yang negatif saja, yang tak best saja, siapa kita sebenarnya? Orang yang negatif atau orang yang positif?
Kita mungkin tak perasan yang sebenarnya kita adalah orang yang negatif. Susah nak mengaku. Tetapi hanya kita yang tahu.
Tengok pilihan apa yang anda katakan. Tengok cara kita kawal minda kita. Kalau orang yang negatif, dia bercakap negatif, bermaksud dia tidak boleh kawal minda dia.
Dulu saya pun sama. Saya sering bercakap-cakap tentang orang yang saya tak suka contohnya. Saya perhatikan, bila saya cakap pasal orang yang saya tak suka, semakin banyak situasi timbul tentang orang tersebut. Membuatkan saya makin tak suka.
Bila timbul isu orang tersebut, saya cakap lagi, esok isu lain pulak yang timbul. Dan macam tu lah tak habis-habis. Jadi perasaan tak suka akan menjadi semakin mekar dan mekar hehe. Dan keburukan dia akan semakin menyakitkan hati. Dan saya tak selesa dengan perasaan ini. Saya mula cari jalan keluar dari negativiti.
Tiba-tiba satu hari saya terbaca sesuatu. Saya dah tak ingat buku apa. Katanya, cara untuk kita lupakan orang yang kita tak suka, atau untuk tidak marahkan seseorang ialah, atau untuk melupakan situasi negatif ialah, STOP bercakap tentang orang tersebut. Atau situasi tersebut!
Contoh kalau u ada boss. U tak suka boss u. Perkara biasa yang berlaku di ofis ialah 'gossiping' kan? (Sebenarnya orang yang ada ilmu tak suka bergosip ya).
Jadi hari-hari mesti u dan kawan-kawan akan cakap pasal boss tu. Bos kedekut, tak naikkan gaji. Bos sayang kaki bodek. Bos bagi kerja banyak sangat, tak setimpal dengan gaji, dan banyak lagi lah...
Bila hari-hari u cakap perkara ini, dah lah di ofis sepanjang hari kutuk bos, balik rumah sambung cerita dengan suami atau isteri pulak. Pastu bila jumpa kawan hari minggu pun cerita lagi drngan kawan luar ofis pulak.
Jangan lupa, kata-kata kita adalah satu DOA. U sebenarnya sentiasa penuhkan fikiran dengan keburukan bos u. Jadi u akan lihat perangai dia akan jadi semakin buruk. Minda u dah jadi magnet.
Sebenarnya keadaan ini adalah kuasa minda kita. Minda kita ingin menunjukkan kebenaran apa yang kita fikirkan dan percayakan itu adalah benar. (Sifat sub-concsious mind, absorb je). Kau kata bos kau tak baik kan? Aku percaya, kata minda. Aku akan tambahkan bukti-bukti menunjukkan bos kau tu tak baik. Itulah maksudnya apa yang terjadi.
Bila terjadi macam ni, cuba kuatkan diri. STOP bercakap pasal tu. STOP ingat pasal tu. Cuba tahan seminggu, 2 minggu, sebulan 2 bulan untuk tidak sentuh pasal perkara yang anda tak suka.
Dan anda perhatikan, kalau contoh pasal bos tadi, lama-kelamaan banyak kejahatan atau negativiti dia akan hilang dari pandangan u. (Sebab kita dah tak highlight, dah tak fikir, dah tak beremosi). Yang bestnya, kebaikan demi kebaikan pulak yang akan muncul. Tiba-tiba anda akan cakap, sebenarnya bos aku ni baik....hehe
Jadi pilihan kata-kata anda sangat penting. Bukan sekadar kata-kata, tetapi pilihan kata-kata. Jangan pilih untuk suka highlight cerita tak best. Pasti banyak yang tak best terjadi dalam hidup u. Itulah kuasa tarikan minda!..
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...
0 comments:
Post a Comment