Tuesday, March 16, 2010

Anis Choc Moist Cake - My Story



Perniagaan kek coklat ini pada asalnya bermula pada Disember 2005 dengan seorang sahabat baik iaitu Arwah Zuridah Atan.Ianya bermula kerana saya sebenarnya yang suka sangat dengan choc cake ni..sana sini mencari yang dapat memenuhi citarasa.Akhirnya dapat jugak merasa daripada seorang rakan sekolah iaitu Faezah.Memang sedap choc cake Faezah ni..Sayangnya Faezah tak berminat untuk meneruskan perniagaan,Faezah lebih berminat untuk bekerja di sektor awam..Dan dari sinilah turning point pertama saya untuk menjalankan perniagaan choc cake kerana dari sinilah saya dapat rasakan yang choc cake ini mempunyai peminat yang sangat ramai dan permintaan yang sangat tinggi..Terima Kasih Faezah kerana menjadi turning point Kak Anis untuk start bisnes ni..TQ!

Bagaimanapun,sebenarnya saya ni memang dah buat chocolate cake sejak di USM lagi.Dulu saya menggunakan resepi yang saya belajar dari roommate di Blok H17Desa Permai, USM dulu (Izzi). Dan ini pun turning point jugak, kalau Izzi tak ajar resepi ni, mesti sampai sekarang saya tak pandai nak buat chocolate cake..Terima Kasih Izzi!..Anis appreciate sangat-sangat..Sayannng Izzi..

Jadi..berbekalkan ilmu Izzi tu,saya pun start bawak tester kat kawan-kawan..fuhh,depa suka!..Kawan-kawan pun dah start order masa ni..Thanks untuk kawan-kawan yang pernah order dulu,June..dan kawan-kawan lain..u all pun jadi turning point Anis jugak..kalau u all tak order atau tak suka kek Izzi tu, sure Anis dah tak bersemangat..mungkin Anis tak dapat merasai keseronokan berbisnes..kan kan?..

Order semakin hari semakin banyak..setiap hujung minggu saya kena balik ke rumah untuk siapkan order kawan-kawan.Sale paling tinggi dan paling meletop masa tu ialah order untuk hari raya haji tahun 1995 rasanya..masa tu 1st year..Ordernya sangat banyak iaitu 15 biji kek 1 kg yang berharga rm 15..Banyak la tu masa tu!..Masa tu buat yang without topping..sebab tak pandai buat topping kek lagi..Izzi tak ajar pun,hehhe..

Masa tu terasa sangat BESTNYAAA BISNESSS..BANYAKNYAAA UNTUNG....DUIT MASYUKKK.....HAPPY NYAAA!!....Tapi kan, mau tak happy, mau tak best..saya dapat 100% untung..duit modal beli raw material mak dan abah yang belikan..mulanya mintak tolong mak abah belikan,dengan niat nak bayar balik la lepas dapat payment dari customer..Tapi mak kata tak apa lah..tak payah bayaq balik lah..sebab mak  tengok buat kek dengan sangat PASSION..tak tidur malam nak siapkan order kek tu..habis 1 rumah bau coklat..bayangkan lah,mesin pun non-stop..sebenarnya mak kesian kot..mungkin mak rasa tak berbaloi kot kalau dia suruh bayar balik duit beli barang tu.huhu..

Apapun,Terima Kasih untuk Mak Salmah Ariffin dan Abah Md.Hanipah Md Dali kerana menjadi turning point Anis dalam meminati bidang perniagaan ini.Sebab ini adalah galakkan mak dan abah secara indirect dan mungkin mak abah pun tak sedar sehingga membuatkan Anis rasa seronoknya berbisnes...terasa bestnya dapat banyak untung..Yess! yes! yes!...Thank you mak abah...

Lepas tu cuti SEM Anis buat kek gula hangus pulak jual kat Abang kuih..mak ingat tak? Abang kuih yang bawak keta tolak (basikal tolak) setiap pagi di depan rumah kata boleh nak suruh dia jual kek gula hangus tu.Tapi dia cuma ada masa nak ambik kek tu pukul 6 pagi setiap hari..amacam?boleh..Passion..itu menyebabkan saya terus setuju..bermulalah jualan kek gula hangus setiap pagi..Tapi..sekarang, bila setiap kali balik kampung,saya masih merindui kuih-kuih abang kuih..dan dia masih sama..masih mengayuh basikal yang membawa kuih-kuih untuk dijual di kawasan rumah mak....sedih melihatkan dirinya yang dah di makan usia tapi dia masih ingat dia pernah tolong saya jualkan kek gula hangus saya...Terima Kasih Abang Kuih!..Abang Kuih pun jadi turning point jugak!!..Lebiuuu jugak..hehe..

Ehh..melalut pulak..kek coklat dah jadi kek gula hangus, hehe..

Ok lah..back to the story..

My journey starts..

Pada Disember 2005..dengan tahap keyakinan yang sangat tinggi,dengan sedikit research telah dibuat..saya sangat yakin dengan bisnes chocolate cake ini..saya yakin permintaannya sangat tinggi!..Melalui instinct,saya dapat rasakan saya akan berjaya!..Walaupun ada yang mengatakan mana mungkin hanya dengan 1 produk, iaitu choc cake sahaja saya akan berjaya?Tapi..saya rasa kali ni biar saya ikut instinct saya..jangan siapa mengganggu..Saya sudah sangat-sangat yakin!..

Jadi saya pun memulakan proses pertamanya iaitu membuat tester..habis jiran kiri kanan,depan belakang,yang sama lorong dengan rumah saya,juga jiran-jiran di lorong depan dan lorong belakang rumah juga menjadi responden..Kak Peah,Abang Malek,Kak Yana,Kak Milah,Kak Sabarina..semuanya menjadi tempat saya menghantar satu tester dengan satu tester setiap hari..hah, tolong la rasa kek saya ni ok ke tak untuk dibuat jual?Dengan jawapan yang ok-ok je..Ada yang merupakan mentor pun berasa sangat tak yakin dengan impian saya..Katanya,tak boleh Anis..kena buat varieties..chocolate cake saja tak cukup..tapi saya tetap yakin! Tak kisah lah..masa tu dalam hati kata,tengok lah nanti,saya pasti berjaya! Baik punya semangat..

So lepas dah ok proses testing..saya pun ingin mengorak langkah...Saya sudah bersedia memulakan perniagaan!..

Tapikan..saya sebelum ni aktif dalam perniagaan MLM (direct selling)..so bila nak start bisnes  kek  ni sorang-sorang.saya rasa kosong..kosong..kosong..(mode:ikut lagu najwa latif)..So aku fikir,saya nak cari business partner lah..baru best buat bisnes,macam MLM,banyak kawan..best!.lagipun kalau buat dengan kawan ni,boleh la sama-sama bagi semangat bila rasa down..

Kawan-kawan lain semuanya bekerja..takkan diorang nak kan?Jadi saya pun terfikir seorang kawan yang paling sesuai,yang paling senang berkawan,yang baik hati,iaitu Arwah Zuridah Atan.Masa tu dia masih bekerja di sekolah swasta..Saya pergi berjumpanya,buat presentation business plan saya.Dia langsung setuju kerana dia memang minat bisnes jugak.Rasanya the next day dia terus resign..(Seorang yang sangat berani!).

Bermulalah proses untuk kami berempat (saya,suami Junaidy Abu Bakar,Fauzi dan Arwah Zu) bermesyuarat..Mesyuarat pertama oleh 4 orang yang zero pengalaman!!...

Step 1: Kami berbincang tentang nama kek dan nama syarikat..Pening nak pilih,tapi seronok melalui proses ni..Akhirnya kami pilih nama kek dan nama syarikat Deli Bonda..rasa macam catchy masa tu..

Step 2:Ni paling best..aktiviti membeli belah..saya dan arwah Zu keluar untuk mencari mesin mixer,oven dan sebagainya (guna duit VSS yang tinggal tak seberapa ni)..dari sinilah kami berkenalan dengan serbuk koko,baking powder,soda bicarbonat dan banyak lagi..best best!..Kedai-kedai bahan kek seperti Bake With Yen di Puchong,Bagus di Seksyen 13 Shah Alam, De Manis di Seksyen 13 Shah Alam,2Ply di Kelang..semuanya dah menjadi rakan baik kami,berulang alik kami ke kedai-kedai tersebut setiap hari.

Step 3: Saya ajar Arwah membuat kek menggunakan resepi Izzi..bila Zu dah pandai,kami masing-masing buat kat rumah masing-masing.Seronok bila teringat masa ni..macam-macam daa..kek bantat,kek jadi bengkang,kek hangus..kek tak naik..proses yang sangat mendebarkan tetapi fun!!..

Step 4: Dalam masa yang sama kami keluar membuat marketing..Masa ni tak pergi Seminar Dr Azizan lagi,main hentam je lah marketing ni..So kami fokus pada kilang-kilang yang terdapat di Sungai Way..Ke sana ke sini membuat marketing..ada yang terima,ada yang reject,tak pe..tak mengalah!..So dapatlah dalam 10 kilang untuk kami buat jualan.Setiap hari kami atur 1 kilang untuk dibuka untuk jualan..Seperti biasa,ada sale yang ok,ada yang luarbiasa hebat,ada yang tak ok..Bestnyaaa ingat masa tu!..

Tapi bayangkan semuanya kami BUAT SENDIRI..dari proses membeli barang,membuat kek,membuat marketing,membuat sale,semuanya sendiri..Jadi setiap kali je balik dari bukak booth, letak-letak kepala..terus hanyut..tak dapat nak menggambarkan bagaimana letihnya..hubungan suami isteri dah tak happy..badan dah penat..anak2 tak sempat nak bermanja..boleh ke bertahan macam ni?

Jadi lama kelamaan..kami menjadi seperti orang-orang biasa yang lain..semangat semakin luntur..Sale kek ala-ala kadar..Badan penat yang teramat sangat..(sampai sekarang masih boleh terasa macamana penatnya badan masa tu.),jadi bila dibandingkan dengan untung dan kepenatan,rasa macam tak berbaloi pulak..

Jalan yang kami pilih lepas tu adalah kami buat kek masing-masing..kami mencari market kami separately..Dan akhirnya bila Arwah Zu dan suami (Fauzi) mengambil keputusan berpindah ke utara,tinggallah saya seorang bertemankan kek coklat..Saya berhenti bisnes selama beberapa bulan..mencari-cari formula..

August 2006

Saya kembali!..Bersemangat dan saya dapat bayangkan kejayaan saya!..Saya dah nampak kelemahan saya yang lalu:

1. Saya akan cepat demotivated kalau saya letih dan penat yang terlampau..Jadi, di sini saya mendapat formula untuk menggajikan seorang pembantu untuk menolong saya membuat kek..Orang itu ialah maid saya sendiri iaitu Kak Wati..(Terima Kasih Kak Wati menolong saya membuat kek selama 6 tahun.Jasamu sangat dikenang!).

2.Kelemahan saya tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan suami..Kira hubungan tak harmoni masa tu..Jadi,saya terfikir..bila saya tak keletihan,saya dapat menjaga hubungan suami isteri dengan lebih baik.Formulanya tetap sama,bahagian production kek perlu di outsource kepada Kak Wati..jadi saya akan lebih fokus kepada marketing dan suami serta anak-anak.Formula tersebut BERJAYA! Alhamdulillah....

Jadi selepas itu saya menjadi motivated semula!..Production kek di outsource kepada Kak Watie dan saya fokus kepada bahagian marketing..Macamana boleh ada idea nak pasarkan di Kedai Mesra Petronas? Sebabnya..dulu masa saya aktif buat bisnes Beautiful dan direct selling lain,saya sentiasa mengejar masa..nak makan pun tak sempat,so selalulah singgah di Petronas untuk membeli makanan..kan macam-macam ada di Petronas..nasi lemak,sandwich,kuih-muih..aku ni peminat kuih seri muka..so ada la satu kuih seri muka ni..namanya Seri Muka Intan..MasyaAllah sedapnya..susah nak dapat yang sedap sekarang ni..

One day..sambil saya makan serimuka kak intan..sambil baca labelnya..nampak handphone no..so terasa nak call lah..Alhamdulillah..saya dapat hubungi Kak Intan yang baik hati ni..dan dapat buat appointment dengan dia.Syukur saya dan suami dapat bertemu dengan Kak Intan yang menjadi pembakar semangat kami untuk memulakan perniagaan dengan supply kek di Kedai2 Mesra Petronas..Terima Kasih Kak Intan.Semoga Allah memberkati dan memberi rezeki yang melimpah ruah untuk Kak Intan sekeluarga.

Pada awalnya saya bermula hanya di 3 Kedai Mesra Petronas di sekitar USJ,Subang Jaya.Ingat lagi, masa nak buat second visit nak tgk kek laku ke tak, punya suspen..berdebar2..tapi sampai sekarang pun masih macam tu..Alhamdulillah,sekarang return masih ada tapi tak sebanyak dulu.Dulu saya menggunakan resepi kek kaedah bakar..kek ni sedap, tapi kurang moist..so tak banyak pelanggan yang minat..

Resepi yg pertama ni rasanya bertahan selama hampir setahun. Banyak dugaan pada 1st trimester ni.Kek cepat berkulat,customer komplen,selalu pinjam duit minyak keta kat suami sementara nak dpt payment..(alhamdulillah dikurniakan seorang suami yg sangat memahami dan byk memberi galakkan..)

Dalam masa tu saya mencuri masa ke kelas-kelas masakan.Alhamdulillah, berkat kesungguhan mencari ilmu, sungguh tak disangka terjumpa seorang kakak.Kak Ton ni datang dr Tanjung Malim semata-mata untuk ke kelas ini.Yang bestnya, saya bukan guna resepi dr Chef yg mengajar di kelas itu,tapi dari Kak Ton.mana taknya, dah dekat nak balik Kak Ton mintak Chef komen kek coklat yang dibuatnya di rumah..sambil dia memberi kami semua merasa..

Ya Allah!!...sedapnya kek Kak Ton ni..kek yg macam nilah yg aku cari-cari..sangat moist,tak manis sangat,terasa betul coklatnya..dalam masa yang sama terasa sangat kekurangan kek saya..teringin saya nak mintak resepi dengan Kak Fauziah,tapi dia nak kasi ke?

Saya pun baik sangka je dengan Kak Ton ni..Dengan beraninya tanya Kak Ton resepi keknya.Alhamdulillah,Kak Ton sangat sporting orangnya,keesokan hari saya mendapat email resepi dari Kak Ton.Saya rasa dia sangat-sangat percaya bahawa rezeki itu datang dr Allah.Amin, semoga doa Kak Ton didengari Allah dan mendapat limpahan rezeki dariNya..Terima kasih Kak Ton!..

Dari saat itu,prinsip yg sama juga saya pegang iaitu berkongsi resepi bagi sesiapa yang memerlukan..sama ada untuk makan sendiri atau untuk anak-anak,dan juga ada yg menggunakan resepi ini untuk mencari rezeki atau untuk membuat part time.Dunia Allah ini maha luasnya..rezeki ada di mana-mana dengan kehendakNya.Saya sangat berbesar hati jika kita sesama umat dapat berkongsi rezeki ini kerana ini hanyalah pinjaman semata-mata..Dia boleh memberi dan menarik balik rezeki yg dikurniakan ke atas hambanya bila-bila masa sahaja..

Teringat saya seorang pelanggan ni,Lin dr Serendah menelefon,rasanya ingin bertanyakan resepi tetapi tak direct lah..mula-mula dia puji dulu kek ni,katanya anak-anak dia suka sangat tapi kan susah nak dapat..dia kan jauh..saya faham maksudnya,saya terus berkata,"Kak Lin nak resepi saya boleh bagi.." dia agak malu pada mulanya..katanya,'"issh,jarang ada orang yang nak bagi resepi macam ni." Jawab saya,"ni bukan kira baik ke apa,tapi saya faham sangat-sangat sebab saya dulu pun macam ni..punya la susah nak dpt resepi walaupun dari kawan sendiri..apa la yang nak simpan sangat.saya faham akak pun anak ramai takkan asyik nak beli je..jenuh jugak kan?"Yang paling saya pentingkan adalah keberkatan kerana saya dah merasai pengalaman semasa bekerja yang saya rasakan wang gaji saya tidak berkat..akan saya ceritakan nanti pasal keberkatan ni di posting yg lain..okay...

Dari situlah bermulanya fenomena Anis Choc Moist Cake..dulunya hanya ACMC sahaja di mana2 Kedai Mesra PETRONAS (sekitar USJ,Subang Jaya,Shah Alam,Puchong,Kinrara)..Saya agak selesa kerana tiada saingan..tapi sekarang saya terpaksa bersaing dengan berbagai lagi chocolate moist cake..takutkah saya dengan persaingan? Nanti kita bercerita pasal persaingan dan turning point yang membuatkan kami suami isteri bangkit  dari ketakutan,kekecewaan,kekalahan,cemuhan...Nampak segala-galanya berjalan lancar..kelihatan seperti semuanya mudah..tapi..sebenarnya siapa yang tahu?..

Terima kasih kerana sudi membaca posting saya yang panjang ni...Love you!!...

"Ilmu akan bertambah dgn banyak menginfakkannya.Dan akan berkurang jika engkau mengeratkan genggaman telapak tanganmu(tidak mengajarkannya)."

4 comments:

  1. akak,

    sy antara peminat setia choc moist akak di bkt jelutong. tp mkin hari , coklat mcm berkurangan hari demi hari la. surface bwh dah tiada ckltla. tp pape pon , kek akak mmg sdp. kalau blh lbh kn cklt ye kak. tq

    ReplyDelete
  2. Salam, so u punyer choc moist cake la yg i slalu beli kt petronas seksyen 7 tuh? ari ni beli lg 4. kwn2 byk kirim la, bg rasa skali jer, trus pesan nk lg. i rasa i nk jd u nyer distributor la

    ReplyDelete
  3. sedap sangat cake ni masa first time rasa...then, every time lalu kesas or petronas sure cari cake ni...nak share resepi tak? (intan banting)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...kalau nak jadi dealer belah utara macamana ya?

    ReplyDelete